Monolog Ramadhan #16 – Bila Raya Tidak Terasa Apa-Apa
Catatan hati di pertengahan Ramadhan
16 Ramadhan.
Orang lain mula rasa seronok. Mula bercakap tentang raya. Tentang cuti. Tentang balik kampung. Tentang baju baru.
Aku pula… semakin dekat dengan raya, semakin terasa kosong.
Entah kenapa, raya kali ini terasa seperti hari biasa. Tiada rasa istimewa. Tiada debar yang sama seperti dulu.
Orang yang bekerja sudah mula memohon cuti. Sudah merancang perjalanan pulang. Sudah menghitung hari untuk berehat bersama keluarga.
Aku?
Nothing.
Tiada cuti yang ditunggu. Tiada perancangan yang dibuat. Tiada apa yang benar-benar terasa untuk dinantikan.
Kadang-kadang kita melihat dunia orang lain terlalu penuh dengan cerita. Sedangkan dunia kita sendiri hanya sunyi yang menemani.
Tapi mungkin… Ramadhan bukan selalu tentang meriahnya raya.
Kadang Ramadhan hadir untuk mengajar kita menerima sunyi. Mengajar kita berdamai dengan hati. Mengajar kita bahawa tidak semua kebahagiaan perlu dilihat oleh orang lain.
Mungkin juga… dalam rasa kosong ini, Allah sedang memberi ruang untuk hati belajar menjadi lebih tenang.
— #JMBELOG
0 Comments:
Catat Ulasan