RON97 turun 22 sen

Harga runcit petrol RON97 turun 22 sen kepada RM2.41 seliter manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.08 dan RM2.18 seliter mulai tengah malam ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata harga runcit produk petrol itu adalah bagi tempoh 15 hingga 21 Jun ini.

“Penurunan ini adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia menunjukkan trend penurunan susulan penurunan purata harga minyak mentah Brent berbanding minggu sebelumnya.

BHONLINE

Beto Kusyairy dan Azhan Rani Dalam Adaptasi Puisi Ke Telefilem “Sesekali”, Khas Hari Bapa di RTM

Beto Kusyairy dan Azhan Rani Dalam Adaptasi Puisi Ke Telefilem “Sesekali”, Khas Hari Bapa di RTM
Karektor seorang bapa seringkali dikaitkan dengan riak wajah tegas dan sukar menunjukkan rasa sayang kepada si anak. Justeru si anak lebih terarah kepada si ibu yang lahiriahnya penuh kelembutan daripada segala sudut.
Namun bayangkan sekiranya takdir menentukan si ibu pergi terlebih dahulu disambut Illahi. Tanggungjawab si ibu dalam membesarkan dengan kasih sayang bertukar kepada si ayah. Hakikatnya ia bukanlah satu tanggungjawab yang senang untuk digalas oleh seorang bergelar bapa.
Realiti kehidupan ini ditonjolkan pada watak Amrin dibawakan oleh pelakon Beto Kusyairy yang melalui suka duka kepayahan dalam membesarkan anak setelah kematian isterinya. Begitu juga nilai kasih sayang dan keikhlasan hati lelaki bernama Adeng lakonan Azhan Rani terhadap anak angkatnya, Wahyudi.
Kisahnya dihidupkan dalam telefilem arahan Hisyamudin Ahmad, Unit Drama TV RTM bertajuk “Sesekali” menemui penonton pada 14 Jun ini, pukul 9.30 malam di TV2.
Menariknya, Sesekali diadaptasi daripada puisi dengan judul sama karya Siti Zaleha Hashim yang pernah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2006.
Ia mengisahkan tentang pengorbanan seorang bapa Amrin yang membesarkan anak perempuannya berumur enam tahun bernama Kemboja. Amrin memberikan yang terbaik untuk setiap yang apa dilakukan untuk anaknya.
Amrin membesarkan Kemboja seorang diri setelah kematian Melati ketika kelahiran Kemboja. Pasangan ini bertemu jodoh lewat usia, dugaan yang berlaku pada isterinya membuatkan Amrin bertekad untuk memenuhi yang terbaik untuk Kemboja.
Namun ketika Kemboja membesar, Amrin menyembunyikan pekerjaannya sebenarnya dari pengetahuan Kemboja kerana tidak mahu anaknya itu malu. Akhirnya Kemboja mengetahui juga pekerjaan ayahnya sebagai penghibur jalanan bukannya kerja pejabat sepertimana pakaian yang dipakainya.
Amrin menerangkan situasi dirinya kepada Kemboja, anaknya itu perlahan-lahan menerima penjelasan ayahnya. Ketika ikatan dua beranak ini kembali normal, Kemboja dilanggar lari oleh Adeng ketika hendak melarikan diri dari buruan polis.
Pada masa sama Adeng terpaksa meneruskan perjalanan kerana ingin menyerahkan duit rompakan kepada Yeop untuk pembiayaan perubatan mata Wahyudi yang seusia dengan Kemboja.
Kemboja mengalami pendarahan organ dalaman, berjuang untuk hidup namun tewas akhirnya. Amrin tidak dapat menerima kematian anaknya Kemboja. Manakala Adeng tertangkap setelah kepantasan pihak polis memburu Adeng.
Amrin bertekad untuk membalas dendam atas kematian Kemboja, namun langkahnya terhenti apabila sentuhan Wahyudi menghentikan setiap perilaku niatnya. Mampukah sentuhan mengubah hati seseorang, Wahyudi yang mengalami masalah mata, menganggap Amrin bapanya tanpa mengetahui Adeng telah ditangkap. Apakah nasib Wahyudi menerima nasib yang sama seperti Kemboja atas situasi yang berbeza. Ikuti kesudahannya mengisi slot Citra di TV2.
Selain Beto dan Azhan Rani, telefilem ini turut dibintangi oleh Noorkhiriah, Hariry Jalil, Puteri Rafasya, dan Shazman Isaac.
Sumber : RTM

RESEPI : 2 Resepi Kek Mudah Guna Rice Cooker

2 Resepi Kek Mudah Guna ‘Rice Cooker’. Tetap Lazat Dan Gebu!
Tiada alasan lagi bagi anda penggemar kek! Kali ini kita akan ikuti cara buat kek tanpa oven yang ringkas dan mudah. Hanya menggunakan rice cooker saja, anda sebenarnya boleh membuat kek yang lazat dan gebu!

2 RESEPI KEK MUDAH MENGGUNAKAN RICE COOKER

Terdapat 2 resepi yang kami sertakan dalam entri ini, iaitu kek coklat dan kek minyak. Kedua-duanya ‘special’ dan senang, hanya perlu menggunakan periuk nasi.
Sesuai untuk dihidangkan untuk makan sendiri mahupun majlis-majlis.

1. RESEPI KEK COKLAT VERSI RICE COOKER

Kek ini memang istimewa. Bukan saja tak perlu pakai oven, tetapi resepi ini juga tidak perlu menggunakan mixer. Tetap menjadi walaupun Puan Scha baru pertama kali mencubanya!
Sesuai sangatlah untuk mereka yang bujang atau yang terlebih ‘rajin’, bukan?

BAHAN-BAHAN:

Bahan kek
1 1/2 cawan tepung
1/2 cawan gula
4 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil soda penaik1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/4 sudu kecil serbuk penaik
90ml minyak bunga matahari
1/2 sudu kecil ekstrak vanilla
1 sudu besar cuka
1 cawan air

Bahan topping coklat ganache

1/2 cwn serbuk koko
1/2cwn susu pekat manis
1 sb minyak

CARA MEMBUAT:

1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda penaik, garam, serbuk kayu manis, serbuk penaik. Kacau sehingga sebati. Asingkan.

2. Dalam bekas yang berlainan, masukkan minyak, ekstrak vanila, cuka dan air. Kacau sehingga sebati.

3. Campurkan kedua-dua adunan kering dan basah tadi dan kacau sehingga lembut.

4. Sapukan mentega dalam rice cookersupaya tidak melekat. Tuangkan adunan dan masak untuk 60 minit. Tekankan suis‘cook’ itu semula apabila ia bertukar kepada ‘warm’.


5. Periksa kek dalam masa 45 minit. Cucuk kek dengan lidi untuk memastikan kek telah masak.

6. Setelah kek masak, biarkan kek sejuk untuk 15 minit sebelum dikeluarkan dari periuk.


7. Sementara itu, anda boleh membuattopping coklat ganache. (Ini optional, kalau suka boleh buat). 
Caranya mudah. Masukkan serbuk koko dan susu pekat manis dalam periuk. Gaul hingga sebati. Panaskan atas api yang kecil. Masukkan minyak dan gaulkan sekejap hingga agak sebati dan sesuai kelikatannya.

7. Apabila sejuk, terbalikkan kek ke atas pinggan leper. Taburkan gula aising ke atas kek atau curahkan dengan coklat ganache.

*Resepi asal cara buat kek tanpa oven oleh Scha She ini diterbitkan semula dengan kebenarannya.

2. RESEPI KEK MINYAK VERSIRICE COOKER

Resepi kedua ini pula adalah resepi kek minyak versi rice cooker hasil perkongsian air tangan Puan Junainah Sahrudin. Warna-warni dan ceria warnanya, anak-anak tentu suka!
Jom tengok cara membuatnya di bawah.

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula1 cawan susu pekat
5 biji telur
1 sudu kecil vanila
1 sudu besar baking powder
1 sudu besar ovalette
1 cawan minyak
Pewarna ikut suka


CARA MEMBUAT:

1. Putar telur, gula, dan ovalette hingga kembang.

2. Masukan susu pekat & esen vanila.

3. Masukan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.

4. .Kemudian, masukkan minyak dan gaul sebati. Bahagi-bahagikan ke dalam bekas berasingan untuk diwarnakan.

4. Sapu majerin rata-rata pada rice cookerdan masukkan adunan ke dalam periuk nasi. Buat corak ikut suka ya. Saya tak lapiskan, cuma tompok-tompokkan sahaja.

5. Apabila siap dimasukkan ke dalam rice cooker, masak macam masak nasi. Tekan butang ‘cook’ dan dalam masa sekejap saja butang itu akan naik. Biarkan saja, dalam 10-15 minit, tekan semula butang itu. Ulangi langkah ini sehingga kek masak.

6. Inilah hasilnya.

*Resepi asal cara buat kek tanpa oven oleh Puan Junainah Sahrudin ini diterbitkan semula dengan kebenarannya. Follow FB beliau di SINI untuk lebih banyak perkongsian resepi menarik!



Sumber : Sirap Limau

Wanita, isteri ...

Kehidupan lelaki sangat indah apabila sudah dilengkapi insan bergelar wanita.

Mereka adalah perhiasan dunia yang sangat membahagiakan dan teman sejati  menuju  ke jannah
.
Wanita yang solehah dan lelaki yang soleh adalah impian semua orang.

Penyatuan hati insan begini membawa nikmat hebat dalam kehidupan.

Sebab itu dianjurkan perkahwinan untuk mengapai nikmat sakinah, mauwadah wal rahmah.
.
Perkahwinan yang dilandasi iman dan takwa akan lebih bermakna jika  celik ilmu seksual.

Mrhanafidotcom

Datuk A. Rahman Hassan telah meninggal dunia

Penyanyi popular era 60-an, Datuk A. Rahman Hassan telah meninggal dunia kira-kira jam 12.38 pagi tadi (13 Jun 2019).
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang.
Al Fatihah
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, kaca mata dan sut

Pedoman


Pedoman - Hanafie Warren


Andainya kau kaya raya
Dapat segala dipinta
Mungkinkah kau bahagia
Dengan timbunan harta

Andainya kau hidup papa
Hidupmu penuh sengsara
Mungkinkah kau bahagia
Menempuh hidup yang hina

Manusia miskin dan kaya
Tak mungkin dapat hidup bahagia
Hanya insan yang sering bertakwa
Diberkati yang maha kuasa

Bahagia itu yang lebih utama
Membawa ketenangan jiwa
Sabar menempuh dugaan
Hidup dalam pedoman


*******

Hanafie Warren dan bandnya, The Unwanted - penyanyi rock Singapura 1980an

Dianggotai Hanafie serta Ismail Sukar (gitar), Azim Adnan (dram), Syed Mohd Amin (keyboard) dan Ramli Kartio (bass)

~ MyMetro~


Kronologi kisah Ainul Mardhiah



KISAH Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’ mendapat perhatian negara.
Berikut adalah kronologi sejak kisah bayi berusia 9 bulan itu mula dilaporkan.
9 April 2019
Kisah nasib bayi perempuan, Ainul Mardhiah yang menghidap kanser Germ Cell Tumor sejak dilahirkan dilaporkan dalam Harian Metro dan mendapat perhatian ramai.



Antara individu yang tampil menghulurkan bantuan bagi Ainul Mardhiah termasuk individu yang sanggup jual motosikal demi Ainul Mardhiah serta seorang lgai yang menawarkan sewaan amal untuk Ainul Mardhiah.
21 April 2019
Dr Nur Amalina Che Bakri menghubungi Nurul Erwani, ibu Ainul Mardhiah menerusi aplikasi WhatsApp dan memberitahu akan membantu bayinya.
10 Mei 2019
Kerajaan Melaka bersetuju membiayai kos pengangkutan dan penerbangan Ainul sekeluarga ke UK.
13 Mei 2019
Kumpulan pakar bedah dari UK akan memberi maklum balas susulan keputusan pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan) daripada Ainul .
15 Mei 2019
Pasport antarabangsa Ainul diserahkan kepada bapanya.


24 Mei 2019
Ainul bersama ibu bapanya berlepas ke London untuk mendapatkan rawatan.



25 Mei 2019
Ainul dan ibu bapanya selamat tiba di London.



26 Mei 2019
Pasukan pakar perubatan di London, segera melakukan pemeriksaan bagi menilai keadaan bayi itu.
3 Jun 2019
Datuk dan nenek Ainul, Ahmad Razak Joffri dan Salmah Atan melawat cucunya di London selain memberi sokongan moral kepada Ainul sekeluarga.



10 Jun 2019
Ainul Mardhiah selamat menjalani pembedahan selepas bertarung nyawa selama lima jam dan kini dilaporkan stabil.



Tumor seberat 200 gram yang membesar di dalam mulut Ainul Mardhiah dikeluarkan oleh sepasukan pakar diketuai Profesor David Dunaway
Selepas kira-kira lima jam menjalani pembedahan membuang tumor di mulutnya semalam, Ainul Mardhiah sudah sedarkan diri.

Sumber : MyMetro

Telefilem Dosa Yang Tak Diiktiraf lakonan Zarul Umbrella, Elly Mazlein dan Chacha

Telefilem Dosa Yang Tak Diiktiraf lakonan Zarul Umbrella, Elly Mazlein dan Chacha Maembong pada Sabtu, 15 Jun 2019 pukul 10 malam di TV3.


Razif dan Rita Sarafina, adalah pasangan suami isteri yang bergiat dalam industri muzik. Nama mereka gah dalam arena ‘Rock’ tanah air. Razif ditugaskan untuk mencipta sebuah lagu berunsur keagamaan yang masih ada unsur rock dengan gabungan alunan irama nasyid untuk sebuah OST filem. Dia mula terkesan dengan skrip filem itu yang menyedarkan dia tentang hukum agama. Sejak itu Razif mula mempelajari tentang agama dan telah meninggalkan kesan terhadap keluarganya apabila mereka juga turut disuruh meninggalkan dunia hiburan.

Drama bersiri Adam Chempaka bermula 9 malam ini

Drama bersiri Adam Chempaka (13  episod) akan disiarkan di slot Lestary TV3 bermula 12 Jun 2019, setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam.

Lakonan Adam Lee, Sweet Qismina, Zera Hariz, Raja Afiq, Balkisyh Semundur Khan, Dhia Ly, Roy Azman, Ku Faridah, Kazar Saisi, Sharul Kamal, Riena Diana, Nada Nursyuhada, Alif Hadi, Syafnida Shuhaimi

SINOPSIS BATIK ZAKIAH TV3

SINOPSIS BATIK ZAKIAH

Hidup Zakiah penuh dengan dugaan yang membuatkan dia merana. Zakiah telah mendirikan rumah tangga dan menjadi isteri kedua. Dia dilayan dingin oleh isteri pertama dan diperlakukan seperti orang gaji dirumahnya sendiri. Setelah melahirkan anak yang diberi nama Anum, Zakiah diceraikan dan anaknya diambil semasa umur 6 bulan. Kejadian itu menyebabkan Zakiah mengalami kemurungan dan meroyan. Hanya sehelai kain batik yang selalu digunakan untuk Anum sebagai pengubat rindu.

Telefilem Batik Zakiah akan ditayangkan pada Sabtu, 12 Jun 2019 pukul 11 malam di TV3.

Lakonan yka Farhana, Amyza Aznan, Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Rusdi Ramli, Noralbaniah, Laila Nasir, Azar Azmi, Asry Azizan ...

KISAH SERIKANDI AINUL MARDHIAH

KISAH SERIKANDI AINUL MARDHIAH

Ainul Mardhiah’ merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan Ramadhan) ketika Rasulullah SAW memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan para Sahabat untuk berjihad pada agama Allah) Baginda berkata: ” Sesiapa yang keluar di jalan Allah, kemudian tiba-tiba dia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari Syurga.

Mendengar berita itu salah seorang Sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi beliau malu hendak bertanya kepada Nabi kerana kehadiran para sahabat-sahabat yang lain. Namun beliau tetap menyerahkan namanya sebagai salah seorang yang akan keluar berjihad. Sebelum Zohor Sunnah Nabi akan tidur sebentar (disebut juga sebagail Qailullah) maka sahabat yang muda tadi juga turut tidur bersama jemaah tadi.
Dalam tidur tersebut Sahabat yang muda tadi bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu dia bertanya, “Di manakah saya berada sekarang?” Lalu lelaki itu menjawab, ” inilah Syurga.”

Pemuda tadi menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah, lalu dia ditunjukkan untuk menuju ke suatu arah. Beliau pun berjalan hingga bertemu dengan suatu pohon dan beliau mendapati kehadiran seorang wanita yang amat cantik, belum pernah dia melihat kecantikan sebegitu di dunia ini.

Dia memberi ucapan salam kepada wanita tadi dan bertanya,” Adakah saudari Ainul Mardhiah?

Wanita itu menjawab, ” ehh tidak, saya adalah khadamnya, Ainul Mardhiah sedang berada di dalam singgahsana sana”.

Lalu dia berjalan lagi dan memasuki satu mahligai yang cukup indah, di sana dia mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.

Pemuda itu memberi salam, kemudian bertanya, “Adakah saudari ini Ainul Mardiah?”

Wanita itu menjawab, ” Maaf, saya bukan Ainul Mardhiah, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana.”
Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya amat mengkagumkan. Akhirnya dia sampai ke satu mahligai dan dia bertemu seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua, kecantikan yang tak pernah dilihatnya di dunia ini. Wanita itu berkata, ” Sayalah Ainul Mardhiah, saya diciptakan untuk saudara dan saudara diciptakan untuk saya. Bila pemuda itu mendekatinya wanita itu menjawab, ” Eh, tunggu dulu, saudara belum syahid lagi!”.

Pemuda itu tersentak dan terus terjaga dari tidurnya. Kemudian dia menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat lain, namun begitu dia berpesan agar tidak menceritakan mimpinya ini kepada Nabi SAW. Andainya dia syahid barulah boleh diceritakan kepada Nabi SAW.

Petang itu pemuda itu ikut serta keluar berperang bersama Rasulullah SAW dan pasukan tentera Islam, ditakdirkan pemuda itu syahid. Setelah hampir waktu berbuka puasa semua jemaah pulang ke masjid, mereka bersama-sama menunggu makanan untuk berbuka. Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat Nabi yang syahid tadi. Rasulullah SAW mengucapkan benar…benar…benar… dalam sepanjang cerita tersebut.Akhirnya Rasululah SAW berkata ” Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di Syurga….

Mengenali siapakah Ainul Mardhiah...

Tanamkan hati untuk menjadi seperti Ainul Mardhiah...

InshaaAllah..

#copypaste
#facebook
#jmbelog
#plusdana

Doa Agar Mudah Tidur

Doa Agar Mudah Tidur

Mohonlah kepada Allah untuk tidur nyenyak dan tenang

اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ ، وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ

يَا حَيُّ ، يَا قَيُّومُ ، أَنِمْ عَيْنَيَّ وَأَهْدِئْ لَيْلِي

Maksudnya:

Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini .

 

Doa Supaya Mudah Tidur

Keterangan & Petua Beramal

Diriwayatkan oleh At-Tabraniy dan Ibn al-Sunni, dari Hajjaj bin Imran As-Sadusiy, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Malik bin Marwan bahawa:

— bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi saw tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya, lalu baginda saw mengajarnya doa di atas.

Menurut hadith riwayat Ibnus Sunni, Zaid bin Thabit r.a yang mengalami masalah sukar untuk tidur (insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat beramal dengan doa yang diajar oleh Nabi saw ini .

Menurut pengarang buku doa & rawatan pesakit, doa ini boleh dibacakan pada pesakit dan air.

Caranya adalah, letakkan tangan kanan atas dahi semasa membaca doa dan tiup kedua belah biji matanya.

Air yang telah dijampi dengan doa ini boleh digunakan untuk diminum dan untuk mandi.

AKU ISLAM

Gadis F&N dedahkan apa yang berlaku ketika penggambaran iklan itu dulu setelah 16 tahun berlalu

Gadis F&N dedahkan apa yang berlaku ketika penggambaran iklan itu dulu setelah 16 tahun berlalu

JIKA ke pasar raya antara perkara yang akan dibeli semestinya kordial jenama F&N yang mempunyai pelbagai perasa seperti Oren, Rose, Rutbir, Sarsaparilla, Laici dan sebagainya.Apatah lagi pada musim perayaan seperti Aidilfitri, kebiasaannya ia menjadi kemestian untuk dibeli, malah pihak pasar raya juga meletakkan kordial itu di bahagian promosi.Ia bukan sahaja sedap malahah wajah comel kanak-kanak pada botol kordial itu turut menarik perhatian sehingga ia cukup sinonim dengan jenama tersebut.

Madihah mendedahkan pada hari penggambaran iklan itu dia tidak berada dalam ‘mood’ yang baik.

Ramai menyangka kanak-kanak perempuan yang bertindak sebagai model produk itu adalah aktres Liyana Jasmay, namun ternyata telahan itu tidak benar.

Sebaliknya, si cilik itu sebenarnya Madihah Mohd Firdaus yang kini sudah pun berusia 21 tahun!

Kesempatan berbual dengannya baru-baru ini membuka pelbagai cerita mengenai pengalaman ketika sesi penggambaran iklan tersebut pada tahun 2004.


Cerita anak jati Kuala Lumpur ini, ketika itu dia baharu berusia lima tahun dan ia job pertamanya sebagai model iklan kanak-kanak.

Comel… Kemunculan Madihah sebagai model produk tersebut diingati sehingga ke hari ini.

Kata Madihah, dia masih ingat tragedi pada hari penggambaran iklan itu hanya kerana dia tidak mempunyai mood untuk bergambar.

“Biasalah budak-budak kan… ada masanya memang langsung tak mahu buat apa-apa bila tiada mood sampai pengarah iklan itu terpaksa pujuk saya.


“Saya ingat penggambaran itu terpaksa ditangguhkan seketika untuk tunggu saya ada mood,” ceritanya mengimbau kenangan manis itu.

Madihah berkata, bapanya Mohd Firdaus Abdul Halim juga terpaksa memujuknya untuk membeli ais krim kegemarannya sekiranya dia bersetuju untuk meneruskan penggambaran.

“Bila kenangkan kembali kelakar juga tetapi itu adalah antara saat terbaik dan mn1ggalkan kenangan sehingga ke hari ini,” katanya yang kini sedang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Semarak dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Mechatronics.

Memiliki wajah yang jelita Madihah bagaimanapun tidak berminat menceburi bidang hiburan.

Sudah terbiasa dipanggil ‘budak F&N’

Diusik sama ada dia masih teruja melihat wajahnya sendiri selepas 16 tahun berlalu Madihah berkata, sebelum ini dia berperasaan sedemikian setiap kali ke pasar raya namun kini sudah terbiasa.

Kata Madihah, dia sendiri sebenarnya tidak menyangka pihak F&N masih mengekalkan wajahnya pada botol kordial itu selepas sekian lama.

“Masa mula-mula dahulu kalau pergi beli barang di pasar raya mesti saya akan teruja kalau nampak kordial itu kerana ada wajah saya.


“Tapi sekarang tak rasa apa-apa sangat sebab sudah terbiasa dan ia pun dah lama cuma apabila ada kawan-kawan yang tahu mereka terkejut itu adalah saya sampai mereka panggil saya ‘budak F&N’.

“Ia juga bukti ramai sukakan kordial itu sehingga orang mengenali wajah kanak-kanak yang ada pada botol itu,” katanya yang juga menggemari minuman itu.

Madihah bakal seorang jurutera.

Tak minat ceburi bidang seni

Kemunculannya sebagai model produk itu bagaimanapun kata Madihah adalah kali pertama dan terakhir walaupun selepas itu dia ada mendapat beberapa tawaran lain.

Bagaimanapun katanya, dia tidak keberatan untuk menerima sebarang tawaran sebagai model sekiranya ia bersesuaian dengannya pada masa hadapan.

“Yang satu itu Alhamdulillah kekal orang ingat sehingga ke hari ini… memang sejak itu saya langsung tak buat sebarang iklan dan meneruskan kehidupan seperti biasa.


“Insya-Allah kalau ada tawaran saya tak keberatan untuk terima cuma kalau cabang lain seperti berlakon ke saya tidak akan ambil kerana tiada bakat,” ujarnya.

Tambah Madihah lagi, tumpuannya kini adalah untuk menyambung pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana dan bercita-cita untuk bergelar seorang jurutera.

Sumber : mstar

BeritaPadat

Word 175

Word 175

Untuk semua cerita cinta yang tak kesampaian, selamanya ada kenangan & pengajaran.

Kenangan yang menyuntik kesyukuran & pengajaran yang mendewasakan.

Dr Anwar Fazal/

BUKAN CINTA AKU - DINIE & KHAI


Andai kau cinta kepadanya

Jagalah dia sepenuh jiwa
Doakan ku juga bahagia
Lebih terbaik waktu bersamamu
Namun jika cintamu kerna
Engkau tertekan keterpaksaaan
Beranikan kembali padaku
Aku pertahankan seluruh nyawaku
Cinta kita anugerah yang terindah
Seribu tahun tak mungkin berubah
Kita telah berjanji Sehidup semati
Sehingga ke syurga
Dia hanya ingin kita berpisah
Namun tak mudah ku lepas menyerah
Percintaan ini pasti
Milikku selama-lamanya
Cinta kita anugerah yang terindah

Seribu tahun tak mungkin berubah
Kita telah berjanji sehidup semati sehingga ke syurga
Dia hanya ingin kita berpisah
Namun tak mudah ku lepas menyerah
Percintaan ini pasti Milikku selama-lamanya
Percintaan ini pasti miliku selamanya
Hadiah Tuhan untuk kita berdua

Word 174

Word 174 

Image result for termenung

(VIDEO) Telefilem Wakaf Dosa Raya Ke 4 Di TV3


Telefilem Wakaf Dosa Raya Ke 4 Di TV3

Bakri Zain seorang pelakon banyak merangkul anugerah dan rezekinya tidak pernah putus. Dalam masa yang sama Danial Muhaimin seorang pelakon terkenal yang mula mencemburui Bakri apabila sering dibanding-bandingkan. Daniel bertambah marah apabila festival filem terpaksa menarik keluar namanya dan memilih Bakri Zain sebagai calon untuk kategori pelakon lelaki terbaik. Puteri Najwa merupakan anak sulung Bakri kini dan sedang mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Najwa ingin mengejar impiannya menyambung pelajaran di Universiti Al Azhar. Berbeza dengan kejayaan ayahnya yang lebih menjurus ke ‘Dunya’, Najwa pula menjadikan ‘Akhirat’ sebagai titiannya untuk ke syurga. Namun, Najwa tidak pernah sesekali meragui atau ‘judgemental’ pada ayahnya. Suatu hari, sebuah video skandal seks Bakri Zain bersama dua orang perempuan viral di media sosial. Bakri terduduk dan terkelu apabila mendapat tahu tentang video itu. Bakri puas berfikir siapa yang sanggup memfitnah dan menganiayainya. Itu merupakan titik permulaan kehancuran ‘Bakri Zain’. Bakri mula tersedar yang dirinya jauh daripada Allah. Baginya agama itu adalah sekadar tanggungjawab terhadap keluarga sahaja tapi bukan untuk dirinya. Bakri akhirnya meninggal dunia akibat kemurungan berpanjangan. Sejak kejadian itu Daniel orang yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah dengan menyebar video palsu itu mula dihantui perasaan bersalah dan tidak tenang. Daniel akhirnya bertemu dengan keluarga Bakri dan mengaku kesalahanya namun segalanya telah terlambat.

Masa

Adakah kita semua sedar hari ini sudah masuk Syawal yang ke lima.Maknanya kita sudah lima hari beraya sakan dan bergembira.

Tentu ada yang rasa masih belum puas untuk terus beraya.Biasalah dalam pemikiran kita, puasa sebulan maka wajar juga raya untuk sebulan.

Tidak hairan banyak kedai makan atau restoran masih bercuti.Tidak salah dan ia adalah hak mereka yang berniaga.

Apa yang ingin saya kongsikan hari ini berkaitan masa.Ramai yang tidak peduli tentang masa termasuk saya sendiri.

Namun setelah membaca buku tulisan  Dr Mohd Daud Bakar dalam Saya Ada 25 Jam Sehari, saya tersentap.Saya kerugian masa setelah masa tidak digunakan dengan sempurna.

Masa untuk tidur berlebihan, melayan media sosial berlebihan dan berlebihan masa melakukan aktiviti yang kurang bermanfaat.

Masa yang berlalu tidak dapat ditebus.Sekali masa berlalu, ia akan pergi buat selama-lamaya.

Sama juga dengan tempoh hayat kita.Jika sudah tamat tempoh, mana mungkin boleh kembali ke dunia ini.Noktah.

Benar sekali masa adalah detik nyawa.Setiap saat berdetik.Tidak pernah berhenti.

Masa tetap berlalu sama ada kita suka atau tidak.

Pesan saya kepada diri sendiri, hargai masa sebaik mungkin dan tolong jangan buang masa orang lain sama seperti membuang masa sendiri.

Ianya selalu berlaku terutama menunggu ketika temujanji.

Saya sedar masa adalah nikmat yang sering kita lupakan

Jom kita syukuri masa dengan menepati sebajk mungkin.

#kisahpenulis

MRHANAFI

Liang kubur arwah nyaman, selesa

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (kiri) hadir di majlis pengebumian Ustaz Ku Yaakob Ku Hashim yang meninggal dunia dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Bukhory, Jalan Langgar. NSTP/Ihsan Pembaca

'Liang kubur arwah nyaman, selesa'

ALOR SETAR: “Mereka yang menggali liang kubur Allahyarham berasa seolah-olah berada dalam ruang sejuk nyaman dengan pendingin hawa dan selesa.”

Kisah itu dikongsi Nasir Abas, 64, jiran kepada khatib, Ku Yaakob Ku Hasim yang meninggal dunia ketika membaca khutbah, semalam (7 JUN 2019).

Nasir berkata, Allahyarham dikenali sebagai insan baik dan rajin, selain paling disegani di kawasan perumahan di Taman Mutiara, Jalan Sultanah, di sini.

“Saya tidak sempat beraya dengan arwah tapi ada berjumpa ketika solat Jumaat semalam.

“Kebetulan saya berada di saf hadapan dan mendengar khutbah disampaikan sebelum arwah tiba-tiba rebah.

“Kami sedih apabila dimaklumkan arwah meninggal dunia selepas itu, namun perginya dengan cara mulia di rumah Allah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nasir yang juga Imam Surau Al Hijrah, Kuala Kedah, sudah lama mengenali Ku Yaacob kerana anak mereka berkawan baik sejak sekolah.

Ghozali Omar, 53, berkata wajah sepupunya itu berseri ketika dikafankan.

“Kematiannya mendapat liputan meluas dan ramai yang mendoakan rohnya dicucuri rahmat Allah, termasuk mereka yang tidak mengenalinya.

“Allahyarham mempunyai penyakit kencing manis dan mungkin terkena serangan jantung ketika meninggal dunia,” katanya.

Jenazah Ku Yaakob dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Bukhory, Jalan Langgar pada jam 6 petang semalam.

Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, serta Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadhil Awang, turut menghadiri pengebumian.

Usaha menemubual ahli keluarga Allahyarham di rumahnya gagal kerana masih bersedih dengan kejadian itu.

Ku Yaakob meninggal dunia selepas rebah ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Al Bukhary, di sini, tengah hari, semalam.

Allahyarham dibantu jemaah masjid yang juga seorang doktor dan dihantar ke hospital dengan ambulans sebelum disahkan meninggal dunia.

BHONLINE

Wadah Terkini