Drama Jujurlah Nikahi Aku (Astro Ria)

Jujurlah Nikahi Aku

Drama adaptasi novel 'Jujurlah Nikahi Aku' karya Umie Nadzimah di slot DramaVaganza, Astro Ria disiarkan bermula 27 Januari 2020, setiap Isnin hingga Jumaat pukul  7 malam 

Lakonan Uyaina Arshad, Sean Lee, Amar Asyraf, Rita Nadira, Raja Azura, Hamidah Wahab, Zaidi Omar ...

SINOPSIS JUJURLAH NIKAHI AKU
Mengisahkan Nurin Asyfa, gadis istimewa yang dibenci ibunya sendiri kerana kecacatan yang dimiliki. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri. Mujurlah ada Alan yang baik dengannya. Alan sudah lama sukakan Nurin sejak sekolah lagi. Namun perbezaan agama menyebabkan mereka tidak akan bersatu. 

Bos ditempat kerja Nurin, Ahmad Zanif juga menyukai Nurin. Zanif yang menganggap dirinya lelaki sempurna dan meminati Nurin yang berbeza dari gadis yang selalu didampinginya. Namun hubungan mereka dihalang oleh Zurin, adik Nurin. Tetapi jodoh telah menetapkan Nurin berkahwin dengan Zanis. Namun rumahtangga mereka tidak kekal lama. 

Muncul pula si Qayyum pemuda yang tidak dikenali yang ingin menikahinya dengan rela hati. 

Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi Gandingan Aeril Zafrel dan Nabila Razali (TV3)


Seindah Tujuh Warna Pelangi

Drama adaptasi novel 'Seindah Tujuh Warna Pelangi' karya Eman Sufi bakal mengisi slot Akasia TV3 pada 24 Februari 2020. 

Lakonan Aeril Zafrel, Nabila Razali, Hun Haqeem, Raja Afiq, Wilma Muhammad, Aidil Aziz, Elly Mazlein, Sahronizam Noor, Riz Amin, Nazeera Sardi, Wanna Ali, Laila Nasir, Hairie Othman, Jalaludin Hassan, Wanns Ahmad, Cassia Iman ...

SINOPSIS SEINDAH TUJUH WARNA PELANGI

Kisah mengenai perkahwinan antara sepupu, Andika dan Aira berdasarkan berlainan matlamat. Andika mengunakan perkahwinan untuk mendapat harta bahagian Aira yang diwarisi daripada datuk mereka sedangkan Aira menerima perkahwinan atas dasar cinta. Perkahwinan mereka tidak kekal lama. Aira merajuk membawa diri, meninggalkan keluarga dan anaknya Sofia. 

Setelah tiga tahun menghilangkan diri, Aira Tihani pulang ke kampung menjelang pernikahan abangnya, Reyhan. Pertemuan semula dengan ahli keluarga serta anak yang telah ditinggalkan merubat segala kerinduan kecuali pertemuan semula dengan bekas suaminya, Andika Iman. Kepulangannya itu menggamit semula kenangan yang cuba dilupakan. 

Sedar kesilapan diri yang menjadi punca runtuhnya rumahtangga yang dibina, Andika membuang rasa ego dan kembali memujuk. Sayangnya, tiada lagi ruang buatnya di hati Aira.

Sehingga satu tragedi berlaku kepada Aira yang mengakibatkan dia mengalami hilang ingatan. Andika menggunakan peluang itu untuk mendapatkan Aira semula.

Drama Camelia gandingan Saharul Ridzwan, Diana Danielle, Ain Edruce, Hafidz Roshdi (TV3)

Camelia tv3

Drama 15 episod 'Camelia' disiarkan di slot Samarinda TV3 bermula 16 Januari, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.

Lakonan Saharul Ridzwan, Diana Danielle, Ain Edruce, Hafidz Roshdi, Lisdawati , Zarina Zainuddin, Ainina Ahmad, Aidil Aziz, Qistina Raisah, Puteri Balqis, Redzwan Adha, Mak Engku ...

SINOPSIS CAMELIA

Mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang porak peranda disebabkan perangai anak-anak yang suka meroyan.

Pada tahun 1999, 3 adik-beradik, Malik, Mariam dan Marina tinggal bersama ibubapa mereka, Halim dan Zainab, dan nenek sebelah mak mereka, Tok Su. Mereka bukan keluarga kaya, mengerjakan sawah yang dipajak.

Mariam tertekan semenjak kecil kerana selalu dipandang rendah oleh neneknya, Tok Su. Tok Su sering lebihkan adiknya, Marina yang dikatakan amat cantik berbanding dirinya.

Walaupun emak, ayah dan abang angkatnya, Malik berada dipihaknya Mariam tetap tertekan. Kejahatan Marina juga membuatkan Mariam trauma. Tekanan dan trauma yang berterusan kemudiannya telah menyebabkan  Mariam memiliki 'split identiti'.

Identiti dimana dia mahu kelihatan lebih cantik daripada Marina. Identiti yang bernama 'Camelia'. Camelia mula menguasai diri Mariam dalam usaha membalas dendam di atas setiap perbuatan jahat Marina.

Malik yang akhirnya menjadi suami Mariam harus berusaha untuk mengembalikan Mariam sebelum Camelia mengambil alih sepenuhnya badan Mariam. Malik berharap kekuatan cinta mereka berdua yang dipupuk sedari kecil dapat mengalahkan 'Camelia'.


TELEFILEM MISTERI BILIK BAWAH TV3

Misteri Bilik Bawah

Telefilem seram 'Misteri Bilik Bawah' pada Sabtu ini, 18 Januari 2020, pukul 10 malam di TV3.

Lakonan Nad Zainal, Zahiril Adzim, Dynas Mokhtar, Roy Azman, Nadia Mustafa ...


SINOPSIS MISTERI BILIK BAWAH

Akibat selalu mendapat mimpi yang pelik dan gangguan mistik yang berterusan, Zalika mengesyaki bilik bawah yang dilarang daripada membukanya oleh ayah mentuanya itu mempunyai kaitan apa yang dia alami.

SCHANURIL- Sumpahan (OST Misteri Bilik Bawah)

Drama Chandelier (Astro Ria)

Chandelier

Drama (24 episod) adaptasi novel 'Chandelier' karya Acik Lana di slot MegaDrama, Astro Ria pada bulan Februari nanti.


Lakonan Ben Amir, Mimi Lana, Norman Hakim , Shasha Abedul, Nadya Syahera, Alif Muhaimin, Diana Dee, Aisar Khaled, Nynaa Harizal , Sharifah Shahora, Laila Nasir ...

SINOPSIS CHANDELIER

Keisha Edlina digelar gold digger kerana berbekalkan wajah pan-Asia dan tubuh yang sempurna dia menggoda lelaki kaya dan peras harta mereka habis-habisan. Kemudian dia mencari lelaki lain yang jauh lebih kaya pula.

Hubungan selama dua tahun bersama Datuk Eusoff tidak menjadi, dan dia berpaling pula kepada Tan Sri Emran. Belum sempat mencapai angan-angan, satu insiden ngeri telah menimpa Keisha Edlina. Kiesha diserang sehingga berlakunya kecacatan dimukanya. Dia berputus asa untuk meneruskan hidup, namun kemunculan Kaef mengubah haluannya.

Hatinya terpikat dengan keikhlasan lelaki itu walaupun Kaef tidak punya banyak harta atau kemewahan. Sedang indah menikmati hidup penuh bahagia di sisi Kaef, ujian dan dugaan hadir membuatkan Keisha Edlina terpaksa berkorban. 

Kaef disaman dalam perniagaanya dan Keisha meminta pertolongan dari Tan Sri Emran. Syarat memaksa dirinya meninggalkan Kaef dan berkahwin dengan Tan Sri Emran.

Telunjuk Iblis lakonan Kamal Adli dan Tiz Zaqyah

Telunjuk Iblis

Mengisahkan kisah percintaan dua insan dari dunia yang berbeza antara seorang lelaki kampung dan seorang perempuan pengamal ilmu hitam.

Filem seram 'Telunjuk Iblis' lakonan Kamal Adli dan Tiz Zaqyah pada Sabtu, 18 Januari 2020 pukul 9 malam di Astro Citra.

Lakonan Kamal Adli, Tiz Zaqyah, Fikhree Bakar, Zaki Azeman, Asyiqin Zaed, Naza Manas, Shah Kimin, Halmey Hamdah, Razman Mahayuddin ...

SINOPSIS MAAF TAK INDAH

Maaf Tak Indah

SINOPSIS MAAF TAK INDAH

Kisah Syazan yang tersilap langkah melahirkan anak yang dia cuba gugurkan. Kelahiran anak yang dinamakan Adam itu menyedarkan Syazan. Namun semuanya telah terlambat dia diceraikan oleh suaminya Raimie yang tidak dapat menerima perbuatan itu, malah Syazan dibuang keluarga dan berpisah dari anaknya. Hati Syazan tambah terluka apabila Raimie menjalin hubungan dengan Zila.

Selepas 5 tahun, mereka dipertemukan semula. Penderitaan Syazan tidak berpenghujung. Dia sentiasa rindukan Adam namun tidak diberikan peluang oleh Raimie untuk berjumpa. Syazan pula menyembunyikan kehadiran anaknya Tia dari pengetahuan Raimie.

Drama adaptasi novel Maaf Tak Indah karya Emy Roberto yang bakal mengisi slot Samarinda TV3 Februari nanti.

Lakonan Azlee Khairi, Azar Azmi, Ruhainies, Fizo Omar , Zulkifli Ismail, Aida Khalida, Mustapha Kamal, Didie Alias, Zuhayr, Cassia Iman, Melanie Tan, Pauline Tan ...


Di saat sendiri

Hari demi hari telah ku lewati
Tak pernah aku bersamamu lagi
Tak pernah aku menduga
Kau akan pergi tinggalkan aku
-
Jauh kau pergi tinggalkan diriku
Sepi hati ini membunuhku
Ku coba untuk cari penggantimu
Namun tak ada yang sepertimu
-
Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku
-
Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku sendiri
-
ooh Jauh kau pergi tinggalkan diriku
Sepi hati ini membunuhku
Ku coba untuk cari penggantimu
Namun tak ada yang sepertimu
-
Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku
-
Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku sendiri
-
rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku
-
Ooh rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku
Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku sendiri

JANJI KEKASIH

JANJI KEKASIH - ELLY MAZLEIN

Mencari-cari ku mencari

Cari cinta yang hilang
Bermimpi-mimpi ku bermimpi
Mimpi engkau datang
Menangis-nangis ku menangis
Nangis oh kerana mu
Merintih-rintih ku merintih
Rintihan kesedihan
Kau teramat ku kasihi

Hanyalah kau kekasih ku
Tiada duanya
Aku sayang kepada mu
Sepenuh jiwaku
Kasihnya ku terhadapmu seharum kasturi
Tidak pernah aku curang
Kepadamu percayalah sayang ku
Aku cinta kepada mu
Engkaulah kekasihku

Sungguh aku rindu

Rindu belaian mu
Diri kehausan cebisan kasih mu
Penawar resah ku
Sungguh aku pilu pilu keranamu
Pergi tanpa kata tersiksa batin ku
Sunggu aku sendu sendunya hati ku
Tapi aku mahu bersama dengan mu
Untuk selamanya

Sungguh aku rindu
Rindu kepada mu
Menjelmalah kasih merawat diri ku
Yang terluka dan sengsara
Merayu-rayu ku merayu
Rayu sesungguh hati
Menunggu tunggu ku menunggu
Engkau pasti kembali
Kasihanilah diri ku

Juara Maharaja Lawak Mega 2019

Juara Maharaja Lawak Mega 2019

Juara : Puteh - Ali, Mamak, Man RL

Naib Juara : Zero - Atu, Syaiful, Syarif

Ketiga : Bocey - Abam, Achey, Fad

Keempat : J-Born - Joey, Khir Rahman, Vicha

Kelima : Rare -Pak Ya, Ropie, Ajak

Sumber: Zon Lawak

Mengantuknya Mumia - Didi & Friends

Mengantuknya Mumia - Didi & Friends

Hooo… nak tidur mana?
Hooo… nak tidur mana?

Mengantuk… mengantuk
Nak tidur mana?
Mengantuk… mengantuk
Tolonglah saya

Jumpa katil (katil)
Jumpa katil (katil)
Katil yang bulat
Yeay… nak tidur (okay)

Ouch! Ouch! Ouch! Ouch!
Tak boleh tidur
Tak boleh!
Circlestein punya
(Okay)

Mengantuk… mengantuk
Nak tidur mana?
Mengantuk… mengantuk
Tolonglah saya

Jumpa katil (katil)
Jumpa katil (katil)
Katil segi empat
Yeay… nak tidur (okay)

Ouch! Ouch! Ouch! Ouch!
Tak boleh tidur
Tak boleh!
Itu Squarewolf punya

Mengantuk… mengantuk
Dah boleh tidur
Mengantuk… mengantuk
Dah boleh tidur

Hooo… dah boleh tidur
Hooo… dah boleh tidur

Manis Agnes Jam 5 di TV Okey setiap hari bermula 12 Januari pukul 10 malam

Manis Agnes Jam 5

Drama bersiri 13 episod 'Manis Agnes Jam 5' bermula 12 Januari ini, disiarkan setiap hari pukul 10 malam di TV Okey.

Lakonan Fadlan Hazim, Lia Natalia, Azwan Kombos, Didi Astillah, Dilla Ahmad, Asmidar, Den Wahab, Izzat Mushtaq, Vicha Barbie, Faris Fitri ...

SINOPSIS MANIS AGNES JAM 5

Dua sahabat lama, bertemu semula di Sandakan setelah 10 tahun terpisah, masih menyimpan perasan dalam diam. Namun kini seorang sudah bertunang dan tanpa mereka sedar, kenangan setiap petang di Agnes Keith Tea House mengembalikan kemanisan perasaan sesama mereka yang sebenar.

Kamal Adli dan Hannah Delisha dalam Drama Bukan Kahwin Paksa

Bukan Kahwin Paksa

Drama (13 episod) adaptasi novel 'Bukan Kahwin Paksa' karya Syamnuriezmil akan mengisi slot Lestary TV3, Februari 2020.

Lakonan Kamal Adli, Hannah Delisha, Danial Dashuki, Alya Iman, Oktovia Manrose, Afiq Muiz, Husna Mustaffa, Jasper Supayah, Ziela Jalil, Shah Rezza, Liza Abdullah, Watie Sadali , Dhia Irdina, Qistina Khaled ...

SINOPSIS BUKAN KAHWIN PAKSA

Pada mulanya, mereka dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan yang menyebabkan mereka ditakdirkan menjadi musuh. Disebabkan tersalah e-mel, mereka kemudian menjadi kawan baik di alam maya. Sehinggalah mereka ditakdirkan jatuh cinta melalui panggilan telefon.

Izz Rizqin mengorbankan cintanya demi keluarganya. Membawa diri selepas kekasihnya, Ariyana ditunangkan dengan abang long Azz Rizqin. 

Dara Safiya pula tidak percaya kepada cinta selepas dia dicurangi Ryan. Dia mahu membujang sampai ke tua menjaga mama dan papanya. 

Kedua-dua keluarga mereka mencadangkan calon pilihan dan mereka bersetuju. Tanpa mengenali mereka hanya akan berjumpa di hari pernikahan.

SINOPSIS TITIAN TAKDIR

Titian Takdir

SINOPSIS TITIAN TAKDIR

Kisah empat adik beradik Latifah, Nazmi, Ayoi dan Aishah yang kehilangan ibu sejak kecil. Mereka terpaksa tinggal dengan keluarga mertua tanpa belaian kasih sayang. Kerana kesempitan hidup,  adik bongsu mereka Aisyah terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat iaitu Datuk Jufri dan Datin Rina. Sejak itu mereka terpisah.

Meningkat dewasa, Nazmi cuba menyatukan kembali adik beradik yang terpisah. Aishah menggangap dia sudah tidak ada lagi adik beradik dan mahu dikenali sebagai Kirana seorang artis.  Latifah kini bekerja dengan Dr Kamil di sebuah klinik. Ayoi pula menjadi seorang samseng.

Drama Titian Takdir disiarkan bermula 9 Januari 2020, setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di TV3.

Wadah Terkini