1. Ambil ibu jari tangan kanan, lekapkan sekejap pada lelangit dalam mulut. Niat dan doa untuk berhentikan darah luka.
2. Keluarkan ibu jari dari mulut, ambil tisu/kain/daun, dengan ibu jari tadi lekapkan tisu/kain/daun pada tempat yang berdarah tu (waktu kejadian dulu kawan abg guna tembakau rokok), serentak baca " wal ya tala taf"
Dengan izin Allah, darah luka akan berhenti mengalir. Boleh pergi klinik/hospital untuk rawatan lanjut.
Ayat yang dibacakan adalah petikan kalimah di dalam surah Al-Kahfi, yang terjemahannya bermaksud;
dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan besungguh-sungguh
Tulisan ayat ini di dalam Al-Quran, dicetak dengan warna merah.
Ada yang mengatakan, sejarah di sebalik perkataan ini dicetak merah adalah ketika Sayyidina Uthman bin Affan RA terbunuh, percikan darahnya mengenai mushaf Al-Quran tepat pada tulisan “وليتلطف”.
Maka kerana itu ia ditulis dengan warna merah untuk mengenang kematian Sayyidina Uthman bin Affan RA. Tidak dapat dipastikan asal-usul dan kesahihan kisah ini.

0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”