Race 2

Race 2 - Rompakan berlaku di mana plat percetakan Eropah dicuri. Seorang lelaki memutuskan untuk menggunakan ini untuk keuntungannya dan membalas dendam untuk perkara yang lalu yang melibatkan kematian isterinya.(25 January 2013)

Adegan terbaik Race 2


3 Idiots

3 Idiots - Di kolej, Farhan dan Raju membentuk ikatan yang hebat dengan Rancho kerana pandangannya yang positif dan menyegarkan. Bertahun-tahun kemudian, pertaruhan memberi mereka peluang untuk mencari kawan lama mereka yang nampaknya agak sukar difahami. (25 Disember 2009)

Adegan terbaik 3 Idiots

4 Kungfu Lagend

4 Kungfu Lagend


Siapa yang tidak kenal Bruce lee? Artis legendaris kungfu ini namanya memang dikenal di seluruh dunia. Walaupun Bruce Lee sudah meninggal dunia lebih dari 40 tahun, namun namanya masih dikenang sampai hari ini, menandakan kalau karya-karyanya itu benar-benar abadi.
Jet Li, sejak kita kecil, dia sudah menghasilkan banyak sekali film-film yang tentunya sangat dinikmati oleh kita. Namun sebagai seorang artis ternama, dia sempat meninggalkan instrinya di tengah ketenarannya, ia bahkan berimigrasi ke negara lain, sehingga akhirnya menimbulkan banyak kontroversi.
Tahun lalu, Jet Li mengungkapkan sendiri, kalau sejak muda, karena banyak syuting adegan kungfu ternyata melukai tubuhnya, kini dia sama sekali tidak bisa lagi melakukan olah raga yang terlalu ekstrim apalagi melakukan lagi gerakan kungfu.
Sammo Hung, kita pasti sering melihatnya dalam berbagai film sejak kecil, badannya yang gemuk membuat orang langsung mengingatnya, dia bahkan dijuluki sebagai orang gemuk yang paling terampil di dunia perfilman.
Namun baru-baru ini, Sammo Hung didapati menggunakan kursi roda saat sedang belanja di pasar, di sampingnya masih ada 2 suster yang merawatnya. Hal ini tentu membuat para penggemarnya sedih.
Sedangkan Jackie Chan yang tahun ini berusia 62 tahun, masih terus menghasilkan karya-karyanya setiap tahunnya. Dia sepertinya sama sekali tidak terpengaruh oleh usianya, dia masih bisa banyak beraktifitas dan masih sangat sehat.
Nah sobat cerpen, apa yah rahasia Jackie sampai dia bisa mempertahankan kebugaran tubuhnya sampai hari ini?
Peminat setia Bruce Lee pasti tahu tentang filem ini. Birth Of The Dragon adalah filem kisah hidup Bruce Lee sebelum beliau mengecap kejayaan di Hollywood dan dikenali di seluruh dunia.
Birth Of The Dragon adalah based on true story perlawanan antara Bruce Lee dan Wong Jack Man di tahun 1965 di San Francisco. Menurut kisah asal perlawanan ini, Linda Lee Cadwell (isteri kepada Bruce Lee) bercerita ramai ahli seni bela diri dari China tidak menyenangi Bruce Lee kerana mengajar Chinese martial arts kepada orang putih.
Bagi mereka, Chinese martial arts hanya untuk orang Cina dan ianya tidak boleh dipelajari oleh orang luar. Tetapi Bruce Lee merasakan kung fu adalah ajaran yang terbaik untuk semua dan tidak terbatas untuk orang Cina sahaja.
Wong Jack Man adalah seorang guru kung fu Shaolin yang menerima cabaran Bruce Lee selepas Bruce membuat cabaran yang beliau boleh mengalahkan mana-mana sahaja guru martial arts. Perlawanan Bruce Lee dan Wong Jack Man ini kemudiannya diadakan di sebuah tempat yang tertutup dan tidak dirakam. Menurut sumber yang berada di perlawanan itu, Bruce Lee menang dalam pertarungan berkenaan.
Secara zahirnya, itulah yang terjadi dalam filem Birth Of The Dragon ini. Cumanya, untuk menyedapkan cerita, pihak produksi menambah pula beberapa watak fictionalseperti Steve McKee yang menjadi pengantara antara Bruce Lee dan Wong Jack Man. Steve McKee di dalam filem ini adalah anak murid kepada Bruce Lee dan apabila kedatangan Wong Jack Man ke Amerika, beliau turut menuntut ilmu dengan Wong Jack Man
Steve McKee kemudiannya berkenalan dengan Xiulan, seorang gadis yang bekerja di sebuah restoran. Menjadi tanggungjawab Bruce dan Wong Jack Man pula untuk menyelamatkan Xiulan yang berkerja di bawah Auntie Blossom, gangter besar di kejiranan Bruce Lee kerana Steve McKee yang lemah dan tidak mahu mengalah untuk membebaskan Xiulan dari Auntie Blossom.
Itulah masalah besar dalam filem ini. Fictional character mendapat lebih exposureberbanding ‘watak utama’ filem ini. Watak Bruce Lee di dalam filem ini ibarat tempelan sahaja dan magnet untuk menjual filem ini. Ianya lebih memfokuskan kisah cinta Steve McKee dan bagaimana Bruce perlu pula membantu anak buahnya itu.
Saya juga agak kecewa apabila direktor dan penulis filem ini menggambarkan Bruce Lee seperti seorang yang kurang ajar. Terutamanya ketika beliau berlawan dengan guru Karate di sesi demonstrasi di Chinatown. Agak kecewa sebenarnya apabila Bruce Lee tenggelam dalam filemnya sendiri. Aura hebat Bruce Lee gagal ditunjukkan dalam filem ini.
Birth Of The Dragon adalah contoh filem based on true story yang disensasikan secara total oleh Hollywood. Inilah antara contoh apabila kita beri sesuatu yang ‘Asia’ kepada orang putih, mereka akan secara boleh menyelitkan orang putih dan orang putih jadi hero. Yang baik dalam filem ini mungkin aksi perlawanan antara Bruce dan Wong Jack Man sahaja.
Birth Of The Dragon masih ditayangkan di pawagam. Saya beri rating 5.5/10 untuk filem ini.
Sumber : apekecoh

SINOPSIS JODOH TAK SALAH ALAMAT

SINOPSIS JODOH TAK SALAH ALAMAT

Mengisahkan Luqman pernah mengenali seorang gadis bernama Diana ketika Diana melanggar keretanya dahulu. Diana berpenampilan seksi dan mengamalkan cara hidup barat membuatkan Luqman bersangka buruk terhadap Diana. Satu hari, Luqman ke masjid dan terserempak dengan seorang gadis cantik iaitu Adawiyah. Tanpa mengetahui, Adawiyah dan Diana adalah orang yang sama. Diana pernah terlibat dengan kemalangan dan sejak itu hidupnya berubah sepenuhnya.

Telefilem Jodoh Tak Pernah Salah Alamat telah disiarkan di TV3 pada 20 Januari 2018, 10.00 malam. 

Lakonan Akim Ahmad (The Majisret), Raysha Rizrose, Sharifah Shahora, Adam Shah, Tunku Hanis, Elanie, Adam Shadan dan ramai lagi.

Jom tonton video ini ...

Word 84

Word 84

I'm sorry 

I'm not perfect

Datuk S

Isteri Datuk S yang sentiasa cuba mengawal sikap lupa diri suaminya, apabila sudah menjadi kaya.

Supertele Datuk S terbitan KMN Production, arahan Nabil Ahmad  dijangka bakal berada di Astro First Eksklusif pada Hari Raya tahun hadapan.

Lakonan Zulin Aziz, Kamal Adli, Fikry Ibrahim, Puteri Aishah dan ramai lagi.

Satay Shah

Satay Shah Taman Mutiara Sg Kob Karangan, Kedah

Layan jap...

SINOPSIS NADI LUNA

SINOPSIS NADI LUNA

Kisah Fira yang sibuk dengan persediaan sambutan hari jadi Riyyan ke-5 tahun, dan dia sanggup berbelanja banyak di mana suaminya, Amri tidak bersetuju langsung, kerana itu semua membazir.

Telefilem 'Nadi Luna' akan disiarkan di TV3 pada hari Sabtu, 15 Disember 2018, 9:00 malam.

Lakonan Amelia Henderson, Azrel Ismail, Nik Hadiff Dani, Afiq Muiz, Qistina Raisah, Elisya Sandha dan ramai lagi. 

SINOPSIS JANIN

SINOPSIS JANIN

Erma dan Razak merupakan doktor yang menjalankan kegiatan pengguguran haram di klinik mereka. Disamping itu, janin yang digugurkan itu dijadikan makanan kecantikan dan dijual kepada pelanggan kaya.

Telefilem Janin akan disiarkan di Astro Citra slot Citra Exclusive pada hari Sabtu, 15 Disember 2018, 9:00 malam. 

Lakonan Erin Malek, Redza Rosli, Amar Baharin, Zarina Zainoordin, Jasmin Hamid, Along Eyzendy dan ramai lagi.

Word 83

Word 83

Semoga ibu ku cepat sembuh.

Word 82

Word 82

INDAHNYA MUTIARA KATA

* Saat kita menanam padi, rumput pun ikut tumbuh.

* Tapi saat kita menanam rumput tidak pernah tumbuhnya padi.

* Dalam kita melakukan kebaikan kadang-kadang hal yang buruk turut menyertai.

* Namun saat melakukan keburukan, tidak ada  kebaikan bersamanya.

* Jangan bosan untuk berbuat baik meski pun kadang-kadang tidak sempurna.

* Manusia menjadi sempurna justeru kerana memiliki kekurangan disamping kelebihannya.

[ Ustaz Ismail Al-Bakabi ]
(Isnin, 28/12/2015, 11:50 thri)

Note : JANGAN EDIT

#whatsappgroup

Sinopsis Berani Jadi Papa

Filem televisyen terbaharu Berani Jadi Papa gandingan Ungku Hariz, Rykarl dan Datuk Awie, telah mula bersiaran di Astro First Eksklusif (480) mulai 6 Disember 2018.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Berani Jadi Papa berulang kali selama 48 jam dari waktu pembelian
Sinopsis Berani Jadi Papa
Berani Jadi Papa mengisahkan kehidupan seorang bapa tunggal, Kamal bersama anaknya Ayim yang tidak sefahaman.
Keadaan mula berubah apabila tubuh mereka tertukar ketika sedang bertengkar. 

Word 81

Word 81

it is dificult to be patient

but to waste the rewards for patience is worse.

- Abu Bakar R.A

Drama Kerana Dia Manusia Biasa (TV3)

Drama Kerana Dia Manusia Biasa (15 episod) akan disiarkan di slot Samarinda TV3, pada tahun 2019.

Lakonan Syukri Yahaya, Emma Maembong, Husna Mustaffa, Sasqia Dahuri, Mimi Ernida, Zera Hariz, Afzan A.Rahman, Atikah Suhaime, Afifah Nasir, Aleza Shadan, Arash Mohd, Dhia Ly, Ku Zara Eryna dan ramai lagi...

Mekah pusat bumi

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)
“Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”
Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.
Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi
Firman Allah yang bermaksud:
“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)
Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.
Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.
Allah berfirman lagi yang bermaksud:
“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)
Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.
Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.
Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.
Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”
Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)
Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.
Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.” Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.
Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.
Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub .
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.
Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.
Rasulullah SAW bersabda:
“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)
“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani)
Wallahu’alam….
Sumber: hasnulhadiahmad.com
Kredit 

Word 80

Word 80



KISAH IMAM GHAZALI DAN SEEKOR LALAT
Pada suatu ketika Imam al-Ghazali sedang menulis kitab. Pada zaman itu, orang menulis menggunakan cecair dakwat dan sebatang pena. Pena itu harus dicelupkan dulu kedalam dakwat baru kemudian dipakai untuk menulis, jika habis, dicelup lagi dan menulis lagi. Begitulah seterusnya.
Ditengah kesibukan menulis itu, tiba-tiba terbanglah seekor lalat dan hinggap di mangkuk dakwat Imam al- Ghazali. Lalat itu nampaknya sedang kehausan. Ia meminum cecair dakwat di mangkuk itu.
Melihat lalat yang kehausan, Imam al-Ghazali membiarkan saja lalat itu meminum dakwatnya tanpa menghalaunya. Lalat juga makhluk Allah yang harus diberikan kasih sayang, fikir Al-Ghazali.
Setelah Imam Ghazali wafat, selang beberapa hari kemudian,seorang Ulama yang merupakan sahabat dekat beliau bermimpi. Dalam mimpi itu terjadilah dialog. Sahabatnya bertanya, ” Wahai Hujattul Islam, Apa yang telah diperbuat Allah kepadamu? “.
Al-Ghazali menjawab, ” Allah telah menempatkanku di tempat yang paling baik “.
“Gerangan apakah sampai engkau ditempatkan Allah ditempat yang paling baik itu ? Apakah itu karena kealimanmu dan banyaknya kitab-kitab bermanfaat yang telah kau tulis?” tanya sahabatnya.
Al-Ghazali menjawab, ”Tidak, Allah memberiku tempat yg terbaik, hanya kerana pada saat aku menulis aku memberikan kesempatan kepada seekor lalat untuk meminum dakwatku kerana kehausan. Aku lakukan itu kerana aku sayang pada makhluk Allah. “
Dari kisah sufi tersebut memberi kita pengajaran bahwa seseorang itu masuk kedalam syurga adalah semata-mata kerana rahmat Allah.Kisah ini juga membawa hikmah bahawa tidak ada salahnya jika kita menolong makhluk Allah. Bayangkan hanya sekadar membiarkan lalat yang kehausan untuk minum saja menjadikan sebab seseorang masuk syurga, apalagi memberi makan kepada sesama manusia. bersedekah bagi sesama yang benar-benar memerlukan.
Dalam hadis lain, diriwayatkan bahawa Nabi saw bercerita ada seorang pelacur yang dimasukkan Syurga kerana memberi minum seekor anjing. Juga jangan remehkan dosa kecil kerana dalam hadis diriwayatkan bahawa ada seorang wanita masuk neraka kerana membiarkan seekor kucing tanpa diberi makan dan minum.
Maka, jangan diremehkan amal kecil kerana sebesar zarah pun akan diperhitungkan di akhirat kelak.
Allah Swt berfirman :” Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula” (al Zalzalah: 7-8)
Kisah di atas juga mengajar kita untuk tidak atau jangan pernah meremehkan amalan kebaikan sekecil apapun, kerana sesungguhnya kita tidak pernah tahu, boleh jadi amalan yang kita anggap kecil tersebut berarti besar di hadapan Allah Swt, dan justru amalan tersebutlah yang akan menghantar kita ke Syurga. Sebaliknya kita juga tidak tahu bahawa mungkin dosa yang dianggap kecil yang boleh menjerumuskan kita ke lembah kehinaan, Neraka Jahanam. 
Na’udzubillahi min zalik.

Word 79

Word 79

Ya Allah, sembuhkanlah kesakitan insan yang ku sayangi. Aamiin. 
#jmbelog


Berjaya dalam mendapat pendidikan cemerlang atau berjaya dalam merancang kehidupan ?

Tiada ibu bapa yang ingin melihat anak-anaknya kecundang dalam kehidupan. Namun begitu, jangan pula menekan anak-anak sehingga menyebabkan perkara lain pula yang berlaku. 

Apakah kejayaan pada anak-anak yang diharapkan oleh ibu bapa sebenarnya? Berjaya dalam mendapat pendidikan cemerlang atau berjaya dalam merancang kehidupan apabila mereka sudah dewasa kelak?  Atau kedua-duanya sekali? 

Semoga perkongsian dari Nasir Rahman ini memberi manfaat kepada kita semua. 

KAWAN saya ada tujuh orang anak, tiada seorang pun yang berjaya melangkah ke universiti. Selepas SPM, paling hebat pun masuk Giatmara atau pusat latihan SKM. 

Anak perempuan sulung, selepas SPM terus berkahwin dengan jejaka pilihan hati yang juga merupakan orang sekampung. Suami kerja kontrak, menyawit. Sekarang dok jaga kebun-kebun orang kampung. Dapat jugalah bawa kereta ‘H’. Anak pun ramai, buat rumah sebelah rumah mak bapak. 

Anak yang kedua, buka kedai makan di bandar Batu Pahat. Kahwin dengan orang sekampung. Mertua buatkan rumah di tanah kampung. Fuh~, cantik rumahnya. Ada dusun tiga hektar. 

Anak ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh selepas SPM kerja biasa-biasa. Ada kerja kat pasar, ada kerja kampung dan sebagainya. Cucu dah ada lima. Semua anak-anak dia walaupun tak berjaya dalam pelajaran, semua saya tengok ‘sejuk mata memandang’. Rajin kerja, rajin bermasyarakat, rajin berjemaah di surau. 

Rumah dia, meriah sangat. Maklumlah cucu sebelah rumah saja. Kiri kanak depan belakang rumah penuh dengan tanaman dan sayuran. Anak ramai, kena tanam sayur sendiri, bela ayam itik sendiri, bela ikan kelia dan sebagainya. 

Kawan saya ini kerja kampung, dia ada kebun sawit. Cukup katanya untuk menyara keluarga. Bawa van besar sebab keluarga besar. 

Apa yang saya nak kongsikan dalam apa yang saya lihat, hidup dia cukup bahagia. Suami isteri cool saja, tenang saja. Bangun pagi, mandi, pergi surau berjemaah subuh. Ngeteh dengan anak beranak di anjung, borak-borak. Jam 7.30 masing-masing gerak ke tempat kerja. 

Anak-anak dan cucu-cucu keliling rumah, riuh rendah. Masa raya lepas, meriah sangat. Masak rendang ayam kampung pun satu periuk besar.

Kawan saya kata dia sangat bersyukur walaupun anak-anak dia tak berjaya dalam pelajaran. Masa isteri dia masuk hospital, bergilir-gilir anak dia jaga. Makan pakai emak sakit, semua dijaga. 

Kadang-kadang terfikir juga saya, apa ukuran ‘kejayaan’ sebenar bagi ibu bapa? Adakah kerana Allah kurniakan anak-anak yang ‘kurang genius’ menunjukkan dia gagal? Bukankah otak bergeliga itu anugerah Allah? 

Saya tahu perasaan bila anak scored straight A’s dari tadika sampai SPM. Saya juga ada anak yang kutip E dan G sebab dia lambat ambil result (dia kerja dengan saya, very hard working dan dialah tulang belakang saya sekarang).

Bagi saya, apa-apa anugerah Allah kita bersyukurlah. Dalam kita mendongak ke langit, janga kita lupa bumi dipijak. Sekian cerita merepek dari saya. 

Sumber: Nasir Rahman

SINOPSIS PUTERI


SINOPSIS PUTERI

Puteri, 9 tahun, dibesarkan dalam kehidupan sederhana. Ibunya,Suraya hanya mengambil upah menjahit, oleh itu dia tidak pernah meminta apa-apa kerana sedar kepayahan ibunya. Rakan sekelasnya, Sarah sering menunjukkan koleksi buku-buku cerita seperti Cinderella, Snow White, Frozen & Beauty and The Beast. Bermula dari situ, Puteri menyimpan keinginan untuk memiliki gaun cantik seperti dilihatnya dalam buku itu. Puteri menyampaikan hasratnya untuk memiliki gaun seperti itu. Hasil cantuman perca kain, Suraya berjaya menghasilkan sepasang gaun buat Puteri. Biarpun bukan daripada kain mahal, Puteri menyukai gaun yang dijahit ibunya. Puetri menceritakan kepada Sarah yang dia sudah memiliki gaun cantik. Namun Sarah tidak percaya.
 
Suatu hari, Puteri telah menyertai Pertandingan Cerita Pendek dan dia dinobatkan sebagai pemenang. Ganjarannya, Puetri akan dilayan bak ‘Puteri’ dengan 3 persalinan puteri selama 3 hari. Puteri teruja menaiki kereta mewah dan tinggal di hotel 5 bintang. Namun dia sering teringatkan ibunya kerana ini merupakan kali pertama dia berjauhan dengan ibunya. Hari terkahir, Puteri teruja untuk pulang ke rumah kerana terlalu merindui ibunya. Dia memeluk erat ibunya. Puteri memberikan sepucuk surat dengan tertulis “andai dia menjadi seorang ‘Puteri’ dia akan menunaikan segala impian ibunya dan tidak lagi ingin melihat ibunya bersengkang mata mengambil upah menjahit.

Telefilem Puteri telah disiarkan  pada Ahad, 9 Disember 2018, 9:30 malam

Lakonan 
Duerra Mitilda, Rita Rudaini, Zain Hamid, Nur Qaseh Shuhada, Khayrani Kemal, Kasseh Kishreena, Aresya Rania, Norazlina Ismail, Nur Qaseh Shuhada, Aina Syaza Tasniem, Shazzy Edora


Satu Kalimah

Sujud ku menyembah Mu Tuhan
Sembah ku serahkan jiwa dan nyawa
Dengan satu kalimah Lailahailallah

Tuhan Kau Maha Mendengar
Tika ku tadahkan tangan ku berdoa
Ampunkanlah hamba
Bersihkanlah hati dan sucikan jiwa

Senja makin hampir tiba kepada ku
Dan malam mengundang subuh ku
Tapi bila ku dengar seru nama Mu
Bergoncang gigilnya tubuh ku

Pencipta yang punya segala
Ku harap kejayaan menghampiri  Mu
Dengarkan semua khabar gembira
Dari manusia yang tak pernah berdusta
Muhammad kekasih Allah
Ucaplah kalimah cinta ini

Hanya ada satu Tuhan yang mencipta
Ya Allah  Kau yang Maha Esa
Tapi bila ku dengar seru nama Mu

Bergoncang gigilnya tubuh ku

Tuhan kau maha mendengar
Tika ku tadahkan tangan ku berdoa
Ampunkanlah hamba
Bersihkanlah hati dan sucikan jiwa


Satu Kalimah - Khalifah

Wadah Terkini