Bila Aku Memilih Untuk Berdiam

Bila Aku Memilih Untuk Berdiam

Sebuah refleksi tentang diam, sedar, dan memilih ketenangan.


Antara nikmat yang aku rasakan sekarang ialah hilangnya rasa ingin ambil tahu tentang hidup orang lain. Aku tak lagi rasa perlu mengikuti setiap cerita, tak tertarik dengan gosip atau rahsia yang bukan urusanku.

Bukan kerana sombong, tapi kerana aku semakin sedar bahawa tidak semua perkara layak memenuhi ruang fikiranku.

Dulu mungkin aku mudah terganggu dengan hal luar. Mudah terbanding. Mudah terpengaruh.

Tapi kini aku memilih untuk alihkan tenaga itu kepada diri sendiri. Fokus memperbaiki kekurangan. Mencari ketenangan dalam diam. Dan membina hidup tanpa terlalu sibuk memerhati kehidupan orang lain.

Rupanya bila kita berhenti peduli yang tak perlu, hati jadi jauh lebih ringan.


Mungkin sebab itu sekarang aku lebih banyak berdiam.

Diam bukan kerana aku tidak tahu berkata-kata. Dan bukan juga kerana aku ingin menjauhkan diri dari semua orang.

Diam ini hanyalah cara aku menjaga hati dan fikiran.

Kadang dalam hidup, kita sampai ke satu tahap di mana kita sedar bahawa tidak semua perkara perlu kita respon. Tidak semua cerita perlu kita dengar. Dan tidak semua suara perlu kita balas.

Ada waktunya kita berubah.

Dari yang dulu suka bercerita, menjadi yang lebih suka mendengar.

Dari yang dulu mudah bereaksi, menjadi yang lebih memilih tenang.

Kerana semakin kita dewasa dalam pengalaman hidup, kita mula faham bahawa ketenangan itu mahal.

Dan kadang-kadang… ketenangan itu hanya datang bila kita belajar untuk berdiam.


Raya Terkejut 2026? Benarkah Aidilfitri Mungkin Jatuh 20 Mac?

Raya Terkejut 2026? Benarkah Aidilfitri Mungkin Jatuh 20 Mac?

Satu penjelasan ringkas tentang penentuan awal Syawwal


Dalam takwim rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), 1 Syawwal 1447H dijangka jatuh pada 21 Mac 2026 (Sabtu).

Namun sejak kebelakangan ini, timbul pula ura-ura bahawa Hari Raya Aidilfitri mungkin jatuh pada 20 Mac 2026 (Jumaat).

Ramai yang tertanya-tanya…

“Macam mana boleh jadi macam ni?”

Sebenarnya perkara ini bukan sesuatu yang pelik. Ia berkait rapat dengan kaedah penentuan awal bulan dalam takwim Hijri yang digunakan dalam Islam.


Jawapan Pendek

Pada petang 19 Mac 2026 bersamaan 29 Ramadan 1447H, umat Islam akan mencerap anak bulan Syawwal.

Jika anak bulan itu berjaya kelihatan ketika cerapan dilakukan, maka esoknya iaitu 20 Mac 2026 akan diisytiharkan sebagai 1 Syawwal.

Tetapi jika anak bulan tidak kelihatan, maka bulan Ramadan akan digenapkan menjadi 30 hari, dan Hari Raya Aidilfitri akan jatuh pada 21 Mac 2026.

Jadi sebab itu wujud kemungkinan yang dipanggil orang ramai sebagai “Raya Terkejut”.


Jawapan Panjang

Takwim Hijri yang digunakan oleh umat Islam ialah Takwim Qomari, iaitu takwim yang berdasarkan pergerakan bulan.

Ia berbeza dengan takwim Masihi yang berdasarkan pergerakan matahari (Takwim Syamsi).

Dalam ilmu falak, terdapat beberapa kaedah penentuan awal bulan Hijrah:

  • Hisab
  • Rukyah Hakiki
  • Imkanur Rukyah

1. Kaedah Hisab

Kaedah ini menggunakan pengiraan matematik semata-mata tanpa melihat anak bulan. Biasanya bulan ditentukan secara selang seli antara 29 dan 30 hari.

Kaedah ini sering digunakan oleh sistem penukaran tarikh Hijri dalam internet, namun ia tidak digunakan secara rasmi untuk menentukan awal Ramadan atau Syawwal di Malaysia.

2. Kaedah Rukyah Hakiki

Kaedah ini bergantung sepenuhnya kepada cerapan anak bulan secara sebenar. Pada petang hari ke-29 setiap bulan Hijri, cerapan akan dilakukan.

Jika anak bulan kelihatan, maka esoknya masuk bulan baharu. Jika tidak kelihatan, maka bulan tersebut digenapkan menjadi 30 hari.

Kaedah ini selari dengan hadis Nabi SAW:

"Berpuasalah kamu apabila melihat anak bulan, dan berbukalah kamu apabila melihatnya."

3. Kaedah Imkanur Rukyah

Di Malaysia dan negara-negara jiran, kita menggunakan kaedah Imkanur Rukyah, yang bermaksud kebolehnampakan hilal.

Kaedah ini menetapkan kriteria tertentu bagi menentukan sama ada anak bulan mungkin boleh dilihat atau tidak.

Kriteria yang digunakan oleh negara-negara MABIMS ialah:

  • Ketinggian hilal melebihi 3° ketika matahari terbenam
  • Elongasi hilal melebihi 6° 24'

Jika kedudukan bulan memenuhi kriteria ini, maka kemungkinan besar anak bulan boleh dilihat.


Situasi Hilal Syawwal Tahun 2026

Berdasarkan pengiraan astronomi, pada petang 19 Mac 2026:

  • Ketinggian bulan sekitar 2° di atas ufuk
  • Elongasi sekitar 4° hingga 5°

Ini bermaksud kedudukan bulan tidak cukup syarat Imkanur Rukyah.

Sebab itu dalam takwim awal ditetapkan bahawa 1 Syawwal 1447H ialah pada 21 Mac 2026.

Namun begitu, sekiranya ketika cerapan sebenar anak bulan berjaya dilihat, maka kaedah Rukyah Hakiki akan diutamakan.

Dalam keadaan itu, Hari Raya Aidilfitri akan jatuh pada 20 Mac 2026.


Kesimpulan

Penentuan tarikh Hari Raya Aidilfitri sebenarnya bergantung kepada cerapan anak bulan pada petang 29 Ramadan.

Keputusan rasmi akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Jadi sama ada kita akan beraya pada 20 Mac atau 21 Mac 2026, semuanya akan diketahui pada malam pengumuman tersebut.

Kita tunggu sahaja pengumuman rasmi nanti.


Sumber penjelasan: Perkongsian ilmu falak oleh Ashraff Osman.

Hari 66 — Aku Tidak Terlalu Sensitif

Hari 66 — Aku Tidak Terlalu Sensitif

“Aku hanya merasa dengan jujur.”


Perasaanku bukan kelemahan.

Ia adalah cara aku memahami dunia.


Hari 66 daripada 365 hari.

Kesabaran Yang Mendamaikan

Monolog Jiwa – Episod 09

Kesabaran Yang Mendamaikan


Kesabaran bukan sekadar menunggu,
tetapi tetap berdiri teguh meski badai melanda.
Ia mendamaikan hati,
menguatkan jiwa,
dan menenangkan setiap keresahan.

Dalam setiap ujian, ada pelajaran.
Dalam setiap tumpuan doa, ada ketenangan.
Kesabaran yang tulus membuat jiwa lebih lapang,
dan cahaya iman lebih bersinar.

Jangan tergesa menilai hasil.
Kesabaran menuntun kita perlahan-lahan,
membawa kita ke tempat yang sepatutnya.
Dan hanya yang Maha Mengetahui melihat setiap usaha kita.


— Monolog Jiwa

Lirik Lagu Kepulangan Yang Dinanti - Aman Shah

Bergema suara takbir di angkasa
Selembut bayu meresap ke dalam jiwa
Betapa hatimu terharu
Menyambut anakmu kembali

Terbayang senyuman di wajah nan sepi
Pulangnya anakmu di pagi yang murni
Kasihmu seharum kasturi
Melambai anakmu kembali

( korus )
Dalam dakapan keheningan maya
Pertemuan yang menyentuh di jiwa
Sekian lamanya terpisah
Harapan kini menjadi nyata

Kiranya perpisahan terjadi lagi
Anakmu pergi mencurahkan bakti
Doamu teriring selalu
Semoga bertemu kembali

Bila Raya Tidak Terasa Apa-Apa

Monolog Ramadhan #16 – Bila Raya Tidak Terasa Apa-Apa

Catatan hati di pertengahan Ramadhan


16 Ramadhan.

Orang lain mula rasa seronok. Mula bercakap tentang raya. Tentang cuti. Tentang balik kampung. Tentang baju baru.

Aku pula… semakin dekat dengan raya, semakin terasa kosong.

Entah kenapa, raya kali ini terasa seperti hari biasa. Tiada rasa istimewa. Tiada debar yang sama seperti dulu.

Orang yang bekerja sudah mula memohon cuti. Sudah merancang perjalanan pulang. Sudah menghitung hari untuk berehat bersama keluarga.

Aku?

Nothing.

Tiada cuti yang ditunggu. Tiada perancangan yang dibuat. Tiada apa yang benar-benar terasa untuk dinantikan.

Kadang-kadang kita melihat dunia orang lain terlalu penuh dengan cerita. Sedangkan dunia kita sendiri hanya sunyi yang menemani.

Tapi mungkin… Ramadhan bukan selalu tentang meriahnya raya.

Kadang Ramadhan hadir untuk mengajar kita menerima sunyi. Mengajar kita berdamai dengan hati. Mengajar kita bahawa tidak semua kebahagiaan perlu dilihat oleh orang lain.

Mungkin juga… dalam rasa kosong ini, Allah sedang memberi ruang untuk hati belajar menjadi lebih tenang.

— #JMBELOG

Lirik Lagu Bila Takbir Bergema - Rafeah Buang

Dengar-dengar itu bedok telah berbunyi
Sebulan puasa tamatlah hari ini
Lekaslah adikku hiaskan rumahmu
Biar serba baru untuk para tamu

Jangan kau lupa ketupat di dapur
Rendang di kuali jangan biar hangus
Cuba lihat itu kanak-kanak berlari
Di halaman rumah bermain bunga api

Bangunlah anakku pakai baju baru
Kawanmu semua telahpun menunggu
Dapatkan ayahanda sujud di kakinya
Serta jangan lupa nindamu kedua

Kita bermaaf dengan keikhlasan
Moga bertambah rahmat dari Tuhan
Dengar-dengar itu takbir sedang bergema
Hening dan mulia di pagi hari raya

Lirik Lagu Syawal Ini - Usop

(Verse 1) Suasana subuh menyapa jiwa, Takbir suci bergema, Langit cerah bagai bicara, Tentang Kasih tanpa suara. (Pre-Chorus) Ramadhan pergi tinggalkan nur, Syawal tiba penuh syukur, Dalam sujud ku berseru, Atas cinta-Mu yang satu. (Chorus) Syawal ini, ku sujud syukur,
Atas rahmat-Mu yang luhur, Syawal ini, ku sujud syukur, Cinta-Mu akan ku akur, Di balik tawa dan cahaya, Ada kasih dari-Nya, Syawal ini, ku kembali, Ke pangkuan kasih Ilahi. Solo Guitar (Pre-chorus) Langit malam menjadi saksi, Air mata tak lagi sembunyi, Syawal bukan sekadar gembira, Tapi jalan pulang pada-Nya. (Final Chorus) Syawal ini, ku sujud syukur, Atas rahmat-Mu yang luhur, Syawal ini, ku sujud syukur, Cinta-Mu akan ku akur,

Di balik tawa dan cahaya, Ada kasih dari-Nya, Syawal ini, ku kembali, Ke pangkuan kasih Ilahi. (Syawal ini, ku sujud syukur) Atas rahmat-Mu yang luhur, (Syawal ini, ku sujud syukur) Cinta-Mu akan ku akur, (Di balik tawa dan cahaya) Ada kasih dari-Nya, Syawal ini, (ku kembali) Ke pangkuan kasih Ilahi.

Lirik Lagu Musafir Di Aidil Fitri - S. Jibeng

Gema takbir di subuh hari
Menjelang sudah aidil fitri
Tapi hamba musafir diri
Ke sana sini membawa diri

Ayah ibu lamalah pergi
Pergi menyahut seruan Illahi
Tinggal hamba seorang diri
Tiada siapa ingin hampiri

( korus )
Oh Tuhan Yang Maha Kaya
Hamba menangis di pagi raya
Aidil fitri hari bahgia
Tapi hamba dilanda derita

Pusara ayah dan juga ibu
Di pagi bahgia hamba kunjungi
Dengarlah ini ratapan anakmu
Hamba musafir di aidil fitri

Hari 65 — Melepaskan Perbandingan

Hari 65 — Melepaskan Perbandingan

“Hidupku tidak perlu serupa.”


Aku berhenti membandingkan langkah.

Kerana jalanku memang dicipta berbeza.


Hari 65 daripada 365 hari.

Tokoh Kepimpinan Islam Dunia - Dari Khilafah Hingga Pemimpin Negara Moden

Tokoh Kepimpinan Islam Dunia
Dari Khilafah Hingga Pemimpin Negara Moden


Sejarah dunia Islam tidak pernah sunyi daripada tokoh kepimpinan yang memberi kesan besar kepada perjalanan tamadun manusia. Daripada era Khulafa al-Rasyidin sehinggalah kepada pemimpin negara moden, setiap tokoh membawa pendekatan, perjuangan dan pengaruh yang berbeza.

Ada yang dikenang kerana keadilan dan kebijaksanaan, ada yang diingati kerana kekuatan kepimpinan, dan ada juga yang menjadi tokoh penting dalam pembentukan negara moden di dunia Islam.

Senarai tokoh ini sering dikongsi dalam pelbagai infografik sebagai gambaran ringkas tentang pengaruh pemimpin Islam dalam sejarah dunia.

Tokoh Kepimpinan Islam Awal

  • Abu Bakr As-Siddiq (RA) – Khalifah pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad ﷺ.
  • Umar ibn al-Khattab (RA) – Khalifah kedua yang terkenal dengan sistem pentadbiran dan keadilan.
  • Uthman ibn Affan (RA) – Khalifah ketiga yang menyatukan mushaf Al-Quran.
  • Ali ibn Abi Talib (RA) – Khalifah keempat dan tokoh penting dalam sejarah Islam.
  • Salahuddin Al-Ayyubi – Pemimpin yang membebaskan Baitulmaqdis semasa Perang Salib.

Pembina Empayar Islam

  • Sultan Mehmed II – Penakluk Constantinople pada tahun 1453.
  • Sultan Suleiman the Magnificent – Pemerintah empayar Uthmaniyah pada zaman kegemilangannya.
  • Sultan Selim I – Memperluas empayar Uthmaniyah ke wilayah Arab.
  • Shah Abbas I – Pemimpin penting Empayar Safavid di Iran.
  • Osman Ghazi (Osman I) – Pengasas Empayar Uthmaniyah.

Pengasas Negara Islam Moden

  • Mustafa Kemal Atatürk – Pengasas Republik Turki moden.
  • Muhammad Ali Jinnah – Pengasas negara Pakistan.
  • Sheikh Mujibur Rahman – Bapa kemerdekaan Bangladesh.
  • King Faisal bin Abdulaziz – Raja Arab Saudi yang berpengaruh dalam geopolitik dunia Islam.
  • Aga Khan III – Tokoh politik dan pemimpin komuniti Ismaili.

Pemimpin Dunia Islam Era Kontemporari

  • Recep Tayyip Erdoğan – Presiden Turki.
  • Mahathir Mohamad – Bekas Perdana Menteri Malaysia.
  • Imran Khan – Bekas Perdana Menteri Pakistan.
  • Mohammed bin Salman – Putera Mahkota Arab Saudi.
  • Ali Khamenei – Pemimpin Tertinggi Iran.

Catatan Penting

Tidak semua tokoh yang disebut mempunyai pandangan sejarah yang sama dalam kalangan ahli sejarah. Sebahagian pemimpin dipuji kerana sumbangan mereka, manakala sebahagian lagi dikritik kerana dasar politik atau konflik yang berlaku semasa pemerintahan mereka.

Namun begitu, dari sudut sejarah dan kajian politik dunia Islam, mereka tetap dianggap tokoh yang mempunyai pengaruh besar terhadap perkembangan geopolitik, masyarakat dan tamadun Islam.

Penutup

Sejarah mengajar kita bahawa kepimpinan bukan sekadar kuasa, tetapi amanah yang memberi kesan kepada generasi yang datang selepasnya.

Ada pemimpin yang dikenang kerana keadilan, ada yang diingati kerana keberanian, dan ada yang menjadi pelajaran tentang bagaimana kuasa boleh membentuk perjalanan sejarah manusia.

Bagi kita hari ini, memahami sejarah kepimpinan dunia Islam adalah satu cara untuk melihat bagaimana tamadun ini berkembang — dari era khilafah hingga ke dunia moden.


Sumber Rujukan

Nota: Artikel ini bertujuan untuk tujuan pendidikan dan kesedaran sejarah sahaja. Ia tidak bertujuan menyokong mana-mana ideologi politik atau tokoh tertentu.

Rasa Yang Tak Mampu Diterjemah

Rasa Yang Tak Mampu Diterjemah

Kadang yang paling menyakitkan bukan luka yang terlihat, tetapi rasa yang tak mampu dijelaskan.


Ada waktu yang paling menyakitkan bukan ketika kita dimarahi atau disakiti orang, tetapi ketika kita sendiri tak mampu menjelaskan apa yang sedang dirasa.

Hanya berbaring diam, pandang kosong ke siling, cuba menenangkan hati yang tak berhenti bergetar.

Air mata jatuh tanpa suara, tapi dada tetap terasa makin sempit dari satu detik ke detik berikutnya.

Saat itu, bukan kerana kita lemah. Cuma ada rasa yang terlalu berat untuk diluah, terlalu rumit untuk diterjemah.

Kita cuma mahu difahami tanpa perlu banyak kata.

Kadang yang paling pedih bukan kesedihan itu sendiri, tetapi rasa terperangkap sendirian dengan emosi yang tak mampu dijelaskan.


Ada rasa yang tidak perlu dijelaskan panjang, cukup seseorang hadir dan memahami.

My status. My words. My story.

My status.
My words.
My story.
Not everyone will understand,
and that’s okay.

Hanya Melihat, Bukan Merasa

Hanya Melihat, Bukan Merasa

Monolog Jiwa • #JMBELOG


Terpulang apa orang kata.
Terpulang apa orang pandang.

Orang tak lalui.
Orang tak duduk di tempat yang sama.

Orang hanya asal bicara.
Orang hanya asal melihat.
Orang tak fokus sepenuhnya.

Mereka melihat dari jauh,
tanpa tahu berat langkah yang dipijak.
Mereka menilai dari luar,
tanpa pernah menyentuh luka yang disimpan.

Kadang-kadang,
yang paling kuat diuji
ialah hati yang diam
tapi terus bertahan.

Biarlah orang berkata apa saja.
Kerana yang benar-benar tahu perjalanan ini,
hanyalah diri sendiri
dan Tuhan yang melihat dari awal hingga akhir.

Dari Intern Hingga Pengarah Ladang – Sebuah Perjalanan Jiwa Jacob Mathan

Dari Intern Hingga Pengarah Ladang – Sebuah Perjalanan Jiwa Jacob Mathan


Ada perjalanan hidup yang tidak terlalu panjang, tetapi cukup dalam maknanya.

Ada manusia yang hadir di dunia ini bukan sekadar untuk melalui hari-hari biasa, tetapi untuk meninggalkan jejak yang diam-diam membina sesuatu yang besar.

Begitulah kisah seorang insan bernama Jacob Mathan.

Perjalanannya bermula lebih satu dekad lalu, ketika beliau baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang sains pertanian dari Universiti Malaysia Sabah.

Dengan semangat seorang anak muda yang ingin belajar, beliau menyertai sebuah syarikat tenusu yang ketika itu dikenali sebagai Holstein Milk Company.

Jawatan pertamanya hanyalah sebagai Farm Executive di Mawai Farm, Johor.

Barangkali ketika itu, tiada siapa benar-benar menyangka bahawa langkah kecil itu akan membawa beliau sejauh ini.

Namun tahun demi tahun, dedikasi dan kesungguhannya membina sebuah perjalanan yang luar biasa.

Pada tahun 2015, beliau mengetuai pembangunan Muadzam Shah Cattle Research and Innovation Centre di Pahang — sebuah pusat yang akhirnya menjadi antara penanda aras penting dalam industri penternakan tenusu Malaysia.

Bagi beliau, ladang bukan sekadar tempat bekerja.

Ia adalah tempat menjaga kehidupan.

Di bawah kepimpinannya, pelbagai inovasi diperkenalkan untuk kebajikan haiwan, termasuk sistem kawalan iklim bagi mengurangkan tekanan haba dan unit pedikur kuku untuk menjaga kesihatan lembu.

Fokusnya sentiasa satu — penjagaan pencegahan lebih penting daripada rawatan.

Dedikasi itu akhirnya membawa beliau ke jawatan Group Senior Farm Manager pada tahun 2018.

Dan pada tahun 2024, beliau dilantik sebagai Farm Director, menyelia operasi ladang di seluruh negara serta menyokong perkembangan syarikat di Australia.

Namun di sebalik semua pencapaian itu, beliau tetap dikenali sebagai seorang yang sederhana, peramah dan penuh hormat kepada semua orang.

Seperti resmi padi — semakin berisi, semakin tunduk.

Ramai yang menyifatkan beliau sebagai “founding spirit” bagi pembangunan bahagian ladang syarikat tersebut.

Tetapi kehidupan, seperti yang selalu kita tahu, tidak pernah menjanjikan panjangnya perjalanan.

Pada 3 Mac, beliau berada di Filipina bagi meninjau potensi tapak ladang baharu sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan antarabangsa.

Malangnya, helikopter yang dinaikinya dilaporkan mengalami masalah enjin dan terhempas berhampiran Pililla di wilayah Rizal sekitar jam 7.20 pagi.

Tragedi itu meragut nyawanya dan menjadi satu kehilangan besar bukan sahaja kepada syarikat, tetapi juga kepada rakan-rakan sekerja dan industri yang pernah disentuh oleh dedikasinya.

Ketika berita itu tersebar, ramai yang terdiam.

Kerana kadang-kadang, kehilangan bukan hanya tentang seorang manusia — tetapi tentang sebuah jiwa yang pernah memberi makna kepada ramai orang.

Mungkin inilah hakikat kehidupan.

Ada orang hidup lama, tetapi jejaknya tidak terasa.

Ada orang hidup tidak sepanjang itu, tetapi kebaikannya terus hidup dalam hati manusia lain.

Dan mungkin, itulah jenis kehidupan yang paling bermakna.

Bukan tentang berapa lama kita berada di dunia ini, tetapi tentang apa yang kita tinggalkan untuk dunia selepas kita pergi.

Sebuah dedikasi. Sebuah inspirasi. Sebuah kenangan yang tidak mudah dilupakan.

Semoga setiap usaha baik yang pernah dilakukan menjadi cahaya yang mengiringi perjalanan pulangnya.

Dan semoga kita yang masih hidup ini belajar sesuatu daripada kisah ini — bahawa kerja yang dilakukan dengan ikhlas akan sentiasa meninggalkan makna.

“Setiap kehidupan adalah cerita. Ada yang panjang, ada yang singkat. Tetapi yang paling penting… adalah makna yang ditinggalkan.”

Lirik Lagu Dentam Dentum Raya - Hadie, Odda & Ammar

Intro Selamat hari mulia Bunga api Berdentam dentum meletop (pap) Tak sabar Ku Nak Raya Oh Selamat Hari Bahgia Jantung Aku berdetak degup Tak sabar aku nak beraya!!! Verse Eh kita puasa hampir sebulan (Alhamdulillah Sebulan dah) tak sabar aku nak beraya aku tak tahan Terus Cuti sebulan (Ha ambik kau) Balik kampung Jumpa MAMA Waktu Raya Bermaafan Atas segala Kekhilafan mungkin ku terlupa Atas kesalahan semoga bahgia doa ku panjatkan Chorus selamat hari mulia Bunga api Berdentam dentum meletop (pap) Tak sabar Ku Nak Raya Oh Selamat Hari Bahgia Jantung Aku berdetak degup Tak sabar aku nak beraya!! Post Chorus Aku tak tak tak tak tak sabar sabar nak beraya! Aku tak tak tak tak tak sabar sabar nak beraya! Duit raya pun jangan Buat Lupa!!!! Verse 2 Kelip mata, tiba Syawal, Lupa ‘lak tahun ni awal, Baju Melayu set sampin, Ada kasut, ada capal, Mahal ke murah, asalkan kemas Siap-siap sebelum berangkat, Biar lambat, tak perlu melekas, Doa agar semua selamat sampai, Takyah laju der, bawak santai, Dari kereta sampai kapcai, Jangan lupa singgah ATM, anak buah ramai, Rendang nampak melazatkan, Perut sudah kelaparan, Sebelum meraikan, Harus kita bermaafan. Rendahkan hati ke depan lagi Tunggu syawal tiba Lemang dan nasi Rendang dan sugi Ehh tak sabar aku nak raya

**Ulang Chorus ** Ulang Post Chorus

Lirik Lagu Tung Tung Raya - Iman Troye, Dato' Sri Aliff Syukri

Tung tang ketung kuali, Sibuk siapkan juadah, Takut-takut nanti, Tak sempat, Tetamu tiba, Oh aduhai, Kelam kabut raya, Cepat-cepat, Takut bersiap pun tak sempat, Selamat hari raya, Diucapkan pada semua, Mohon ampun maaf dipinta, Atas semua silap dan salah, Selamat hari raya, Raikan kemenangan bersama, Yang renggang eratkan, Jalinan sesama kita, Tung tang ketung kuali, Banyak yang tak siap lagi, Dah macam berperang, Dari malam sampai pagi, Oh aduhai, Kelam kabut raya, Cepat-cepat, Takut bersiap pun tak sempat, Selamat hari raya, Diucapkan pada semua, Mohon ampun maaf dipinta, Atas semua silap dan salah, Selamat hari raya, Raikan kemenangan bersama, Yang renggang eratkan, Jalinan sesama kita, Janganlah dilupa, Yang telah tiada, Dalam bergembira, Kirimkanlah doa, Yang masih bersama, Baiklah hendaknya, Lupakan sengketa, Jom kita beraya, Selamat hari raya, Diucapkan pada semua, Mohon ampun maaf dipinta, Atas semua silap dan salah, Selamat hari raya, Raikan kemenangan bersama, Yang renggang eratkan, Jalinan sesama kita, Selamat hari raya, Diucapkan pada semua, Mohon ampun maaf dipinta, Atas semua silap dan salah, Selamat hari raya, Raikan kemenangan bersama, Yang renggang eratkan, Jalinan sesama kita.

Lirik LaguTunaikan Saja Hari Raya - Ehin & Iera Milpan

verse1 (perempuan) assalammualikum kekanda tahun ini ke rumah keluarga saya (lelaki) haa haa bila turn saya? saya pon nak raya bersama keluarga pre (all) tak mengapalah ikut kan saja chorus (lelaki) tak kisah tak kisah tak kisah rumah siapa ku ikut kan ku ikut kan ku ikut saja ai ya ya ya janji beraya asalkan dinda bahgia (perempuan) kanda ikut kanda ikut tunaikan saja ini permintaan permintaan adinda ai ya ya ya dinda tak kira tahun ni di rumah dinda post (all) selamat hari raya pada semua ai ya ya ya kita bahgia selamat berhari raya verse 2 (lelaki) dan bila tiba di rumah bonda tolong bonda jangan asyik main handphone (perempuan) ye ye la saya tahu lah jangan ulang ulang dah cakap semalam

Lirik Lagu Raya Kira Jadi - Kitshafiq, Syeriena Marcella ft. Masmera

(verse 1) syawal telah tiba tahun ini sama anak bulan dah menjelma tapi jodoh tak kunjung tiba (verse 2) masak rendang sudah kemas rumah sudah yang datang semua berpunya makcik bawang mula bertanya !!! (pre chorus - dialog ) haa ! ni anak2 makcik semua dah menikah , ate kome bila lagi ? dah tua bangka tak reti2 kejap2 makcik up dalam pesbuk ! upload ah meledak (chorus) baju raya ! kita ! sama ! eh jum lah beraya .. daripada raya kita kosong alangkah elok kita sekampung kampung awak jadi kampung saya ibu ayah awak mertua saya alang - alang semua disini mana kadi ? raya ini kira jadi ! solo (pre chorus - dialog ) Dengan ini , saya selaku pemegang jawatan tertinggi presidence single sedunia ingin mengumukan TAHUN NI RAYA TAK KOSONG !!! (chorus) baju raya ! kita ! sama ! eh jum lah beraya .. daripada raya kita kosong alangkah elok kita sekampung kampung awak jadi kampung saya ibu ayah awak mertua saya alang - alang semua disini mana kadi ? raya ini kira jadi ! kampung awak jadi kampung saya ibu ayah awak mertua saya alang - alang semua disini mana kadi ? raya ini kira jadi ! (ending) kampung awak jadi kampung saya ibu ayah awak mertua saya alang - alang semua disini mana kadi ? raya ini kira jadi ! raya ini kira jadi … raya ini kira jadi 

 

Lirik lagu Senyum Gugur Di Penghujung Doa - Dayang Nurfaizah

Raya ini raya yang berbeza

Sayu tanpa sahutan suara

Tiada tubuh memeluk

Bau harumnya tanganmu

Hanya Tuhan yang tahu betapa aku


Raya ini raya yang berbeza

Sepi tanpa panggilan suara

Tiada lagi terasa suapan ikhlas jarimu

Hanya Tuhan yang tahu betapa aku rindu beraya denganmu


Raya ini raya yang berbeza

Senyum gugur di penghujung doa

Bahagia kau di sana sampai ketemu semula

Hanya Tuhan yang mampu menjagamu untukku


Andai syurga mendengar rinduku

Tembuskan salam rindu padamu

Pasti indah alunan takbir Rayamu di sana?

Hanya Tuhan yang tahu aku terlalu rindu beraya denganmu

Lirik lagu Raya Kita Gembira - Alieff Irfan & Bellestrelle

Verse 1

Salam bersalam

Kita bermaafanlah

Lupakanlah


Ok

Dulu menjauh

Kini kita rapatkan

Semula


Pre-Chorus

Kau dan aku manusia biasa

Lupakan sengketa antara kita

Hari raya, hari yang mulia aaa

Kita raikan bahagia


Chorus

Hari hari raya

Hari kita gembira

Maafkanlah

Segalanya


Hari hari raya

Hari kita bersama

Berkunjungan

Sanak saudara


Post-Chorus

Hari raya

Hari kita

Bergembira

Selamat Hari Raya


Verse 2

Bermaaf-maaf

Kita berdamai lah

lupakanlah


Segala salah

Silap yang mungkin

Buat kau terluka


Bridge

Hari hari raya

Hari hari raya

Hari hari raya

Hari hari raya

Selamat hari raya

Lirik Lagu Mama Papa Raya - Dato’ Sri Aliff Syukri, Datin Sri Nur Shahida, Qadejah El Zahra & Ammar Ahyan

Goyangkan kaki mari menari
Hiburkan hati di aidilfitri
Laguku ini jadi temanmu
Turut sama raikannya

Syawal menjelma kini hari raya
Kunjung-mengunjung sanak dan saudara
Yang tinggal di kota
Yang duduk di desa
Sama sambut hari raya

Mama mama mama mama papa
Indah sungguh di hari raya
Berpakaian cantik
Oh indah berseri warna-warni

Mama mama mama mama papa
Raya kita sambut bersama
Tua dan muda, miskin dan kaya
Jom happy bersama hari yang mulia

Selamat, selamat hari raya
Aidilfitri, fitri mulia ahah
Ampun maaf, maaf kupinta
Mensuci hening hening dosa ahah

Lupakan kisah dulukala
Bersalaman sesama kita
Di hari yang bahagia
Sucikan hati tenangkan jiwa

Mari menjamu selera
Pilihlah yang mana suka
Jangan sedih, jangan berduka
Selamat hari raya

(Rap)
Tak sabar rasanya nak kumpul duit raya
Mama papa abang adik famili semua ada
Kuih muih ketupat rendang makan telah terhidang
Luangkan masa, lupa sengketa, jom happy sama-sama

Mama mama mama mama papa
Indah sungguh di hari raya
Berpakaian cantik
Oh indah berseri warna-warni

Mama mama mama mama papa
Raya kita sambut bersama
Tua dan muda, miskin dan kaya
Jom happy bersama hari yang mulia

Selamat, selamat hari raya
Aidilfitri, fitri mulia ahah
Ampun maaf, maaf kupinta
Mensuci hening hening dosa ahah

Lupakan kisah dulukala
Bersalaman sesama kita
Di hari yang bahagia
Sucikan hati tenangkan jiwa

Mari menjamu selera
Pilihlah yang mana suka
Jangan sedih, jangan berduka
Selamat hari raya

Lirik Lagu Lembayung Tari - Wany Hasrita

[Intro]
Lembayung menyapa
Menyambut tari nya

[Verse 1]
Lembayung menyapa
Menunggu jelmaan purnama
Di bawah cahayanya
Semua indah-indah belaka

[Pre chorus]
Andai waktu mahu berhenti seketika
Biar ku tenggelam dalam gerak asmara

[Chorus]
Langkah menyusur oh nian indah bernada
Gemalai jarinya melambai bersilang mata
Tarinya berseri di dalam lembayung cahaya
Pengubat jiwa

Langkah diatur oh ikut rentak irama
Yang mengalun tari selembut mengulung sukma
Tak perlu bicara cukuplah sekadar hanya
Pengubat jiwa

Lembayung!

[Break]
Gemalai jarinya melambai pengubat jiwa
Gemalai jarinya melambai pengubat jiwa
Gemalai jarinya melambai pengubat jiwa
Gemalai jarinya melambai pengubat jiwa

[Verse 2]
Lembayung menjeda
Merunduk cahaya purnama
Di bawah sinarnya
Tersimpan seribu rasa

[Pre chorus]
Andai waktu mahu berhenti seketika
Biar ku tenggelam dalam gerak asmara

[Chorus]
Langkah menyusur oh nian indah bernada
Gemalai jarinya melambai bersilang mata
Tarinya berseri di dalam lembayung cahaya
Pengubat jiwa

Langkah diatur oh ikut rentak irama
Yang mengalun tari selembut mengulung sukma
Tak perlu bicara cukuplah sekadar hanya
Pengubat jiwa

[Bridge]
Saat cahaya
Memeluk malam
Lambaian tari berteman hati seirama
Gema suara
Terpukau jiwa

[Chorus]
Langkah menyusur (oh nian indah bernada)
Gemalai jarinya (melambai bersilang mata) Tarinya berseri (di dalam lembayung cahaya)
Pengubat jiwa

Langkah diatur oh ikut rentak irama
Yang mengalun tari selembut mengulung sukma
Tak perlu bicara cukuplah sekadar hanya
Pengubat jiwa

Lembayung!

(break)
Gemalai jarinya melambai pengubat jiwa
Gemalai jarinya melambai pengubat jiwa
Gemalai jarinya melambai pengubat jiwa
Gemalai jarinya melambai pengubat jiwa

Lirik Lagu Beraya Dengan Saya - Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Tahun ni semua raya dimana
Kalau ditanya saya didesa
Kampung halaman menjadi teman
Sudikah singgah beramah mesra

Tahun ni semua raya dimana
Ada rezeki kita bersua
Salam salaman
Maaf maafan
Mencipta suasana bahagia

Adik abang kakak turut serta
Mari pulang bersama

Selamat hari raya
Walau dimana kita berada
Selamat hari raya
Tak kira dimana merantau
Tetap sambut hari raya

Lekas sayang lekas pulang
Mari menyambut raya
Kalau senang jemput datang
Beraya dengan saya

Tahun ni pulang raya naik apa
Kereta api, bas atau kereta
Kapal terbang pasti tersedia
Dekat dan jauh ada jalannya

Adik abang kakak turut serta
Mari pulang bersama

Selamat hari raya
Walau dimana kita berada

Selamat hari raya
Tak kira dimana merantau
Tetap sambut hari raya

Baju dah gosok ke? (siap!)
Kuih dah susunkan? (sudah!)
Langsir dah gantung semuanya lengkap

Ibu berbedak (amboi!)
Ayah dah segak (kacak!)
Menunggu pulangnya anak-anak

Mari beraya, kita beraya
Semuanya jom pulang beraya...

Selamat hari raya
Walau dimana kita berada
Selamat hari raya
Tak kira dimana merantau
Tetap sambut hari raya

(Selamat hari raya)
Walau dimana kita berada) Selamat hari raya!
Selamat hari raya
Tak kira dimana merantau
Tetap sambut hari raya

Lekas sayang lekas pulang
Mari menyambut raya
Kalau senang jemput datang
Beraya dengan saya

Lekas sayang lekas pulang
Mari menyambut raya
Kalau senang jemput datang
(Beraya dengan saya)

Beraya Dengan Saya

Lirik Lagu Nak Balik Raya - Achey & Family

raya raya...raya raya..
Asal lain.. raya raya
lalalala hari raya... hey
lalalala hari raya.

lalalala hari raya...
lalalala baju raya
lalalala kueh raya... lalala banyak lalat

eh ini cerita bila tiba hari raya
kecoh suasana huru hara berbelanja
beli baju raya kueh raya semua benda
sampai dia lupa eh kereta kecik saja

bila nak balik kampung
baru dia tau nak mintak tolong
barang dah penuh semua dia sumbat
kereta dah padat , apa nak buat

balik balik raya
nak balik 3x ..nak balik raya yayaya

balik balik raya
nak balik 3x ..nak balik raya yayayaya

ei nak balik raya.. balik kampung kita
balik lah beraya

lalala nak balik raya
balik kampung kita
balikkkk ..hari raya

Rap Tiara:
jalan raya sesaklah
Ayah bawak lambat lah
Dalam kereta bosan lah
Mama bebel kuat lah
perut pun dah lapar lah
saya tak tahan sudah
kalau esok dah raya
bagi banyak duit raya

bila nak balik kampung
baru dia tau nak mintak tolong
barang dah penuh semua dia sumbat
kereta dah padat , apa nak buat
(Tolonglah!!)

balik balik raya
nak balik 3x ..nak balik raya yayaya

balik balik raya
nak balik 3x ..nak balik raya yayayaya

ei nak balik raya.. balik kampung kita
balik lah beraya

lalala nak balik raya
balik kampung kita
balikkkk ..hari raya

ei nak balik raya.. balik kampung kita
balik lah beraya

lalala nak balik raya
balik kampung kita
balikkkk ..hari raya

Bersyukur Dalam Kekurangan

Monolog Jiwa – Episod 08

Bersyukur Dalam Kekurangan


Kekurangan itu bukan aib.
Ia mengajar kita mengenal nikmat yang sejati,
yang tidak terikat pada kemewahan atau pujian manusia.

Hati yang bersyukur dalam kekurangan,
adalah hati yang tenang,
yang mampu menemukan kedamaian walau dunia tak sempurna.

Syukur bukan sekadar ucapan,
tetapi kesedaran bahawa setiap nikmat, sekecil atau sebesar, adalah tanda kasih-Nya.
Dan setiap kekurangan membawa hikmah yang tersembunyi.

Jangan hitung yang hilang,
tapi hargai yang masih ada.
Di situlah letak kekuatan jiwa yang sebenar.


— Monolog Jiwa

Nuzul Al-Quran – Saat Langit Menyapa Bumi

Nuzul Al-Quran – Saat Langit Menyapa Bumi

Monolog Jiwa | Ramadan


Ada satu malam dalam sejarah manusia di mana langit tidak lagi terasa jauh.

Pada malam itu, di sebuah tempat sunyi bernama Gua Hira, seorang lelaki yang sering menyendiri mencari makna kehidupan didatangi sesuatu yang mengubah seluruh dunia.

Malam itu bukan malam biasa. Ia adalah malam ketika wahyu pertama diturunkan.

“Bacalah…”

Begitulah kata pertama yang menyentuh bumi. Bukan tentang kekuasaan. Bukan tentang harta. Tetapi tentang ilmu.

Seolah-olah Tuhan sedang berkata kepada manusia: jika kamu mahu mengenal hidup, mulakanlah dengan membaca.

Peristiwa itulah yang kita kenang sebagai Nuzul Al-Quran.

Ia bukan sekadar kisah sejarah. Ia adalah titik mula cahaya yang menerangi hati manusia hingga hari ini.

Al-Quran bukan hanya untuk dibaca di bibir, tetapi untuk difahami di akal, dan dihidupkan di dalam jiwa.

Kadang-kadang kita menyimpannya tinggi di rak, cantik berbalut kain. Tetapi jarang benar kita membuka untuk bertanya kepada diri sendiri:

“Apakah aku sudah benar-benar mendengar apa yang Tuhan ingin sampaikan?”

Nuzul Al-Quran sepatutnya menjadi peringatan lembut bahawa kitab ini bukan sekadar warisan agama. Ia adalah surat cinta Tuhan kepada manusia.

Setiap ayatnya adalah cahaya. Setiap kalimahnya adalah petunjuk.

Dan mungkin… di antara jutaan manusia yang membaca, ada satu ayat yang sebenarnya diturunkan khusus untuk menenangkan hatimu.

Maka pada malam-malam Ramadan ini, jika hati terasa berat, bukalah Al-Quran perlahan-lahan.

Kerana kadang-kadang, jawapan hidup tidak datang dari manusia.

Ia datang dari langit.

Wadah Terkini