Telefilem 'Suamiku Yang Tak Perfect' disiarkan pada Sabtu, 23 Januari 2021 pukul 9.00 malam ini di saluran Okey (Astro 146 /Myfreeview 110)
GERING - RAHMAT(MEGA)
GERING - RAHMAT(MEGA)
Dapatku bayangkan cinta kita
Sedang dalam kegeringan
Menanti gelincir mentari
Pernah kau sapukan kasih sayang
Kini tak lagi bererti
Andai perpisahan terjadi
Memujuk hati ini
Kerna cinta yang telah tersergam
Dengan janji yang pernah kugenggam
Aku hanya terdaya melihatkan
Langkahmu ingin jadi juara
Dan pasti berjaya
Tumpas cinta setia
Mestikah ku... mengagungkan
Perdaya cinta...
Kuutuskan
Serta doaku dan asmara
Yang tenat dan kegeringan
Menantikan penawar...
Tweet : Dr AmalinaBakri
Ini adalah situasi yang sangat menyedihkan. May I remind the code of professional conduct for medical doctors as below. https://t.co/8cVmSggrxt https://t.co/CQnaiIq1Na
Warung Sepahtu Episod 1 & Episod 2
Warung Sepahtu Episod 1 & Episod 2 : Warung Sepahtu mulai siar minggu lepas. Memandangkan negara berada fasa PKP, Sepahtu Reunion Live terpaksa ditunda dan akan bersambung siaran nanti. Tarikh siaran akan dimaklumkan. Bagi menggantikan Sepahtu Reunion Live, penonton akan disajikan dengan hiburan lawak terbaru iaitu Warung Sepahtu.
Seperti mana yang kita sedia maklum, Warung Sepahtu bersiaran setiap hari Khamis, 9.00 di Astro Warna dan tayangan serentak Astro Warna HD.
SEPERTI DULU - AWIS SPIN & KHALIS
VIDEO: TRAJEDI 999: KISAH BENAR PEMBUNUHAN MONA FANDY
Telefilem 'Desir Ombak Di Hati Bonda
Telefilem 'Desir Ombak Di Hati Bonda' disiarkan pada 23 Januari 2021 (Sabtu) pukul 9.00 malam di TV1.
Syaikhona
Syaikhona
Ma'as salaamah fii amaanih Syaikhonaa
Selamat jalan semoga dalam keselamatan wahai guruku,
Allahu Robbi-rham murobbii ruuhinaa (Ya Robbanaa)
Ya Allah Tuhanku, rahmatilah pendidik jiwa kami (wahai Tuhanku)
Ma'as salaamah fii amaanih Syaikhonaa
Selamat jalan semoga dalam keselamatan wahai guruku,
Allahu Robbi-rham murobbii ruuhinaa (Ya Robbanaa)
Ya Allah Tuhanku, rahmatilah pendidik jiwa kami (wahai Tuhanku)
Ya badrotim-min haza kulla kamali
Wahai purnama yang indah lagi sempurna
Madza yu’abbiru ‘an ‘ulaka maqali
Ketinggianmu tidak bisa terungkap dengan kata-kata
Ya badrotim-min haza kulla kamali
Wahai purnama yang indah lagi sempurna
Madza yu’abbiru ‘an ‘ulaka maqali
Ketinggianmu tidak bisa terungkap dengan kata-kata
Ma'as salaamah fii amaanih Syaikhonaa
Selamat jalan semoga dalam keselamatan wahai guruku,
Allahu Robbi-rham murobbii ruuhinaa (Ya Robbanaa)
Ya Allah Tuhanku, rahmatilah pendidik jiwa kami (wahai Tuhanku)
Solla ‘alaikallahu robbi daa i man
Shalawat Allah ke atasmu selama-lamanya
Abada ma’al ibkari wal asoli
Beserta siang dan malam juga, selamanya
Solla ‘alaikallahu robbi daa i man
Shalawat Allah ke atasmu selama-lamanya
Abada ma’al ibkari wal asoli
Beserta siang dan malam juga, selamanya
Ma'as salaamah fii amaanih Syaikhonaa
Selamat jalan semoga dalam keselamatan wahai guruku,
Allahu Robbi-rham murobbii ruuhinaa (Ya Robbanaa)
Ya Allah Tuhanku, rahmatilah pendidik jiwa kami (wahai Tuhanku)
Dokter Cinta - Dewi - Dawi
Dokter Cinta - Dewi - Dewi
Pusing kepalaku memikirkan dia
Aku yang selalu terus disakitinya
Dia tak juga bergelimang harta
Oh, tapi mengapa gayanya seperti superstar
Tolonglah aku yang sedang bingung
Kurasakan virus-virus cinta
Kubutuh dokter cinta
Inikah yang dinamakan cinta?
Mengapa sakit yang kurasakan?
Kubutuh dokter cinta
Oh, celaka jika lelaki seperti kamu sudah tak setia
Oh, mengapa ini harus terjadi kepada aku yang mencintaimu?
Oh, celaka jika lelaki seperti kamu sudah tak setia
Tolonglah aku yang sedang bingung
Kurasakan virus-virus cinta
Kubutuh dokter cinta
Inikah yang dinamakan cinta?
Mengapa sakit yang kurasakan?
Kubutuh dokter cinta
Laki-laki yang seperti apa lagi
Yang begini saja sudah menyakitkan hati
Perempuan mana yang tak sakit hati
Bila sang kekasih tak jadi kekasih hati
Tolonglah aku yang sedang bingung
Kurasakan virus-virus cinta
Kubutuh dokter cinta
Inikah yang dinamakan cinta?
Mengapa sakit yang kurasakan?
Kubutuh dokter cinta
Kubutuh dokter cinta
Izinkan Aku- Tajul
Izinkan Aku - Tajul
Pertama kali melihat matamu
Bagai ada rasa cinta dihatiku
Senyuman manismu suara indahmu
Membuatkan ku ingin memilikimu
Buat selamanya
Izinkan aku untuk selalu mencintaimu
Kan ku serahkan semua rasa
Hadirnya dirimu
Memberikan rasa cinta yang sempurna
Kan ku berikan segala yg ku ada
Terimalah diriku seadanya
Tak pernah
sekalipun terlintas untukku meninggalkannya
Kerana dirinya yg teristimewa
Walau terpaksa tak pernah ku rela
Menjauh darinya
Izinkan aku untuk selalu mencintaimu
Kan ku serahkan semua rasa
Hadirnya dirimu
Memberikan rasa cinta yang sempurna
Kan ku berikan segala yg ku ada
Terimalah diriku seadanya
Tak pernah
sekalipun terlintas untukku meninggalkannya
Kerana dirinya yg teristimewa
Walau terpaksa tak pernah ku rela
Menjauh darinya
Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim
Sindrom MRKH adalah keadaan seorang wanita dilahirkan tanpa memiliki rahim dan saluran vagina serta tidak boleh hamil.
Mengikut kajian, setiap satu dalam 5,000 wanita di seluruh dunia menghidap sindrom MRKH dan keadaan itu memberikan tekanan serta menjejaskan minda golongan itu kerana dianggap wanita tidak sempurna.
Rahimah Tanpa Rahim mula ditayangkan 22 Januari 2021 jam 7.00 malam ini di TV3
Ku Ingin Kau Bahagia – Thomas Arya
Drama Melastik Ke Hatimu lakonan Janna Nick dan Andi Bernadee
Drama Melastik Ke Hatimu lakonan Janna Nick dan Andi Bernadee
Slot Lestary terbaru Melastik Ke Hatimu mulai 21 Januari 2021, 9 malam, setiap rabu hingga sabtu di tv3. Drama terbaru Melastik Ke Hatimu menampilkan gandingan Janna Nick dan Andi Bernadee sebagai pelakon utama.
SINOPSIS DRAMA MELASTIK KE HATIMU
Mengisahkan Haura, seorang gadis kilang yang kononnya 'gangster' tapi hidupnya dikawal oleh ibunya yang mahukan menantu kaya. Haura bercinta dengan Naim tetapi hubungan mereka ditentang kerana Naim hanyalah seorang posmen.
Haura terpaksa akur apabila dijodohkan dengan Ziyyad, seorang tauke kilang di tempat dia dan kakaknya Faida bekerja. Ziyyad digelar 'kayu cengal' oleh pekerja kilang kerana sikapnya yang tak endahkan orang rupanya menyimpan perasaan pada Haura dalam diam. Mereka terikat dalam perkahwinan. Ziyyad cuba memikat hati Haura dan Haura pula mencari jalan supaya Ziyyad menceraikannya kerana cintanya hanya untuk Naim. Ziyyad disenangi oleh ayah Haura yang terkena serangan strok dan kebaikan Ziyyad akhirnya berjaya membuahkan rasa cinta di hati Haura untuk suami.
Sedang mereka melakar bahagia, musibah melanda Ziyyad. Keluarga Ziyyad diisytihar muflis dan terbongkar suatu rahsia yang selama ini tersimpan kemas. Keadaan itu menyebabkan emak Haura memaksa Ziyyad melepaskan Haura.
Sinopsis Novel Melastik Ke Hatimu
Cepat-cepat dia capai dompet dan telefon. Sebelum Ziyyad masuk, lebih baik dia segera beredar. Nasib baik dia ada selipar bulu-bulu, jadi bolehlah nak guna untuk sementara. Harap-harap orang tak pandang pelik pada aku nanti sebab pakai selipar yang diguna dalam rumah.
Nota ringkas yang mengatakan dia keluar dengan Naim sudah tertulis pada cermin menggunakan gincu.
"Curang-curang aku pun, aku minta izin okey tapi bukan depan-depanlah." Haura sengih tak bersalah.
Siap nota ditulis, dia apa lagi, terus panjat jendela. Masa tu dia dah gelengkan kepala. Kenapalah aku gedik sangat pakai skirt labuh hari ni? Kan dah susah nak panjat. Terpaksa selak kain sampai paras paha.
"Ini kalau tersilap langkah, boleh jatuh tersembam kat tanah ni."
Bila kedua-dua kaki sudah terjulur ke luar jendela, dia sudah bersedia untuk terjun. Belum sempat dia terjun, terasa hujung skirtnya tersepit pada engsel jendela. Cepat-cepat dia tarik namun ia seperti melekat di situ. Bila dalam keadaan kelam-kabut, semua benda jadi susah.
“Awak buat apa duduk atas jendela tu?”
Terkejut Haura dengan teguran yang tiba-tiba itu. Dia apa lagi, terus terterjunlah dari jendela dan soal hujung kainnya tersepit terus dia lupakan. Terkoyaklah skirt yang dia pakai. Bukan sikit, tapi terus terkoyak sampai ke paha. Malu dapat, sakit pun dapat. Nasib baik rumah papannya jenis rendah, kalau tinggi tadi boleh patah kaki dia.
“Astaghfirullahalazim… awak okey ke tak tu?” Soal Ziyyad dari jendela.
Terkejut dia bila melihat isterinya boleh pula bertenggek atas jendela malam-malam begini. Dah rupa macam orang kena rasuk pun ada. Tak sangka pula teguran dia tadi mengejutkan wanita itu. Itulah, siapa suruh duduk situ. Yang kelakarnya siap tertonggeng lagi.
“Issh! Sakitlah!” Marah Haura sedikit perlahan sambil menyapu lengan yang terlekat pasir.
“Ini kalau mak awak tahu, mesti awak kena marah kaw-kawlah kan? Dahlah masih anak dara, bertenggek pula di jendela.”
Terbeliak mata Haura mendengarkannya. Terketap terus bibirnya.
“Ehh...awak nak buat apa tu?” Haura bersuara melihatkan Ziyyad juga mula bertenggek di jendela.
“Nak juga saya rasa macam mana perasaan keluar rumah melalui tingkap ni.” Ziyyad sengih dan terjun ke bawah melalui jendela.
Buk! Tapak kakinya menapak di sisi Haura yang masih terduduk.
Dibantu tubuh isterinya untuk bangun namun cepat pula tangan wanita itu menepis.
“Dalam keadaan begini pun, masih lagi awak sombong.” Dia dah boleh agak dan yakin ke mana Haura ingin pergi. Hebat betul cinta Naim ni sampai aku sebagai suami pun dia tak hormat.
“Kalau tinggi, dah lama saya mati tadi! Main sergah aje!” Marah Haura. Tudung bawal yang dipakai terus dibuka. Serabut pula dia rasa.
“Yang awak bertenggek macam hantu atas jendela tu dah kenapa?” Jeling Ziyyad. Masih berpura-pura tidak tahu.
Dia cuba kawal perasaan sebaik mungkin walaupun dalam hatinya begitu sakit dengan perbuatan Haura. Nasib baik dia cepat tadi, kalau tak memang seronoklah Haura boleh keluar dengan Naim.
“Saya ambil anginlah,” bohong Haura. Malu betul dia rasa ketika ini. Harap-harap dia tak baca lagi apa yang aku tulis pada cermin tadi.
“Atas jendela? Dengan pakai tudung ekstra selipar berbulu ni sekali? Unik cara awak bersantai,” sindir Ziyyad. Tak perlulah nak menipu Haura, aku dah tahu tujuan kau tu.
Haura buat tidak endah. Dia cuba untuk memanjat kembali jendela biliknya dari luar. Alang-alang dah turun ikut situ, lebih baik dia naik semula. Tak kan nak melintas depan mak pula. Kan pelik pula orang tua tu nanti.
Nak tergelak Ziyyad dengan perlakuan isterinya. Bila wanita itu menjeling, terus dia palingkan muka ke arah lain. Kelakar betul bila melihat Haura memanjat jendela yang gayanya seperti pencuri. Lagi lucu bila skirt yang dipakai terbelah dan menampakkan paha yang putih gebu itu.
“Kaki Encik Ziyyad dah kotor kan? Sila guna pintu depan ataupun belakang.” Bila dah masuk semula ke dalam bilik, terus dia tutup pintu jendela. Buat tak kisah pada Riyyad yang mendongak pandang dirinya. Lekas-lekas tisu dicapai lalu apa yang tertulis pada cermin dilap sebelum Ziyyad kembali ke bilik.
Bila telinganya menangkap bunyi tombol pintu dipulas, terus dia berlari ke katil dan duduk di situ gaya seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.
“Meh saya sapukan ubat,” pelawa Ziyyad.
Sebelum masuk ke dalam bilik tadi, dia sempat meminta ubat luka dengan mentuanya tadi. Bila ditanya untuk apa, dia beritahu yang jari Haura tersepit pintu almari. Tak kan nak beritahu yang Haura terjun jendela pula.
“Tak payahlah Encik Ziyyad. Sikit saja ni.” Haura menolak. Tertelan air liur bila tiba-tiba lelaki itu duduk rapat dengannya. Aroma dari tubuh itu betul-betul mengasyikkan.
“Kalau tak disapu ubat, nanti lagi teruk.” Ziyyad tetap tarik tangan isterinya. Lengan wanita itu dilap dengan tuala basah terlebih dahulu sebelum disapu ubat.
“Aww...” Haura mengadu sakit.
“Memanglah pedih sikit, tapi insya-Allah tak sakit dah lepas ni.” Ziyyad sengih, jeling isterinya.
Kali ini Haura biarkan sahaja perlakuan suaminya itu. Sesekali matanya mengerling wajah kacak milik Ziyyad. Nampak keikhlasan di situ. Dia baik sangat pada aku, tapi apa yang aku dah buat pada dia?
SEKALI LAGI (EPISOD 1/2) - NUBHAN &SITI NURDIANA
SEKALI LAGI (EPISOD 1/2) - NUBHAN &SITI NURDIANA
Drama Mencari Kiblat Cinta Episod 9 (Episod Akhir) Di TV Okey
Drama Mencari Kiblat Cinta Episod 9 (Episod Akhir) Di TV Okey : Drama adaptasi novel karya Anita Aruszi yang akan siar tidak lama lagi menerusi tv Okey. Mulai bersiar jam 10.00 malam pada 07 Januari 2021. Menampilkan lakonan Ali Rezark, Shah Hazvee, Husna Mustafa dan Syazuwan Hassan sebagai terajui utama. Akan setiap hari pukul 10 malam di TV Okey.







