Mac 19, 2019

PM New Zealand Mulakan Ucapannya Di Parlimen Dengan Ucapan “Assalamualaikum”

PM New Zealand Mulakan Ucapannya Di Parlimen Dengan Ucapan “Assalamualaikum”

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern memulakan perbahasannya di parlimen dengan ucapan yang cukup bermakna.

“Tuan Pengerusi Majlis, Assalamualaikum, sejahtera ke atas kamu dan sejahtera ke atas kita semua.”

Beliau kemudiannya menyambung bicaranya tentang insiden berdarah di dua buah masjid Chrischurch sebelum bersumpah untuk tidak pernah menyebut nama lelaki bersenjata dalam serangan berkenaan.

“Dia telah mencetuskan banyak perkara disebabkan tindakan ganasnya tapi ini (inisiden tembakan di masjid) yang paling teruk (sering diperkatakan) – itulah sebabnya anda semua tidak akan pernah dengar saya menyebut namanya lagi”

Insiden tembakan Jumaat lalu di dua masjid menyebabkan 50 orang terkorban dan berpuluh-puluh cedera.

Pengganas yang merupakan seorang yang mempunyai pandangan ekstrem melampau telah didakwa atas tuduhan membunuh.

Twitter CNN turut melaporkan perkara berkenaan. Menurut CNN, Jacinda berkata di dalam parlimen,

Sumber: Twitter CNN

“Saya mohon kepada anda, sebutlah nama mereka yang sudah terkorban lebih daripada dia (pengganas) yang menyebabkan kehilangan (pembunuhan) mereka.”

“Dia seorang pengganas, penjenayah dan pelampau (ekstremis), saya akan gelarkannya ‘nameless’ (tidak bernama)”

Sumber : BBC.com RuptlyCNN

Sumber

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut