Jangan mudah lupa luka yang pernah diberikan...
Sejahat-jahatnya kita, janganlah sesekali mendekati semula orang yang pernah menyakiti dan berbuat jahat kepada kita tanpa melihat perubahan yang sebenar.
Memaafkan itu mulia, tetapi menjaga batas dan melindungi diri juga penting. Tidak semua orang yang meminta maaf benar-benar berubah, kerana kepercayaan yang telah rosak memerlukan masa untuk dibina kembali.
Seperti kata pepatah, "ular tetap ular walaupun sudah berganti kulit, ia masih mempunyai bisa."
Namun begitu, jangan biarkan pengalaman pahit menjadikan hati kita penuh dendam. Maafkanlah jika mampu, tetapi belajarlah daripada pengalaman dan berhati-hati dalam memberikan kepercayaan.
Sumber perkongsian: Mohd Zamli Mohd Zamli
0 Comments:
Catat Ulasan