RESIPI KUIH LAPIS

RESIPI KUIH LAPIS

2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan santan kotak kecil
3 cawan air masak
1 cawan gula
1 sudu teh garam

blender semua dan bahagi kepada 2 bahagian

1 letak pewarna 1 biarkan putih
kukus selapis² selama 7 minit
lapisan terakhir kukus selama 20 minit

oles bekas dgn minyak utk mudah keluarkan
oles pisau dgn minyak utk mudah potong kuih

Selamat mencuba

Sumber : Aezween



Sinopsis Drama Bidaah (Viu) - 06 Mac 2025

Mengisahkan Baiduri (Riena Diana), seorang wanita muda yang dipaksa oleh ibunya, Kalsum (Fazlina Ahmad Daud), untuk menyertai Jihad Ummah, sebuah kumpulan agama yang dipimpin oleh Walid Muhammad (Faizal Hussein). 

Namun, Baiduri segera menyedari bahawa ajaran rohani kumpulan tersebut mencurigakan, termasuk amalan perkahwinan paksa dan kepatuhan membuta tuli. 

Ketika Hambali (Fattah Amin), anak kepada Walid kembali dari Yaman, dia mula meragui ajaran tersebut dan bersama Baiduri, mereka bertekad untuk melindungi keluarga mereka dan mendedahkan kebenaran tentang kumpulan itu, walaupun terpaksa berdepan dengan ancaman bahaya.


Lirik Lagu Tob Tobi Tob dan Maksudnya

Waludu dan dan danali
Wa toblu tob tob tobali
Tob Tobi tob tob tobi tob tob Tobi tob tob tobali

Wasakfu saq saq saqoli
Wa roqsu qod tobaili
Syawa syawa wa syahisyu

Alal waroqsi farjali
Wa Gorrodal qimri yasi
Huma lalin fi malali


Maksud dalam Bahasa Melayu:

Waludu dan dan danali
→ “Dan alat muzik oud berdendang-dendang.”
(Oud ialah sejenis alat muzik petik dari dunia Arab.)

Wa toblu tob tob tobali
→ “Dan gendang berbunyi tob tob tobali.”
(Tabl merujuk kepada gendang atau alat percussion yang dipukul.)

Tob Tobi tob tob tobi tob tob Tobi tob tob tobali
→ “Bunyi gendang tob tobi tob tob tobi tob tob tobi tob tob tobali.”
(Menggambarkan bunyi irama yang dimainkan secara berulang.)

Wasakfu saq saq saqoli
→ “Dan hentakan kaki berdentum.”

Wa roqsu qod tobaili
→ “Dan tarian pun bermula.”

Syawa syawa wa syahisyu
→ “Riuh rendah dengan sorakan dan tepukan.”

Alal waroqsi farjali
→ “Di atas lantai tarian yang luas.”

Wa Gorrodal qimri yasi
→ “Dan burung merpati pun berkicau.”

Huma lalin fi malali
→ “Seakan-akan menyanyi di malam yang indah.”



Lirik Lagu Melayu

Apakah terdapat doa berbuka puasa daripada hadith?

Soalan: Apakah terdapat doa berbuka puasa daripada hadith?

 

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

 

Berdasarkan soalan di atas, kita dituntut di dalam agama untuk sentiasa berdoa kepada Allah walaupun ketika makan. Tambahan pula, doa orang yang berpuasa adalah mustajab. Terdapat satu hadith di dalam Sunan Abi Daud:

 

  • Daripada Ibn Umar RA berkata, bahawa Nabi SAW apabila hendak berbuka, Baginda SAW membaca (doa):

 

ذَهَبَ الظَّمَأُ، وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

Maksudnya: "Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala insyaAllah". [Riwayat Abu Daud (2357)][Syeikh al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini adalah hasan]

 

Menurut Imam al-Nawawi di dalam al-Azkar, makna “الظَّمَأُ” di dalam hadith di atas adalah dahaga. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

 

ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ لَا يُصِيبُهُمْ ظَمَأٌ

Maksudnya: “Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga”. [Lihat: al-Taubah:120]

 

Tambahan pula, terdapat satu lagi doa yang masyhur dalam masyarakat kita apabila hendak berbuka adalah:

 

  • Daripada Muaz bin Zuhrah, telah sampai kepadanya bahawa Nabi SAW bersabda apabila hendak berbuka:

 

اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami kerana Engkau aku berpuasa dan dengan rezeki Engkau aku berbuka”. [Riwayat Abu Daud (2358)] [Imam al-Nawawi di dalam al-Azkar menghukum hadith ini sebagai mursal iaitu sanadnya terputus iaitu nama sahabat gugur di dalam sanad hadith ini]

 

Kami berpandangan bahawa setiap orang boleh dibolehkan berdoa dengan apa jua doa selagimana maksud atau makna doa itu tidak bertentangan dengan al-Qur’an dan hadith Nabi SAW tanpa menyandarkannya kepada Rasulullah SAW. Akan tetapi, jika ingin dilihat dari sudut status hadith, doa yang pertama lebih sahih dari sudut sanadnya berbanding hadith yang kedua.

 

Di sini kami sertakan beberapa lagi lafaz doa yang dinukilkan oleh Ibn Sunni di dalam kitabnya. Antaranya adalah:

 

  • Daripada Muaz bin Zuhrah, adapun Rasulullah SAW bersabda apabila hendak berbuka:

 

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَعَانَنِي فَصُمْتُ، وَرَزَقَنِي فَأَفْطَرْتُ

Maksudnya: “Segala puji bagi Allah yang telah membantuku maka disebabkan itu aku telah berpuasa dan Dia telah memberi rezeki kepadaku maka aku berbuka dengannya”. [Lihat: Amal al-Yaum wa al-Lailah (479)] [Syeikh al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini adalah mursal kerana Muaz bin Zuhrah tidak mendengar langsung daripada Nabi SAW]

 

  • Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda ketika berbuka:

 

اللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْنَا، فَتَقَبَّلْ مِنَّا، إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami kerana Engkau kami berpuasa dan dengan rezeki Engkau kami berbuka maka terimalah daripada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ”. [Lihat: Amal al-Yaum wa al-Lailah (480)] [Syeikh al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini adalah dhaif]

 

  • Daripada Abdullah bin ‘Amr berkata bahawa Nabi SAW apabila hendak berbuka beliau bersabda:

 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami, aku memohon kepada-Mu dengan rahmat-Mu yang mana meliputi semua perkara agar Engkau ampunkan aku”. [Riwayat Ibn Majah (1753)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan sanad hadith ini adalah hasan]

Wallahua’lam

Fuhhhh. untunglaaa. Jual rm10 seketol. 100 ketul dah dpt seribu sehari. 30 hari 30 ribu. Perghhhh

Fuhhhh. untunglaaa. Jual rm10 seketol. 100 ketul dah dpt seribu sehari. 30 hari 30 ribu. Perghhhh

Ni niaga gi haji balik hari ni
Camni la orang berniaga. Untung xnak kurang
Esok lusa guna vellfire gamaknya jual mahal2
Kalau dlm berniaga xde rasa nk beramal. Cmnila

Bangun setelah berehat sebentar membasuh peralatan2 berniaga semalam. Peniaga pergi ke pasaraya utk membeli barangan jualan.

Harga whole leg ayam saiz sederhana antara rm4-rm5.

Dibeli juga bahan2 rempah ratus perapan.

Barangan sos

Barang2 pembungkusan.

Keluar dari rumah dalam pukul 9 pagi. Selepas dalam sejam setengah ke sana ke sini melengkapkan barangan2 niaga. Tiba dalam pkl 10.30 pg.

Terus dibasuh ayam2 yg dibeli.  Selepas itu diperap. Setelah itu masak pulak sos.

Selesai persiapan sudah hampir zohor.

Berehat sebentar melepas lelah. Dianglat barang2 dlm kenderaan berniaga.

Setiba di tapak niaga. Di susun dulang2. Penyepit. Arang dibakar. 

Di bawah panas petang mulalah proses membakar.

Alhamdulillah. Habis semuanya 100 ketul ayam yg dijual dengan harga rm10 seketul.

Kayo. 

Rm1000 sehari berniaga. Kan.

Sebelum pulang. Setelah siap2 mengemas. Pekerja2 di bayar gaji harian.

Tauke balik rumah. Gembira.

Duduk di depan tv sementara tunggu Isyak selepas mandi tadi. Mengeluarkan buku catatan perbelanjaan.

Ayam 100 ketul x rm4.50       =               rm450
Gaji pekerja rm45x3 orang    =               rm135
Kos rempah perapan              =               rm60
Kos sos                                     =               rm60
Kos minyak kenderaan niaga=               rm10
Sewa tapak 250/30hari          =               rm8
Kos arang                                 =                rm30
Kos bahan2 membungkus     =               rm35
Elaun makan pekerja               =               rm30
Modal backup                           =              rm50

Lebih kurang rm850. Ada baki rm150 utk disimpan.

Isteri di dapur bertanya. Abang. Ramai komplen 10 mahal la bang. Jual la rm9. Ke. Rm8 ke.

Suami bertanya.

Yang komplen tu pernah berniaga x?? Ke dia main kira seketul mentah sebab rm4.50 seketul. Kita terus untung rm5.50?

Dia nampak xbenda2 lain? Aku ni kalau cakap orang ckp peniaga sombong. Xkan ke mana la kalau jual mahal cmni.

Dah tu. Nk aku tolak apa?

Pekerja?
Gaji?
Kos bungkus?
Kos sos?

Jadi? Mana matematik 30ribu tadi? 

Ni mesti sebab x niaga kan?

Kutukan diterima. Nk share utk cari kesalahan status ni pun blh.

Saya berpegang pada 1 style dr dulu sebagai pembeli.

Kalau sedap. Mahal. X sayang nak berulang utk beli. Harga mmg x komplen dah.

Kalau murah. X rasa apa2. Tapi lapar hilang. Tetap saya akan berulang time duit xde. Asalkan x lapo. Sedap belakng cerita.

Tapi. Kalau jual memang level x sedap. Memang tula last beli.

Credit - Mohd Khalis raouf



40 NASIHAT SAYYIDINA ALI BIN ABI TALIB

40 NASIHAT SAYYIDINA ALI BIN ABI TALIB


1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.
.
2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.
.
3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging.
.
4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.
.
5. Jagalah ibubapamu, nescaya anak-anakmu akan menjaga kamu.
.
6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah SWT.
.
7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil.
.
8. Seorang arif adalah lebih baik daripada kearifan. Seorang jahat adalah lebih baik dari kejahatan.
.
9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijaga, sedangkan ilmu menjaga kamu.
.
10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat.
.
11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.
.
12. Mengajar adalah belajar.
.
13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.
.
14. Insan terbahagi kepada 3: Mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.
.
15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu’ dan lemah.
.
16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.
.
17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain.
.
18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.
.
19. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.
.
20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia rahsia kebenaran itu.
.
21. Allah SWT merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batasnya.
.
22. Sifat seseorang itu tersembunyi di sebalik lidahnya.
.
23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.
.
24. Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya.
.
25. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.
.
26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.
.
27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.
.
28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.
.
29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.
.
30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.
.
31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.
.
32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.
.
33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.
.
34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.
.
35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.
.
36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya.
.
37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura-pura.
.
38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.
.
39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.
.
40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi

Blog PeribadiRasulullah

PUTARAN KEHIDUPAN

Putaran Kehidupan | Jangan Rendahkan Orang, Dunia Sentiasa Berubah

🌀 PUTARAN KEHIDUPAN

“Jika burung masih hidup, ia memakan semut. Namun apabila ia mati, semut pula memakannya.”

Hidup ini sentiasa berubah. Tiada siapa kekal di atas, dan tiada siapa kekal di bawah.

Hari ini kita mungkin kuat, berjaya, dan dipandang tinggi. Tetapi esok — semuanya boleh berubah dalam sekelip mata.

---

🌍 Dunia Tidak Pernah Statik

Putaran kehidupan mengajar kita satu perkara penting:

“Apa yang kita tanam, itulah yang kita tuai.”

Jika kita menanam kebaikan, kita akan menuai kebaikan. Jika kita menanam kesombongan, kita akan menuai pengajaran.

---

⚠️ Jangan Rendahkan Orang Lain

Dalam hidup, kita sering lupa bahawa setiap manusia sedang melalui perjalanan masing-masing.

  • Hari ini kita di atas
  • Esok mungkin kita di bawah
  • Hari ini kita kuat
  • Esok mungkin kita diuji
💡 Jangan sakiti orang lain kerana kita tidak tahu giliran siapa selepas ini.
---

🤲 Sabda Nabi Muhammad SAW

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.”
(HR Ibn Hibban)

---

💭 Pengajaran Dari Putaran Kehidupan

  • Jangan sombong bila berjaya
  • Jangan menghina orang yang sedang jatuh
  • Jangan lupa bahawa dunia ini sementara
  • Sentiasa berbuat baik walaupun kecil
---

🧠 Realiti Hidup

Hari ini kita mungkin “burung”, tetapi esok kita mungkin menjadi “semut”.

Segala kedudukan, harta, dan kekuatan — semuanya hanya sementara.

🔥 Yang kekal hanyalah amal dan akhlak kita.
---

❤️ Penutup

Putaran kehidupan bukan untuk menakutkan kita, tetapi untuk mengingatkan kita.

Bahawa setiap tindakan kita akan kembali kepada diri kita sendiri.

“Jadilah manusia yang baik… bukan kerana dunia, tetapi kerana Allah melihat semuanya.”
---

📌 Kredit

Wazleey – Threads

Giveaway Ramadan: Sampul Duit Raya DoodlebyREN!


Bismillahirrahmanirrahim.

Agak lama tak join giveaway. What do you think about this blog? Saya tak pandai nak mengomen sebenarnya. Blog https://janggeltrekking2.blogspot.com/ simple and nice, good loading. 

Salam Ramadan. Semoga dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik, senantiasa dalam lindungan serta rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Aamiin Ya Allah Ya Mujib.

Jom join ramai-ramai. 

Kredit : Blog Tarmizi

hatimu luka

Allah sengaja membuat hatimu luka, agar kamu tau betapa pahitnya berharap kepada manusia.

اَللهُم صَلَى عَلَى سَيَّدِنَا مُحَمَّدِ وَعَلَى آلِ سَيَّدِنَا مُحَمَّدَ

Wadah Terkini