Mimbar Pencetus Ummah 2 Akhir
Badan lemah: Punca, tanda dan rawatan
Badan lemah: Punca, tanda dan rawatan

Badan lemah membawa maksud seseorang itu merasa letih ataupun tidak bertenaga.
Ia bukan membawa maksud rasa mengantuk ataupun rasa pening kepala. Apabila anda merasakan badan anda lemah, anda tidak mempunyai motivasi dan tenaga untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
Badan lemah merupakan salah satu simptom yang disebabkan masalah kesihatan. Ia boleh berpunca dari perkara yang normal sehinggalah perkara yang serius.
Jika rasa lemah tersebut masih tidak sembuh selepas mengambil rehat dan makanan yang cukup, pesakit mungkin mempunyai masalah kesihatan yang lain dan perlunya pada pemeriksaan seseorang doktor.
Apakah punca dan penyebab badan lemah?
Ia boleh dibahagikan kepada tiga kategori am iaitu:
Gaya hidup
Masalah kesihatan
Masalah mental
1) Gaya hidup
Jika anda mengalami masalah badan lemah, aktiviti dan juga gaya hidup mungkin menjadi punca dan penyebab kepada masalah tersebut. Sebagai contoh, ia boleh disebabkan:
Senaman yang berlebihan
Tidak melakukan senaman
Kurang tidur
Lebih berat badan
Sedang dalam keadaan stres
Sedang mengalami kehilangan seseorang ataupun sesuatu
Pengambilan alkohol yang kerap
Pengambilan dadah
Pengambilan kafein yang banyak
Tidak mengambil diet yang sihat
2) Masalah kesihatan
Terdapat pelbagai masalah kesihatan yang menyebabkan simptom. Ia adalah:
Anemia (kurang sel darah merah)
Sakit sendi
Jangkitan kuman. Sebagai contoh ketika demam dan selesema
Hipotiroid
Masalah tidur (Insomnia)
Penyakit autoimune (sebagai contoh SLE, Rheumatoid arthritis, Psoriasis dan sebagainya)
Lemah jantung
Kanser
Kencing manis
Kegagalan buah pinggang
Kegagalan fungsi hati
3) Masalah mental
Terdapat beberapa masalah mental yang menyebabkan perkara ini seperti penyakit kebimbangan, tertekan dan sebagainya
Bilakah anda perlu berjumpa dengan doktor?
Anda perlu berjumpa doktor, jika anda:
Berterusan mengalami masalah tersebut beberapa minggu
Tidak mengetahui punca tersebut
Mengalami kekurangan berat badan yang ketara
Sangat sensitif dengan persekitaran yang sejuk
Mengalami masalah untuk tidur
Merasakan diri berada dalam keadaan tertekan.
Dalam beberapa keadaan, rasa badan lemah merupakan perkara yang serius. Pergi ke hospital jika anda mengalami simptom dan tanda seperti di bawah:
Berak berdarah
Muntah darah
Sakit kepala yang teruk
Sakit dada
Rasa nak pengsan
Muka pucat
Pengsan
Sesak nafas
Berfikir untuk membunuh diri
Sumber: https://thediagnosa.com
Berfikir untuk membunuh orang lain
Bagaimanakah doktor merawat badan lemah?
Rawatan masalah ini berkait rapat dengan punca yang menyebabkan masalah tersebut berlaku.
Doktor akan memeriksa pesakit terlebih dahulu untuk mengetahui punca kepada pesakit. Jika pesakit disyaki mempunyai masalah kesihatan, pesakit mungkin akan diminta untuk menjalani beberapa jenis pengambilan sampel darah untuk mengetahui punca kepada masalah tersebut.
Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk merubah gaya hidup dan mengelakkan rasa badan lemah. Ia adalah:
Sentiasa mengambil air yang mencukupi
Melakukan senaman secara rutin dan tidak berlebihan
Dapatkan tidur yang secukupnya
Elakkan perkara yang menyebabkan anda stress
Elakkan pekerjaan yang menyebabkan beban yang banyak kepada anda
Elakkan pengambilan alkohol, rokok dan penggunaan dadah
Sumber : SinarHarian
SINOPSIS DRAMA PEREMPUAN TANPA DOSA

SINOPSIS DRAMA PEREMPUAN TANPA DOSA
Demi maruah, Datuk Majid terpaksa mengahwinkan anak tunggalnya, Lily dengan Rizal dan Rizal hanya akan melepaskan Lily sebaik saja Lily selamat melahirkan anak yang dikandungnya. Sebagai imbuhan, Rizal meminta sejumlah wang dan dengan wang tersebut dia membina hidup di kampung halamannya. Saat perasaan sayang dan kasih Lily pada Rizal mula bercambah, Eddie datang semula untuk merebut kasih Lily dan juga anak di dalam kandungan. Walaupun pada mula, Lily tekad memilih untuk terus bersama Rizal tetapi perasaannya menjadi berbelah bagi tatkala dia mengetahui akan hubungan Rizal dengan Usu Sakinah. Lalu dia pergi membawa diri dan anaknya pulang ke Kuala Lumpur. Menyedari keadaan Lily dan Rizal, Usu Sakinah telah menguburkan harapannya terhadap Rizal lalu merima pinangan Rahman. Tika ketiadaan Lily, Rizal benar-benar merasa kehilangan dan kerinduan dan menyedari bahawa dia telah mula menyayangi Lily dan cuba memujuk Lily kembali ke pangkuannya. Berjayakah Rizal?
Drama 28 episod, adaptasi novel Perempuan Tanpa Dosa karya Fatinilam Sari Ahmad akan disirkan di slot MegaDrama, Astro Ria.
Lakonan Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad, Hilal Azman, Yusof Yusuf Bahrin, Zac Zaky, Susan Manen, Shaza Bae ...
Al-FATIHAH untuk DIRI SENDIRI
Al-FATIHAH untuk DIRI SENDIRI
Pernahkah anda menghadiahkan Al-Fatihah untuk DIRI anda sendiri...?
Jika belum, lakukanlah mulai hari ini karena ini adalah makanan yang baik bagi ROH kita, iaitu zikir-zikir dan Al-Fatihah. Ia adalah sebaik² hadiah untuk Ruhani kita.
CARA MENGAMALKANNYA :
Setiap pagi apabila kita bangun dari tidur...
1. "Beri salam" pada diri sendiri dahulu
2. Lalu panggil nama PENUH kita dengan lembut 3 kali
3. kemudian sentuh dada kiri kita ( jantung ) sambil mengucapkan :
" ALHAMDULILLAH "
4. Kemudian katakanlah :
Aku hadiahkan Al-Fatihah ini untuk diriKu sendiri, lahir dan batinku, Yaa Allah jagalah hamba-Mu ini, lindungi hamba-Mu, Jadikanlah hamba Penjemput rezeki Allah yang berlimpahan seperti air sungai yang mengalir tiada hentinya..
Aamiin Ya Allah.
Lalu baca surah" Al-Fatihah 1x.
Lakukan sekarang kerana mungkin sudah lama atau tidak pernah anda menghadiahkan Al-Fatihah pada diri sendiri, lakukan sekarang dan nikmatilah RASAnya…
Rasulullah S.A.W bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."
(HR. Al-Bukhari)
Aamiin ya Rabbal'alamin
Semoga bermanfaat dunia akhirat... Aamiin.
Kredit Ustaz Ebit Lew
Foto: Pesan Bonda
Sumber : FB
WORD 249
WORD 289
I AM STRONG
BUT I AM TIRED
SINOPSIS TELEFILEM KASUT

SINOPSIS TELEFILEM KASUT
Kisah liku-liku kehidupan seorang bapa tunggal yang berusaha membesarkan anaknya dengan berkerja sebagai tukang kasut. Berbagai dugaan terpaksa ditempuh, namun dengan berkat kesabaran serta dibantu oleh sahabat yang baik hati, dia akhirnya berjaya memiliki sebuah gedung kasut yang terkemuka.
Telefilem 'Kasut' disiarkan pada Jumaat (7 Ogos 2020) 9.30 malam di TV2.
Lakonan Sahronizam Noor, Ali Mohammad, Putra Aman Danish Mohd Ghazali, Azanena Binti kkelana, Mezam Bin Malian ...
Temui Zara Zya dalam Telefilem Aku Tak Gila
Temui Zara Zya dalam Telefilem Aku Tak Gila
Telefilem Aku Tak Gila akan ditayangkan pada 8 August 2020 jam 9 malam hanya di Astro Citra dan Citra HD.
Lakonan Zara Zya, Hasnul Rahmat, Zaefrul Nordin, Hairi Safwan, Puteri Rafasya, Azza Elite ...

Telefilem Aku Tak Gila akan ditayangkan pada 8 August 2020 jam 9 malam hanya di Astro Citra dan Citra HD.
Lakonan Zara Zya, Hasnul Rahmat, Zaefrul Nordin, Hairi Safwan, Puteri Rafasya, Azza Elite ...
SINOPSIS AKU TAK GILA
Balqis menderita setelah diculik dan diasingkan dari masyarakat selama hampir 10 tahun selain didera fizikal dan mentalnya. Kesan daripada itu menjadikan Balqis trauma dan melahirkan 4 perwatakan lain dalam dirinya.
SEGMEN | Giveaway dan Mencari Bloglist bynadiajamhari (14 Ogos 2020)
#Segmen: Giveaway dan Mencari Bloglist bynadiajamhari (14 Ogos 2020)


#Segmen: Giveaway dan Mencari Bloglist bynadiajamhari
TANDA POSITIF VIRUS COVID-19
TANDA POSITIF VIRUS COVID-19
Hari 1-3 ▶️ Biasa Sejuk
▶️ Tekak gatal
▶️ Tidak demam
Hari 4 ▶️ Tekak nyeri, lebih gatal
▶️ Tubuh lemah
▶️ Suara serak
▶️ Suhu badan 36.5 °
▶️ Kurang selera makan
▶️ Sakit kepala
▶️ Cirit-birit
Hari 5 ▶️ Keradangan tekak
▶️ Titik putih belakang kerongkong
▶️ Kerongkong merah & bengkak
▶️ Kehilangan suara
▶️ Suhu badan 36.5 ° -36.7 °
▶️ Tubuh lemah (sakit badan)
▶️ Sakit sendi (rasa reumatik atau gout)
Hari 6 ▶️ Suhu badan 37 ° (demam)
▶️ Batuk kering (Tanpa kahak)
▶️ Tekak nyeri semasa makan
▶️ Makin teruk bila telan & bercakap
▶️ Badan mual atau muntah berulang
▶️ Sedikit sesak nafas
▶️ Sakit tangan & jari
▶️ Muntah (membuang)
▶️ Cirit-birit (peredaran air berair)
Hari 7 ▶️ Demam tinggi dari 37.4 ° -37.8 °
▶️ Batuk berterusan (kahak)
▶️ Sakit kepala & cirit-birit
▶️ Cirit-birit yang berterusan
▶️ Muntah berterusan
Hari 8 ▶️ Demam 38 ° ke atas
▶️ Masalah pernafasan/Kesan nafas
▶️ Batuk berterusan
▶️ Sakit kepala, sakit sendi yang lebih
▶️ Sakit di punggung (Lumbal tegang)
Hari 9 ▶️ Tiada bantuan sama sekali
▶️ Demam semakin tinggi suhu
▶️ Batuk berterusan (Kahak)
▶️ Sesak nafas
SILA KE HOSPITAL DENGAN SEGERA JIKA TERDAPAT TANDA AWAL DI ATAS SEBELUM TERLAMBAT🚨
SAYANGI ORANG TERSAYANG ANDA
DOA MENGATASI PENYAKIT RUMIT
DOA MENGATASI PENYAKIT RUMIT
Pendek je Doa ni. Tapi kalau anda baca dengan penuh keyakinan dan kesungguhan ia akan menjadi penawar bagi segala penyakit yang berada didalam tubuh badan kita dan racun sekiranya ada jin yang bersarang dalam tubuh kita. Jom kita cuba.
Baca Doa seperti di dalam gambar 7 kali dah Berdoa contoh ( Ya Allah Jadikan Air ni sebagai penawar bagi segala penyakit dan racun bagi segala ganggun jin dan syaitan yang ada ditubuh badan ku in). Minum dengan pelahan-pelahan diselangi dgn selawat. Sekiranya ketika minum anda terasa mual dan hendak muntah. Jangan di tahan muntah tersebut. Muntah sahaja (mungkin yang keluar itu adalah bisa gangguan jin/bisa-bisa santau/sihir yang ada didalam badan anda. Amalkan minum kaedah ini 3 kali sehari. Insya Allah
Bagi yang ingin mengunakan kaedah tersebut boleh tulis diruang komen "izinkan saya untuk beramal". Insya Allah nanti saya ijazahkan.
Insya Allah.. ini hanya sebagai salah satu ikhtiar bagi merawat segala penyakit yg ada didalam tubuh badan kita. Jaga atikad kita, Kebergantungan kita hanya pada Allah swt. Sesungguhnya Allah yg menyembuhkan.
Sumber Norazri Madzelan
Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur
#Doa_Usaha_Ikhtiar_Tawakal_Redha
#Al_Quran_Penawar
#Temujanj_Rawatan_0179002914
#Izinkan_saya_untuk_beramal
#KongsiIlmuBermanfaat
Sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=190810165797685&id=100046061074090
Nabila Razali, Kebaya Kasut Kanvas ...
Nabila Razali, Kebaya Kasut Kanvas ...

Drama 10 episod 'Kebaya Kasut Kanvas' adaptasi dari buku 'Si Baju Kurung Kasut Kanvas' karya Umie Nadzimah akan menemui penonton mulai 12 Ogos 2020, setiap Rabu dan Khamis pukul 6 petang di TV3.
Lakonan Nabila Razali, Fahrin ahmad dan Rozita Che Wan ...
SINOPSIS DRAMA KEBAYA KASUT KANVAS
Suria bekerja di sebuah syarikat fesyen. Dia dikenali dengan cara pemakaian uniknya yang gemar mengenakan baju kebaya dengan kasut kanvas.
Suria tidak pernah mempunyai teman lelaki sejak zaman kolej dan dia seorang yang terlalu sibuk dengan kerjanya sehingga ibunya, Cik Pah mula risau jikalau anak daranya tidak akan kahwin.
Tanpa pengetahuan Suria, Cik Pah telah menerima lamaran kahwin bagi pihaknya. Cik Pah juga merahsiakan siapakah bakal suaminya malah Suria disuruh untuk mencari siapakah lelaki tersebut.
Cik Pah hanya memberi satu petunjuk bahawa Suria juga mengenali lelaki itu.
RUMAH PENINGGALAN NABI MUHAMMAD SAW
RUMAH PENINGGALAN NABI MUHAMMAD SAW
WORD 248 | Surah Al-Waqiah Ayat 19
WORD 248 | Surah Al-Waqiah Ayat 19
Penawar Sakit Kepala dan Migrain dari Surah Al-Waqiah Ayat 19
4 kawasan di Kedah dikenakan PKPD secara pentadbiran akibat kluster Sivagangga
4 kawasan di Kedah dikenakan PKPD secara pentadbiran akibat kluster Sivagangga
Kira-kira 7,000 penduduk di 4 kawasan di Kedah yang dikaitkan dengan kluster Sivagangga dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran (Temco) mulai hari ini ( 3 Ogos ) hingga 30 Ogos ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, mesyuarat khas menteri-menteri mengenai pelaksanaan PKP hari ini meluluskan permohonan kerajaan Kedah untuk melaksanakan Temco kerana mengambil kira 11 kes baru yang berpunca daripada kluster itu membabitkan 4 mukim.
Kawasan itu membabitkan radius 1km dari Restoran Nasi Kandar Salleh di pekan Napoh (Mukim Hosba), Kampung Pida Satu di pekan Megat Dewa (Mukim Ah) dan Kampung Bendang Dalam (Mukim Binjai) yang kesemua 3 mukim itu terletak di daerah Kubang Pasu serta Kampung Ulu di pekan Padang Sanai (daerah Padang Terap). _ FMTNEWS
Luka Yang Kurindu - Mahen

Luka Yang Kurindu - Mahen
Lebih baik diam
Dan menghapus dendam
Tak lagi bicara
Agar tak semakin terluka
Cinta punya batas
Tak harus saling keras
Tak bisa di paksa
Segala yang kau ucap bohong
Kau lakukan omong kosong
Tak perlu lagi percaya
Kau hanya pura-pura
Kita di ujung perpisahan
Namun selalu ku rindukan
Kau luka yang ku rindu
Hoo, hoo
Cinta punya batas
Tak harus saling keras
Tak bisa di paksa
Segala yang kau ucap bohong
Kau lakukan omong kosong
Tak perlu lagi percaya
Kau hanya pura-pura
Kita di ujung perpisahan
Namun selalu ku rindukan
Kau luka yang ku rindu
Lelah ku menangis (ooh)
Terluka karnamu
Ini…
One Two Hantu

One Two Hantu
Drama bersiri One Two Hantu disiarkan setiap Isnin hingga Rabu, pukul 8:30 malam di Awesome TV (Saluran 112 MYTV).
Lakonan Roy Azman, Nynaa Harizal, Mamak Puteh dan ramai lagi
SINOPSIS DRAMA JALAN SESAT KE SYURGA

SINOPSIS DRAMA JALAN SESAT KE SYURGA
Hamzah (Aaron Aziz) dijodohkan dengan Inara (Siti Elizad) dan berhadapan dengan ajaran songsang fahaman Islam Liberal kedua ibu bapa mertuanya (Jalaluddin Hassan & Aleza Shadan) yang mengetuai kumpulan ajaran sesat masing-masing.
Inara adalah gadis periang yang hanya mahu berpeleseran. Selepas mengalami pengalaman 'mati hidup semula', Inara mula merasakan yang ini ialah peluang kedua untuk dia membetulkan semua kesilapan lalu. Inara mula sedar yang masih banyak yang perlu dipelajarinya Inara mula rapat dengan Hamzah. Namun dalam mencari jalan kebenaran, dia keliru dengan fahaman Islam yang diamalkan oleh kedua ibu bapanya. Inara mula belajar tentang Hawa Islam tetapi rasa ada sesuatu yang janggal tentang pertubuhan itu. Inara juga mula didedahkan dengan Gerakan Elit.
Inara adalah gadis periang yang hanya mahu berpeleseran. Selepas mengalami pengalaman 'mati hidup semula', Inara mula merasakan yang ini ialah peluang kedua untuk dia membetulkan semua kesilapan lalu. Inara mula sedar yang masih banyak yang perlu dipelajarinya Inara mula rapat dengan Hamzah. Namun dalam mencari jalan kebenaran, dia keliru dengan fahaman Islam yang diamalkan oleh kedua ibu bapanya. Inara mula belajar tentang Hawa Islam tetapi rasa ada sesuatu yang janggal tentang pertubuhan itu. Inara juga mula didedahkan dengan Gerakan Elit.
Drama 34 episod Jalan Sesat Ke Syurga menemui penonton bermula 3 Ogos 2020, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6 petang di Astro Prima.
Lakonan Aaron Aziz, Elizad Sharifuddin, Jalaludin Hassan, Aleza Shadan, Zulhelmy, Nelissa Nizam, Syrul Ezwan, Zalfa Zin, Sri Idrina, Ziema Din ...
Yang Ku Nanti - Ipank
Yang Ku Nanti - Ipank
Yang ku nanti telah kembali
Bunga asmara tumbuh bersemi
Tali hati kita erat menyatu
Ingin mengulang kembali kisah lalu
Rembulan malam jadi saksi bisu
Kita kembali merajut kasih
Takkan terpisah oleh laut biru
Itulah janji yang terucap dimalam itu
Satukan hati satukan jiwa
Bersua kembali senang rasanya
Mencintai diriku apa salahnya
Ku sayangi dirimu takkan berdosa
Memiliki dirimu itu pasti
Rembulan malam jadi saksi bisu
Kita kembali merajut kasih
Takkan terpisah oleh laut biru
Itulah janji yang terucap dimalam itu
Satukan hati satukan jiwa
Bersua kembali senang rasanya
Mencintai diriku apa salahnya
Ku sayangi dirimu takkan berdosa
Memiliki dirimu itu pasti
Bunga asmara tumbuh bersemi
Tali hati kita erat menyatu
Ingin mengulang kembali kisah lalu
Rembulan malam jadi saksi bisu
Kita kembali merajut kasih
Takkan terpisah oleh laut biru
Itulah janji yang terucap dimalam itu
Satukan hati satukan jiwa
Bersua kembali senang rasanya
Mencintai diriku apa salahnya
Ku sayangi dirimu takkan berdosa
Memiliki dirimu itu pasti
Rembulan malam jadi saksi bisu
Kita kembali merajut kasih
Takkan terpisah oleh laut biru
Itulah janji yang terucap dimalam itu
Satukan hati satukan jiwa
Bersua kembali senang rasanya
Mencintai diriku apa salahnya
Ku sayangi dirimu takkan berdosa
Memiliki dirimu itu pasti
https://youtu.be/kM5ArfimTRU
Yang Ku Nanti - Ipank
Yang Ku Nanti - Ipank
Yang ku nanti telah kembali
Bunga asmara tumbuh bersemi
Tali hati kita erat menyatu
Ingin mengulang kembali kisah lalu
Rembulan malam jadi saksi bisu
Kita kembali merajut kasih
Takkan terpisah oleh laut biru
Itulah janji yang terucap dimalam itu
Satukan hati satukan jiwa
Bersua kembali senang rasanya
Mencintai diriku apa salahnya
Ku sayangi dirimu takkan berdosa
Memiliki dirimu itu pasti
Rembulan malam jadi saksi bisu
Kita kembali merajut kasih
Takkan terpisah oleh laut biru
Itulah janji yang terucap dimalam itu
Satukan hati satukan jiwa
Bersua kembali senang rasanya
Mencintai diriku apa salahnya
Ku sayangi dirimu takkan berdosa
Memiliki dirimu itu pasti
Bunga asmara tumbuh bersemi
Tali hati kita erat menyatu
Ingin mengulang kembali kisah lalu
Rembulan malam jadi saksi bisu
Kita kembali merajut kasih
Takkan terpisah oleh laut biru
Itulah janji yang terucap dimalam itu
Satukan hati satukan jiwa
Bersua kembali senang rasanya
Mencintai diriku apa salahnya
Ku sayangi dirimu takkan berdosa
Memiliki dirimu itu pasti
Rembulan malam jadi saksi bisu
Kita kembali merajut kasih
Takkan terpisah oleh laut biru
Itulah janji yang terucap dimalam itu
Satukan hati satukan jiwa
Bersua kembali senang rasanya
Mencintai diriku apa salahnya
Ku sayangi dirimu takkan berdosa
Memiliki dirimu itu pasti
https://youtu.be/kM5ArfimTRU
Pengomen Tegar Julai 2020 #JMBELOG
Gandingan Ziana Zain, Rozita Che Wan Drama Janda Kosmopolitan
Gandingan Ziana Zain, Rozita Che Wan dalam Drama Janda Kosmopolitan
Drama bersiri 26 episod Janda Kosmopolitan disiarkan setiap Isnin hingga Rabu, pukul 8 malam di Awesome TV (Saluran 112 MYTV).
Lakonan Ziana Zain, Rozita Che Wan, Marissa Yasmin, Dato Ziela Jalil, Liza Abdullah, Ifa Raziah, Norman Hakim, Aprena Manrose, Zarynn Min, Fikhree Bakar, Nazeera Sardi, Anne Abdullah, Azar Azmi, Diana Danielle, Azrel Ismail ...

"Ziana Zain | Rozita Che Wan | Marissa Yasmin | Dato Ziela Jalil | Liza Abdullah"
Drama bersiri 26 episod Janda Kosmopolitan disiarkan setiap Isnin hingga Rabu, pukul 8 malam di Awesome TV (Saluran 112 MYTV).
Lakonan Ziana Zain, Rozita Che Wan, Marissa Yasmin, Dato Ziela Jalil, Liza Abdullah, Ifa Raziah, Norman Hakim, Aprena Manrose, Zarynn Min, Fikhree Bakar, Nazeera Sardi, Anne Abdullah, Azar Azmi, Diana Danielle, Azrel Ismail ...
Next Station Jodoh bersama Naim Daniel dan Nynaa Harizal.
Next Station Jodoh bersama Naim Daniel dan Nynaa Harizal.

Drama Next Station Jodoh disiarkan setiap Isnin, 9 malam di Awesome TV Saluran 112, MYTV bermula 3 Ogos 2020.
Lakonan Naim Daniel, Nynaa Harizal, Nafiz Muaz, Putri Syahadah Nurjannah ...
Alhamdulillah, syukur walau seketika
Alhamdulillah, syukur walau seketika
Dapat beraya bersama ibu dan adik-adik
Niat sebenar bukab nak beraya pun
Tapi bersama ibu tercinta
Tahun ini , saya beli frozen je - ketupat, rendang segera (iaitu rendang ayam/daging order saja) - kirim ke kampung
Kesian dekat ibu dah lanjut usia
Saya balik kerumah ibu hari jumaat malam
Sabtu petang sabtu saya kembali ke rumah taman sebab esok kerja
Rasa gembira walau seketika
Salam Aidil Adha buat semua.
Dapat beraya bersama ibu dan adik-adik
Niat sebenar bukab nak beraya pun
Tapi bersama ibu tercinta
Tahun ini , saya beli frozen je - ketupat, rendang segera (iaitu rendang ayam/daging order saja) - kirim ke kampung
Kesian dekat ibu dah lanjut usia
Saya balik kerumah ibu hari jumaat malam
Sabtu petang sabtu saya kembali ke rumah taman sebab esok kerja
Rasa gembira walau seketika
Salam Aidil Adha buat semua.
KLUSTER SIVAGANGGA
KLUSTER SIVAGANGGA: KENYATAAN RASMI KERAJAAN NEGERI KEDAH MENGENAI PELAKSANAAN TEMCO

KENYATAAN RASMI KERAJAAN NEGERI KEDAH
2 Ogos 2020
1. YAB Menteri Besar Kedah memutuskan perlaksanaan TEMCO (Targeted Enhancement Movement Control Order) ke atas 4 mukim yang terjejas dengan penyebaran Covid-19 (kluster Sivagangga) iaitu Mukim Ah, Mukim Binjal, Mukim Hosba serta Kampung Ulu, Padang Sanai di Daerah Padang Terap.
2. TEMCO ini melibatkan kawalan pergerakan orang awam pada radius 1 kilometer daripada Restoran Nasi Kandar Salleh, Pekan Napoh (Mukim Hosba), Daerah Kubang Pasu.
3. Sekolah yang terlibat dalam Mukim Hosba ini ialah SMK Hosba (sekolah menengah harian berasrama), SK Hosba, SMK Megat Dewa (sekolah menengah harian berasrama) dan SK Megat Dewa.
4. SK Kubang Palas (Mukim Padang Sanai) di Daerah Padang Terap.
5. Semua sekolah yang dinyatakan diarahkan tutup berkuatkuasa serta merta mulai 2 Ogos 2020 sehingga 29 Ogos 2020 (28 hari). Tarikh ini melibatkan 14 hari tempoh kuarantin dan 14 hari lagi tempoh pemerhatian.
6. MKN Kedah juga membuat keputusan pelaksanaan TEMCO di kawasan yang telah dikenalpasti menetapkan had pergerakan keluar masuk. Oleh itu:
a) Guru yang tinggal di kawasan TEMCO tidak dibenarkan untuk hadir sama sekali.
b) Guru yang tinggal di luar kawasan TEMCO tidak dibenarkan untuk ke sekolah di kawasan TEMCO.
c) Guru yang tinggal dan bertugas di luar kawasan TEMCO tetapi perlu melalui kawasan TEMCO adalah dibenarkan
d) Pengecualian hanya bagi ‘essential services‘.
*tertakluk kepada perubahan yang diputuskan di peringkat pusat
Pejabat Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
Sumber : Editor Malaysia
Kluster Sivagangga: 5 sekolah di Kedah ditutup serta merta
ALOR SETAR: Lima buah sekolah di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap di Kedah yang dikaitkan dengan kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga diarah tutup bermula hari ini sehingga 29 Ogos depan.
Tindakan itu diambil oleh kerajaan negeri dalam usaha menyekat penyebaran wabak COVID-19.
Kerajaan negeri, dalam kenyataan hari ini, berkata sekolah itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hosba, SMK Megat Dewa, Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba dan SK Megat Dewa di Kubang Pasu manakala di Padang Terap ialah SK Kubang Palas.
"Kesemua sekolah ini ditutup selama 28 hari yang merangkumi 14 hari tempoh kuarantin dan 14 hari tempoh pemerhatian," menurut kenyataan kerajaan negeri itu.
Perkara itu diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam mesyuarat bersama Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor hari ini.
Ia selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (TEMCO) di Mukim Ah, Mukim Hosba dan Mukim Binjal (Kubang Pasu) serta Kampung Ulu Padang Sanai (Padang Terap).
"Ia meliputi kawalan pergerakan orang awam dalam radius satu kilometer daripada Restoran Nasi Kandar Salleh, Napoh yang terbabit," katanya.
"Oleh itu, kesemua guru yang tinggal di kawasan TEMCO sama sekali tidak dibenarkan untuk hadir bertugas manakala guru yang tinggal di luar kawasan berkenaan tidak dibenarkan untuk ke sekolah yang berada berhampiran kawasan TEMCO.
"Guru yang tinggal dan bertugas di luar kawasan TEMCO tetapi perlu melalui kawasan berkenaan dibenarkan," menurut kenyataan itu. - BERNAMA
Sumber : BH Online










