Mac 27, 2019

Semak Balik Bacaan Kita, Ini Adalah 27 Kesalahan Dalam Membaca Surah Al-Fatihah

Semak Balik Bacaan Kita, Ini Adalah 27 Kesalahan Dalam Membaca Surah Al-Fatihah

Surah al-Fatihah (Bahasa Arab: سُّورَةُ الفَاتِحَة‎) – Pembukaan – surah yang diturunkan di Mekah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.
Bagi menjaga kesempurnaan bacaan al-Fatihah, Wajib menjaga makhraj serta tajwidnya. Begitu juga, wajib mengikut susunan dan berturut-turut iaitu tanpa diselangi antara ayat-ayatnya dengan berhenti yang lama.

27 Kesalahan Dalam Membaca Surah Al-Fatihah
Sila rujuk gambar ini dengan tanda nombor dibawah.

Ini Adalah 27 Kesalahan Dalam Membaca Surah Al-Fatihah

  1. Sebutan huruf ﺏ berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut “Ismillah…
  2. Sabdu pada kalimah ﭐﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana ‘Bismillah’ hendaklah disebut dengan ‘lam tarqiq’ (lam nipis)kerana huruf ﻡ pada kalimah ini adalah berbaris bawah.
  3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi “BismilahiRahmaan…”, yang sepatutnya “BismillahiRRahmaan…”.
  4. Kesalahan dalam membaca surah al-fatihah seterusnya begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi “BismilillahirrahmaaniRahiim”, yang sepatutnya “BismillahirrahmaaniRRahiim
  5. Sebutan huruf ﻱ tidak dipanjangkan. Ia WAJIB dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad ‘Aridh Lissukun.
  6. Huruf ﺡ digantikan dengan huruf ﻩ
  7. Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut “al-hamdulilah”. Sebutan yang betul adalah “Al-hamdulillah…
  8. Sabdu pada huruf ﺏ ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi “Rabil” yang sepatutnya “Rabbil
  9. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
  10. Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi “Iyaka”. Sebutan yang betul adalah “Iyyaka”.
  11. Kesalahan dalam membaca surah al-fatihah seterusnya adalah sebutan huruf ﻉ tidak jelas.
  12. Kesalahan sama seperti nombor 10.
  13. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
  14. Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil ‘isymam’.
  15. Menyebut “Ehdina…”. Sepatutnya “Ihdina…”.
  16. Huruf ﺹ tidak disabdukan.
  17. Huruf ﻁ ditukar menjadi huruf ﺕ
  18. Huruf ﻕ ditukar menjadi huruf ﻙ. Apabila huruf ﻕ berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.
  19. Menukar huruf ﺫ kepada huruf ﺯ. Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.
  20. Huruf ﺃ dulu, baru huruf ﻉ. Ramai yang membunyikan ﺃ , kemudian ﺃ. Ada juga membunyikan ﻉ, kemudian ﺃ. Tak kurang juga ada yang membunyikan ﻉ kemudian ﻉ
  21. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
  22. Huruf ﺭ berbaris bawah disebut “Rel”, sepatutnya disebut “Ril”.
  23. Huruf ﻍ disebut dengan qalqalah.
  24. Huruf ﺽ tidak ditebalkan sebutannya.
  25. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
  26. Huruf ﺽ tidak disabdukan.
  27. Kesalahan dalam membaca surah al-fatihah terakhir adalah apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat.

Teks dan terjemahan Surah Al-Fatihah
Teks dan terjemahan Surah Al-Fatihah

Video cara bacaan Al-Fatihah yang betul oleh Ustaz Don

3 ulasan:

  1. terima kasih di atas perkongsian :)

    BalasPadam
  2. terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat ni. KSarie pun kena check bacaan Al-Fatihah ksarie ni

    BalasPadam

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!