RESEPI KEROPOK PECAH BAWANG

RESEPI KEROPOK PECAH BAWANG

🧅Bahan-bahan: 
~ 500 gr tepung gandum
~ 1 sudu besar marjerin
~ 5 sudu besar minyak masak
~ 1 sachet stok ayam
~ 1 sudu kecil garam
~ 1 sudu kecil lada kisar
~ 1 sudu besar gula pasir
~ 1 biji telur
~ daun saderi dihiris secukupnya
~ 10 biji bawang merah
~ 5 ulas bawang putih
~ 1 sachet santan segera
~ air secukupnya 

🧅Cara membuatnya
~ Blend bawang merah, bawang putih dan santan kemudian ketepikan.
~ svediakan bekas berasingan, masukkan tepung gandum kemudian masukkan rempah kisar yang telah dikisar tadi.
~ Masukkan marjerin, air, minyak masak, pati ayam, garam, lada sulah, telur dan hirisan saderi.
~ uli hingga sebati dan rempah sebati sehingga doh siap untuk dipotong.
~ Ambil segenggam doh, kemudian potong seperti bawang goreng, buat sehingga habis.
~ Doh sedia untuk digoreng dengan api sederhana.
Semoga berjaya.

Kredit empunya resepi



Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”