PUASA: Lafaz Niat Ganti Puasa Ramadan (Qadha’ Puasa Ganti)

Lafaz Niat Ganti Puasa Ramadan (Qadha’ Puasa Ganti)


Lafaz niat ganti puasa Ramadan dalam bahasa Arab serta maksudnya adalah seperti berikut :


 نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءٍ فَرْضَ رَمَضَانً ِللهِ تَعَالَى


Maksudnya : “Sahaja aku berpuasa pada esok hari kerana menggantikan daripada fardhu Ramadhan kerana Allah Taala”


Waktu Untuk Niat Ganti Puasa

Menerusi perkongsian daripada Mufti Wilayah Persekutuan, untuk puasa Ramadan dan puasa wajib, seseorang perlulah berniat pada malam hari sebelumnya selaras dengan sabda Rasulullah SAW :


مَنْ لَمْ يُبَيِّتِ الصِّيَامَ مِن اللَيْلِ فَلَا صِيَامَ لَهُ


Maksudnya: Sesiapa yang tidak berniat untuk berpuasa (keesokan harinya) di malam hari, maka tidak sah puasanya.

Riwayat al-Nasaie (2334)




← #JM2UDARI POS PENGAWAL→
Penulis
- Copyright - 2016 © #JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan

Komenlah Yang Baik-Baik.
Kerana kata juga ada nyawa.
Apa yang kita tulis, boleh jadi luka atau cahaya.