Cinta Disertasi

Pengorbanan Pesakit Kanser Dalam Telemovie “Cinta Disertasi” Arahan Heykal Hanifah di TV1

Impak kepada telemovie dan drama yang ditayangkan kepada penonton tentunya dengan harapan ia dapat memberi sedikit sebanyak pengajaran dan pembelajaran untuk kita semua sebagai penonton.

Mengangkat plot kisah pengorbanan yang dilakukan oleh seorang wanita pesakit kanser untuk kebahagian suami dan anaknya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan telemovie kekeluargaan menyentuh hati bertajuk “Cinta Disertasi” pada 23 Mac ini, pukul 9.00 malammenerusi TV1.

Mengetengahkan gandingan mantap pelakon Faizah Elai, Faye Kusairi, Amyza Aznan, Zamarul Hisham, Shah Jaszle, Tony Eusoff dan Fauziah Nawi, telemovie arahan Heykal Hanifah kali ini berkaitan tentang seorang wanita pesakit kanser serviks tahap empat berusaha mencari seorang wanita solehah untuk berkahwin dengan suaminya dan menjadi ibu kepada anak-anaknya.

Sinopsis

Ia berkisar dalam rumah tangga seorang pensyarah universiti, Dr.Rosli Ibrahim. Pada suatu hari Dr.Rosli didatangi oleh seorang pelajar sarjana yang bernama Fairuz yang mendaftar sebagai pelajar seliaan beliau.

Fairuz seorang gadis cantik, berbudi bahasa, baik dan pintar. Kebaikan dan kecantikannya menjadi tajuk perbualan dalam kalangan pensyarah universiti itu. Di samping itu, Iwan, seorang pelajar sarjana juga sangat berminat kepada Fairuz, tetapi Fairuz berkawan dengannya sebagai kawan sepengajian sahaja dan tidak lebih daripada itu.

Dalam pada itu, isteri Dr.Rosli yang bernama Fatinah telah disahkan oleh doktor bahawa dia menghidap kanser serviks tahap empat. Fatinah merahsiakan penyakitnya daripada suaminya dan anaknya Maya.

Jika sebelum ini Fatinah sering mengajar anaknya mengaji Al-Quran, tetapi sekarang dia berasa cepat penat dan lemah. Oleh kerana Fairuz seorang lulusan Agama Islam, Dr.Rosli meminta Fairuz megajar Maya mengaji Al-Quran.

Kebaikan dan sikap penyayang yang dipamerkan oleh Fairuz membuatkan Fatinah berusaha agar suaminya berkahwin dengan Fairuz. Dr.Rosli berasa amat pelik apabila isterinya mencadangkan agar dia berkahwin dengan Fairuz.

Pada suatu hari Fatinah pengsan dan penyakit yang dirahsiakannya terbongkar. Dr. Rosli sangat bersedih dan kecewa, tetapi Fatinah telah membuat permintaan terakhir, iaitu sebelum dia meninggal dunia, dia ingin melihat Dr.Rosli menikahi Fairuz.

Demi menghormati permintaan Fatinah dan kasih sayangnya kepada Maya, Fairuz menyatakan persetujuan dan redha untuk berkahwin dengan Dr.Rosli. Persiapan untuk majlis pernikahan Dr.Rosli dan Fairuz mula dilakukan.

Adakah majlis tersebut berjaya dilangsungkan? Bagaimana pula dengan tahap kesihatan Fatinah? Apakah sempat untuknya melihat impiannya menjadikan Fairuz sebagai ibu baharu kepada anak-anaknya tercapai?

Sumber

WORD 131 : KEBESARAN SANG PENCIPTA

WORD 131 : KEBESARAN SANG PENCIPTA

SubhanAllah... Cantik petikan ini.
 Kebesaran Sang Pencipta

          Wahai anak adam..
   Aku jadikan engkau dalam
  perut ibu mu ,, dan aku tutup 
    wajahmu dengan penutup   
         supaya tak lemas/
terhidu engkau dalam rahim. 

           ,Dan Aku jadikan
    engkau tenang dilindungi   
       disebalik rahim ibumu.
   Aku cukupkan bagi engkau
               makanan mu. 

            Dan Aku jadikan
 di samping kanan dan kirimu
             tempat berpaut. 
    Di kananmu hati. { liver }
     dan di kirimu hempedu
           { spleen } ibumu.

                 Setelah itu,
         Aku ajarkan engkau
       untuk tetap dan duduk
      di dalam badan ibu mu.
            Adakah yang lain
  selain dari Ku yang mampu
menjadikannya sedemikian.??

 Setelah berakhir penciptaan
     mu dan disempurnakan
                kejadian mu, 
     aku arahkan kerajaanKu
              dengan penuh
           kasih dan sayang
     untuk mengeluarkan mu
                  dari rahim,
  maka dikeluarkanlah dirimu. 

         Tiada bagi mu gigi
          untuk mengunyah,
jua tangan, untok menggapai,
      juga kaki untok berdiri 
    Engkau tidak punya apa2. 

           Aku jadikan susu
     yang lengkap lagi bersih
            dari dada ibuMu,
  yang sejuk di musim panas
   dan panas di musim sejuk. 

      Dan Aku letakkan cinta
    dan kasih kepada engkau
 dalam diri kedua org tua mu.
     Tidak meniarap engkau
           sebelum mampu,
        tidak duduk. engkau    
           sebelum mampu,
    tidak merangkak engkau
           sebelum mampu,
         tidak berdiri engkau
            sebelum mampu. 

    Apabila engkau telah kuat
      untuk berjalan sekarang,
           engkau bermaksiat
 sa'at engkau berseorangan.!!
         Dan engkau langsung
            tidak malu padaKu. 

 Maka Aku tetap peringatkan:
          Jika engkau berdoa, 
              Aku makbulkan.
        Jika engkau meminta,
                 Aku berikan.
       Jika engkau bertaubat,
 Aku bawa engkau kepadaKu

Sungguh ajaib, engkau wahai anak adam .. Ketika dilahirkan kau di Azankan, dan di Iqamat kan tanpa di sertai solat.. Dan bila kau mati engkau disolat kan tanpa didahulukan azan.

Sungguh ajaib bagi mu wahai
                Anak adam..
Ketika lahir tidak kau ketahui
siapa yang mengeluarkan mu
          dari tubuh ibumu,
        dan ketika kau mati
   tidak juga engkau ketahui
    siapa yang memasukkan
        engkau ke kubur mu.

    Sungguh ajaib perihalmu 
                 Anak adam..
         Ketika kau dilahirkan
    ada yang menggosok dan
           membersihkan mu,
      dan setelah engkau mati
    ada juga yang menggosok
       dan membersihkan mu.

    Sungguh ajaib perihalmu
               Anak adam..
   Ketika lahir tidak kau tahu 
    siapa yang gembira dan
tersenyum atas kelahiranmu, 
         dan setelah ajalmu
     masih engkau tidak tahu
        siapa yang menangisi
     dan bersedih ke Atas mu.

    Ajaib sungguh perihalmu
                Anak adam..
Ketika engkau di perut ibumu 
         Aku jadikan engkau, 
 di dalam tempat yang sempit 
  lagi gelap, dan apabila mati 
  dijadikan bagi engkau kubur 
       yang sempit lagi gelap.

     Ajaib sungguh perihalmu 
                 Anak adam..
 Lahirmu terus engkau dibalut
          dengan kain putih 
         untuk menutupi mu, 
        mati mu juga engkau
dikafankan dengan kain putih 
         untuk menutupi mu. 

    Ajaib sungguh perihalmu 
                 Anak adam ..
        Apabila engkau lahir
        ditanyakan manusia    
                   mengenai 
     syahadah dan perihalmu.

     Dan setelah engkau mati 
  engkau ditanyakan malaikat 
               tentang amal2 
 engkau yang sholeh dan apa 
      bekalmu untuk akhirat?

 Paksakan untuk sebut di hati 
       Dua kalimah Syahadah.
  Asyhaduan Laailahaillallah
     Waasyhaduanna Muhammadar Rasulullah.

Bacakan Juga Surah Al Ikhlas
                  Bismillah...
      Qul hu'wallah hu' Ahad. 
           Allah hu'ssomad. 
     Lam yalid wa lam yuulad.
   Wa lam yaqullahu kufuwan
                      Ahad

Engkau sebarkan maka setiap orang yg membacanya sperti membaca sepertiga Al-Quran.ُ

 آمين يا الله * آمين يا رحمن * آمين يا رحيم..
               أَمِيْن يَا  رَبَّ العَالَمِينْ.
                                      َ
ِ       ஜ¤═══¤ ۩۞۩ ¤═══¤ஜ
 ٍِSemoga kita dapat menyebar 
       luaskan kata kata yang 
              bermanfaat ini.
   Agar ia akan jadi ilmu Amal
        Jariaah Bagi jawapan 
       Di hadapan Allah Nanti..ْ

Sumber : WhatsApp

KREDIT : CAHAYA HIDUPKU

SINOPSIS SIAPA CURI PISAU TOK MUDIM

SINOPSIS SIAPA CURI PISAU TOK MUDIM


Mengisahkan gelagat anak-anak di sebuah kampung, memberi pelbagai helah untuk mengelakkan dari bersunat.


Telefilem komedi Siapa Curi Pisau Tok Mudim disiarkan pada Jumaat pukul 9:30 malam di TV2.

Lakonan Zaidi Omar, Awal Haziq, Nadzmi Adhwa, Roy Azman, Aleza Shadan, Bocil Saywho, Nur Hasmira Azmi, Muaz Aydil, Hilmy Ashley, Siti Ruwiyani dan ramai lagi.

Tak Rela

Tak Rela - D'Layu

Tak rela melepas kau pergi

Berat rasanya aku tuk berpisah

Namun tak bisa ku tahan dirimu

Tuk selalu tetap bersamaku

Di kala sunyi ku termenung

Memikirkanmu yang telah pergi dariku

Namun ku ingat semua janji janjimu

Padaku tuk selalu setia

Angin malam sampaikan padanya

Ku disini bernyanyi untuknya

Ku tulis lagu nada sederhana

Ku ungkapkan kerinduanku

Di kala sunyi ku termenung

Memikirkanmu yang telah pergi dariku

Namun ku ingat semua janji janjimu

Padaku tuk selalu setia

Angin malam sampaikan padanya

Ku disini bernyanyi untuknya

Ku tulis lagu nada sederhana

Ku ungkapkan kerinduanku

Hati ini yang selalu bertanya

Sedang apa kiranya disana

Telah lama aku menunggu

Kapankah kita kan bertemu

Kau yang jauh di sebrang

Sanggupkah engkau menjaga rasa cintamu

Seperti diriku disini

Selalu setia dengan satu cinta

Angin malam sampaikan padanya

Ku disini bernyanyi untuknya

Ku tulis lagu nada sederhana

Ku ungkapkan kerinduanku

Hati ini yang selalu bertanya

Sedang apa kiranya disana

Telah lama aku menunggu

Kapankah kita kan bertemu

Kau yang jauh di sebrang

Sanggupkah engkau menjaga rasa cintamu

Seperti diriku disini

Selalu setia dengan satu cinta 

https://youtu.be/Zy7YxBrh4Xc

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

#facebook

Golongan Yang Suka Tidur Lewat Bangun Awal Cepat Mati.

Golongan Yang Suka Tidur Lewat Bangun Awal Cepat Mati.

Golongan yang kerap berjaga sehingga lewat malam dan bangun tidur awal berisiko meninggal dunia lebih awal berbanding mereka yang tidur awal dan bangun awal, kata penyelidik.

Tinjauan ke atas lebih 430,000 orang di Britain mendapati mereka yang tidur lewat berisiko 10 peratus meninggal dunia dalam masa 6.5 tahun tempoh kajian berbanding golongan yang tidur lebih awal.

“Ini adalah isu kesihatan umum yang tidak boleh dipandang ringan,” kata penulis kajian, Malcolm van Schantz dari Universiti Surrey.

Katanya, golongan seperti itu sepatutnya dibenarkan memulakan dan menyelesaikan kerja mereka lebih lewat.

“Mereka yang menahan tidur sehingga awal pagi berisiko menghadapi masalah kesihatan,” kata seorang lagi penulis, Kristen Knutson di Universiti Northwestern di Chicago. Kedua-duanya mengumpulkan maklumat hampir setengah juta individu berusia 38 hingga 73 tahun daripada pangkalan data awam.

Peserta menggambarkan diri mereka sebagai sama ada ‘suka bangun pagi’ dengan 27 peratus dan ‘bangun pagi berbanding bangun waktu petang’, 35 peratus serta ‘suka bangun petang berbanding pagi’, 28 peratus mereka yang ‘memang suka bangun petang’ membabitkan sembilan peratus.

Gangguan psikologi

Mereka juga menyenaraikan berat badan, tabiat merokok dan status sosioekonomi. Kematian dalam kumpulan itu, 10,500 secara keseluruhan, didokumenkan untuk enam setengah tahun.

Kumpulan yang tidur lewat malam didapati berisiko 10 peratus meninggal dunia lebih awal berbanding mereka yang suka bangun awal pagi. Sementara golongan yang berjaga malam mungkin mengalami gangguan psikologi, diabetes dan masalah perut serta pernafasan. Mereka cuma tidur beberapa jam pada waktu malam.

“Ia boleh menjadi tekanan psikologi, makan pada masa tidak betul untuk tubuh, tidak bersenam dengan cukup, tidur tidak mencukupi, terjaga malam, mungkin mengambil dadah dan alkohol,” menurut kajian.

7 CARA MENGATASI SUSAH TIDUR MALAM

1. Tidur Dengan Lampu Terpasang?

Meskipun anda rasa dapat tidur dengan lena, tapi sebenarnya tidak! Apabila lampu terpasang, badan anda secara automatik akan berjaga sepanjang malam. Sebab itu badan tidak dapat cukup rehat yang diperlukan.

Cuba belajar tidur dalam suasana yang kurang terang. Lagi gelap lagi bagus. Bagaimana cara mengatasi? Tutuplah lampu. Relaks, jangan takut hantu!

2. Berfikir Sebelum Tidur

Apabila anda banyak berfikir sebelum tidur, tanpa anda sedari anda akan mengingatinya meskipun dalam separa sedar. Pastikan fikiran anda betul-betul freedaripada memikirkan pelbagai perkara sebaik berbaring atas katil.

Bagaimana cara mengatasi?: Lupakan semua perkara remeh-temeh seperti hal pejabat dan pasangan merajuk.

3. Tidur Dalam Keadaan Panas?

Kalau boleh, jangan masuk tidur dalam keadaan bilik yang masih berbahang dan panas. Jangan kedekut buka penghawa dingin kerana takut bil yang tinggi.

Memang sedap tidur malam lagi-lagi selepas hujan. Lebih-lebih lagi yang on air-cond. Sejuk sahaja bilik. Jika di negara sejuk, sebelum tidur, pastikan anda memakai stokin kerana ia kehangatan membantu pengaliran darah dalam badan ketika tidur.

Cuma di negara kita, jangan mengada-ngada pakai stokin pula. Memang akan bahang satu badan!

Bagaimana cara mengatasi?: Buka kipas siling, tetapi jangan sampai nombor 5. Kalau kipas berdiri, jangan tala ke muka dan badan semata-mata. Pusingkan, biar dia rotate. Kalau buka air-cond, jangan sampai terlalu sejuk sampai suhu 16 darjah Celcius.

4. Minum Kopi/teh Sebelum Tidur?

Kafein dalam kopi dan teh merangsang otak menjadikan anda sukar tidur. Amalkan minum susu panas sebelum tidur kerana ia dapat memudahkan anda tidur.

Bagaimana cara mengatasi?: Seperti yang diberitahu, amalkan minum susu panas. Bukan susu sejat, tetapi susu rendah lemak.

5. Leka Dengan Gajet?

Apabila anda terlalu fokus dengan gajet di atas katil, tanpa disedari anda telah terlajak masa tidur yang sepatutnya. Pastikan anda sudah checkFacebook, Whatsaap dan sebagainya sebelum masuk bilik. Letak jauh daripada katil anda agar tidak mengganggu waktu tidur.

Bagaimana cara mengatasi? Letak telefon jauh-jauh dari bantal

6. Minum Air Yang Banyak?

Waktu siang memang digalakkan minum banyak air untuk mengatasi rasa hidrat dalam badan akibat perpeluhan. Tapi, waktu malam anda, digalakkan untuk minum sedikit air. Jika terlalu banyak minum air, tidur asyik terganggu sebab kerap pergi ke bilik air.

Bagaimana cara mengatasi? Minum sedikit air masak dan kencing dahulu sebelum tidur. Cuci kaki dan lebih afdal lagi, ambil wuduk.

7. Suka Tidur Petang?

Islam pun tidak menggalakkan kita tidur selepas Asar kerana tidak elok untuk kesihatan. Apabila tidur petang, badan kita akan cergas pada waktu malam dan sukar untuk tidur awal.

Bagaimana cara mengatasi? Jangan tidur petang!

Tidak terlambat untuk anda ubah diri. Malam adalah waktu untuk anda rehat. Menikmati tidur yang berkualiti menjadikan anda lebih segar dan dapat meningkatkan taraf kesihatan badan.

Sumber: https://siraplimau.com

Sumber

Adab Makan Menurut Islam / Rasulullah SA

Adab Makan Menurut Islam / Rasulullah SA

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalam telah menunjukkan adab makan yang  boleh diikuti dan diteladani kerana kita diwajibkan menjaga kesihatan tubuh badan agar sentiasa sihat sebab ia adalah amanah daripada ALLAH SWT…

Membersihkan Tangan

.

Mulakan Dengan Membaca Bismillah

Dari ‘Aisyah r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah ( ‘Bismillah’ ). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah ‘Bismillahi awwaluhu wa akhirahu’ ” (HR Abu Dawud dan atTirmidzi.)

Doa Setelah Selesai Makan

.

Makan Dan Minum Perlulah Dalam Keadaan Duduk Tidak Berdiri,

Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan keadaan duduk dengan menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat mengawal kuantiti makanan disamping mengatasi kembung, sembelit dan senak perut,

.

Makan Berjamaah

Sunat makan secara berjamaah kerana banyak keberkatan yang terkandung didalamnya.  “Berjamaahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandungi berkat bagimu.” (Hadits Shahih).

Berkenaan dengan seseorang yang datang kepada Rasulullah SAW dan ia berkata: “Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.” Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!” Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”

Gunakan Shahfah/Qash’ah

Makan berjamaah di atas hamparan dengan dengan menggunakan Shahfah/Qash’ah (talam/dulang) merupakan salah satu sunnah Nabi yang harus diikuti, tidaklah makan diatas meja makan dan tidak pula menggunakan Sukurrajah.
Ibnu Hajar berkata: “Sukurrajah itu tidak digunakan kerana mereka (Rasulullah dan para sahabat) tidak pernah menggunakannya, kebiasaannya mereka makan bersama-sama (dengan Shahfah) atau makan dengan menggunakan sukurrajah itu menjadikan mereka tidak merasa kenyang.” (Al-Fath 9/532).

Gunakan Tangan Kanan (Tangan Kiri Dilarang)

Nabi SAW juga mengajar untuk kita makan dan minum menggunakan tangan kanan. Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)

Dari Salamah bin al-Akwa’ r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah SAW Maka Baginda SAW berkata: “Makanlah dengan tangan kananmu”. Lelaki itu berkata: “Aku tak boleh”. Baginda menjawab, “Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak!! Kemudian tidak dapat diangkat tangannya ke mulut.” (HR Muslim)

.

Galakan Guna Tiga Jari.

Dari Ka’ab bin Malik r.a., “Aku melihat Rasulullah SAW makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)” (HR Muslim)

Menjamah Secubit Garam

Nabi Muhammad SAW juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.

Mula Makan Dari Tepi (Pinggir)

Dari Ibn Abbas r.a., Nabi SAW bersabda: “Keberkatan terdapat di tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan dari tengah” (HR Abu Dawud dan Tirmidzi)

Makan Yang Berhampiran.

Makanlah makanan yang ada dihadapan anda dan jangan menjangkau makanan yang ada pada hidangan yang lain.

Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah SAW, dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah SAW berkata: “Wahai budak, ucapkan ‘Bismillah’, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu.” (HR Bukhari dan Muslim)

Makanlah Dengan Rendah Diri

Makanlah dengan penuh perasaan tawadduk dan jangan makan dengan gaya yang bangga, sombong dan angkuh.

Makanlah Dengan Berpada-Pada

Jika makanan yanga ada itu sedikit sedang tetamunya terlalu ramai maka janganlah makan sampai terlalu kenyang. Nabi Muhamad SAW melarang makan dengan banyak dan melampau.

Diriwayatkan bahwa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW:

نحن قوم لا نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع

Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.

Galakan Bercakap

Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam kitab al-Ihya mengatakan bahawa termasuk etika makan ialah membicarakan hal-hal yang baik sambil makan, membicarakan kisah orang-orang yang shalih dalam makanan.

Menurut al-Hafidz dan Syaikhul Islam Ibn al-Qayyim rh, pendapat yang benar ialah Nabi SAW bercakap dan berbual semasa makan. Dalam kitabnya alZaad, “Ada kalanya Nabi SAW bertanya apakah menu pada hari ini dan memuji menu tersebut.” (HR Muslim). “Dan ada kala Nabi SAW mengajar adab dan susila makan kepada kaum keluarganya, ada ketika Nabi SAW sentiasa menggalakkan tetamu beliau supaya menambah laukpauk dan minuman.” (HR al-Bukhari).

Ketika makan janganlah terlalu banyak bercakap atau bercakap apabila makanan penuh di dalam mulut. Janganlah juga bercakap mengenai hal-hal yang boleh menimbulkan rasa jijik atau loya.

Larangan Mencela Makanan

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: “Tidak sekali-kali Rasulullah SAW mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan” (HR Bukhari dan Muslim)

Tidak Bersandar Ketika Makan

Dari Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a. berkata: Rasullah SAW bersabda, “Aku tidak makan sambil bersandar”(HR Bukhari)

Kutip Makanan Yang Terjatuh.

Jika ada butiran makanan yang terjatuh maka kutiplah ia semula. Jangan disisakan sebutir nasi / makanan pun yang masih elok, kerana makanan adalah nikmat Allah yang patut dimuliakan dan ia juga turut berzikir pada Allah SWT.

Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah SAW., “Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberakartan” (HR Muslim)

Jilat Jari Setelah Selesai

Setelah selesai makan maka licinkanlah pinggan anda dan jangan biarkannya dengan sisa-sisa makanan setelah itu jilatlah sisa makanan yang masih melekat pada jari-jari. Saintis menemui enzim (bahan percerna makanan yang menghadamkan makanan) banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali gandaterdapat dalam air liur.

Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain)” (HR Bukhari dan Muslim)

“Dan janganlah ia mengelap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih).

Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalam shahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat.” (Fathul Bari 9/578).

Doa Setelah Selesai Makan

Setelah majlis makan itu selesai maka ucapkanlah ‘alhamdulillah’kepada tuhan yang telah memurahkan rezekinya kepada kita

Dari Abi Umamah r.a., “Adalah Rasulullah SAW. apabila selesai makan menyebut, ‘Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira makfiyyin wa la muwaddi’in’. wa la mustaghnan ‘anhu rabbana’ ” (HR Bukhari)

Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin’, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Tirmidzi)

Menghormati Dan Bertolak-Ansur

Bercakap dengan berjamaah yang makan bersama dengan lemah lembut dan hormat. Jika terpaksa meninggalkan majlis makan terlebih awal maka segeralah minta keuzuran kerana hal tersebut. Memaafkan tetamu yang meminta kemaafan daripada tuan rumah.

Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia menyambung ikatan silaturahim. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan tetamunya. dan “Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian hingga ia mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya sendiri.”

Silaturahim sebenarnya lahir daripada penghayatan umat Islam terhadap konsep hablum-minal Allah (hubungan manusia dengan Allah) dan hablum-minannas (hubungan sesama manusia), sebagaimana firman Allah: “Mereka diliputi kehinaan di mana sahaja mereka berada kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia.” (Surah Ali Imraan, ayat 113).

Membersih Mulut Dan Bersugi

Rasulullah SAW menyarankan supaya bersugi (memberus gigi) setiap kali selepas makan untuk menunaikan solat. Rasulullah SAW amat tidak menyukai kepada orang yang tidak bersugi setiap hari.

Membersihkan mulut, lidah dan gigi, sebaik-baiknya menggunakan siwak atau berus beserta ubat gigi yang diyakini halal. Amalan bersugi adalah sunat muakad, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Andainya tidak menyusahkan atas umatku, nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali mendirikan solat.”

Tidur Sebentar (Qailullah)

Rasulullah SAW akan tidur sebentar (Qailullah) dengan kadar masanya antara 10 hingga 30 minit selepas makan tengahari iaitu setelah berzikir beberapa ketika. Jangan terus tidur selepas makan, ia akan menyebabkan sembelit dan tidurlah sebelum masuknya waktu Asar.

Rasulullah SAW bersabda: “Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailullah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zuhur) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail.”    Hadis riwayat Ibnu Abbas.

Sekiranya  tidur tanpa berniat untuk bangun menunaikan solat sunat di tengah malam maka tidaklah mendapat sebarang pahala pada tidur tersebut.

Kesimpulannya adab makan yang dipamerkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalam seharusnya diikuti dan diteladani oleh semua masyarakat demi meraih keberkatan dan kesihatan yang mantap.

والسلام

Sumber

Morinaga Chil-kid 2019 Lucky Star Contest

How to participate?
STEP 1: Purchase TWO (2) tins 900g OR FOUR (4) boxes 700g Morinaga Chil-kid in single receipt within 1st March – 31st March to entitle 1 entry.
Note:- Any participant can send in as many entries as possible during the contest period, however, each participant is only entitled to one (1) winning prize.
STEP 2: Snap a photo of the original receipt, send together with Name, IC number, Purchase date.
Eg: Mori Chan, 901128145018, 01032019 (dd/mm/yy format), and send to 017-383 3628 via WhatsApp.
How to win?
  1. After the closing date, all valid entries will be delivered to Oriental Daily News, who will then independently conduct the fair lucky draw to determine the winners.
  2. The independent lucky draw conducted by Oriental Daily News shall also be witnessed by representatives from Sun Media Corporation Sdn Bhd.
Terms and Conditions:-
  1. Morinaga Chil-kid 2019 Lucky Star Contest (‘Contest”) will run from 1st March-31st March (“Contest Period”). All communication regarding the Contest shall be posted by the Organiser on our official Facebook MorinagaMilkMalaysia.
  2. This contest is open to all residents of Malaysia above 18 years of age (as at 1st March 2019). This contest is not available to the employees and immediate family members of the Organiser, including its affiliated and/or related companies, distributors, advertising and promotion agencies.
  3. By participating in this contest, participant’s consent is deemed to have given unconditionally to the Organiser to publish, and to use his/her name and/or photographs for publicity, advertising and any other marketing purposes.
  4. Within seven (7) days after the announcement of winners, all winners are required to provide valid delivery address via WhatsApp 017-383 3628 in order to receive their prizes. Alternatively, winners may also collect their prizes from the Organizer office @ OZ Marketing Sdn. Bhd. Wisma OZ No. 11-3, Jalan Kuchai Maju 5, Kuchai Entreprenuer’s Park, Jalan Kuchai Lama, 58200 Kuala Lumpur.

Ranking Alexa 20 Mac 2019

Ranking Alexa 20 Mac 2019

Global Ranking : 2,472,414
Rank in Malaysia : 23,710

Sumber : Alexa

SEGMEN | 24 Jam Bloglist #32 Mialiana.com (21Mac2019)


Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2019 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 20 Mac 2019, iaitu tepat jam 8.30 pagi sehingga hari esok, 8.30 pagi 21 Mac 2019. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #32 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2019.

** jom support Mia Liana....


SINOPSIS PENUNGGU SIMPANG

SINOPSIS PENUNGGU SIMPANG


Tahun 1990, simpang jalan disebuah kampung bernama Kampung Simpang-Simpang dikatakan berhantu. Munculnya penunggu yang digelar Penunggu Simpang yang dikatakan menyerupai seorang wanita cantik.


Akan disiarkan pada Sabtu, 23 Mac Jam 9.30 Malam di TV3.

Lakonan Aiman Tino, Kazar Saisi, Zaidi Omar, Zee Zainal, Faiz Tapaw, Khaty Azian, Nafiez Zaidi, Ropie, Jaja Iliyes dan ramai lagi.

Drama Mama Papa Ekspres

Drama Mama Papa Ekspres akan datang di slot Iris TV3. Drama 20 episod ini diarahkan oleh pengarah Emi Suffian dan merupakan terbitan syarikat produksi OrangeTree Production Sdn Bhd. Bersiaran pada hari Isnin hingga Khamis jam 6:30 petang.

Lakonan Julia Farhana, Azrel Ismail, Danish Hazriq, Sharifah Shahora, Hamdan Senario, Muntazar Ghufran, Ain Sufia dan ramai lagi.

Boyfriend Aku Dari...


Sinopsis Boyfriend Aku Dari...

Risya kecewa setelah beberapa kali cuba untuk bercinta, kesemua lelaki yang dikenalinya tidak menepati apa yang dimahukan Risya. Akhirnya kawan Risya memperkenalkan Risya kepada seorang lelaki nerd bernama Andy.
Setelah bercinta, Risya mendapati Andy sebenarnya seorang Boyfriend dari...


Lakonan Uqasha Senrose, Kamal Adli, Natasha Elyzza, Sharifah Shahora, Azhar Amir, Dottie,  Nadia Syahera, Alif Muhaimin, Ikhram Juhari dan ramai lagi.

Telefilem Boyfriend Aku Dari telah disiarkan pada hari Sabtu, 16 Mac 2019, 9.00 malam di Astro Citra & Citra HD

6 KHASIAT KUNYIT UNTUK KULIT

6 KHASIAT KUNYIT UNTUK KULIT
1.Membasmi sel kulit mati 
Kehadiran sel kulit ma ti di permukaan kulit akan membuat kulit tampil kusam serta tidak bermaya. Terdapat pelbagai cara untuk menyingkirkan sel-sel kulit ma ti ini agar ia memberi ruang untuk penumbuhan sel-sel yang baru.
Dengan menggunakan kunyit untuk proses eksfoliasi ia terbukti amat berkesan kerana tekstur dan kandungan kunyit dapat membantu dalam pengelupasan sel kulit ma ti. Ianya lembut dan menepati setiap jenis kulit tanpa menyebabkan iritasi. Tahukah anda, skrub yang mengandungi kunyit merupakan pilihan yang tepat untuk menghuraikan masalah sel kulit ma ti yang bertompok!
2. Menghilangkan jerawat
Dalam cuaca yang tidak menentu ada kalanya kulit juga tidak dapat bernafas dengan baik. Bagi kulit yang sensitif dan mudah terdedah pada jerawat, anda bolehlah mencuba cara ini. Kunyit boleh menyingkirkan jerawat kerana ia mengandungi sejenis bahan yang digelar curcumin yang mengeluarkan warna kuning dan memiliki sifar antiseptik dan antibakteria.
Kedua-dua sifat ini dikatakan dapat menghapuskan bakteria dan kuman yang merupakan antara punca jerawat. Bertindak dengan hebat, curcumin juga dapat mengelakkan tumbuhan jerawat yang baru hendak berjinak-jinak di permukaan kulit.
3. Melembutkan kulit tumit
Tiada siapa yang inginkan kulit merekah di bawah tumit. Terutama wanita yang prihatin dengan penampilan dan sentiasa ingin tampil cantik dari hujung rambut ke hujung kaki. Bagi ramai kehadiran kulit kering dan merekah di bawah tumit merupakan satu masalah dan jika ia tidak ditangani, keadaan akan bertambah buruk.
Percaya atau tidak, kulit yang berkerak, kering dan keras boleh kembali lembut dengan menggunakan kunyit. Caranya, campurkan serbuk kunyit dengan minyak kelapa dan sapukan pada kulit yang merekah pada tumit kaki. Sapu rata agar ia dapat meresap pada kulit yang kasar. Biarkan ia serap anggaran 10-15 minit dan bilas dengan air, cuci bersih. Lakukan rejim ini seberapa kerap untuk dapatkan hasil yang mujarab!
4. Atasi kulit berminyak
Habuk dan kotoran mudah hinggap dan terperangkap pada kulit yang berminyak. Ia akan menjemput bakteria untuk membiak dan lahirlah jerawat. Oleh itu, penting untuk mencuci dan membersihkan kulit dengan kerap. Tak boleh malas dan ambil lewa dengan setakat mencuci menggunakan air saja kerana ia tidak berkesan.
Sebaliknya, campurkan dengan kunyit jika inginkan proses mencuci muka menjadi lebih efektif. Kunyit mengandungi minyak mudah meruap (volatile) yang berfungsi sebagai antiradang dan mampu mencegah jerawat yang tidak diingini selain mengawal lebihan pengeluaran minyak dan sebum pori-pori kulit wajah.
5. Cegah pigmentasi
Diperkaya dengan bahan antioksida yang penting untuk kembalikan kulit yang normal. Kesan antiradang dan antipseptik yang hadir dalam kunyit ternyata dapat menghuraikan masalah pigmentasi dan sekaligus menyejukkan kulit yang sering terdedah pada pancaran matahari yang merbahaya.
6. Hapuskan kedutan
Ramai yang tidak inginkan kulit kedut sebelum tiba masanya! Untuk mengekalkan keanjalan dan seri pada wajah sememangnya tidak sukar. Kehadiran antioksidan dalam kunyit dapat memelihara kecantikan kulit wajah. Malah, kandungan nutrisi dalam kunyit juga didapati dapat melewatkan proses penuaan kulit dan menghapuskan kedutan selain merangsangkan kelembutan.
Caranya dengan membuat masker wajah dengan mencampurkan kunyit parut bersama parutan timun. Praktikan rejim ini sekali setiap dua minggu dan lihatlah keberkesanannya!
Sumber: BERITAmediacorp

PM New Zealand Mulakan Ucapannya Di Parlimen Dengan Ucapan “Assalamualaikum”

PM New Zealand Mulakan Ucapannya Di Parlimen Dengan Ucapan “Assalamualaikum”

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern memulakan perbahasannya di parlimen dengan ucapan yang cukup bermakna.

“Tuan Pengerusi Majlis, Assalamualaikum, sejahtera ke atas kamu dan sejahtera ke atas kita semua.”

Beliau kemudiannya menyambung bicaranya tentang insiden berdarah di dua buah masjid Chrischurch sebelum bersumpah untuk tidak pernah menyebut nama lelaki bersenjata dalam serangan berkenaan.

“Dia telah mencetuskan banyak perkara disebabkan tindakan ganasnya tapi ini (inisiden tembakan di masjid) yang paling teruk (sering diperkatakan) – itulah sebabnya anda semua tidak akan pernah dengar saya menyebut namanya lagi”

Insiden tembakan Jumaat lalu di dua masjid menyebabkan 50 orang terkorban dan berpuluh-puluh cedera.

Pengganas yang merupakan seorang yang mempunyai pandangan ekstrem melampau telah didakwa atas tuduhan membunuh.

Twitter CNN turut melaporkan perkara berkenaan. Menurut CNN, Jacinda berkata di dalam parlimen,

Sumber: Twitter CNN

“Saya mohon kepada anda, sebutlah nama mereka yang sudah terkorban lebih daripada dia (pengganas) yang menyebabkan kehilangan (pembunuhan) mereka.”

“Dia seorang pengganas, penjenayah dan pelampau (ekstremis), saya akan gelarkannya ‘nameless’ (tidak bernama)”

Sumber : BBC.com RuptlyCNN

Sumber

Do you know

Peroleh 7A dalam SPM sedangkan result trial teruk. Pelajar ini buka rahsia siapa dorong dia study.

Peroleh 7A dalam SPM sedangkan result trial teruk. Pelajar ini buka rahsia siapa dorong dia study.

Kisah saya dan SPM

Ketika saya masih 17 tahun, saya merasakan SPM ialah segala-galanya. Penentu hidupku di masa hadapan. Yang akan membahagiakan bila berjaya dan akan menderitakan bila gagal. Masa terus berjalan dan saya pun melalui SPM dengan aman.

Akhirnya, saya pun dapat result SPM saya.

ADVERTISING

Saya bukanlah seorang yang bijak sangat dalam akademik. Buktinya SPM saya tidak dapat straight A pun. Sejujurnya, saya nak sangat dapat straight A. Bohonglah kalau saya kata saya tak ingin pun kan? Ketika saya form 3, saya amat yakin untuk dapat straight A SPM, tapi ianya kekal sebagai mimpi dan cita-cita.

Mengapa saya amat yakin?

Ketika darjah 6, saya dapat 6A dalam UPSR (Dulu ambil Bahasa Arab additional subject). Ketika itu saya dapat semangat yang tinggi bahawa saya seorang yang hebat dan boleh jadi pelajar yang cemerlang sampai bila-bila. Saya teruskan momentum ketika menyambung alam persekolahan di sekolah menengah.

Ibu ayah saya hantar saya masuk sekolah Tahfiz di Kelantan Darul Naim, di mana saya kena fokus belajar 3 elemen. Akademik, dinniah dan hafaz Quran.

Dipendekkan cerita: Ketika ambil exam PMRU (Dinniah) dan PMR, saya dapat best student. Ketika itu saya rasa saya sangat hebat kerana dapat adapt diri dengan pressure akademik, dinniah dan tahfiz. Saya bagaikan rasa dah di top of the world dah.

Dan saya expect untuk dapat kecemerlangan yang sama dalam peperiksaan SPM dengan keyakinan yang tinggi, dan untuk dipendekkan cerita lagi, ternyata saya silap.

Jom tengok result saya:

Result saya dalam trial SBP 2013. 3A dan 1A-, serta 1D dan 1G. Nampak macam gempak kan ada 3A tu tapi hakikatnya 1A tu subjek Pendidikan Jasmani (Mana ada PJK masuk SPM mak oi!). Balik rumah cerita kat mak dapat 3A solid, tapi rupanya satu tu PJK je. Haha. (Sorry kalau Ummi tengah baca penulisan Aiman ni.)

Result trial saya ada 1 gagal je kan? Apa lagi, result Add Math lah (how bout you?) Dan exam hujung tahun (sebelum trial SBP), saya ada 4 GAGAL kot (Ataupun lebih). Tak perlu tanya subjek apa lah kan, tapi mesti korang dah tau: Fizik, Kimia, Bio dan Add Math. Dan subjek Add Math sahaja yang kekal fail bermula awal form 4 sampai lah trial SPM.

Ketika ini saya merasakan bahawa sayalah pelajar paling bodoh.

Ye lah, ketika exam hujung tahun dapat banyak subjek gagal. 4 GAGAL. Tapi saya usaha juga study. Lepas itu, study sungguh-sungguh untuk trial SPM, dapat 3A SAHAJA dan ada fail lagi. Walaupun saya dah study sungguh-sungguh, masih juga tak dapat straight A. Dan saya rasa sangat kecewa dengan diri saya sendiri. Saya bukan sahaja kecewakan diri, tetapi juga kecewakan mak ayah, cikgu-cikgu dan warga sekolah juga.

Ketika itu saya takut, tiada Universiti yang hendakkan saya. Ketika itu juga saya amat khuatir saya akan tanam anggur (Baca: menganggur). Saya takut saya mereput di rumah saja.

Di saat itu, saya baru sahaja dapatkan result percubaan SPM (Tanpa kira Pendidikan Jasmani. Cis)

2A

1A-

1B+

3B

2C

1D

1G

Ketika itu saya berfikir, “kalau lah result sebelum ni 4 gagal apatah lagi SPM sebenar?

“Kalau result TRIAL SPM pun dah teruk, apatah lagi SPM sebenar. Lagi susah dan payah!”

Lebih baik give up dan jadi pelajar bodoh sepertimana yang aku patut jadi kan? Buat apa usaha last minute, bukannya dapat apa-apa pun. Akan tetap hampeh juga. Buat apa belajar sungguh-sungguh sekarang, adakah aku expect untuk dapat straight A tiba-tiba? Mustahil!

Lalu, aku pun ambik bantal dan tidur seperti biasa.

- Hari ambil result SPM 2013 –

Saya beratur untuk ambil slip SPM. Jantung berdebar-debar yang teramat. Kawan-kawan lain ada yang menangis, ada yang senyum memanjang. Apakah nasib saya nanti?

Setelah lama beratur, tiba giliran saya; Cikgu saya pandang muka saya lama, dan dia hulurkan slip SPM saya disusuli dengan ucapan “Tahniah.”

Tahniah sebab apa? Saya tengok slip saya;

7A daripada 11 subjek. Tiada fail langsung.

Eh, kenapa 7A?

Kenapa banyak sangat?

Saya flashback balik, ketika saya ambil bantal nak tidur, tiba-tiba ada seorang kawan ketuk pintu bilik saya dan ajak study.

“Oi, SPM dah dekat. Jom la study bro!”

Saya mengeluh, “aku bukannya dapat straight A pun, sia-sia je study sekarang. Aku ni bukan budak pandai macam kau. Aku bodoh.”

“Kalau aku yakin kau boleh berjaya. Takkanlah diri kau sendiri tak nampak masa depan dalam diri kau sendiri. Aku yakin kau boleh jadi hebat dan berjaya. Jom study. Aku sanggup ajar kau mana yang kau tak faham. Lagipun kau jangan lupa, Kau tu pelajar hafiz kan dulu, dapat best student untuk PMRU dan PMR. UPSR kau pun power kan? Nampak tak? Kau tu hebat sebenarnya. Kau tak bodoh pun. Kau yang bodohkan diri sendiri. Dan kau yang terlupa bahawa kau pandai. Dah-dah, jom study.”

Di saat aku putus asa dengan diri sendiri, ada lagi orang yang tidak putus asa dengan aku. Tapi.. Aku tak putus asa untuk berputus asa. Aku menambah;

“Ni dah last minute dah. Bukan boleh buat apa-apa pun..Dulu aku usaha awal-awal. Boleh la jadi gitu...”

“Bukan kau atau aku yang menentukan result SPM, tapi Allah lah yang memberikan kejayaan. Allah Maha Pemberi Kejayaan. Jadi, jangan putus asa. Jom usaha sama-sama.”

Dia ambil tangan saya dan tarik saya sampailah study atas meja sama-sama.

Dan kata-kata dia itulah yang menjadi sumber motivasi buat saya untuk dapatkan 7A SPM. Saya rasa nak menangis, dia memang dah best student sekolah waktu itu tapi masih ada rasa untuk tarik saya berjaya bersama dengan dia sekali. Maka bermulalah episod siang dan malam bersama study.

Dan hasil tunjuk ajar dia dan nasihat dia, saya dapat 7A.

Jadi dah nampak kan apa tips kat sini;

Cari kawan yang macam kawan saya tadi. Hehe.

Apa yang perlu dibuat bila dah last minute?

1. Jangan putus asa.

2. Jangan downgrade diri sendiri.

3. Rapat dengan orang yang positif.

Dan 3 perkara paling penting yang perlu dibuat sebagai seorang pelajar:

1. Minta maaf dengan semua cikgu.

2. Minta maaf dengan mak ayah.

3. Minta maaf dengan Allah (Ini paling utama)

Kerana tip terbaik untuk berjaya dunia akhirat ialah keberkatan.

Muhasabah, adakah hidup kita sudah cukup berkat?

Ada cerita sikit yang saya nak tambah;

Kalau nak tahu, kawan saya itu dapat 10A+ dan 1A untuk SPM 2013. (Sikit lagi nak 11A+) Dan sekarang ini dia melanjutkan pelajaran di Jepun dengan jayanya. Subhanallah. Saya doakan sahabat saya itu terus menerus berjaya hasil keberkatan dan kebaikan dia. Amin. Moga Allah kurnia Syurga buatmu sahabat!

Pengajaran yang boleh kita dapat ialah; JANGAN KEDEKUT ILMU dan JANGAN RASA NAK HEBAT SORANG2.

Last but not least, untuk pelajar SPM, kalau ada soalan SPM yang confirm bocor, mohon jangan ambil. Jujurlah kepada diri sendiri dan yakinlah Allah Maha Melihat. Amanahlah dengan kawan-kawan yang menghadapi peperiksaan SPM se-Malaysia. Soalan bocor nak tak nak HARAM untuk kita ambil. Jikalau soalan spot SPM oleh cikgu-cikgu, ok lagi. Soalan ramalan cikgu bagi itu takpe. Cuma jangan ambil bocor. Ini soal keberkatan juga.

Konlusinya ialah;

SPM bukan segalanya tetapi sebagai seorang pelajar SPM, buat masa ini SPM ialah perjuanganmu sebagai seorang Muslim kebanggaan Nabi. Oleh itu, buatlah sungguh-sungguh!

Amalkan ini: DUIT.

D- Doa.

U- Usaha

I- Istiqamah

T- Tawakal.

Moga Allah kurniakan kejayaan dan kurnia Syurga buatmu.

Moga bermanfaat.

Moga Allah redha!

Sumber: Facebook Aiman Banna

Sumber

Wadah Terkini