Mac 23, 2019

Cinta Disertasi

Pengorbanan Pesakit Kanser Dalam Telemovie “Cinta Disertasi” Arahan Heykal Hanifah di TV1

Impak kepada telemovie dan drama yang ditayangkan kepada penonton tentunya dengan harapan ia dapat memberi sedikit sebanyak pengajaran dan pembelajaran untuk kita semua sebagai penonton.

Mengangkat plot kisah pengorbanan yang dilakukan oleh seorang wanita pesakit kanser untuk kebahagian suami dan anaknya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan telemovie kekeluargaan menyentuh hati bertajuk “Cinta Disertasi” pada 23 Mac ini, pukul 9.00 malammenerusi TV1.

Mengetengahkan gandingan mantap pelakon Faizah Elai, Faye Kusairi, Amyza Aznan, Zamarul Hisham, Shah Jaszle, Tony Eusoff dan Fauziah Nawi, telemovie arahan Heykal Hanifah kali ini berkaitan tentang seorang wanita pesakit kanser serviks tahap empat berusaha mencari seorang wanita solehah untuk berkahwin dengan suaminya dan menjadi ibu kepada anak-anaknya.

Sinopsis

Ia berkisar dalam rumah tangga seorang pensyarah universiti, Dr.Rosli Ibrahim. Pada suatu hari Dr.Rosli didatangi oleh seorang pelajar sarjana yang bernama Fairuz yang mendaftar sebagai pelajar seliaan beliau.

Fairuz seorang gadis cantik, berbudi bahasa, baik dan pintar. Kebaikan dan kecantikannya menjadi tajuk perbualan dalam kalangan pensyarah universiti itu. Di samping itu, Iwan, seorang pelajar sarjana juga sangat berminat kepada Fairuz, tetapi Fairuz berkawan dengannya sebagai kawan sepengajian sahaja dan tidak lebih daripada itu.

Dalam pada itu, isteri Dr.Rosli yang bernama Fatinah telah disahkan oleh doktor bahawa dia menghidap kanser serviks tahap empat. Fatinah merahsiakan penyakitnya daripada suaminya dan anaknya Maya.

Jika sebelum ini Fatinah sering mengajar anaknya mengaji Al-Quran, tetapi sekarang dia berasa cepat penat dan lemah. Oleh kerana Fairuz seorang lulusan Agama Islam, Dr.Rosli meminta Fairuz megajar Maya mengaji Al-Quran.

Kebaikan dan sikap penyayang yang dipamerkan oleh Fairuz membuatkan Fatinah berusaha agar suaminya berkahwin dengan Fairuz. Dr.Rosli berasa amat pelik apabila isterinya mencadangkan agar dia berkahwin dengan Fairuz.

Pada suatu hari Fatinah pengsan dan penyakit yang dirahsiakannya terbongkar. Dr. Rosli sangat bersedih dan kecewa, tetapi Fatinah telah membuat permintaan terakhir, iaitu sebelum dia meninggal dunia, dia ingin melihat Dr.Rosli menikahi Fairuz.

Demi menghormati permintaan Fatinah dan kasih sayangnya kepada Maya, Fairuz menyatakan persetujuan dan redha untuk berkahwin dengan Dr.Rosli. Persiapan untuk majlis pernikahan Dr.Rosli dan Fairuz mula dilakukan.

Adakah majlis tersebut berjaya dilangsungkan? Bagaimana pula dengan tahap kesihatan Fatinah? Apakah sempat untuknya melihat impiannya menjadikan Fairuz sebagai ibu baharu kepada anak-anaknya tercapai?

Sumber

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut