Apa Kaitan Solat dengan Isu Perceraian?

Apa Kaitan Solat dengan Isu Perceraian?

1. Dalam al-Quran, perbahasan berhubung isu talak dan perceraian dibincangkan di dalam Surah al-Baqarah. Anehnya, dicelah perbahasan berkenaan hukum perceraian ini, Allah selitkan penegasan tentang kepentingan menjaga solat. Timbul persoalan di sini, mengapa Allah sebut perihal solat di celah perbahasan isu perceraian?

2. Al-Imam Burhanuddin al-Biqa’i menjelaskan satu pandangan yang menarik. Beliau menggambarkan bagaimana isu perceraian ini adalah satu masalah yang sangat kompleks serta memenatkan jiwa dan akal manusia. Lalu Allah menawarkan solusi dalam menghadapi kemelut ini dengan arahan supaya menjaga solat. Kata al-Biqa’i:

أمور الطلاق دائماً تشغل الإنسان، وتجعله مهموماً في النهار والليل، فلذلك قال تعالى : " حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ

“Urusan perceraian ini sentiasa memenatkan manusia (jiwa dan fizikalnya), perceraian menjadikan manusia resah siang dan malam lalu Allah membimbing manusia (dengan arahan menghadapi situasi runcing ini) dengan mendirikan solat” (al-Biqa’i, Nuzum al-Durar).

3. Pandangan yang hampir sama diutarakan oleh Dr. Khalid al-Sabt. Beliau menjelaskan bahawa permasalahan rumah tangga seharusnya ditangani dengan memohon bantuan dari Allah melalui solat. Kata beliau:

إنه أورد ذكر الصلاة بين هذه الأحكام؛ ليدل على أن الاستعانة بالصلاة سبب للخروج من المشكلات التي تقع بين الناس

“Sesungguhnya Allah menyebutkan tentang arahan mendirikan solat dicelah perbincangan tentang hukum (perceraian) adalah bagi menunjukkan keperluan memohon bantuan dengan solat. Ia adalah jalan keluar kepada masalah yang dilalui oleh manusia.”

4. Pandangan yang lebih kritis diutarakan oleh Mufti Wilayah yang menyebutkan bahawa salah satu punca keretakan rumah tangga adalah kerana kegagalan keluarga untuk mendirikan solat jemaah bersama. Solat berjemaah bersama barangkali boleh membantu dalam membina hubungan kekeluargaan yang baik. Sekiranya kita jaga hubungan dengan Allah, mudah-mudahan Allah memelihara hubungan kita sesama manusia.

Penjelasan Mufti Wilayah ini boleh di dapati di Sakeena TV:
https://www.facebook.com/sakeenaTV/videos/1318383098318010/?t=1

5. Sebahagian penulis pula mengaitkan isu perceraian dengan kegagalan melaksanakan perintah solat. Mereka menyandarkan pandangan mereka pada hadith al-Bukhari yang menyebutkan:

الَّذِي تَفُوتُهُ صَلاَةُ العَصْرِ، كَأَنَّمَا وُتِرَ أَهْلَهُ وَمَالَهُ

“Mereka yang meninggalkan solat asar, seumpama mereka terputus hubungan dengan ahli keluarga dan harta mereka.” (HR al-Bukhari)

6. Lihatlah betapa pentingnya peranan solat dalam kehidupan kekeluargaan manusia. Mudah-mudahan, Allah sentiasa membantu mereka yang mendirikan solat untuk mereka menghadapi segala kemelut kehidupan dunia.

Semoga Allah sentiasa membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Adik Manje Returns (2012)

Adik Manje Returns (2012)

~ Best jalan ceritanya
~ menyentuh dan mencuit hati

Filem-Adik Manja.jpg

Adik Manja mengisahkan Cikgu Azmi Bin Mohammad (Dharma Harun Al Rashid) yang diterima masuk ke Institut Sri Ilmu iaitu sekolah berasrama penuh perempuan yang pertama kali menerima seorang guru lelaki untuk mengajar disitu. Dalam perjalanan ke Institut Sri Ilmu, Cikgu Azmi pergi ke sebuah klinik. Di klinik itu Cikgu Azmi telah diberikan seorang bayi lelaki bernama Idzuan oleh seorang perempuan. Cikgu Azmi terpaksa membawa bayi itu bersamanya kerana perempuan itu tidak memgambil semula bayi itu. Cikgu Azmi melakukan pelbagai helah untuk menyembunyikan bayi itu daripada pengetahuan pihak institut. Malangnya,rahsia itu telah diketahui oleh pelajar-pelajar institut itu iaitu Sofia (Sharifah Shalina bt Syed Abdullah) dan Yati (Laila Mahzan). Namun, pelajar-pelajar tidak melaporkan hal itu pada pihak institut tetapi mereka membantu Cikgu Azmi menjaga bayi itu bersama seorang lagi guru perempuan iaitu Cikgu Sharina Binti Yusof (Noor Kumalasari) yang juga rakan sewaktu Cikgu Azmi kecil. _ wikipedia

Adik Manje Returns (2012) - Official Trailer

Adik Manje Returns (2012) - Full Movie

Guru Dan Perkerjaan Yang Diberkati

Guru Dan Perkerjaan Yang Diberkati

1. Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh guru hari ini. Silap langkah, perlakuan mereka dirakam dan diviralkan. Dalam Surah Maryam, Allah menceritakan bagaimana Nabi Isa disifatkan sebagai seorang Nabi yang sentiasa diberkati Allah. Ini difahami dari dialog yang direkodkan dalam al-Quran:

وَجَعَلَنِي مُبَارَكًا أَيْنَ مَا كُنْتُ

“(Kata Nabi Isa) Dan Allah menjadikan aku sentiasa diberkati di mana sahaja aku berada.”

2. Melalui ayat ini, Allah menggambarkan kepada kita bagaimana Nabi Isa ini diangkat sebagai seorang lelaki yang sentiasa diberkati di mana sahaja beliau berada. Timbul persoalan di sini, apa yang membuatkan beliau sentiasa diberkati Allah setiap masa?

3. Ketika menafsirkan ayat ini, Mujahid ibn Jabr menjelaskan bahawa Nabi Isa sentiasa diberkati kerana sifatnya yang sentiasa mengajar manusia kepada kebaikan. Sifat manusia yang sentiasa memberikan manfaat kepada orang lain akan menjadikan mereka sentiasa diberkati. Mereka sentiasa dihormati, dikurniakan rezeki yang tidak disangka bahkan disayangi sekalian makhluk.

4. Atas dasar itu, al-Imam Ibn al-Qayyim menyimpulkan satu formula penting tentang erti keberkatan. Kata beliau:

فإن بركة الرجل تعليمه للخير حيث حلَّ

“Sesungguhnya keberkatan seorang lelaki itu adalah pada sifatnya yang mendidik manusia kepada kebaikan di mana sahaja dia berada.” Bererti, mengajar manusia kebaikan adalah satu profession yang sangat diberkati.

5.  Bahkan mereka yang mendidik manusia kepada kebaikan akan menerima pahala seperti orang yang melakukan kebaikan tersebut, sekalipun mereka sekadar mengajarnya sahaja. Sabda Rasulullah:

من دل على خير فله مثل أجر فاعله

“Barangsiapa yang mengajarkan manusia kebaikan, maka dia akan menerima pahala sepertimana orang yang melakukan kebaikan tersebut (kesan dari didikannya tadi).”

Moga Allah menjadikan kita dikalangan mereka yang sentiasa diberkati Allah. Semoga Allah merahmati guru kita semua yang mendidik kami sehingga sejak dari kecil.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

SEGMEN | 3 000 000 pageview #JMBELOG

Segmen 3 000 000 pageview #JMBELOG

Alhamdulillah

Jejak juga angka 3 000 000 setelah 3 tahun lebih wujudnya blog ini.

Sempena 3 000 000 pageview blog #JMBELOG ini.

Saya nak buat segmen ada tak yang sudi nak join.

Mudah saja.

Follow blog saya.

Nak buat entri pun boleh, tak buat pun tak apa.

Tinggalkan url link blog anda di ruang komen.

TOPUP RM10 untuk 5 sahabat yang bertuah.

Segmen 3 000 000 pageview #JMBELOG berakhir 15 Julai 2019.

Pemenang saya umumkan pada 16 Julai 2019.

Selamat bersegmen. (@_-)

3 000 000

 3 000 000

PAGEVIEW

IS

COMING !

Satukan Rasa - Siti Nordiana & Khai Bahar

Satukan Rasa - Siti Nordiana & Khai Bahar

Lamaku simpan perasaan ini
Tanpa terduga rasa cinta hadir
Puas menafi bisikan di hati
Namun tak terdaya
Untuk menghalang rindu

Aku pendam rasa
Dan menjadi teman
Engkau ingin ku miliki
Namun aku tidak mampu
Untuk memiliki cinta
Insan semulia sepertimu

Dikaulah bidadari
Temani tiap mimpi
Diriku diselubung rindu
Rasa penuh prasangka
Dia penguat jiwa
Kita pinta takdirnya
Pergilah sepi

Bulan bisik padanya
Benar ku cinta dia
Kau hidupkanlah rasa ini

Dikaulah bidadari
Temani tiap mimpi
Sungguh aku rindu

Cinta penuh prasangka
Kuatkanlah hatiku
Agar ikatan ini terjalin

Bulan bisik padanya
Benar ku cinta dia
Satukanlah
Satukan rasa


Misteri Maria


Misteri Maria | Ilham yang baru menghabiskan pelajarannya di luar Negara begitu teruja untuk mengambil alih resort milik ibunya. Setibanya di lapangan terbang Ilham disambut oleh sahabatnya Adam. Dalam perjalanan, Ilaham bertanyakan tentang Maria, kekasih lamanya dan Adam memberitahu yang Maria telah meninggal dunia. Ilham yang percaya menjadi takut apabila dia kerap terserempak dengan perempuan cantik mirip Maria yang disangkakan hantu. Sebenarnya Adam telah berpakat dengan Maria untuk mengenakan Ilham kerana sebelum ni Ilham telah meluka kan hati Maria.

Mengapa Solat Dikaitkan Dengan Rezeki?

Mengapa Solat Dikaitkan Dengan Rezeki?

1. Dalam Surah Taha, Allah menyebutkan hubungkait antara solat dengan rezeki. Seolah, kedua elemen ini saling berkaitan. Firman Allah:

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا ۖ نَّحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ

“Dan perintahkanlah keluargamu untuk mengerjakan solat, hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Surah Taha: 132)

2. Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam Ibn Kathir menyebutkan:

يعني إذا أقمت الصلاة أتاك الرزق من حيث لا تحتسب

“Iaitu sekiranya engkau bersabar mendirikan solat, Allah akan mengurniakan kamu rezeki dalam keadaan yang kami tidak sangka-sangka”. (Ibn Kathir)

3. Kenyataan Ibn Kathir ini seakan memberikan gambaran bahawa sabar dalam menunaikan solat akan membuka pintu rezeki. Kita juga seharusnya faham bahawa rezeki tidak semestinya datang dalam bentuk wang ringgit.

Adakalanya rezeki datang dalam bentuk kurniaan anak-anak yang soleh, ia adalah anugerah yang tidak ternilai. Adakalanya ia datang dalam bentuk ketenangan jiwa, satu anugerah yang tidak diperoleh dengan wang. Adakalanya rezeki datang dalam bentuk kesihatan.

4. Atas sebab itu al-Imam al-Zamakhshari merekodkan kisah Bakar ibn Abdullah al-Muzani, seorang Tabie yang soleh yang memerintahkan ahli keluarganya mendirikan solat ketika ditimpa ujian. Kata al-Zamakhshari:

بكر بن عبدالله المزني – رحمه الله تعالى - إذا أصاب أهله خصاصة قال : قوموا فصلوا, ثم يقول: بهذا أمر الله تعالى ورسوله

“Sesungguhnya Bakr ibn Abdillah al-Muzani, sekiranya beliau ditimpa kesusahahan, maka dia akan meminta ahli keluarganya mendirikan solat lalu berkata: Dirikanlah solat, kerana beginilah yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya.” Lalu dibacanya ayat dari surah Taha tadi.

5. Begitulah al-Muzani mendidik ahli keluarganya tentang solat. Apabila kita memerlukan sesuatu, maka mohonlah kepada Allah. Dirikanlah solat dan mengadu kepada Allah. Bukan mengadu dalam facebook.

6. Urwah ibn al-Zubayr melihat ayat ini dari sudut pandang yang berbeza. Apabila beliau melihat ahli keluarganya tidak memiliki kemewahan dunia seperti orang lain, dia lalu membacakan ayat dari Surah Taha di atas mengingatkan mereka agar sentiasa mendirikan solat dan pada Allah lah segala ketentuan rezeki mereka.

7. Begitu juga dengan Saidina Umar al-Khattab yang dikatakan sentiasa mendidik ahli keluarga beliau mendirikan solat, tidak kira saat susah atau senang.

8. Didiklah anak-anak kita untuk mendirikan solat dalam apa jua keadaan. Apabila ditimpa kesusahan, dirikanlah solat dan mohonlah bantuan dari Allah. Apabila dikurniakan kesenangan, bangun dan tunaikanlah solat, lambang syukur hamba kepada Allah.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

TRAILER & OST BOBOIBOY MOVIE 2

TRAILER & OST BOBOIBOY MOVIE 2



Filem animasi tempatan BoBoiBoy Movie 2 terbitan Animonsta Studios dengan kerjasama Astro Shaw bakal ditayangkan serentak di lima negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, dan Vietnam pada 8 Ogos 2019. Filem kedua ini membabitkan kos produksi keseluruhan sebanyak RM7 juta. Penyanyi terkenal tanah air Faizal Tahir dipilih menyanyikan lagu tema BoBoiBoy 2 berjudul Fire & Water.


BoBoiBoy Movie 2 OST | Fire & Water - Faizal Tahir

DRAMA UTUSAN CINTA BUAT ADAM DI TV3


Drama Utusan Cinta Buat Adam disiarkan bermula 3 Julai 2019, setiap hari Isnin hingga Jumaat , jam 7 malam di TV3 Lakonan Kamal Adli, Puteri Aishah, Sharifah Sakinah, Nazrief Nazri, Nazeera Sardi, Kartina Aziz, Sharifah Shahora, Noriswara, Kuza dan ramai lagi.

SINOPSIS UTUSAN CINTA BUAT ADAM

Mengisahkan Aireen Husna, seorang arkitek yang sering kali ternampak Adam Firdaus di masjid yang selalu dikunjunginya. Aireen jatuh hati pada Adam walaupun tidak dapat mengenali siapa Adam sebenarnya. Aireen mengimpikan calon suami yang beriman dan mendambakan cinta setulus cinta Rasullah dan Siti Khadijah. Kagum dengan kesungguhan Siti Khadijah untuk memiliki Rasullulah, Aireen mula merisik siapakah Adam dan terus melamarnya.

Adam binggung menerima lamaran daripada Aireen. Desakan daripada Tok Wan yang mahu Adam berkahwin dengan Liyana tidak menyenangkan Adam. Namun akhirnya, Adam memilih untuk menerima lamaran Aireen.

Persetujuan Adam mengahwini Aireen menggembirakan semua ahli keluarga kecuali Tok Wan yang merasakan Adam menderhaka. Tok Wan marah Adam menolak pilihannya. Kemarahannya semakin memuncak apabila Adam dan Aireen tetap disatukan walaupun puas dia menghalang. Aireen menganggap Adam menerimanya kerana kasihan tetapi pendirian Adam pula berbeza. Adam inginkan satu hubungan yang lebih diredai iaitu selepas mereka disatukan.

Di hari pernikahan mereka, Adam tidak sangka gadis yang sudah beberapa kali ditemuinya itu ialah isternya, Adam sangat gembira kerana dia memang sudah jatuh hati pada Aireen. Walaupun Adam dan Aireen bukan berkahwin atas dasar cinta, mereka saling lengkap melengkapi dan menjalani fasa baharu dengan penuh kasih sayang.

Ketika perkahwinan mereka menjengah tiga bulan, Aireen masih belum mengandung. Tok Wan mula campur tangan dan menyuruh Aireen membuat pemeriksaan kesuburan. Aireen didapati mempunyai masalah untuk hamil dan terpaksa menjalani rawatan kesuburan jika mahu hamil. Aireen kecewa tetapi Adam tetap tenang dan bersetuju agar Aireen melalui sesi rawatan seperti yang dinasihatkan oleh ibu mertuanya.

Tok Wan semakin membenci Aireen sebaik mengetahui perkara tersebut. Dia mendeasak Adam berkahwin lagi tetapi Adam tidak bersetuju. Aireen juga tegas menghalang. Sakit hati dengan penolakan Adam dan bantahan Aireen, Tok Wan semakin berang. Setelah dihasut oleh Liyana, Tok Wan mula mengunakan ilmu hitam untuk memisahkan Adam dan Aireen. Bahagaimanakah Adam dan Aireen mempertahankan mahligai cinta mereka?

Surat An-Nahl ayat 36

IKUTILAH SERUAN RASUL KERANA ITULAH HIDAYAH PETUNJUK ALLAH

Firman Allah SWT :

فَمِنۡهُم مَّنۡ هَدَى ٱللَّهُ وَمِنۡهُم مَّنۡ حَقَّتۡ عَلَیۡهِ ٱلضَّلَـٰلَةُۚ

[Surat An-Nahl ayat 36]
‎Terjemahan :
"Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan."

SINOPSIS SILANG

Telefilem Silang mengetengahkan kehidupan individu disleksia lakonan Nazim Othman, Emma Maembong dan Jasmin Hamid. Bakal ditayangkan pada 6 Julai 2019 (Sabtu) jam 10 malam di slot Cerekarama TV3.

SINOPSIS SILANG

Mengisahkan Amir seorang pereka grafik yang baru sahaja berkahwin dengan Dura. Selepas berkahwin, barulah Dura sedar yang Amir mempunyai masalah disleksia kronik dan anak mereka juga ada masalah sama.

Word 182

Word 182

Allah hadirkan ujian untuk beri kita kesabaran.

Kerana selepas kesabaran yang kita pendam, akan ada balasan baik atas kesabaran tersebut.

Sabar tak mudah, kerana itulah pahala sabar itu besar dan indah

25#4

Word 181

Word 181

Orang yang memendam perasaan sering kali terjebak oleh hatinya sendiri.

Sibuk merungkai semua kejadian di sekitarnya untuk membenarkan hatinya berharap.

Sibuk menghubung banyak hal agar hatinya senang menimbun mimpi.

Sehingga suatu ketika dia tidak tahu lagi mana simpul yang nyata dan mana simpul yang dusta.

Sebentar

Sebentar - Dayang Nurfaizah

Ini Bukan pertama kali aku terluka
Dah Berapa kali pun aku sudah lupa
Lali, Lali aku lali

Bukan Ku tak pernah cuba selamat kan semua
Dan Tak pernah pula aku terlalu mencuba
Lali, Lali aku lali

Masih Disini teguh ku berdiri
Suka Dan duka silih berganti
Ini Semua
Tak Akan lama

Ini Semua sebentar
Sebentar Saja
Percayalah
Tiada Apa yang selamanya
Semuanya Hanya sementara

Ini Semua sebentar
Sebentar Saja
Percayalah
Waktu Mengubati semuanya
Sabarlah Tempuhi segalanya

Semakin Banyak yang diri ku lalui
Semakin Tiada aku tempuhi
Lali, Lali aku lali
Masih Disini teguh ku berdiri,
Suka Dan duka silih berganti
Ini Semua
Tak Akan lama

Ini Semua sebentar
Sebentar Saja
Percayalah Oh oh
Tiada Apa yang selamanya
Semuanya Hanya sementara

Ini Semua sebentar
Sebentar Saja
Percayalah Woo ohh
Waktu Mengubati semuanya
Sabarlah Tempuhi segalanya

Apa Yang tak membunuhku
Membuatku Teguh
Ku Tak ragu

Apa Yang tak membunuhku
Membuatku Teguh
Ku Tak ragu

Masih Disini teguh ku berdiri
Suka Dan duka silih berganti
Ini Semua
Tak Akan lama

Ini Semua sebentar
Sebentar Saja
Percayalah
Tiada Apa yang selamanya
Semuanya Hanya sementara

Ini Semua sebentar
Sebentar Saja
Percayalah
Waktu Mengubati semuanya
Sabarlah Tempuhi segalanya

Apa Yang tak membunuhku
Membuatku Teguh
Ku Tak ragu

Word 180

Word 180

DUNIAKU DUNIAMU DUNIA KITA

Demi masa
yang tak pernah diam 
detik yang berdetak

Kemarin,
daun itu jatuh dari pohon 
yang tumbuh di atas arash
disana tertulis namanya

Hari ini
tabir tersingkap
menyatukan separuh jiwa
menjadi ikatan janji setia sehidup semati

Ya Robb,
andai masih ada sisa waktu
beri aku ruang untuk mengikis dosa-dosaku
dekaplah aku dengan kasih-Mu
jangan biar aku dalam kerugian...

Wadah Terkini