Ramadhan 19 – Andai Ini Yang Terakhir

Ramadhan 19 – Andai Ini Yang Terakhir

Ramadhan 19.

Malam semakin sunyi,
dan hati semakin banyak berfikir
tentang hidup yang tidak pernah pasti.

Aku minta maaf.
Minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung jari kaki.

Maaf atas segala silap dan salah.
Maaf atas kata yang mungkin pernah melukai.
Maaf atas sikap yang mungkin pernah mengguris hati.

Maaf atas yang terkurang,
dan maaf juga atas yang mungkin terlebih.

Maaf atas segala kekhilafan,
yang berlaku secara langsung,
atau yang terjadi tanpa aku sedari.

Halalkan makan minumku.
Halalkan setiap kebaikan yang pernah kau beri.

Halalkan juga setiap ilmu
yang pernah kau kongsi denganku.

Kerana dalam hidup ini,
aku hanyalah manusia
yang belajar berjalan
dalam banyak kekurangan.

Andai ini yang terakhir dariku…

Jangan ditangisi.

Kerana setiap yang datang
pasti akan kembali.

Cukup…
doakan aku dalam diam.

Dan jika suatu hari nanti
namaku hanya tinggal kenangan,

sedekahkanlah Al-Fatihah
atas pemergianku ini.

Semoga Allah mengampuni aku,
dan juga kalian yang pernah hadir
dalam perjalanan hidupku.


Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”

Wadah Terkini