*Kata Yang Tak Terungkap* _oleh Khairunnisaq_
banyak bercakap. Bila ditanya, dia hanya kata semuanya baik-baik sahaja. Namun jelas ada sesuatu yang tak kena. Makanannya dikuis-kuis, termenung jauh ketika menonton televisyen. Seperti ada sesuatu di kotak fikirannya.
“Aiman, kamu ada masalah ke?” tanya ibu saat mereka berdua duduk di sofa menonton Netflix.
“Masalah? Tak adalah. Aiman okey je, bu.”
“Ya ke? Ibu tengok kamu macam lain dua tiga hari ni. Makan pun kurang. Cuba cerita dekat ibu.”
“Tak ada apa. Aiman penat je.”
Jeda.
“Aiman… perkara yang kita susah nak ungkap dengan kata-kata tulah yang penting sebenarnya. Ibu harap Aiman nak kongsi dengan ibu kalau ada benda penting. Dalam dunia ni cuma ada kita berdua je. Ibu ada Aiman, Aiman ada ibu. Ibu sayang Aiman tau,” kata ibu tanpa mengalihkan pandangannya daripada kaca TV.
Mata Aiman bergenang. Dia menyandarkan kepalanya ke bahu ibu. Satu keluhan berat terlepas daripada mulutnya.
“Dia orang kata Aiman anak haram.”
Ibu terkedu. Nampaknya keputusan untuk balik ke kampung bukanlah satu pilihan yang tepat. Sudah sampai masanya untuk dia juga mengungkapkan cerita sebenar kepada Aiman. Cerita tentang perkahwinannya di Thailand dan sang ayah yang hilang entah ke mana. Perkara penting memang sukar untuk diungkap kata dan rasa.
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!