Anak-anak tak hanya ingat tentang lagu apa yang kau dendangkan

Anak-anak tak hanya ingat tentang lagu apa yang kau dendangkan, atau kisah apa yang kau ceritakan. Mereka akan ingat semua yang melukakan. And kids, dont deserve to be hurt. To many more little Balqis out there, I hope you're doing fine. Dan aku akan terus membantu, walau dengan hanya kata-kata.

Menjadi pendidik nampak mudah di mata orang, tetapi hanya yang menggalas amanah itu tahu bebanan yang digalas. Tugas seorang guru bukan hanya mendidik, malahan juga kadangkala perlu bertukar watak menjadi seperti seorang ibu atau bapa apatah lagi mendidik dan mengajar pelajar-pelajar di sekolah rendah. Jiwa kanak-kanak ini lebih suka didekati. 

Bagi seorang guru, pengalaman yang terjadi kepada dirinya dulu tidak dijadikan alasan untuk membalas kembali kepada pelajarnya, tetapi dibalas dengan kata-kata yang menyenangkan. Walaupun isunya hanya sekadar nilai buku, tetapi kesan kerana kata-kata akan menghiris hati anak-anak kecil dan bermain-main di fikiran mereka. 

INI kisah tentang dendam aku yang sudah terbalas, yang telah aku simpan lebih 10 tahun lamanya. 

Tadi masa dalam kelas (Darjah 2) tiba-tiba seorang student datang ke depan dan berbisik kat aku dengan muka runsing,

"Teacher, saya belum beli buku lagi tau. Mak saya kata kalau mak saya dah gaji baru mak saya belikan."

"Okay takpe.. takpe, boleh je", jawabku sambil tersenyum.

Lepas tu dia pun balik ke tempat duduk dengan muka happy and ceria.

Kenapa aku kata dendam? Sebab 13 atau 14 tahun yang lalu, aku pernah cakap benda yang sama persis macam apa yang student aku cakap kat aku itu. 

Dulu hidup kami agak susah, tapi guru kelas aku yang juga guru penasihat Puteri Islam tak habis-habis paksa aku untuk beli buku log Puteri Islam yang berharga RM9. Korang jangan sembang 'RM9 je', orang punya susah jangan pernah kau buat main. Buku log, yang bagi aku kalau guna buku biasa pun tak ada masalah. Tapi cikgu ini, tidak. Dia memilih untuk menekan aku, despite knowing how hard our family was trying to survive life. 

Aku masih ingat lagi pada ketika itu, hari itu dan saat itu dengan sangat jelas. Takkan pernah aku lupa. Masa itu cikgu tengah tampal kertas di papan kenyataan. Sama seperti yang pelajar aku buat hari ni, aku pergi ke cikgu dan berbisik,

"Cikgu, boleh tak kalau saya tak beli dulu buku log itu? Mak saya kata kalau mak saya dah mampu baru, mak saya beli. Mak saya belum mampu lagi."

Dengan mencebik, cikgu tu cakap, "RM9 pun tak mampu?", sambil tangannya terus menampal, sedikit pun tak memandang ke wajahku.

Sumpah hati aku koyak ketika itu. Bukti koyak? Aku masih ingat apa yang cikgu cakap sampai ke hari ini, suaranya, wajahnya dan apa yang sedang dilakukannya. Semua sangat jelas.

Hari ini aku puas, sebab terasa dendam aku dah terbalas. Aku dah lama tak terima diperlakukan begitu oleh cikgu, tapi apalah sangat yang seorang anak kecil boleh lakukan. 

Jadi, selama lebih 10 tahun aku simpan tekad, apa yang jadi kat aku tak akan terjadi kat mana-mana budak lain. Dan hari ini aku puas sebab aku dah berjaya selamatkan seorang anak daripada rasa apa yang aku rasakan dulu. 

Aku puas sebab apa yang aku nak orang buat kat aku dulu, aku berjaya buat kat anak murid aku sekarang. Sedikit "ok takpe" yang aku perlukan dari cikgu dulu, aku mampu berikan kat anak murid aku sekarang.

Walaupun hanya seorang yang aku mampu tolong hari ini, aku harap satu je, semoga tiada siapa orang dewasa yang menyentuh emosi anak ini, macam mana emosi aku disentuh dulu. 

Kawan, tolong budak-budak bukan hanya dengan wang, bukan hanya dengan makanan, bukan hanya dengan mainan. Your words. Your words. Your words. Kata-kata kau juga beri kesan. Kata-kata kau yang kau boleh lupakan in few mins, budak-budak akan ingat sampai besar. Ambillah aku sebagai contoh paling dekat.

Anak-anak tak hanya ingat tentang lagu apa yang kau dendangkan, atau kisah apa yang kau ceritakan. Mereka akan ingat semua yang melukakan. And kids, dont deserve to be hurt. To many more little Balqis out there, I hope you're doing fine. Dan aku akan terus membantu, walau dengan hanya kata-kata.

Sumber: Balqis Huda

Kredit : http://www.thereporter.my/2019/01/cikgu-boleh-tak-kalau-saya-tak-beli.html?m=1

Biodata Raisa penyanyi lagu serba salah

Biodata Raisa penyanyi lagu serba salah

Raisa Andriana, yang popular dengan panggilan Raisa, berasal dari Indonesia. Dia menjadi terkenal kerana lagunya berjudul "Serba Salah". Sebelum menjadi penyanyi solo, dia adalah salah seorang vokalis utama kumpulan Kevin Aprilio, Andante, dan kemudian dinamakan semula sebagai Vierra.

Serba Salah

Harus ku akui
Semuanya telah berbeda
Lelah menjalani
Semua serba salah
Apalagi salahku
Apalagi salahmu
Ku tak mengerti
Apalagi salahku
Apalagi salahmu
Apalagi
Yee
Sudah lupakan
Segala cerita
Antara kita
Ku tak ingin
Ku tak ingin
Ku tak ingin
kau terluka
Karna cinta
Karna cinta
Lelah menjalani
Semua serba salah
Apalagi salahku
Apalagi salahmu
Ku tak mengerti
Apalagi salahku
Dan apalagi
Salahmu
Apalagi
Yee
Sudah lupakan
Segala cerita
Antara kita
Ku tak ingin
Ku tak ingin
Ku tak ingin
Kau terluka
Karna cinta
Bukan
Karna rasa itu
Tlah sirna
Maafkanlah ku hanya
Tak ingin
Ku tak ingin
Ku tak ingin
Ku terluka
Karna cinta
(Haaaa)
Bukan ku tak berharap
(Haaaa)
Kembali padamu
(Haahaa)
Tapi pahami
Ku tak ingin
(Tak ingin)
Ku tak ingin terluka
YeeYeYe
(Sudah lupakan segala)
(Cerita antara kita)
Ku tak ingin
Ku tak ingin
Ku tak ingin
Kau terluka
Karna cinta
Bukan
Karna rasa itu
Tlah sirna
Maafkanlah
Ku hanya
Tak ingin
Ku tak ingin
Ku tak ingin ku terluka
Karna cinta
(Tak ingin tak ingin)
(Tak ingin)
(Kau terluka)
(Tak ingin tak ingin)
(Tak ingin)
(Ku terluka)
Lupakanlah semuanya
(Tak ingin tak ingin)
(Tak ingin)
(Kamu terluka)
Karna cinta
(Tak ingin tak ingin)
(Tak ingin)
(Kau terluka)
(Tak ingin tak ingin)
(Tak ingin)
(Ku terluka)
(Tak ingin tak ingin)
(Tak ingin)
(Kau terluka)

Serba Salah - Raisa

Word 97


Word 97

Listen to what people say when they're mad,

that's when the truth comes out.

Drama Suamiku Mr. Blind akan datang di Unifi TV

Drama adaptasi novel Suamiku Mr. Blind karya Danisyarahmat akan datang di Hypp Sensasi, Unifi TV. Akan membariskan pelakon utama, Nazrief Nazri, Janisa Jalil, Zoey Rahman, Intan Najuwa, Dayana Roza dan ramai lagi.

Drama 30 episod arahan Rusdi Ramli diterbitkan oleh Creative Skill Solution Sdn Bhd ini akan bersiaran pada 7 Februari 2019. Setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9 malam di hypp Sensasi 116. _ My Ryz

Novel "Suamiku Mr. Blindby 

“Kalau kau buta lagi bagus. Tak adalah nak menyemak buat masalah di sekolah lagi.” Ain Syuhada, pengawas yang sebesar anak gajah itu ingin balas dendam kerana ditolak jatuh ke dalam lumpur sawah.

Racun serangga jenama Redinsect segera disembur ke muka Aidil Zafran.

“Aku tak nampak apa-apalah!”

Ah, sudah! Sungguh Ain Syuhada tidak menyangka racun serangga itu mampu meragut penglihatan Aidil Zafran. Kalau dia sanggup jadi hamba tebusan seumur hidup untuk membayar apa yang telah dilakukan kepada Aidil Zafran pun, dia masih tak akan mampu melunaskan hutangnya itu.

“Jangan muncul di hadapan aku lagi. Aku tak mahu dengar nama kau lagi. Apa saja yang berkaitan dengan kau, aku tak mahu tahu.” – AIDIL ZAFRAN.

Cuma kalau dah namanya jodoh, larilah ke penghujung dunia sekalipun, pasti akan bertemu juga. Sebelas tahun kemudian… Aidil Zafran menerima seorang pekerja baru di syarikatnya.

“Errr… Saya Ain… Ain Syuhada Ismail. PA bos.”

AIN SYUHADA muncul kembali dalam hidup Aidil Zafran tanpa dirancang sedangkan Aidil Zafran tidak dapat mengenal pasti siapa Ain Syuhada. Dah namanya pun mr. blind!

Hati Aidil Zafran diketuk perasaan yang luar biasa sewaktu bersama PAnya yang menjaganya penuh kasih. Cinta mula datang walaupun tidak terlihat, maklumlah cinta itu buta!

Pada saat pernikahan Ain Syuhada dengan Rayyan Aziz dibatalkan, Aidil Zafran datang dengan rela menjadi galang ganti. Namun, saat lafaz akad dilafazkan, masih relakah dia apabila identiti Ain Syuhada terbongkar?

“Kau sengaja nak perangkap aku, kan? Kau jangan ingat bila aku dah kahwin dengan kau, aku dapat maafkan kau. Aku akan pastikan kau hidup merana, Ain.”

Benarkah cinta itu hilang saat dendam merajainya? _ goodreads


Ranking Alexa 10 Januari 2019

Ranking Alexa 10 Januari 2019

Global Ranking : 3,008,778
Rank in Malaysia : 35,210

Lihat kedudukkan blog JM di mata Alexa.

Pandangan anda ?

Lebih 100 kereta hangus

Lebih 100 kereta hangus

KIRA-KIRA 100 hingga 150 kereta rosak serta musnah dalam kebakaran di Depoh Simpanan Kereta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, kira-kira 2 pagi, hari ini.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Muhamad Hafidz Yaacob berkata, 57 anggota, empat jentera FRT, tiga lori tangki, tiga unit Bermotor Bomba (RIM) dan satu jenteraUnit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada 2.08 pagi.

Katanya, sebaik sampai api sedang marak membakar kawasan depoh berkenaan yang menempatkan kereta lupus.

"Pada awalnya, seramai 21 anggota membabitkan dua jentera FRT, tiga unit RIM dan satu unit EMRS dikejarkan ke lokasi bagi memadamkan kebakaran berkenaan.

"Namun, jumlah anggota bomba dan jentera terpaksa ditambah susulan keadaan api yang sangat marak serta sukar dipadamkan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhamad Hafidz berkata, api dapat dipadamkan hampir tiga jam kemudian iaitu sekitar jam 4.53 pagi.

"Siasatan mendapati, kebakaran membabitkan keluasan lebih kurang 2,800 meter persegi.

"Hasil siasatan mendapati kira-kira 100 hingga 150 kenderaan yang diletakkan dalam kawasan depoh berkenaan musnah akibat kejadian itu," katanya.

Menurut Hafidz, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sumber

Fakta Menarik Syazwan Zulkifly Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda

Fakta Menarik Syazwan Zulkifly Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda

#1. Nama panggilannya ‘Kepeng’.

#2. Dikenali ramai menerusi watak antagonis, walaupun realitinya telah melakonkan pelbagai jenis watak.

#3. Mengakui tidak mempunyai asas dalam bidang lakonan.

#4. Kehadirannya mula mendapat perhatian selepas membintangi siri televisyen, Juvana di TV3, membawakan watak sebagai Apek.

#5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.

#6. Penglibatannya dalam filem menerusi Juvana, Laga, Suamiku, Encik Perfect 10, Gamatisme dan Sunti @ Facebook.

#7. Menerusi drama, antaranya Juvana, Soffiya, Jangan Ambil Padang Kami, Gemilang, Istikharah Cinta, Padamu Aku Bersujud, Lelaki Macam Dia, 7 Hari Mencintaiku, Cinta Roller Coaster, Nahu Rindu, Halalkan Hati Yang Ku Curi dan Pujaan Hati Kanda.

#8. Tidak ketinggalan, telefilem Di Bawah Satu Langit, Karlos Bolos, Dendam Rindu, Kalung Kak Dara , Bila Tiba Saatnya, Simpang Sejenak, Kebaya Mek Hwa dan Akil & Juan.

#9. Menerima pencalonan dalam kategori Pelakon Harapan Lelaki Terbaik menerusi Juvana di Festival Filem Malaysia ke-26 pada tahun 2014 dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Laga) di Festival Filem Malaysia ke-27 pada 2015.

#10. Pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama pelakon Nabila Huda pada 2013. Malang menimpanya sekali lagi apabila terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak berhampiran Genting Sempah pada Mei 2017 ketika dalam perjalanan ke set penggambaran drama Sehangat Cinta Antasha.

#11. Gara-gara dikatakan pernah memukul bekas kekasih, pengacara Shenty Feliziana, beliau dianggap seorang yang panas baran, sedangkan Syazwan menyifatkan dirinya seorang yang pendiam dan sukar untuk marah.

Kredit : Iluminasi / Edisimedia.com

Biodata Syazwan Zulkifly Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda

Biodata Syazwan Zulkifly Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda

Nama penuh : Mohd Syazwan bin Zulkifly

Nama popular : Syazwan Zulkifli.

Tarikh lahir : 20 Mei 1987, (31 tahun )

Tempat lahir : Kuala Lumpur, Malaysia.

Syukur Khamis Hanya Menang Top 20 Gambar Terbaik dunia. Tapi Sebenarnya Top No 1 Gambar Terbaik Dunia 2018 Dimenangi Oleh Budak Ini Rupanya.

Syukur Khamis Hanya Menang Top 20 Gambar Terbaik dunia. Tapi Sebenarnya Top No 1 Gambar Terbaik Dunia 2018 Dimenangi Oleh Budak Ini Rupanya.

Hari ini rakyat Malaysia banyak berbicara kisah remaja, Syukor Khamis, 14 tahun pelajar dari SMK Padang Midin, Kuala Terengganu yang dilihat mampu “berkawan rapat” dengan binatang peliharaan ayahnya iaitu kerbau yang jumlahnya mencecah 100 ekor lebih. Syukor dilihat langsung tidak kekok malah begitu bersahaja dengan reaksinya termasuk dia cuba berlaga tanduk dengan kambing peliharaan ayahnya.

Melalui gambar bidikan jurugambar profesional Mohd Nazri Sulaiman, gambar ini telah memenangi tempat pertama pertandingan Asia Geographic -Image of Asia Photography Award 2018 dan dinobatkan sebagai 20 gambar terbaik dunia dalam Pertandingan Fotografi Antarabangsa berprestij, Siena International Photo Awards 2018.

Selain kisah Syukor yang viral, korang tentu nak tahu gambar mana lagi yang diangkat sebagai gambar terbaik dunia 2018 kan.

Jom tengok, mana tahu jadi inspirasi pada korang dan lepas ni bolehlah berjinak-jinak dalam dunia fotografi dan menang pertandingan dunia pula. Rezeki orang tak siapa tahukan!

Senaraikan 20- gambar terbaik yang dipilih dalam pelbagai kategori. Untuk makluman korang, anugerah fotografi antarabangsa berprestij, Siena International Photo Awards menerima 48,000 penyertaan peserta melibatkan 156 buah negara.

1.Berkongsi emosi (Anugerah Istimewa, Kategori Wajah dan Karektor Menarik)

2.Musang Artik, Amerika Syarikat (3rd place Kategori Haiwan Dalam Persekitaran Semula jadi)

3. Bayangan badak sumbu, Kenya (Sebutan Kehormat, Kategori Haiwan dalam Persekitaran Semula jadi)

4. Pemandangan dalam air, musim salji di Lofoten (Anugerah Istimewa, Kategori Keindahan Alam Semula jadi)

5. Bunga liar kosmik, Brazil (Sebutan Kehormat, Kategori Keindahan Alam Semula jadi)

6. El Calbuco, Chile (1st Runner up Kategori Keindahan Alam Semula jadi)

7. Perkampungan Permainan, Russia (1st Runner Up Kategori Ruang Bandar & Seni Bina)

8. Nemo di dalam rumah(Anugerah Istimewa Kategori Haiwan Dalam Persekitran Semula Jadi)

#9. Perjalanan tuah dan kekayaan, Vietnam (Sebutan Kehormat, Kategori Pancuran Warna Warni)

#10. Larian comel! (Anugerah Istimewa, Kategori Haiwan dalam Persekitaran Semula jadi)

#11. Kumpulan unta di gurun, Mongolia (Tempat Kedua, Kategori Warna Am)

12. Ombak 12 meter di perairan Antartika (Tempat Ketiga, Kategori Perjalanan dan Pengembaraan)

#13. Haus dan minum, China (Sebutan Kehormat, Kategori Wajah dan Karektor Menarik)

#14. Kanak-kanak dalam dakapan ukiran tangan dan kraftangan, Ethiopia (Tempat Pertama, Kategori Wajah dan Karektor Menarik)

#15. Pasar terapung, Indonesia (Tempat Pertama, Kategori Pancuran Warna Warni)

#16. Menerima realiti, Pulau Pleneau, Semenanjung Antartika (Tempat Pertama, Kategori Haiwan dalam Persekitaran Semula jadi)

#17. Pemandangan Padang Bola Sepak Henningsvaer, Norway (Tempat Kedua, Kategori Ruang Bandar dan Seni Bina)

#18. Peserta triathlon, Pelabuhan Duesseldorf Media, Jerman (Tempat Pertama, Kategori Warna Am)

#19. Nelayan mendayung sampan di Tasik Inle, Myanmar (Tempat Pertama, Kategori Bawah 20)

#20. Mangsa konflik dan pertikaian, Bangladesh (Anugerah Foto Terbaik, Siena International Photo Awards 2018.)

Ya, inilah gambar terbaik dunia. Ketakutan dan tangisan seorang kanak-kanak Bangladesh, Asmat Ara begitu trauma dengan keganasan dan penghapusan etnik yang sedang berlaku di Myanmar dinobat gambar terbaik dunia di dalam Pertandingan Fotografi Antarabangsa berprestij, Siena International Photo Awards 2018. Foto ini diambil di kem pelarian Rohingya Tenkhali, di Bangladesh oleh K.M Asad. Sumber remaja.

Sumber : http://edisimedia.com/2019/01/11/syukur-khamis-hanya-menang-top-20-gambar-terbaik-dunia-tapi-sebenarnya-top-no-1-gambar-terbaik-dunia-2018-dimenangi-oleh-budak-ini-rupanya/

Syukor Khamis telah menjadi model paling unik dan menarik untuk diabadikan oleh lensa kamera peminat fotografi dari serata negara

Siapa sangka di sebalik sikap pendiam dan memiliki seraut wajah polos, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin, Syukor Khamis telah menjadi model paling unik dan menarik untuk diabadikan oleh lensa kamera peminat fotografi dari serata negara.

Kebolehannya menjinakkan dan bermain dengan kerbau milik ayahnya yang lebih senang dengan panggilan Pok Khamis, telah memberi inspirasi kepada beberapa juru foto dari dalam dan luar negara untuk merakam beberapa aksi menarik antaranya Syukor Khamis Kampong Boy dan kerbau-kerbaunya.

Apa yang membanggakan rakaman fotonya telah berjaya mendapat pengiktirafan dalam SENA International Photography Award 2018, juga sebelum ini menghiasi kulit depan Majalah Plush (Times), National Geographic, Nikon Annual Photo Award 2017 Best Photographic For The Year 2017  dan Asian Geographic `Sharing Emotion’.

Sehubungan itu, pada 28 Disember 2018 , Pengetua Cemerlang, Zah Mohamad bersama barisan pengurusan dan beberapa orang guru SMK Padang Midin,  telah turun padang menyantuni anak didiknya bersama ratusan ekor kerbau.

Dalam pertemuan penuh bermakna, Zah bukan sahaja melahirkan rasa bangga tetapi turut memberi semangat kepada muridnya untuk terus cemerlang bukan sahaja dilapangan fotografi tetapi juga dalam bidang akademik.

Barisan pengurusan dan guru SMK Padang Midin ketika turun padang menyantuni pelajarnya.

Barisan pengurusan dan guru turut bergambar kenangan bersama ratusan ekor kerbau.

Sumber: GPSBestari

Kredit : http://www.videoviral.co/pelajar-smk-padang-midin-gemparkan-dunia-fotografi-aksi-dengan-kerbau-menang-peringkat-dunia/

Harga bahan api 12-18 Jan 2019: Petrol RON95 dan RON97 turun 1 sen seliter, diesel naik 1 sen seliter

Harga bahan api 12-18 Jan 2019: Petrol RON95 dan RON97 turun 1 sen seliter, diesel naik 1 sen seliter

Minggu ketiga Januari 2019 menyaksikan harga petrol RON97 dan RON95 turun 1 sen seliter, masing-masing menjadi RM2.22 seliter dan RM1.92 seliter bermula 12 tengah malam ini sehingga 18 Januari depan.
Walau bagaimana pun, harga diesel pula naik 1 sen seliter, dengan gred Euro 2 M akan menjadi RM2.05 seliter, manakala Euro 5 pula RM2.15 seliter.
Pada 4 Januari lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, “Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat, selaras dengan trend penurunan harga petroleum di pasaran dunia.”
Tambahnya lagi, penetapan harga runcit petroleum tersebut dipertimbang semasa Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2 Januari 2019.

Gambar Adik Syukor & Kerbau Dari Terengganu Ini Dinobat Pemenang Anugerah Fotografi Dunia

Tular di laman sosial gambar seorang pelajar bersama beberapa ekor kerbau yang dikatakan memenangi anugerah gambar terbaik dunia dan juara peringkat Asia

Image from Twitter @ayathelme
Image via Twitter @ayathelme
Image from Twitter @ayathelme
Image via Twitter @ayathelme

Gambar tersebut sebenarnya telah diambil oleh jurugambar profesional, Mohd Nazri Sulaiman yang diberi nama Sharing Emotions atau Berkongsi Emosi

Image from SIPA Contest
Image via SIPA Contest
Pada tahun 2018, anugerah fotografi antarabangsa berprestij, Siena International Photo Awards telah menerima 48,000 penyertaan dari 156 buah negara dan gambar Sharing Emotions telah mendapat Anugerah Istimewa bagi kategori Wajah dan Karektor Menarik.
Bukan itu sahaja, gambar tersebut turut mendapat penganugerahan oleh Asian Geographic: Imej Asia 2018 bagi kategori Manusia/Jalanan (Street/People).

Menurut jurugambar, Nazri Sulaiman, remaja lelaki yang bernama Syukor itu merupakan seorang pelajar di SMK Padang Midin di Kuala Terengganu, Terengganu

Syukor dan kambingnya, Bo.
Syukor dan kambingnya, Bo.
Difahamkan kerbau di dalam gambar itu merupakan kerbau peliharaan ayah pelajar lelaki tersebut.

Tambah Nazri lagi, Syukor tidak hanya berkawan dengan kerbau bahkan turut melayan dan bergurau senda dengan kambing, lembu, angsa, burung umpama 'kawan sekolah'.

Nazri yang amat terpesona dengan persahabatan itu berkata, selama dia berkecimpung dalam dunia fotografi, dia tidak pernah dalam hidupnya menjumpai seorang budak yang boleh berkawan dengan 70-80 ekor kerbau dalam satu masa. Bahkan, haiwan-haiwan itu masing-masing mempunyai nama tersendiri.

Baca posting penuh Nazri di bawah:

Gambar tersebut bukan sahaja mendapat perhatian netizen bahkan Mufti Wilayah Persekutuan turut kagum dengan gambar Syukor dan kerbaunya itu

Datuk Seri Dr. Zulkifli dalam laman Facebook miliknya bukan sahaja telah mengucapkan syabas diatas kejayaan gambar tersebut di samping telah menyifatkan gambar-gambar itu sebagai berjaya menzahirkan maksud mendalam hubungan antara seorang remaja lelaki dan kerbaunya. 
Pada masa sama, gambar itu juga mampu menunjukkan rasa tenang, gembira dan damai yang mana sukar ditafsirkan melalui harta benda tetapi hanya boleh ditonjolkan melalui perasaan kasih sayang dan rahmat.

"Sesungguhnya kehidupan dinilai dengan perasaan yang penuh dengan sakinah, mawaddah dan rahmah sebagai tanda kebesaran ayat Tuhan dalam membina keluarga seperti yang termaktub dalam surah Ar-Rum ayat 21," katanya.

Lagi gambar-gambar menarik adik Syukor bersama haiwan-haiwan peliharaannya oleh seorang lagi jurugambar profesional Dallah Deen

SINOPSIS POTRET MOYANG

SINOPSIS POTRET MOYANG

Maria & Johan tidak suka pulang ke kampung emaknya semasa cuti sekolah. Kekurangan fasiliti di kampung dan juga kerana takutkan potret moyang mereka yang tergantung di rumah kampung.

Telefilem seram arahan Pitt Hanif bertajuk 'Potret Moyang' akan ditayangkan di Astro Citra slot Citra Exclusive pada Sabtu , 12 Januari 2019, pukul 9 malam. 

Lakonan Mhia Farhana, Farah Ahmad, Fauziah Nawi, Amalina Arham, Izzy Reef, Syel Ramlan, Chi Azim, Naque Ariffin

SINOPSIS DETAK CINTA STETOSKOP

SINOPSIS DETAK CINTA STETOSKOP

Doktor Razlan seorang Pakar Bius yang telah melaporkan diri di sebuah hospital. Beliau bermasalah dengan bakal tunangnya, Dr. Farah yang merupakan Pakar Bedah berpengalaman di hospital tersebut

Di hospital Dr Micheal memberitahu Dr. Farah yang Dr Razlan akan digandingkan dengan beliau dalam satu pasukan, sementara itu Dr. Farah dapat meyakinkan Sheema seorang selebriti supaya melakukan pembedahan

Drama Detak Cinta Stetoskop disiarkan mulai 5 Januari 2019, setiap Sabtu dan Ahad pukul 8.00 malam ini di saluran TV Okey (Astro 109). Boleh juga menontonnya melalui aplikasi RTM Mobile dan portal myklik.rtm.gov.my.

Lakonan Miera Leyana, Amar Baharin, Ikhlas Jalil, Afzan A. Rahman, Kodi Rasheed, Nisha Dirr, Sangeeta Krishnasamy, Jonathan Putra, Jay Iswazer, Nadia Aqilah, Syafnida Shuhaimi, Hani Nazrina, Datin Fadilah Mansor, Kamal Sumbu, Zarynn Min, Kalpana Shree, Kahiril Anwar, Dian P.Ramlee, Liza Zain Zaidi Omar, Fetty Dzul

Word 96

Word 96

TIDAK ADA DAYA DAN KEKUATAN

KECUALI DENGAN PERTOLONGAN ALLAH.

Salam Jumaat.

Kanak-Kanak 90-an Mesti Tahu Lima Rancangan Ini

Kanak-Kanak 90-an Mesti Tahu Lima Rancangan Ini
Image result for Kanak-Kanak 90-an Mesti Tahu Lima Rancangan Ini
Kalau anda masih ingat dengan lima rancangan ini, anda memang legend! Sebelum kehadiran Upin-Ipin, Boboiboy dan sebagainya, kanak-kanak yang kebanyakannya 90-an juga ada rancangan kartun, animasi serta kuiz yang digemari antaranya lima ini. Pasti anda pernah tengok kan?
1) Di Mana Joe Jambul
Rancangan berbentuk kuiz ini paling popular dulu. Ia direkodkan di dalam studio dan peserta perlu melalui beberapa segmen untuk memastikan Joe Jambul dan konco-konconya ditangkap. Watak Di Mana Joe Jambul merangkumi ketua mereka, Joe Jambul dibantu lima orang geng penjahatnya yang terdiri daripada saintis, pakar bom, pakar komputer, orang kuat dan sebagainya. Rancangan ini menguji pengetahuan am dan geografi kanak-kanak. Pengacara rancangan ini adalah Norzizi Zulkifli.
2) ALONG
Rancangan Along lebih kepada hiburan sambil belajar. Along merupakan maskot kucing besar dan turut disertai oleh Angah dan kucing betina, Acik. Segmen paling popular haruslah Siti Sifir. Rasanya Siti Sifirbanyak berjasa buat kita sebab senang ingat sifir. Seingat kami,rancangan ni disiarkan pukul 7 malam, waktu maghrib jadi ramai la budak-budak kena tarik telinga masa ni. Tapi paling kami tak sangka, siapakah orang disebalik maskot Along tu adalah pelakon Beto Khusyairy!
3) Anak-Anak Sidek
Siapa tak kenal lagenda badminton lima bersaudara ni? Siri animasi ini mengenai biografi anak-anak Haji Sidek yang terdiri daripada Misbun Sidek, Razif Sidek, Jailani Sidek, Rahman Sidek dan Rashid Sidek dalam mengharungi hari-hari mereka. Dengan hasil usaha Haji Sidek dan ketegasannyalah anak-anak beliau berjaya membawa Piala Thomas pulang pada tahun 1992. Selain rancangan TV, Anak-Anak Sidek juga diterbitkan dalam bentuk komik.
4) Usop Sontorian
Usop, Dol, Abu, Singh, Ah Kim, Vellu, Abang Budin, Ayam Selebet merupakan siri kegemaran kanak-kanak di Malaysia. Mula ditayangkan pada tahun 1994, Usop Sontorian merupakan siri animasi pertama di Malaysia. Lepas cerita ni, popularlah Parit Sonto, Johor.
5) Keluang Man
Lupakan Superman, Spiderman dan Ironman kerana kita ada Keluang ManKeluang Man merupakan siri animasi 2D berlatarbelakangkan 3D pertama di Malaysia. Namun cerita ni hanya bertahan selama tiga tahun dan diberhentikan apabila krisis kegawatan ekonomi tahun 1997-1998. Tapi lagu tema Keluang Man nyanyian Krisya masih melekat dalam kepala kami.
Sumber: Rojakdaily via OhGebanGoogle

Sultan Johor hantar Tun M pulang naik Proton Saga

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar (kiri) berkenan menghantar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) menaiki kenderaan Proton Saga edisi pertama keluaran tahun 1985 dengan nombor pendaftaran 'Proton 1' ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai hari ini.- Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menghantar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) selepas selesai pertemuan dilakukan di Istana Bukit Serene di sini, hari ini.

Menariknya, Sultan Ibrahim menghantar pemimpin nombor satu negara itu dengan menaiki Proton Saga keluaran pertama miliknya yang bernombor pendaftaran Proton 1.

Tun Mahathir yang sinonim dengan jenama automotif nasional berkenaan turut dilihat tidak kekok dan begitu mesra dengan pemimpin kesayangan rakyat Johor itu

Terdahulu, pertemuan antara Baginda Sultan dan Tun Mahathir berlangsung selama 90 minit selepas tiba di perkarangan istana pada jam 3.50 petang.

Bagaimana, initipati dan hasil perbincangan antara kedua-dua pemimpin itu tidak dimaklumkan memandangkan ia adalah pertemuan tertutup.

Sebelum itu, pesawat yang membawa Perdana Menteri mendarat di LTAS selepas berlepas dari Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang pada jam 2.30 petang.

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/6720/BERITA/Nasional/Sultan-Johor-tumpangkan-Tun-M-naik-Proton-Saga-ke-LTAS

ADAKAH NAMA ANDA TERCATAT (TERUKIR) DALAM PENDAFTARAN MILIK ALLAH?

Bestnya tazkirah ini... malu rasanya bila baca.

ADAKAH NAMA ANDA TERCATAT (TERUKIR) DALAM PENDAFTARAN MILIK ALLAH?

Kisah seorang persara (bukan group ini) bermusykil seorang Ustaz:

"Ustaz. Mengapa saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-gini juga? Terus hambar, tak tentu arah dan tak ada nikmatnya. Bosan saya Ustaz! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah sangat utk mendapatkannya?"

Ustaz pun menjawab: "Ooooh... Mungkin dimasa ini Allah juga sedang bosan dengan tuan."

"Allah bosan dengan saya? Maksudnya bagaimana Ustaz?"

Ustaz menjelaskan: "Mungkin Allah telah letih mencari tuan, namun tuan tak pernah ditemui dimana-mana.

- Dicari diantara kumpulan solat Dhuha tak ada.

- Dicari diantara kumpulan solat Tahajjud tak ada.

- Dicari diantara kumpulan puasa sunnah juga tak ada.

- Dicari diantara kumpulan yg sering bersedekah, juga tak bertemu.

- Dicari diantara kumpulan Tadarrus Al-Qur'an, tuan juga tak ada disana.

- Dicari diantara kumpulan orang orang melakukan ibadah Umrah, namun niat tuan pun belum ada.

- Dicari diantara orang2 yang khusyuk solatnya, tak ada.

- Dicari dimajlis Maulidur Rasul dan majlis Selawat tak ada.

- Dicari diantara yang menuntut ilmu agama pun tak ada. 

Allah SWT nak mencari tuan dimana?

Cuba tuan beritahu?

Maka menangislah si persara sambil mengusap air matanya lalu beristighfar berulang kali.

Segeralah kembali kepada Allah. Dekatkan dirimu pada Allah. Hanya Allah SWT sahaja ZAT yang boleh menenteramkan hidup kita. 

PASTIKAN NAMA KITA  SENTIASA TERTULIS DALAM DAFTAR YANG DISEBUT.

Selamat berjuang saudaraku.
In shaa Allah... Allah akan kurniakan rahmat bagimu.

PENAWAR DALAM ISLAM:

✿ Sering sakit = berpuasa sunnah Rasulullah Isnin dan Khamis.
✿ Wajah gelap = solat Tahajjud.
✿  Hati yang sempit = perbanyakkan baca Al-Qur'an.
✿ Tidak bahagia = solatlah tepat pada waktunya.
✿ Cepat marah = berwudhuk dan perbanyakkan istighfar.
✿ Gelisah = perbanyakan berdoa.
✿ Tertekan = perbanyakan berzikir "Lahaula walaquwwata illa billah".
✿ Rezeki kurang barakah = sering berdoa untuk orang tuamu.
✿ Hidup miskin= perbanyakan bersedekah jariah.

Kongsikan pesanan ini pada sahabat yang lain agar bermanfaat.

  Peringatan buat diri sendiri juga.

-
Wallahu a'lam...

#whatsappgroup

Jutaan serangga hitam di Kota Mekah, ini jawapan dari pihak kerajaan di sana

Jutaan serangga hitam di Kota Mekah, ini jawapan dari pihak kerajaan di sana

Ketika ini, dapat dilihat adanya jutaan serangga berwarna hitam hadir di kota mekah, apa sebenarnya yang berlaku?

Tersebar luas berita tentang serangga dengan bentuk seperti lipas atau cengkerik yang bertebaran disekitar Kota Mekah dan Madinah.

Ada banyak video dan foto yang di kongsi oleh warga Mekah yang memeprlihatkan serangga berkenaan.

Serangga berkenaan mula memenuhi kota mekah dan beberapa bandar di negara Saudi.

Ada netizen yang bertanya apakah petanda yang sebenarnya dengan kehadiran serangga ini?

Susulan kes ini menjadi buah mulut, akhirnya satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan tentang perkara ini.

Ini kenyataan rasmi dari Majlis Perbandaran Tanah suci Mekah

“Berhubung dengan isu semasa yang sedang tular buat masa ini, berkaitan dengan video yang sedang hangat diperbahaskan di media-media sosial.

“Iaitu Video Yang merakamkan ribuan serangga memenuhi beberapa kawasan di sekitar kota mekah assyarif.

“Majlis Perbandaran Kota suci Mekah telah membuat siasatan dan hasil dari siasatan itu menjelaskan:

“Bahawa serangga itu adalah sejenis serangga yang bernama (janadibu sauda) atau (al jaddejad). Atau dikenali juga sebagai lipas malam(cengkerik). Ia terbang sekawan dari tempat lain ke tempat lain.

“Walau bagaimana pun pasukan keselamatan yang dikhususkan dari unit kawalan serangga telah dihantar bagi menyelesaikan masaalah ini.

“Sebanyak 22 kumpulan yang terdiri dari 138 orang pekerja yang disertakan bersama mereka sebanyak 111 pest controls atau alat pembasmi serangga.

“Dan pembasmian telah dilakukan bermula dari sudut yang mana ia banyak didapati keluar. Iaitu saluran air bawah tanah, Saluran air kumbahan, Laluan terbuka atau tertutup

“Semua ini dilakukan disekitar masjidil haram assyarif khususnya di bahagian yang bernama al qusyasyiyyah.

Perlaksanaan ini dilakukan secepat mungkin untuk membasmi serangga serangga ini agar dapat menjaminkan keamanan dan keselamatan.

Arahan ini dikatakan telah dikeluarkan dari pihak pemerintah umum hal ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Pihak kerajaan dikatakan telah berjaya menyelesaikan masalah ini dengan baik.

Sumber yang sama menyatakan bahawa pasukan bertindak pantas untuk menangani masalah ini, memfokuskan pada longkang hujan dan saluran air terbuka di kawasan itu kerana mereka mungkin sumber serangga.

(Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka. (Al-A’araf : 133)

Semua kejadian yang berlaku adalah dengan izin ALLAH. Semoga segalanya baik-baik sahaja.

Sumber: Denaihati

Wadah Terkini