Jatuh Bangun -Haqiem Rusli

Jatuh Bangun -Haqiem Rusli


huu haa haa
perjalananku sungguh jauh
ada jatuh ada bangun
dan ku tempuhi semuanya dan terus berlari
cause all i want this time
to know your mind
and i want you to know that i'm fine
cause all i want is time ah ah
to know you're mind ah ah
and i want to you know that i'm fine

disaat ku senang datang
kau melupa kenang
dulu ku susah kau menghilang
disaat ku senang datang
kau melupa kenang
dulu ku susah kau menghilang
engkau menghilang.

dulu tak dipandang tinggal bayang
kesedihan ku seorang
kau tinggalkan aku
kau parahku
ku sunyi tanpamu

cause all i want this time
to know your mind
and i want you to know that i'm fine
cause all i want is time ah ah
to know your mind ah ah
and i want to you know that i'm fine

disaat ku senang datang
kau melupa kenang
dulu ku susah kau menghilang
disaat ku senang datang
kau melupa kenang
dulu ku susah kau menghilang
engkau menghilang...

sekarang hati senang
sudah lama cuba
sekarang makin tenang
mana mungkin lupa
lama sudah kita tak bersemuka
itulah lumrah bila dalam berubah
keadaan ketika itu kejam
tak pernah aku cuba berdendam
tak cukup kita pernah berkenal
takda apa dalam hidup kekalan
ku doakan kau sentiasa selamat
moga tercapai kita punya matlamat
dulu tak nak bagi
muka atau hati
sekarang jangan cari aku

cause all i want this time
to know your mind
and i want you to know that i'm fine
disaat ku senang datang
kau menumpang tenang
dulu ku susah kau menghilang...
huwoo (disaat ku senang datang)
(kau menumpang tenang)
dulu ku susah kau menghilang (sudah lama cuba)
disaat ku senang (sekarang hati tenang)
kau menumpang
dengan tenang
(disaat ku senang) uhh di saat ku senang
kau datang menumpang dengan tenang
uhh di saat ku senang
kau datang menumpang dengan tenang
engkau menghilang

Realiti Ramadan Mike, gandingan Josiah Hogan, Sara Ali, dan Rayyan Dino (ntv7)

Realiti Ramadan Mike, gandingan Josiah Hogan, Sara Ali, dan Rayyan Dino (ntv7)


SINOPSIS REALITI RAMADAN MIKE 

Kekayaan menyebabkan Mike menjadi seorang yang tamak and egois.

Sampai satu ketika, dia menghidap penyakit buah pinggang and penderma yang paling sesuai ialah anaknya sendiri.

REALITI RAMADAN MIKE 

WAKTU SIARAN : Ahad, 3 Jun 2018, 8:30 malam
SIARAN TV : Slot Luna ntv7
PENGARAH : Nizam Zakaria
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Josiah Hogan, Sara Ali, Rayyan Dino, Sharmaine Farouk, Syafnida Shuhaimi


A post shared by Nizam Zakaria (@nizamzakaria) on

Sedekah Tidak Mengurangkan Harta

Sedekah Tidak Mengurangkan Harta

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ

Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW baginda bersabda: Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah, melainkan Allah akan mengangkat darjatnya." (HR. Muslim no. 4689) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Sedekah adalah amalan yang dituntut dalam Islam khususnya di bulan Ramadan.

2.  Orang yang bersedekah tidak akan mengurangkan hartanya. Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik malah akan didoakan oleh Malaikat.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَامِن يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ, إِلاَّ مَلَكَانِ يَنزِلاَنِ, فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا: اَللهُمَّ أَعْطِ مُنفِقًا خَلَفًا. وَيَقُولُ الآخَرُ: اللهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا

Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Tidak ada suatu hari pun ketika seorang hamba melewati paginya kecuali akan turun (datang) dua malaikat kepadanya lalu salah satunya berdoa; "Ya Allah berikanlah pengganti bagi siapa yang menafkahkan hartanya", sedangkan yang satunya lagi berdoa; "Ya Allah berikanlah kehancuran (kebinasaan) kepada orang yang menahan hartanya (bakhil) ".(HR Bukhari No: 1351) Status: Hadis Sahih

3.  Orang yang memberi kemaafan kepada orang lain, Allah akan menambah kemuliaannya.

4.  Orang yang merendahkan diri kerana Allah (rendah hati, tidak sombong), Allah akan mengangkat darjat serta kedudukannya di sisi Allah.

Bersedekahlah, saling memaafkan orang lain dan berlapang dada serta miliki sifat merendah hati. Semoga Allah menggantikan dengan sebaik ganjaran dan kemuliaan di sisiNya.

RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH

Rasulullah SAW Amat Pemurah Di bulan Ramadan

Rasulullah SAW Amat Pemurah Di bulan Ramadan

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُونُ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ إِنَّ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ سَنَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ فَيَعْرِضُ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ

Dari Ibnu Abbas radliallahu 'anhu dia berkata; "Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah berbuat kebajikan, terutama di bulan Ramadhan. Kerana setiap tahun Jibril selalu menemui baginda tiap-tiap malam, hingga habis bulan Ramadhan. Rasulullah SAW memperdengarkan bacaan Qur'an kepadanya (dan Jibril menyemak). Apabila Jibril mendatanginya, baginda lebih banyak lagi berbuat kebajikan melebihi angin yang berhembus." (HR Muslim No: 4268) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah adalah contoh terbaik antaranya dalam sifat pemurah yang perlu kita ikuti.

2.  Setiap kita perlu berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian antaranya bersedekah kerana balasan amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.

3.  Bersedekah termasuk di dalamnya menyediakan berbuka puasa kepada orang-orang yang berpuasa  juga kepada golongan fakir miskin.

4.  Konsep "memberi"  (bersedekah)  harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja sepanjang Ramadan bahkan di bulan lain kerana bersedekah memberikan pengaruh yang baik pada peribadi - menghakis sifat kedekut dan mempereratkan ikatan kemesraan anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.

5.  Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.

مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاقٍ

“Apa saja yang ada di sisimu (wahai manusia) akan habis, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal” (QS an-Nahl: 96)

6.  Harta yang kita infak tetap akan kekal pahalanya, namun harta yang tinggal pada kita belum tentu mendatangkan manfaat dan pahala.

7.  Tadarus al-Quraan juga antara amalan yang digalakkan agar dapat menyemak bacaan yang betul.

RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH

Ramadan Bulan Sedekah

Ramadan Bulan Sedekah

عَنْ أَنَسٍ قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الصَّوْمِ أَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ فَقَالَ شَعْبَانُ لِتَعْظِيمِ رَمَضَانَ قِيلَ فَأَيُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ صَدَقَةٌ فِي رَمَضَانَ

Dari Anas RA, Nabi SAW ditanya tentang puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan. Baginda menjawab: "puasa di bulan Syaban untuk memuliakan Ramadan, " Baginda ditanya lagi, lalu sedekah apakah yang paling utama? Baginda menjawab: "Sedekah di bulan Ramadan." (HR Tirmizi: No 599) Status Dhaif

Pengajaran:

1.  Puasa yang digalakan  selain puasa wajib di bulan Ramadan ialah puasa sunat di bulan Syaaban sebagai persiapan berpuasa di bulan Ramadan.

2.  Amalan bersedekah sebagai satu daripada cara untuk menjauhkan dari api neraka. Rasulullah SAW bersabda

عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ قَالَ ذَكَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ النَّارَ فَتَعَوَّذَ مِنْهَا وَأَشَاحَ بِوَجْهِهِ … قَالَ اتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ فَإِنْ لَمْ تَجِدْ فَبِكَلِمَةٍ طَيِّبَةٍ

Dari 'Adi bin Hatim dia berkata; "Nabi SAW menyebutkan tentang neraka, lalu baginda meminta berlindungan darinya sambil mengusap wajahnya, baginda bersabda …. "Takutlah kalian kepada neraka walau dengan sebelah biji kurma, jika tiada, hendaknya dengan perkataan yang baik." (HR Bukhari No: 5564) Status: Hadis Sahih

3.  Amalan sedekah yang paling utama dilakukan ialah sedekah pada bulan Ramadan

4.  Sifat suka bersedekah adalah pengikat dan penghubung kasih sayang kita dengan orang lain

5.  Allah akan menggantikan apa yang disedekahkan dengan yang lebih baik serta keberkahan harta di dunia dan pahala yang besar di akhirat. Firman Allah:

وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

“Dan apa saja yang kamu sedekahkan, maka Allah akan menggantinya, dan Dia-lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya” (QS Sabaa’:39).

6.  Sedekah akan menjadi penghindar dari api neraka walaupun sebelah biji buah kurma.

Renunglah kisah ini:

Dari ‘Aisyah  bahawa keluarga Rasulullah SAW  pernah menyembelih seekor kambing, kemudian disedekahkan kepada orang-orang miskin, lalu Rasulullah  bertanya: “Apa yang tertinggal dari (daging) kambing tersebut?”. ‘Aisyah  menjawab: “Tidak ada yang tertinggal darinya kecuali (bahagian) bahu (dari) kambing tersebut”. Maka Rasulullah  bersabda: “Itu berarti semua daging kambing tersebut tertinggal tetap dan kekal pahalanya kecuali bahagian bahunya”

Jadikanlah Ramadan ini bulan sedekah. Tingkatkan sedekah, derma juga wakaf kerana itulah yang kekal dan menetap pahala kebaikannya untuk kita, meskipun secara mata kasarnya harta kita berkurang. Namun hakikatnya tidak berkurang harta orang yang bersedekah.

RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH

AIR MATA DI BUMI MATADOR (TV2 RTM), gandingan Puteri Aishah, Ben Amir, Nazrief Nazri, dan Eyka Farhana.

AIR MATA DI BUMI MATADOR (TV2 RTM), gandingan Puteri Aishah, Ben Amir, Nazrief Nazri, dan Eyka Farhana. 



SINOPSIS AIR MATA DI BUMI MATADOR

Memaparkan kisah seorang gadis yatim piatu bernama Qaisara yang terpaksa membatalkan perkahwinan dengan Iskandar, kekasihnya semenjak dari sekolah.

Kecewa dengan peristiwa itu, dia kemudiannya membawa hatinya yang kecewa ke Sepanyol.

Di sana Qaisara cuba melibatkan diri dengan kerja-kerja amal yang diyakini dapat membuatkan dirinya melupakan kenangan pahit antara dirinya dengan Iskandar.

Sementara itu seorang penuntut Malaysia bernama Adib yang turut melakukan kerja-kerja amal berjaya mengisi kesunyian Qaisara.

Meskipun sukar untuk dirinya kembali menerima cinta daripada seorang lelaki namun kehadiran Adib berjaya mengubah pendiriannya itu.

Baginya keikhlasan Adib berjaya meyakinkannya untuk kembali bahagia bersama insan yang disayang.

Namun konflik berlaku apabila cinta baru antara Qisara dan Adib mula berputik, Iskandar datang ke Sepanyol dan menuntut cintanya kembali.

Situasi itu mengejutkan Qaisara yang sememangnya masih dibuai cinta lama bersama Iskandar.

Dia mula keliru memilih antara Iskandar atau Adib.

Kesudahannya Qaisara memutuskan untuk kembali ke tanah air dan berkahwin dengan Iskandar.

Baginya ia peluang kedua yang tidak seharusnya dipersiakan.

Dia mahu membina semula bersama lelaki dicintai sepenuh hatinya itu.

Akan tetapi jodoh sememangnya di tangan tuhan.

Kali ini juga impiannya membina mahligai bahagia bersama Iskandar tidak kesampaian.

Iskandar meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan.

Sekali lagi Qaisara jatuh terduduk.

Impiannya musnah sama sekali.

Setelah jiwanya kembali tenang dan mula redha dengan ketentuan Allah, Qaisara kembali membawa diri ke Sepanyol dan memulakan kehidupan dengan semangat baru.

Kunjungannya ke sana sememangnya dinantikan oleh Adib.

Nekad tidak mahu kehilangan gadis yang dicintainya sekali lagi, Adib terus melamar Qaisara.

Namun malangnya Qaisara menolak kerana sudah serik dengan jodah yang tidak kesampaian.

Rakan-rakan di sekelilingnya cuba menasihati Qaisara untuk memberi peluang kepada Adib untuk membahagiakannya.

Adakah hubungan mereka kembali bersatu? 

AIR MATA DI BUMI MATADOR

JUMLAH EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : 30 Mei 2018
WAKTU SIARAN : Rabu & Khamis, 8.30 malam
SIARAN TV : Selekta Prima (TV2 RTM)
PENULIS SKRIP : Amy Aimi, Wira Hijau, Amin Shakib
PENGARAH : Rahila Ali
TERBITAN : Nafalia Corporation Sdn Bhd
PELAKON : Puteri Aishah, Ben Amir, Nazrief Nazri, Eyka Farhana, PU Riz, Shakilla Khoriri, Affique Hussain, Habib Lopez, Ieda Moin, Dalimawati, Laila Nasir, Arash Mohamad, Mustapha Kamal, Marisa Yasmin, Ungku Hariz



Balasan janji palsumu - Leon

Balasan janji palsumu - Leon

Pada suatu waktu
Engkau bersumpah
Bahawa engkau ikhlas menyintaku
Dan engkau berjanji
Akan setia kepadaku
Aku pun percaya
Sumpah setiamu
Lalu aku pun terima dirimu
Sebagai kekasih
Ku serah oh jiwa dan raga ini
Hanyalah untukmu
Di awal percintaan
Sungguh indah hidup kita
Dan kemesraanmu
Membangkitkan kasih sayang
Betapa relaku
Berkorban untuk mu
Tetapi mengapa dengan tiba-tiba
Engkau membenciku
Hingga kau tergamak
Tidak sudi lagi memandangku
Oh dimana sumpah setiamu
Dahulu oh… sayang
Seandainya suatu hari nanti
Hidupmu tak bahagia
Itulah balasan
Sumpahan janji palsumu

Patahnya Sebelah Sayap 2

Patahnya Sebelah Sayap 2


SINOPSIS PATAHNYA SEBELAH SAYAP 2

Mengisahkan kehidupan Alisha 10 tahun kemudian apabila mendirikan rumah tangga dengan Kuzairi dan dikurniakan anak perempuan, Tasha (Alyssa Dezek) berusia 9 tahun.

Alisha adalah isteri dan ibu yang penyayang selain hebat dan rendah diri. Suatu hari, ketika menghadiri mesyuarat PIBG Tasha, seorang ibu pelajar di sekolah itu mengenali Tasha dan sejarah silamnya.

Dia kemudian memberi amaran kepada anak perempuannya, Hanna untuk menjauhi Tasha.

Berita tersebar luas di kalangan murid. Hanna mempengaruhi kawan lain untuk menjauhi Tasha.

Tasha merasa dirinya dibuli, terpinggir dan sering menangis sendirian.

Makcik Salbiah (Normah Damanhuri) melihat kejadian itu dan menghiburkan Tasha yang mereka menjadi kawan.

Alisha juga setiap malam memperdengarkan Tasha ayat yang penuh kasih sayang dan untuk menjadi seorang yang baik.

Patahnya Sebelah Sayap 2

JUMLAH EPISOD : 4 episod
TARIKH TAYANGAN : 22 Mei 2018
WAKTU SIARAN : Selasa, 9.50 malam
SIARAN TV : TV3
PENULIS SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Ayie Mustafa
TERBITAN : Creative Skill Solution
PELAKON : Aeril Zafril, Ummi Nazeera, Alyssa Dezek, Normah Damanhuri




Ghahim Takut Nak Azan (TV3)

Ghahim Takut Nak Azan (TV3)


SINOPSIS GRAHIM TAKUT NAK AZAN 

Kisah Rahim yang mempunyai masalah untuk menyebut huruf 'R'.

Setiap kali tiba ujian untuk mengalunkan azan, Rahim akan melarikan diri kerana gementar dan malu ditertawakan oleh rakan-rakannya.


GRAHIM TAKUT NAK AZAN 

WAKTU SIARAN : Ahad, 3 Jun 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : CerekaAhad TV3
PENGARAH : Al Jafree Md Yusop
TERBITAN : AB Roll Sdn Bhd
PELAKON : Armand Ezal, Alyssa Dezek, Aqasha, Nadia Aqilah, Kazar Saisi

Ramadan dan Hamdan (TV3)

Ramadan dan Hamdan (TV3)



SINOPSIS RAMADAN DAN HAMDAN 

Kisah dua sahabat iaitu Ramadan dan Hamdan yang sudah lama tidak balik beraya.

Meraka ingin pulang beraya pada tahun ini tetapi tiba-tiba diberhentikan kerja di atas suatu insiden yang berlaku.

Kebetulan ada perompak yang lari dikejar polis dan mencampakkan wang tunai sebanyak RM100 ribu.

Mereka berdua mula berangan dan tidak mahu memulangkan wang tersebut.

Bermulalah perjalanan mereka balik beraya.

Di sepanjang perjalanan pulang ke kampung, pelbagai peristiwa yang membawa iktibar mereka dapat daripada penjual lemang, penjual lepat dan penjual kuih raya yang mereka temui di setiap perhentian.

Apakah yang terjadi seterusnya?

Ramadan dan Hamdan 

EPISOD : 6 episod
TARIKH TAYANGAN : 28 Mei 2018 - 2 Julai 2018
WAKTU SIARAN : Isnin, 6:30 petang
SIARAN TV : Slot Iris (TV3)
PENULIS SKRIP : MF Kencana
PENGARAH : Nazir Jamaludin
TERBITAN : Primeworks Studios
PELAKON : Shuk, Cef Fikree Aznan, Vanidah Imran, Ropie, Azlee Senario, Ucop Cecupak

Namee Roslan


Namee Roslan

Jomo Kwame Sundaram


Jomo Kwame Sundaram (dilahirkan pada 11 Disember 1952), dikenali sebagai Jomo , ahli ekonomi terkemuka Malaysia, yang telah berkhidmat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB ) sebagai Penolong Setiausaha Agung bagi Pembangunan Ekonomi di Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Dorsett) sejak tahun 2005.

Beliau menjadi pengasas Kerusi Antarabangsa Pembangunan Ekonomi Associates (idea), dan menjadi ahli Lembaga Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu (PBB) Institut Penyelidikan Pembangunan Sosial (UNRISD), Geneva.

Pada tahun 2007, beliau telah dianugerahkan Hadiah Wassily Leontief kerana Memajukan Sempadan Pemikiran Ekonomi.

Pada tahun 2008-2009, beliau berkhidmat sebagai penasihat kepada Miguel d'Escoto Brockmann, Presiden 63 Amerika Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa, dan sebagai ahli [Stiglitz] Suruhanjaya Pakar Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Pembaharuan Sistem Kewangan Antarabangsa dan Kewangan.

Jomo adalah seorang pakar dalam ekonomi politik pembangunan, khususnya di Asia Tenggara.

Beliau telah menulis atau menyunting lebih seratus buku dan diterjemahkan 12 jilid selain menulis banyak kertas kerja akademik dan rencana untuk media. Dia menjadi editorial beberapa jurnal antarabangsa.

Dilahirkan di Pulau PinangMalaysia, pada tahun 1952, Jomo belajar di Penang Free School (PFS, 1964-1966), Royal Military College (RMC, 1967-1970), Yale (1970-1973) dan Harvard (1973-1977).

Beliau telah mengajar di Universiti Sains Malaysia (USM, 1974), Harvard (1974-1975), Yale (1977), Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM, 1977-1982), Universiti Malaya (1982-2004) dan Cornell (1993 ).

Beliau juga telah menjadi Felo Pelawat di Universiti Cambridge (1987-1988; 1991-1992) dan Felo Penyelidik Kanan di Institut Penyelidikan Asia, Universiti Nasional Singapura (2004).


Sebelum menyertai PBB, Jomo sudah diiktiraf secara meluas kerana lantang intelektual , dengan pemandangan bukan partisan yang bukan ortodoks.

Sebelum Krisis Kewangan Asia 1997-98, Jomo adalah seorang peguam menentang langkah-langkah baru oleh mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad.

Apabila Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipenjarakan tanpa perbicaraan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, Jomo mengutuk penindasan itu.

Pada akhir tahun 1998, beliau didakwa kerana fitnah bagi 250 juta ringgit oleh Vincent Tan, jutawan era Mahathir , yang kemudiannya jatuh selepas hampir sedekad .

Polaris


Polaris

Terlanjur Menyintaimu - Fair

Terlanjur Menyintaimu - Fair

Dari dahulu mendengarkan suaranya
siapakah itu intan atau permata
lalu kutulis kata - kata pujangga
menghiasi isihatiku hanya untukmu...
Luas lautan usah cuba diduga
jadi ingatan teman sebagai pedoman
namun kuterus cuba mendekatimu
tetapi aku tertewas kita tak serupa
Kau bandingkan ku dengan kekayaan
ternyata aku ketinggalan
walau ikhlas menyintaimu
kau hina tanpa rasa simpati
masih kedengaran nista yg ku cari
Baru kini aku sedari
bukan mudah untuk melewati
sememangnya aku bersalah
tidak mengerti...
Ku antara sejuta yg meminatimu
terlanjur menyinta dgn tulus suci
tanpa jawapan pasti...

Cik Shopaholic gandingan Ungku Ismail Aziz, Puteri Aisyah (ntv7)

Cik Shopaholic gandingan Ungku Ismail Aziz, Puteri Aisyah (ntv7)

 
SINOPSIS CIK SHOPAHOLIC
 
Bapa Razi and Hezliza yang merupakan rakan perniagaan merancang untuk menjodohkan mereka and berharap perkahwinan itu dapat mengubah sikap Hezliza yang sangat boros dalam soal berbelanja

CIK SHOPAHOLIC

WAKTU SIARAN : Ahad, 27 Mei 2018, 8:30 malam
SIARAN TV : Slot Luna (ntv7)
PENGARAH : Hadith Omar
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Ungku Ismail Aziz, Puteri Aisyah, Syerinie Myra, Sharifah Shahora
 
 

Wadah Terkini