Diam dan jujur itu bijak

Ada orang semakin diam sebab dia bohong.
Ada orang semakin diam sebab dia jujur.

Ada orang semakin bising sebab dia bodoh.
Ada orang semakin bising sebab dia bijak.

Biarlah diam kerana jujur.
Biarlah bising kerana bijak.

Sebab dunia akhir zaman ramai pembohong membohong orang dan ramai 'pembodoh' memperbodohkan orang.

Adakala diam dan jujur itu bijak walau orang bersangka macam-macam.




Menyalahkan


Hidup di dunia kita akan selalu menyalahkan orang yang menegur kita. 

Tetapi di akhirat nanti kita akan saling menyalahkan orang yang tidak menegur kita semasa di dunia. 

Dia pikul tong air

Hujan turun, orang ramai mengeluh. Ada yang basah kuyup, ada yang merungut kerana lupa bawa payung. Tapi di tengah-tengah keadaan itu, ada seorang lelaki yang nampak peluang. 

Dia pikul tong air

Memang nampak kelakar, tapi inilah realiti dunia keusahawanan.

Orang biasa nampak masalah, tapi usahawan nampak penyelesaian. 

Orang biasa nampak kesusahan, tapi usahawan nampak peluang untuk bantu orang lain sambil jana pendapatan. 

Sebab itu, dalam hidup ini, kalau kita asyik mengeluh dengan apa yang tak kena, kita akan terus berada di tempat yang sama. Tapi kalau kita mula berfikir macam seorang usahawan, kita akan sedar bahawa setiap cabaran sebenarnya ada potensi tersembunyi.

Bayangkan kalau semua orang fikir seperti usahawan, lebih ramai yang tampil dengan idea kreatif, lebih banyak solusi dicipta dan akhirnya, lebih ramai orang mendapat manfaat. 

Mungkin hari ini kita rasa stuck, rasa dunia tak adil, rasa susah nak berjaya. Tapi cuba ubah mindset, tengok situasi dari sudut lain. Mungkin peluang yang kita cari-cari selama ini dah ada depan mata, cuma kita tak perasan sebab terlalu fokus pada masalah.

So, next time bila berdepan dengan kesukaran, tanya diri sendiri "adakah aku hanya nak merungut, atau aku nak cari jalan keluar?"

Sebab beza antara orang biasa dan usahawan hanyalah satu perkara iaitu 'cara mereka melihat dunia'.



RAMADAN 1446H

RAMADAN 1446H | Tarikh mula puasa bagi seluruh umat Islam di Malaysia ditetapkan pada hari Ahad, 2 Mac 2025.

Pengumuman tersebut disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.



#BuletinTV3 

SANAH HELWAH

 


Balut

Balut

Akhir sekali, SK ingin ketengahkan satu perkataan yang menarik. Balut. Hari ini, kita tahu 'balut' merupakan satu perbuatan membungkus. Tahukah anda? Perkataan balut suatu ketika dahulu membawa maksud yang sangat berbeza, iaitu bengkak, sembab kerana menangis. Perkataan ini boleh dilihat penggunaannya dalam Syair Madhi di halaman 15.

Sungguhpun ia berkusut-kusut,

Cantiknya manis lemah lembut,

Bekas menangis matanya balut,

Kulitnya halus seperti umbut.

Nyedar

Nyedar

Bunyi macam penggunaan dialek sesetengah tempat, kan? Sebenarnya, perkataan ini bukan dialek mahupun loghat, ia merupakan perkataan Melayu klasik yang membawa maksud nyenyak atau lena. Dalam Hikayat Bakhtiar, perkataan nyedar digunakan di halaman 186 seperti contoh ini.

Maka ia pun tidurlah terlalu nyedar, makan dibangkitlah Raja Yaman dengan perlahan-lahan

Ai Team Subscribers: Februari 28 2025

Nota :  AI ENTERTAIMENT tukar kepada AI TEAM DIVISION 2 bermula OGOS 08 2024

[ channel - subscriber - date joined]

ALIEFF IRFAN - 5.87m - 06/08/2016
BELLESTRELLE - 1.41m - 09/12/2017

***
AI TEAM  - 716k - 19/04/2014
AI TEAM DIVISION 2 - 548k - 24/01/2023
AI MUKBANG - 258k - 17/01/2023
AI GARAGE - 322k - 28/05/2023

***
  1. El Riss - 1.03m - 01/01/2020 
  2. Aniq - 926k - 17/12/2021
  3. Boyraa - 886k - 16/12/2021
  4. Shahrul Niezam - 728k - 18/12/2021
  5. Fiera - 697k - 25/08/2022
  6. Nazrul- 645k - 31/10/2017
  7. Aiman Noah - 624k - 22/12/2021
  8. Sulong - 597k - 30/12/2021
  9. Kekanda- 591k - 09/03/2023
  10. Syahmie - 498k - 16/03/2023
  11. Afiq Jefri - 493k - 28/03/2020
  12. Isya - 445k - 24/01/2023
  13. Emny Emyra - 394k - 29/04/2023
  14. Areesa - 327k - 09/03/2023
  15. Pieya - 325k - 09/03/2023
  16. Nisa  - 322k- 11/04/2023
  17. Ayra - 319k - 09/03/2023
  18. Madkhan - 318k - 28/04/2023
  19. Fatin Razali - 315k - 12/04/2023
  20. Hafiz Hakim - 310k - 16/03/2023
  21. Lukman Musa - 288k - 15/06/2023
  22. Safwan - 281k - 28/04/2023
  23. Adam Nazri - 278k - 09/05/2023
  24. Paih Geram - 277k - 16/03/2023
  25. Aufar - 265k - 02/05/2023
  26. Faridah - 249k - 04/16/2024
  27. Rina - 247k - 05/08/2020
  28. Atiqah - 239k - 09/03/2023
  29. Manis - 222k - 09/03/2023
  30. Una - 213k - 09/09/2020
  31. Fae - 202k - 07/02/2024
  32. Ehin - 188k - 09/22/2021
***

Alam Alisya Channel - 300k - 13/12/2019
JR Family - 259k - 04/02/2023
Nisaa & Family - 104k - 11/06/2023
Tiyaa Channel - 103k - 09/07/2023
Malik Is Back - 10.4k - 08/26/2020
K and K - 8.42k - 09/06/2023

Update _ 02/28/2025

Sali

Sali

Dengar seperti panggilan nama namun ketahuilah perkataan ini ada maksud dan penggunaannya. Perkataan sali membawa maksud kuat, kukuh dan teguh. Contoh penggunaan sali boleh dilihat pada serangkap Syair Seratus Siti di halaman 27.

Setelah genap tujuh kali,

Ke dalam kota lantang sekali,

Naik ke balai sultan yang sali,

Tampil menengahkan iman khali.

Dua pilihan

Kita ada dua pilihan, 
memilih dan dipilih.

Jika memilih,
maka pilihlah yang terbaik.

Jika dipilih,
maka jadilah yang terbaik.

Kesumba murup

Kesumba murup

Menyentuh tentang warna, anda boleh juga memberikan kelainan pada penulisan anda dengan menggunakan frasa kesumba murup. Frasa ini pernah digunakan dalam Misa Melayu di halaman 143 yang membawa maksud merah menyala.

Contoh ayat klasik yang menggunakan frasa ini berbunyi, "Maka diberi memakai persalinan daripada bonda baginda itu dengan pakaian serba kesumba murup".

Pancawarna

Pancawarna

Seingat SK, perkataan ini masih terdengar ketika 1990-an, tetapi tidak begitu meluas.

 Perkataan pancawarna membawa maksud lima warna atau bermacam-macam warna. Perkataan ini boleh dilihat contoh penggunaannya pada Hikayat Si Miskin di halaman 68. Ayat tersebut berbunyi, "Dikarang dengan intan dan di kemuncaknya gemala dipagar dengan permata pancawarna, maka gemerlapanlah rupanya mungkur kaca dua itu".

Bokor

Bokor

Perkataan ini mungkin sudah jarang diguna pakai disebabkan tiada lagi generasi kita yang memakan sirih. Perkataan bokor diguna pakai bagi menamakan bekas seakan-akan pinggan tetapi lebih dalam dan mungkum sifatnya.

Bagi menunjukkan contoh penggunaan, DBP memetik sepotong ayat daripada Hikayat Caya Langkara di halaman 24.

"Maka bonda Caya Langkara pun keluarlah membawa sirih di dalam bokor emas," catat hikayat tersebut.

Segara

Segara

Jangan tersilap baca, perkataan klasik ini ialah 'segara' dan bukannya 'segera'. Perkataan segara membawa maksud lautan. Dalam sastera Melayu, penggunaan segara boleh didapati pada Syair Siti Zubaidah Perang Cina di halaman 14.

Keraninya turunlah segera,

Sampai ke wangkang di tengah segara,

Ke hadapan cincu ia pun mara,

Ditegur cincu tersera-sera.

Carang

Carang

Perkataan ini mungkin kedengaran seperti kesilapan ejaan atau sebutan tetapi percayalah, ia pernah digunakan bagi membawa maksud cabang atau ranting pokok. Perkataan carang boleh dilihat penggunaannya menerusi sebuah pantun dalam petikan sumber Pantun Melayu (Balai Pustaka), halaman 168.

Jahit-jahit baju berkurung,

Baik dijahit dengan bajunya;

Tuan mati menjadi burung,

Saya menjadi carang kayunya

Pentan

Pentan

Khas buat para penulis, jika anda sudah bosan menggunakan perkataan 'tentu', 'pasti' dan 'sah' dalam penulisan, anda boleh mencuba satu kelainan dengan menggunakan perkataan 'pentan'. Ini kerana pentan membawa maksud yang sama dengan ketiga-tiga perkataan tersebut.

Untuk melihat contoh penggunaan pentan dalam ayat, DBP memetik serangkap pantun daripada Hikayat Awang Sulung Merah Muda pada halaman 122.

Catur gading baru dilarik,

Mahligai perak kemuncak intan;

Sudahlah sama orak-arik,

Perikannya belum sah dan pentan.

Cepiau

Cepiau

Jika kini kita gunakan beberapa perkataan berbeza bagi beberapa aksesori pakaian yang diletakkan di kepala, namun suatu ketika dahulu, perkataan 'cepiau' diguna pakai bagi aksesori kepala seperti tudung dan topi.

"Maka Hollanda itu sekaliannya pun mengangkat cepiaunya," maklum DBP yang mengambil perkataan ini daripada petikan Misa Melayu, halaman 76.

Gelar hanya sebatas kertas...




Attitude
Gelar hanya sebatas kertas 
ilmu hanya sebatas catatan,
Sementara terdidik atau tidaknya kamu, 
Alan terlihat dari tingkah lakumu. 

Wadah Terkini