Februari 01, 2025

Hiduplah seadanya

Manusia,
tak pernah satu wajah, tak pernah satu nada.

Ada yang lembut bicaranya, tapi tajam hasad di dada.
Ada yang manis janjinya, tapi rapuh saat tiba masa.

Ada yang menyokong, 
Ada yang dalam diam menanti kita jatuh tersandung.

Beginilah dunia,
penuh warna, penuh cerita.
Kadang kau dirai,
Terkadang kau disakiti 
Tanpa sebab yang pasti.

Dulu bersatu, kini seteru.
Semalam memuji, hari ini membenci.

Tak usahlah kau letih mencari erti di hati manusia,
kerana hati itu berubah seperti angin di ufuk senja.

Ada yang memahami tanpa bertanya,
Ada yang bersangka tanpa ingin tahu cerita.

Yang penting, kau tahu siapa dirimu.
Bukan untuk memuaskan mereka yang tak pernah cukup,
tapi untuk tenang dalam dunia yang selalu ribut.

Jadi, hiduplah seadanya.
Bersyukurlah dengan yang ikhlas,
dan lepaskan yang tak pernah benar-benar ada.

Kerana akhirnya, yang tinggal hanyalah…
kau, hatimu, dan damai yang kau cipta….



0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Tags