Pekerja cashier stesen minyak mendapatkan 11A SPM 2022

Tahniah diucapkan kepada pekerja cashier stesen minyak Shell Jalan Hospital Ipoh, Adeena Binti Bahakhi selepas raih keputusan cemerlang SPM 2022 dengan mendapat 11A dalam semua matapelajaran.

Alhamdulillah, Semoga berjaya di luar sana.




Sumber: ohmedia

Lirik Lagu Gelora Cinta Ku - Jamilul Hayat

Pelabuhan di laut sepi
Tiada teman mengukir janji
Tiada badai menggoncang hati
Terapunglah ku sendiri

Kian lama ku mengharapkan
Badai dan taufan menghantar teman
Menghempas kalbu
Mengerah rindu
Membangkitkan gelora cintaku

Aku hanya pelaut yang malang
Tak berteman tiada haluan
Hanya ada mimpi dan khayalan
Mencari sang duyung
Nasib tak beruntung
Bahteraku karam dilarut malam

Sesekali hinggap sang camar
Membawa khabar sedih rasanya
Tiada gadis jujur setia
Menunduk pulang pelaut malang

Aku hanya pelaut yang malang
Tak berteman tiada haluan
Hanya ada mimpi dan khayalan
Mencari sang duyung
Nasib tak beruntung
Bahteraku karam dilarut malam

Pelabuhan di laut sepi
Tiada teman mengukir janji
Tiada badai menggoncang hati
Biarkanlah aku menyendiri

H4ti Ad4lah Sebah4gian Daripada Rahmat Allah

Ketahuilah hati adalah sebahagian daripada rahmat Allah. Segala isi di dunia ini belum tentu memenuhi keinginan kita, tetapi dengan hati yang redha dan qanaah, kita boleh rasa bahagia dengan bersyukur bersungguh-sungguh pada Allah yang sudi memilih kita merasai nikmat hati.

Sudahkah kita bersyukur?

Allah berfirman: “Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya Roh (Ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur.” (Surah As-Sajdah: Ayat 9)

Hati ini benar-benar dahsyat kerana hatilah yang menentukan nilai manusia serta menemukan makna hidup. Jadilah hati yang ingin berlari mendekati Allah serta ingin mengenali Allah.

“Ketahuilah bahawasanya di dalam jasad itu terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baik pula seluruh jasadnya, dan apabila ia rosak maka rosak pula seluruh jasadnya, ketahuilah dia adalah hati.” (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Sucikanlah hati kerana dengan hati yang suci kita mampu menerima kehadiran-Nya dalam diri yang paling dalam. Jadilah hati yang menyerah diri bersandarkan sepenuhnya hanya kepada Allah Yang Maha Rahmat.

Allah berfirman: “Kecuali orang yang mengadap Allah dengan hati yang bersih. Dan syurga didekatkan kepada orang yang bertakwa.” (Surah Al-Syu’ara: ayat 89 – 90)

Hati yang suci sering mengajak kita merenung kejadian diri dan alam dalam mencari kebenaran kenapa manusia dan alam ini diciptakan. Siapakah kita? Di manakah kita? Akan ke mana akhirnya kita?

Tahukah saudara, itulah juga persoalan yang timbul hasil daripada kajian sains tentang penemuan fungsi otak pada tahun 1980 oleh Dr VS Ramachandra. Hebatnya penemuan otak ini sehingga mereka namakan sebagai “The marco polo of neuroscience”.

Fungsi otak ini menggemparkan dunia kerana fungsi otak ini mencari jawapan siapa sebenarnya diri saya? Saya ini di mana? Dan saya ini mahu ke mana?

“Dan di bumi terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang yakin; dan di dalam dirimu sendiri, maka apakah kamu tidak melihat ?” (Surah Al-Dhariyat: ayat 20-21)

Oleh yang demikian sucikanlah hati kita dengan istighfar dan taubat. Kerana hati yang suci akan diberikan hikmah.

Iaitu mampu memahami makna di sebalik hidup ini diciptakan, di sebalik yang terlihat ada yang tersembunyi, di sebalik kejadian diri dan alam ini ada rahsia, tujuan dan maksud.

Izinkan saya memetik kata-kata Alexis Carrel: “Manusia sudah berpergian jauh sekali hingga ke planet, tetapi justeru tidak mampu berpergian ke tempat yang paling dekat, yakni ke dalam dirinya sendiri.”

Ketahuilah di balik hati ada rahmat cinta. Cinta adalah sebahagian rahmat Allah yang terindah dalam hidup. Betapa bosannya hidup ini jika tidak ada cinta.

Betapa menakutkannya perjuangan hidup ini jika tidak ada cinta. Betapa penatnya pekerjaan kita jika tidak ada cinta.

Apalah ertinya duit jika tidak ada cinta. Cinta melahirkan kelembutan dan rasa hormat. Bayangkan saudara ingin mencari pasangan hidup, sudah tentu kita ingin mengenali pasangan kita, kerana bila kita kenal budi pekertinya maka terwujudlah rasa cinta dan mengenalinya lebih dekat.

Bagaimana pula dengan Allah yang menciptakan kita? Adakah pernah terdetik hati kita untuk mengenaliNya?

Hanya hati yang benar-benar mencari akan menemukan jawapan. Carilah Allah. Niatlah dalam hati, bahawa kita ingin mengenali-Nya.

“Dan sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.” (Surah Qaf: ayat 16)

Dalam sebuah hadis Qudsi Allah berfirman: “Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi, Aku ingin dikenali. Lalu Aku ciptakan makhluk dan alam. Dengan La ilaha illAllah, engkau akan mengenal Aku.”

Sebagaimana firman Allah dalam surah Muhamad ayat 19: “Carilah pelajarilah ketahuilah bahawa La ilaha illAllah…”

Sumber: iluvislam

Alasan Allah SWT Menciptakan khinzir yang diharamkan bagi Manusia

Alasan Allah SWT Menciptakan khinzir yang diharamkan bagi Manusia

Allah SWT adalah sang pencipta alam semesta beserta segala sesuatu di dalamnya. Mulai langit dan bumi, hingga semua yang bernyawa juga merupakan ciptaan Allah, termasuk haiwan khinzir.

Lalu banyak orang yang bertanya, mengapa Allah juga menciptakan sesuatu yang diharamkan, jika memang tidak ada faedahnya bagi manusia? Dan salah satu yang paling sering dipertanyakan adalah babi.

Seperti dijelaskan dalam Al-Qur'an,

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ ۖ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Artinya : "Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Q.S. Al-Baqarah : 173)

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ

Artinya : “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala.” (Q.S. Al-Maidah : 3).

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Artinya : “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah; tetapi barang siapa yang terpaksa memakannya dengan tidak menganiaya dan tidak pula melampaui batas, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Q.S. An-Nahl : 115).

Beberapa firman Allah tersebut menegaskan bahwa babi merupakan hewan yang diharamkan bagi umat islam.

Sesuatu yang Allah haramkan pasti ada mudarat atau mudaratnya lebih besar daripada manfaatnya. Hewan yang diharamkan juga akan memberikan pengaruh bagi orang yang memakannya.

Sumber: okezone

Lirik Lagu Cinta - Marsha Milan

Ha

Hm


Detik berganti

Tak akan kembali sudah

Walau darah air mata


Tiap memori

Seakan menghenti masa

Renungkan suka dan duka


Fahami semuanya

Fahamkan segala-gala

Kisah yang sudah

Beningkan raga

Jernihkan jiwa


Inginnya aku berlari

Dan mendekatimu

Rupa-rupanya kau

Di depan mata


Ingin aku terbang tinggi

Teruskan mencari

Ku terlupa untuk

Menutup mata

Ha


Detik berganti

Tak akan melaju masa

Untuk melihat ke sana


Apa pun datang

Mudahkan sabar dan tenang

Minta senang kesulitan


Fahami semuanya ho

Fahamkan segala-gala

Kisah yang sudah

Beningkan raga

Jernihkan jiwa ho


Inginnya aku berlari

Dan mendekatimu

Rupa-rupanya kau

Di depan mata


Ingin aku terbang tinggi

Teruskan mencari

Ku terlupa untuk

Menutup mata

Ho

Mendo4kan orang lain tanpa pengatahuannya


Mendoakan orang lain tanpa pengatahuannya;

Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) tanpa sepengatahuannya melainkan malaikat akan berkata. "Dan bagimu juga kebaikan yang sama."

Hr Muslim 

Thurayya Fadhilah Mohd Fadzli, dapat 9A dalam SPM

Anak Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) dapat 9A dalam SPM, Thurayya Fadhilah Mohd Fadzli, 18, yang juga pelajar di Sekolah Menengah Agama (SMA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) meraih keputusan 9A 2B+.


Luqm4n Podolski

Luqmanul Haqim Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Luqman Podolski, ialah seorang pelawak, pengacara, pelakon, penyanyi dan personaliti media sosial Malaysia. Beliau ialah calon ABPBH 2016 sebagai finalis dalam personaliti media sosial. 

Luqman dilahirkan pada 2 Mei 1998 di Kuala Lumpur dan merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 1, Puchong, Selangor.

Podolski diilhamkan daripada pemain bola sepak antarabangsa, Lukas Podolski. Beliau mempunyai 1.3 juta pengikut di Instagram.

Lirik Lagu Mungkin Aku Tak Penting? - Luqman Podolski

Da na na na na
Oh

Kau buat ku rasa keliru
Bagiku dirimu lebih dari apa yang kau tahu

Mungkin aku tak penting bagimu
Kau buat ku rasa keliru
Bagiku dirimu lebih dari apa yang kau tahu
Lebih dari yang kau tahu
Aku lebih dari apa yang kau mahu

Engkau pergi sebelum kau mengenaliku
Engkau patah balik maaf aku tak mampu tahan
Aku dah tak mahu dibeban
Sudah lama aku tertekan
Sudah lama aku menelan sakit

Mungkin aku tak penting bagimu
Kau buat ku rasa keliru
Bagiku dirimu lebih dari apa yang kau tahu

Mungkin aku tak penting bagimu
Kau buat ku rasa keliru
Bagiku dirimu lebih dari apa yang kau tahu

Tak tak pernah
Tak tak pernah aku minta
Minta peluang kedua
I pun tak tahu diriku terlalu keliru
Tu sebab I'm not with you

Takde masa aku nak harapkan engkau pulang
Semua benda kau buat untuk capaikan bintang
Tak pernah engkau bincang
Tak pernah engkau bincang

Hu hu

Mungkin aku tak penting bagimu
Kau buat ku rasa keliru
Bagiku dirimu lebih dari apa yang kau tahu

Mungkin aku tak penting bagimu
Kau buat ku rasa keliru
Bagiku dirimu lebih dari apa yang kau tahu

Lebih dari yang kau tahu
Aku lebih dari apa yang kau mahu
Lebih dari yang kau tahu
Aku lebih dari apa yang kau mahu

Masukk4n 5 perkara dalam hati kita


Masukkan 5 perkara dalam hati kita;

  1. Rasa ingin dekat dengan Allah,
  2. Rasa ingin diampuni Allah,
  3. Rasa ingin dibersihhkan,
  4. Rasa ingin diangkat darjat,
  5. Rasa ingin diubah tabiat.
Setiap hari tetapkan niat kita untuk perbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Jangan putus berdoa dan berusaha agar Allah sentiasa jaga hati dari berbolak balik melakukan kemaksiatan.

J4ng4n b4ny4k m3ng3luh! Rugi!


Redhakan hati, terima apa yang sudah Allah Ta'ala tetapkan. Tidaklah Allah menghadirkan suatu, kecuali sudah terukur berat dan ringannya, ada kebaikan di dalamnya, dan pasti membawa manfaat bagi dunia dan akhirat apabila kita menyikapinya dengan benar.
.
"…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal dia amat baik bagimu; dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal dia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (QS Al-Baqarah, 2:216)

W4ng Kert4s Sert4 Sej4r4hny4

Wang Kertas Serta Sejarahnya

Wang kertas merupakan objek yang selalu digunakan dalam kehidupan seharian. Namun ramai yang tidak mengetahui fakta-fakta yang tersembunyi disebalik wang kertas ini.

Untuk pengerahuan anda, wang kertas pertama di dunia telah diperkenalkan oleh masyarakat Cina sejak abad ke 7. Ia hampir 500 tahun lebih awal berbanding penggunaan wang kertas di kalangan masyarakat Eropah.

Fakta menarik wang kertas serta sejarahnya

1. Wang pertama di dunia


Sistem mirip wang kertas pertama dunia digunakan kali pertama oleh masyarakat China Dinasti Tang pada tahun 618. Ia memperkenalkan penggunaan resit kertas untuk deposit pembayaran bagi menggantikan duit syiling tembaga yang berat.

Sistem wang kertas yang lebih baik diperkenalkan pada zaman Dinasti Song sekitar abad ke 11. Dengan pengenalan wang berbentuk kertas yang membawa nilai-nilai yang telah ditetapkan.

Walaupun begitu, disebabkan penurunan nilai wang ekoran pengeluaran yang terlalu besar sehingga menyebabkan inflasi. Perkara itu memaksa China menghentikan penggunaan wang kertas pada tahun 1455.

2. Wajah paling banyak dipaparkan pada wang


Dalam sejarah wang kertas dunia, wajah yang paling banyak dicetak pada matawang berbentuk kertas adalah wajah Ratu Elizabeth II. Wajahnya dilihat pada 33 jenis matawang negara dunia.

Kanada menjadi negara pertama memaparkan wajah Ratu Elizabeth II pada tahun 1935, dengan cetakan wajah beliau ketika beliau baru berusia 9 tahun pada wang kerta $20 mereka.

Kebanyakan negara memilih untuk mengekalkan visual wajah beliau pada usia muda. Namun ada beberapa negara yang memilih untuk sentiasa mengubah visual Ratu Elizabeth II bergantung kepada usianya.

3. Asal-usul simbol ‘$’


Simbol ‘$’ yang digunakan bagi menggambarkan simbol matawang secara universal adalah berasal daripada simbol awal yang digunakan untuk melambangkan matawang ‘pesos’, yang digunakan oleh Sepanyol dan Mexico.

Pesos ditulis dengan huruf ‘P’ besar dan ‘s’ kecil ditulis di atasnya pada mulanya melalui tulisan tangan, ditemui dalam dokumen manuskrip peniaga Amerika yang melakukan urusan perniagaan dengan orang Sepanyol.

Lama kelamaan simbol itu mengalami evolusi akibat ditulis dengan bermacam cara sehingga berlaku penggabungan kedua-dua huruf menghasilkan simbol ‘dollar’ yang biasa kita lihat sekarang.

4. Nilai sekeping wang terbesar pernah dikeluarkan


Bank of England pernah mengeluarkan wang kertas bernilai 1 juta pound pada tahun 1948 untuk kegunaan orang ramai selepas rancangan pemulihan Eropah atau ‘European Recovery Program’ dilaksanakan, bagi memulihkan semula negara Eropah yang terjejas akibat perang dengan dana bantuan Amerika Syarikat. Walaupun begitu wang itu hanya digunakan selama beberapa bulan sahaja sebelum ditarik daripada pengedaran.

Ketika ini, Bank of England meneruskan tradisi tersebut, mencetak wang kertas bernilai 1 juta pound dan 100 juta pound. Kedua-duanya digelarkan ‘giant’ dan ‘titan’ namun tidak diedarkan untuk kegunaan orang ramai.

Kedua-dua wang tersebut disimpan oleh Bank of England sebagai cagaran bagi mengekalkan nilai matawang kertas negara United Kingdom agar berjaya mengekalkan nilai yang tertera pada matawang tersebut. Setakat ini, dianggarkan 4,040 keping giant dan titan dicetak dengan jumlah keseluruhan hampir 8 billion pound.

5. Wang kertas bersaiz paling besar di dunia


Wang kertas yang mempunyai dimensi paling besar di dunia memerlukan anda melipat wang itu beberapa kali hanya untuk memuatkannya ke dalam dompet. Matawang 100 ribu pesos yang dikeluarkan Bank Negara Filipina pada tahun 1998, mempunyai saiz 35.6 cm panjang dan 21.6 cm lebar, lebih besar berbanding saiz kertas A4.

Walaupun begitu wang ini dikeluarkan sebagai edisi istimewa sambutan kemerdekaan Filipina yang ke 100 tahun, hanya dikeluarkan sebanyak 1000 keping serta hanya ditawarkan jualannya kepada mereka yang berminat.

 

Sumber: iluminasi.com

Kredit: Daily Rakyat


Nak tampan darah luka;

Nak tampan darah luka;

1. Ambil ibu jari tangan kanan, lekapkan sekejap pada lelangit dalam mulut. Niat dan doa untuk berhentikan darah luka.

2. Keluarkan ibu jari dari mulut, ambil tisu/kain/daun, dengan ibu jari tadi lekapkan tisu/kain/daun pada tempat yang berdarah tu (waktu kejadian dulu kawan abg guna tembakau rokok), serentak baca " wal ya tala taf"


Dengan izin Allah, darah luka akan berhenti mengalir. Boleh pergi klinik/hospital untuk rawatan lanjut.

Ayat yang dibacakan adalah petikan kalimah di dalam surah Al-Kahfi, yang terjemahannya bermaksud; 

dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan besungguh-sungguh


Tulisan ayat ini di dalam Al-Quran, dicetak dengan warna merah.

Ada yang mengatakan, sejarah di sebalik perkataan ini dicetak merah adalah ketika Sayyidina Uthman bin Affan RA terbunuh, percikan darahnya mengenai mushaf Al-Quran tepat pada tulisan “وليتلطف”.

Maka kerana itu ia ditulis dengan warna merah untuk mengenang kematian Sayyidina Uthman bin Affan RA. Tidak dapat dipastikan asal-usul dan kesahihan kisah ini.

Jangan sebut aib orang.

"Kalau engkau ingin hidup selamat, rezeki berlimpah, serta reputasi terjaga, maka lidahmu jaga. Jangan sebut aib orang. Hal itu kerana dirimu penuh aib, dan orang lain pun ada lidah."

Apabila suatu hari matamu ternampak keburukan seseorang, katakanlah wahai mata, orang lain pun punya mata.

Solat Fajar



Siapa yang solat 2 rakaat sebelum solat Subuh, dia telah memiliki kekayaan lebih daripada apa yang ada di langit dan bumi.


Ni bukan solat murah rezeki lagi dah. Tapi solat tu sendiri lebih hebat dari segala bentuk rezeki yang kita idam-idamkan.


Rasulullah SAW bersabda :


لَمْ يَكُنِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنَ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيِ الفَجْرِ


“Tidak pernah dilihat Nabi SAW begitu mengambil berat berkaitan solat-solat sunat sebagaimana Baginda SAW mengambil berat tentang dua rakaat fajar”. 


~ Riwayat al-Bukhari (1116)


Rasulullah SAW bersabda :


رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا


“2 rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya”.


~ Riwayat Muslim (725)


Rebut betul-betul solat fajar ni. Mohon dengan Allah supaya Allah kejut kita awal pagi setiap hari.


Minta dengan Allah supaya kita konsisten amalkan benda ni. At least kalau tak dapat solat tahajjud sekalipun, Solat Fajar 2 rakaat ni jangan tinggal.


Bila bilal selesai azan, jangan cepat-cepat nak solat Subuh. Solat dulu 2 rakaat sebelum solat Subuh.


Nescaya pada hari itu, kita dah pun dapat lebih daripada seisi dunia sejak awal pagi lagi.

Word 333


"Seseorang berkata, Baiknya kau ni..."

Lalu aku membalasnya...

"Aku nampak baik sebab Allah masih tutup aib aku. Kalau aib aku terbuka mesti kau tak nak berkawan dengan aku..."

Sentiasa la berdoa agar Allah pelihara aib kita, dan tanamkan rasa takut dalam diri untuk membuka aib orang lain atau keaiban diri sendiri. 

Doa juga agar kita sentiasa dikelilingi orang yang amanah dan minta jauhkan daripada mereka yang penuh sifat hasad dengki.

JUN 04 2023, DOA KAMI...



Ya Allah ..
Jika di saat ini ada diantara kami yang sakit, sembuhkanlah.

Ya Allah ..
Jika di saat ini ada diantara kami yang bermasalah, berilah jalan keluar untuknya.

Ya Allah ..
Jika di saat ini ada diantara kami yang kesempitan rezeki, lapangkan dan murahkanlah rezekinya.

Ya Allah ..
Jika di saat ini ada diantara kami yang berselisih faham di antara satu sama lain damaikanlah mereka.

Ya Allah ..
Jika di saat ini ada diantara kami yg berbuat kesalahan, kurniakanlah Nur Cahaya Ampunan-Mu kepadanya.

Ya Allah ..
Jika di saat ini ada diantara kami yang bersedih hati, kembalikanlah keceriaan diwajahnya.

Ya Allah ..
Jika di saat ini ada diantara kami yang berada dipersimpangan jalan yang berliku, tunjukkanlah jalan yang Engkau redhai.

Ya Allah ..
Jadikanlah apa yang kami lakukan hari ini sebagai amalan untuk bekal kami menghadap-Mu kelak.

Aamiin 

Tiga peristiwa haji yang perlu diketahui dan dihayati

Tiga peristiwa haji yang perlu diketahui dan dihayati


Peristiwa Pertama: Kaabah Diselamatkan daripada serangan tentera bergajah pimpinan Abrahah

Peristiwa ini terjadi dan bertepatan dengan tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W yang lebih dikenali sebagai Tahun Gajah. Peristiwa pasukan bergajah terjadi pada bulan Muharram bertepatan dengan akhir Februari atau awal bulan Mac tahun 571 Masihi, atau sekitar sebulan setengah sebelum kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.

Ringkasan kisahnya adalah Abrahah yang menjadi wakil Raja Habasyah di Yaman menyaksikan orang-orang Arab berbondong-bondong datang ke Mekah setiap tahun untuk menunaikan ibadah haji. Rentetan daripada itu, beliau membina sebuah gereja besar dan mewah di Yaman yang dinamakannya dengan Al-Qulais. Tujuan pembinaan gereja tersebut adalah untuk mengalihkan tumpuan orang-orang Arab daripada setiap tahun pergi ke Mekah menunaikan ibadah haji dan beralih menuju ke gereja megah yang dibina olehnya di Yaman. Kejadian tersebut didengar oleh seorang laki-laki daripada Bani Kinanah yang kemudiannya melakukan perjalanan menuju gereja tersebut dan memasukinya pada suatu malam, lalu melumuri dinding-dindingnya dengan kotoran.

Abrahah yang mendengar berita tersebut berasa amat marah dan memutuskan untuk menghancurkan Kaabah. Dia kemudian memimpin sebuah pasukan tentera yang berjumlah 60,000 orang dengan pasukan yang dilengkapi oleh beberapa ekor gajah. Mereka berjalan menuju ke Mekah dan tiada satu pun kekuatan yang berani menghadangnya hingga tiba di sebuah tempat bernama Al-Maghmas. Di tempat itulah, mereka menggiring harta milik orang-orang Quraisy yang antaranya 200 ekor unta milik Abdul Muttalib datuk Nabi Muhammad S.A.W. Hal tersebut menyebabkan Abdul Muttalib selaku pemimpin masyarakat Quraisy datang menemui Abrahah.

Melihatkan kedatangan Abdul Muttalib maka Abrahah memberikan penghormatan dan memuliakannya. Tatkala Abrahah bertanya apa maksud kedatangannya, Abdul Muttalib berkata, “Maksud kedatangan saya ialah berharap Raja dapat mengembalikan unta-unta saya yang ditawan.” Abrahah berkata, “Mulanya saya berasa kagum denganmu saat melihat kedatanganmu, kemudian saya tidak lagi menghargaimu setelah kamu berbicara kepadaku. Apakah kamu hanya memikirkan untamu dan sama sekali tidak membicarakan tentang Kaabah yang merupakan agamamu dan agama leluhurmu, padahal kedatanganku ke mari adalah untuk menghancurkannya?” Abdul Muttalib berkata, “Saya adalah pemilik unta-unta itu. Adapun Kaabah, maka Pemiliknyalah yang akan menjaganya.” Abrahah berkata, “Tidak akan ada yang mampu menghalang saya.” Abdul Muttalib berkata, “Itu urusan kamu dan Pemiliknya” (Allah Ta’ala). Orang-orang Quraisy keluar berlindung ke gunung dan menanti sambil melihat apa yang akan dilakukan oleh tentara Abrahah.”

Abrahah mempersiapkan pasukannya untuk meneruskan perjalanan menuju ke Mekah. Tatkala pasukan tentera memerintahkan gajah yang bernama Mahmud untuk berjalan menuju ke Mekah, ternyata gajah tersebut duduk (tidak mahu berjalan). Mereka akhirnya memaksa gajah tersebut dengan memukulnya, tetapi ia tetap enggan untuk berjalan. Namun, ketika mereka mengarahkannya ke arah selain Mekah ternyata gajah itu mahu berjalan. Tidak lama kemudian datanglah pasukan burung Ababil (burung yang datang secara berkelompok) yang membawa batu-batu di paruh mereka dan ketika batu-batu tersebut menimpa salah seorang antara mereka, ia menjadi binasa. Allah Ta’ala berfirman, “Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Kaabah) itu sia-sia? Dan Dia mengirimkan kapada mereka burung yang berbondong-bondong, yang melempari mereka dengan batu (berasal) daripada tanah yang terbakar, lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).” (Surah Al-Fil: 105: 1-5).

Peristiwa Kedua: Safa dan Marwa Saksi Kecekalan dan Tawakal Siti Hajar menjaga anaknya Ismail

Jauh sebelum perintah ibadah haji dilaksanakan, Bukit Safa dan Marwa telah menjadi saksi sejarah perjuangan seorang ibu bernama Siti Hajar dalam menyelamatkan anaknya Nabi Ismail A.S daripada kehausan. Setelah turun wahyu kepada Nabi Ibrahim A.S memerintahkan supaya baginda bersama-sama dengan anak dan isterinya (Ismail dan Hajar) pergi ke Mekah yang ketika itu belum didiami manusia, malah hanya berupa lembah pasir, bukit-bukau yang tandus dan tiada air. Di tempat inilah, kedua-duanya ditinggalkan Ibrahim. Siti Hajar merasa sedih saat ditinggalkan begitu saja di tempat yang tak berpenghuni lalu bertanya kepada Ibrahim “Hendak ke manakah engkau Ibrahim?” “Sampai hatikah engkau meninggalkan kami berdua di tempat yang sunyi dan tandus ini?” Pertanyaan itu berulang kali, tetapi Nabi Ibrahim tidak menjawab walau sepatah kata. Siti Hajar bertanya lagi, “Adakah ini memang perintah daripada Allah?” Barulah Nabi Ibrahim menjawab, “Ya.” Mendengar jawaban suaminya yang ringkas itu, Siti Hajar gembira dan hatinya menjadi tenteram. Ia percaya bahawa hidupnya tentu terjamin walaupun di tempat yang sunyi, tiada manusia dan segala kemudahan. Sedangkan waktu itu, Nabi Ismail A.S masih menyusu.
Kecintaan Ibrahim kepada Allah dan menuruti perintah-Nya, melebihi segalanya. Ia pun menyerahkan semuanya kepada Allah dan berdoa, ”Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman berdekatan rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati. Ya Tuhan kami, (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat. Maka, jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki daripada buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.” (Surah Ibrahim, 14: 37).

Sewaktu Nabi Ismail A.S dan ibunya hanya berdua dan kehabisan air untuk minum di lembah pasir dan bukit yang tandus, Siti Hajar pergi mencari air dengan berulang-alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwa sebanyak tujuh kali. Saat kali ketujuh (terakhir), ketika sampai di Marwa, tiba-tiba terdengar oleh Siti Hajar suara yang mengejutkan, lalu ia menuju ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya bahawa suara itu ialah suara air memancar dari dalam tanah dengan derasnya di bawah telapak kaki Nabi Ismail A.S. Air itu adalah air zam-zam. Siti Hajar kemudian mendengar suara malaikat Jibril A.S dan berkata kepadanya, “Jangan khuatir, di sini Baitullah (rumah Allah) dan anak ini (Nabi Ismail A.S) serta ayahnya akan mendirikan rumah itu nanti. Allah SWT tidak akan mensia-siakan hamba-Nya.”

Peristiwa Ketiga: Arafah sebagai medan khutbah perpisahan

Peristiwa ini berlaku pada tanggal 9 Zulhijjah tahun 10 Hijriyah, ketika Rasulullah S.A.W menunaikan ibadah haji yang kemudian dikenali sebagai Haji Wada’ (Haji Perpisahan). Baginda tiba di lembah Wadi Urana, dalam keadaan masih di atas unta lalu berhenti dan kemudian berkhutbah di depan lebih seratus ribu orang yang hadir. Itulah peristiwa penyampaian khutbah yang begitu menggetarkan jiwa dan boleh dikatakan sebagai kesimpulan ajaran Islam dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W yang diwariskan kepada umat manusia. Khutbah berlangsung di bawah panas matahari dan seorang sahabat bernama Umayyah bin Rabi’ah bin Khalaf diminta mengulang dengan suara yang kuat setiap kalimat yang Nabi S.A.W sampaikan agar dapat didengari di tempat yang jauh dari tempat baginda berada.

Khutbah perpisahan ini adalah penting kerana mengandungi mesej yang perlu difahami, diingati, dan diikuti walaupun selepas kewafatan Rasulullah SAW. Jika diamati, hampir kesemua mesej disampaikan Nabi S.A.W adalah menyentuh hubungan sesama manusia. Ringkasnya, isi khutbah perpisahan tersebut merangkumi 10 perkara penting, iaitu;
1) larangan membunuh jiwa dan mengambil harta orang lain tanpa hak
2) kewajipan meninggalkan tradisi jahiliyah seperti pembunuhan balasan dan riba
3) mewaspadai gangguan syaitan dan kewajipan menjaga agama
4) larangan mengharamkan yang dihalalkan dan sebaliknya
5) kewajipan memuliakan wanita (isteri)
6) kewajipan berpegang teguh pada al-Qur’an dan as-Sunnah
7) kewajipan taat kepada pemimpin selama masih berpegang teguh pada al-Qur’an
8) kewajipan berbuat baik kepada hamba sahaya
9) umat Islam adalah bersaudara antara satu dengan lainnya
10) kewajipan menyampaikan khutbah Rasulullah S.A.W kepada orang lain.

Baginda berkhutbah di atas untanya al-Qaswah dan di sinilah turunnya wahyu mengenai kesempurnaan agama Islam. “Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan telah kucukupkan nikmat-ku kepada kamu, dan telah kuredhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” (Al-Ma’idah, 5: 3)

Selepas baginda membaca akan wahyu tersebut, para sahabat saling berpelukan kerana begitu gembira. Namun, Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a perasan bahawa al-Qaswah unta Nabi S.A.W menitiskan air mata dengan banyak lalu beliau pun ikut menangis. Saidina Umar r.a bertanya apakah sebabnya lalu Saidina Abu Bakar r.a menjelaskan bahawa di sebalik berita gembira tentang telah sempurnanya agama Islam, maka wahyu penutup itu juga petanda khabar duka bahawa Nabi S.A.W pasti akan meninggalkan mereka kerana tugasnya sebagai rasul telah selesai. Mendengar penjelasan itu maka Saidina Umar r.a pun menangis sama, begitu juga dengan para sahabat yang lain.

sumber : newshub

Wadah Terkini