Pages

Mac 28, 2019

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal raih skor 9.6/10 di IMDb

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal raih skor 9.6/10 di IMDb



Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal terus mencipta kejayaan apabila mendapat rating 9.6/10 di IMDb.

KUALA LUMPUR - Filem animasi tempatan, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal terus mencipta kejayaan apabila mendapat rating tinggi di tapak web filem, Pangkalan Data Filem Internet (IMDb) iaitu dengan skor 9.6/10.

Rekod itu sekali gus meletakkan filem terbitan, Les’ Copaque Production itu kini sebagai filem tempatan yang meraih rating paling tertinggi dalam sejarah perfileman Malaysia apabila menundukkan filem Paskal yang sebelum ini cemerlang dengan skor 8.8. 

Filem terbaharu Upin & Ipin itu menerima pujian apabila ramai pengkritik filem kualiti penceritaan bagus dan dialog yang menghiburkan. Filem arahan Ahmad Razuri Roseli, Adam Amiruddin dan Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim itu turut menerima pujian dari segi aksi yang ditonjolkan serta runut bunyinya. 

Filem berkenaan kekal unggul di tangga pertama carta filem Golden Screen Cinemas Sdn. Bhd. (GSC) walaupun sudah seminggu ditayangkan menewaskan filem antarabangsa seperti Captain Marvel dan Dumbo. 

Terdahulu, setakat empat hari tayangan, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal telah berjaya mengutip kutipan pecah panggung iaitu sebanyak RM5.3 juta. 

Selain ditayangkan di Malaysia, Singapura dan Brunei, filem tersebut bakal memasuki panggung wayang di Indonesia pada 9 Mei dan Vietnam pada bulan yang sama. - K! ONLINE

Sumber

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!