Piala Dunia Fifa 2026: Sepanyol Juara

Tahniah kepada Sepanyol (La Roja) yang muncul juara Piala Dunia FIFA 2026 selepas menewaskan juara bertahan Argentina 1-0 menerusi masa tambahan dalam perlawanan akhir di Stadium New York New Jersey (MetLife Stadium), Amerika Syarikat.

Gol tunggal kemenangan dijaringkan oleh Ferran Torres pada minit ke-106, sekali gus menghadiahkan kejuaraan dunia kedua buat Sepanyol selepas kejayaan pertama mereka pada tahun 2010. Argentina menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Enzo Fernández dilayangkan kad merah sebelum masa tambahan.

0 Comments:

Catat Ulasan