Wang kertas merupakan objek yang selalu digunakan dalam kehidupan seharian. Namun ramai yang tidak mengetahui fakta-fakta yang tersembunyi disebalik wang kertas ini.
Untuk pengerahuan anda, wang kertas pertama di dunia telah diperkenalkan oleh masyarakat Cina sejak abad ke 7. Ia hampir 500 tahun lebih awal berbanding penggunaan wang kertas di kalangan masyarakat Eropah.
Fakta menarik wang kertas serta sejarahnya
1. Wang pertama di dunia
Sistem mirip wang kertas pertama dunia digunakan kali pertama oleh masyarakat China Dinasti Tang pada tahun 618. Ia memperkenalkan penggunaan resit kertas untuk deposit pembayaran bagi menggantikan duit syiling tembaga yang berat.
Sistem wang kertas yang lebih baik diperkenalkan pada zaman Dinasti Song sekitar abad ke 11. Dengan pengenalan wang berbentuk kertas yang membawa nilai-nilai yang telah ditetapkan.
Walaupun begitu, disebabkan penurunan nilai wang ekoran pengeluaran yang terlalu besar sehingga menyebabkan inflasi. Perkara itu memaksa China menghentikan penggunaan wang kertas pada tahun 1455.
2. Wajah paling banyak dipaparkan pada wang
Dalam sejarah wang kertas dunia, wajah yang paling banyak dicetak pada matawang berbentuk kertas adalah wajah Ratu Elizabeth II. Wajahnya dilihat pada 33 jenis matawang negara dunia.
Kanada menjadi negara pertama memaparkan wajah Ratu Elizabeth II pada tahun 1935, dengan cetakan wajah beliau ketika beliau baru berusia 9 tahun pada wang kerta $20 mereka.
Kebanyakan negara memilih untuk mengekalkan visual wajah beliau pada usia muda. Namun ada beberapa negara yang memilih untuk sentiasa mengubah visual Ratu Elizabeth II bergantung kepada usianya.
3. Asal-usul simbol ‘$’
Simbol ‘$’ yang digunakan bagi menggambarkan simbol matawang secara universal adalah berasal daripada simbol awal yang digunakan untuk melambangkan matawang ‘pesos’, yang digunakan oleh Sepanyol dan Mexico.
Pesos ditulis dengan huruf ‘P’ besar dan ‘s’ kecil ditulis di atasnya pada mulanya melalui tulisan tangan, ditemui dalam dokumen manuskrip peniaga Amerika yang melakukan urusan perniagaan dengan orang Sepanyol.
Lama kelamaan simbol itu mengalami evolusi akibat ditulis dengan bermacam cara sehingga berlaku penggabungan kedua-dua huruf menghasilkan simbol ‘dollar’ yang biasa kita lihat sekarang.
4. Nilai sekeping wang terbesar pernah dikeluarkan
Bank of England pernah mengeluarkan wang kertas bernilai 1 juta pound pada tahun 1948 untuk kegunaan orang ramai selepas rancangan pemulihan Eropah atau ‘European Recovery Program’ dilaksanakan, bagi memulihkan semula negara Eropah yang terjejas akibat perang dengan dana bantuan Amerika Syarikat. Walaupun begitu wang itu hanya digunakan selama beberapa bulan sahaja sebelum ditarik daripada pengedaran.
Ketika ini, Bank of England meneruskan tradisi tersebut, mencetak wang kertas bernilai 1 juta pound dan 100 juta pound. Kedua-duanya digelarkan ‘giant’ dan ‘titan’ namun tidak diedarkan untuk kegunaan orang ramai.
Kedua-dua wang tersebut disimpan oleh Bank of England sebagai cagaran bagi mengekalkan nilai matawang kertas negara United Kingdom agar berjaya mengekalkan nilai yang tertera pada matawang tersebut. Setakat ini, dianggarkan 4,040 keping giant dan titan dicetak dengan jumlah keseluruhan hampir 8 billion pound.
5. Wang kertas bersaiz paling besar di dunia
Wang kertas yang mempunyai dimensi paling besar di dunia memerlukan anda melipat wang itu beberapa kali hanya untuk memuatkannya ke dalam dompet. Matawang 100 ribu pesos yang dikeluarkan Bank Negara Filipina pada tahun 1998, mempunyai saiz 35.6 cm panjang dan 21.6 cm lebar, lebih besar berbanding saiz kertas A4.
Walaupun begitu wang ini dikeluarkan sebagai edisi istimewa sambutan kemerdekaan Filipina yang ke 100 tahun, hanya dikeluarkan sebanyak 1000 keping serta hanya ditawarkan jualannya kepada mereka yang berminat.
Sumber: iluminasi.com
Kredit: Daily Rakyat
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!