Januari 03, 2025

Aplikasi Whatsapp tidak lagi boleh digunakan pada beberapa telefon pintar lama bermula 1 Januari 2025

Aplikasi Whatsapp tidak lagi boleh digunakan pada beberapa telefon pintar lama bermula 1 Januari ini, lapor Metro UK.

Meta, syarikat induk WhatsApp mengumumkan bahawa perubahan ini adalah sebahagian daripada kemas kini berkala yang dijalankan pihaknya.

Ia bagi memastikan aplikasi permesejan berkenaan kekal selamat, selain berfungsi dengan baik pada telefon pintar yang lebih baharu.

Menerusi kemas kini berkenaan, Meta berkata sokongan Whatsapp akan dihentikan untuk semua telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android Kitkat dan sebelumnya.

Bagaimanapun, pengguna telefon pintar dengan Android KitKat masih boleh menggunakan aplikasi tersebut sekiranya peranti mereka boleh dikemas kini ke sistem operasi lebih baharu.

Namun, situasi berbeza untuk telefon pintar yang menggunakan sistem operasi lebih lama kerana naik taraf mungkin tidak lagi dibenarkan.

Model-model android yang terjejas adalah Samsung (Galaxy S3, Galaxy Note 2, Galaxy Ace 3, Galaxy S4 Mini), Motorola (Moto G (1st Gen), Razr HD, Moto E 2014) dan HTC (One X, One X+, Desire 500, Desire 601).

Selain itu, peranti lain yang terlibat adalah LG (Optimus G, Nexus 4, G2 Mini, L90) dan Sony (Xperia Z, Xperia SP, Xperia T, Xperia V).

Metro UK berkata, aplikasi ini juga akan menghentikan sokongan untuk model iPhone yang lebih lama ataupun pada versi iOS bawah 15.1 bermula 5 Mei 2025.

Walaupun sesetengah pengguna iPhone dan iOS lama boleh mengemas kini telefon mereka, namun beberapa model lama Apple hanya boleh dikemas kini sehingga iOS 12.5.7.

Antara model telefon yang tidak boleh menggunakan aplikasi Whatsapp selepas ini adalah iPhone 5s, iPhone 6, dan iPhone 6 Plus.

Selain aplikasi Whatsapp biasa, perubahan ini juga dijangka turut menjejaskan aplikasi Whatsapp Bussiness kerana mempunyai keperluan sistem yang sama.

Sumber:Metro UK | SiakapKeli

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut