Tutorial: Cara Membuat Tombol Kembali ke Atas (Back to Top Button) di Blogger.
Cara Membuat Tombol Kembali ke Atas (Back to Top Button) di Blogger.
1. Silahkan buka dashboard blogger anda.
2. Kemudian pilih menu Tema/Theme.
3. Edit HTML
4. Copy kode dibawah ini dan letakan diatas kode </body>
<a href="javascript:" id="return-to-top"><i class="fa fa-chevron-up"></i></a>
6. Copy kode dibawah ini lalu letakan diatas kode ]]></b:skin>
#return-to-top
{
position:fixed;
bottom:20px;
right:20px;
background:#000;
background:rgba(0,0,0,0.7);
width:50px;
height:50px;
display:block;
text-decoration:none;
-webkit-border-radius:35px;
-moz-border-radius:35px;
border-radius:35px;
display:none;
-webkit-transition:all .3s linear;
-moz-transition:all .3s ease;
-ms-transition:all .3s ease;
-o-transition:all .3s ease;
transition:all .3s ease
}
#return-to-top i
{
color:#fff;
margin:0;
position:relative;
left:16px;
top:13px;
font-size:19px;
-webkit-transition:all .3s ease;
-moz-transition:all .3s ease;
-ms-transition:all .3s ease;
-o-transition:all .3s ease;
transition:all .3s ease
}
#return-to-top:hover
{background:rgba(0,0,0,0.9)}
#return-to-top:hover i{color:#fff;top:5px}
7. Setelah itu mari tambahkan javascriptnya
8. copy kode dibawah ini lalu letakan diatas kode </body>
<script type='text/javascript'>
//<![CDATA[
$(window).resize(function () {
var w = $(window).width();
if (w > 800 && menu.is(':hidden')) {
menu.removeAttr('style');
}
});
});
$(window).scroll(function() {
if ($(this).scrollTop() >= 50) { // If page is scrolled more than 50px
$('#return-to-top').fadeIn(200); // Fade in the arrow
} else {
$('#return-to-top').fadeOut(200); // Else fade out the arrow
}
});
$('#return-to-top').click(function() { // When arrow is clicked
$('body,html').animate({
scrollTop : 0 // Scroll to top of body
}, 500);
});
//]]>
</script>
9. Lalu SAVE TEMPLATE dan lihat hasilnya
not everyone likes...
I'm sorry if there are any shortcomings in me. I know not everyone likes
Bab 5: Bimbang tak sempat hapus dosa sesama manusia?
Kesan daripada perbuatan menyusahkan manusia dan menganiayai orang lain itu akan memberikan kesan kepada pelakunya di akhirat kelak hingga tidak mustahil bakal menjadi orang yang muflis.
Sabda Baginda Rasulullah:
Tahukah kalian siapakah yang disebut dengan orang yang muflis?. Para sahabat menjawab: Orang yang muflis menurut kami wahai Rasulullah, adalah orang yang tidak mempunyai dirham dan dinar serta harta benda. Baginda bersabda: Seorang muflis daripada kalangan umatku ialah seorang yang datang pada hari Kiamat dengan pahala solat, puasa dan zakat, namun (pada masa yang sama) dia juga membawa dosa mencela orang ini, menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan memukul orang ini (dan seumpamanya), lalu diberikan kepada orang ini sebahagian daripada pahala-pahala kebaikannya dan diberikan kepada orang itu pula sebahagian pahalanya, hinggalah akhirnya habis pahalanya namun belum lagi terbayar dosa-dosa yang tertanggung atasnya, lalu diambil dosa-dosa mereka tadi dan diletakkan ke atasnya hingga akhirnya dia dihumban ke dalam neraka (kerana banyak dosa). [HR Tirmizi 2342]
Begitulah dahsyatnya dosa seseorang dengan orang lain jika mereka tidak meminta maaf sebelum mati dan mereka juga perlu berasa khuatir dan bimbang kerana doa orang yang dizalimi tiada hijab dengan Allah.
Biarlah kita tidur dalam keadaan kita dizalimi daripada kita tidur dalam keadaan menzalimi.
Bab 3: Bimbang tak sempat hapus dosa sesama manusia?
Kata Imam Nawawi: Apabila seseorang itu hendak meminta dibebaskan daripada hak orang yang dizaliminya:
1. Jika berbentuk harta benda atau sejenisnya maka dia harus mengembalikannya (kepada orang yang diambil hartanya).
2. Jika dalam bentuk tuduhan palsu atau seumpamanya, maka hendaklah dipulihkan namanya atau meminta maaf kepadanya.
3. Jika ia berbentuk ghibah (umpatan), maka harus minta dihalalkan. (Riyadh al-Salihin 41-42)
Meminta maaf kepada orang yang pernah dizalimi lebih mudah jika kita mengetahui keberadaannya. Adapun sekiranya orang yang dicari tersebut tidak diketahui, maka para alim ulama' telah menyenaraikan langkah-langkah bagi mengembalikan hak seseorang itu.
Bab 4: Bimbang tak sempat hapus dosa sesama manusia?
Apabila si pemilik sah sudah meninggal dunia, hendaklah harta itu diserahkan kepada ahli warisnya. Namun jika si pemilik sah dan ahli warisnya tidak diketahui juga, hendaklah harta tersebut disalurkan kepada maslahat kaum muslimin, seperti membina jambatan, masjid dan sektor lain yang bermanfaat untuk seluruh kaum muslimin. Ia boleh juga disumbangkan kepada fakir miskin.
Bab 2: Bimbang tak sempat hapus dosa sesama manusia?
Perlu diketahui bahawa dosa dengan manusia sangatlah berat jika tidak dimaafkan oleh orang tersebut. Sabda Baginda Rasulullah:
Barang siapa yang menanggung kezaliman yang dilakukan ke atas orang lain, sama ada mengenai maruah dan kehormatan atau apa-apa perkara lain (mengambil harta orang lain) maka bersegeralah untuk meminta keampunan sebelum datangnya masa yang tidak ada padanya wang ringgit atau emas perak untuk membayarnya. [HR Tirmizi 2419]
Seseorang boleh menjadi muflis di akhirat nanti disebabkan dosa-dosa dengan orang lain yang pernah dizalimi ketika hidup di atas muka bumi. Oleh kerana itu perlu diketahui bagaimana cara untuk meminta maaf kepada orang yang pernah kita zalimi.
Bab 1: Bimbang tak sempat hapus dosa sesama manusia?
SETIAP orang pasti tidak terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada dosa dengan Sang Pencipta atau dosa sesama manusia.
Dosa dengan Allah akan diampunkan jika seseorang itu bertaubat dan menyesal atas segala perbuatannya serta bertekad untuk tidak mengulangi perbuatan maksiat itu selama-lamanya.
Namun, sekiranya maksiat itu berkaitan dengan hak manusia yang lain, maka syaratnya ada empat. Iaitu ketiga-tiga syarat di atas dan ditambah satu syarat lagi, iaitu memohon kemaafan daripada orang yang kita zalimi.
SEMBILAN IDENTITI NEGERI SEMBILAN
SEMBILAN IDENTITI NEGERI SEMBILAN
1. Adat Pepatih
Ciri-ciri Adat Perpatih ini adalah Islam, menggunapakai sistem kepimpinanan berasaskan sistem demokrasi, salasilah keturunan sesebuah keluarga dan suku berdasarkan keturunan ibu; Seni dan Budaya pula merujuk kepada seni bina, makanan, muzik dan lagu, pakaian, adat dan istiadat, cerita rakyat, pantang larang dan lain-lain.
2. Seni Bina
Rumah tradisional bumbung panjang sekali gus melambangkan pengamalan budaya Adat Perpatih oleh masyarakatnya.
Setiap luak ada perbezaan daripada segi reka bentuk asas dan berbeza dengan seni bina rumah gadang. Ia juga menggabungkan ciri-ciri alam bina dari Minangkabau, Melayu Riau khususnya Bangkahulu dengan masyarakat tempatan (Orang Asli).
3. Gulai Kuning untuk makanan tradisional
Pada November 1977, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan memutuskan Masak Lomak Lado Api menjadi identiti Negeri Sembilan dan kini diangkat semula sebagai Gulai Kuning.
Bahan-bahan utama dalam masakan ini adalah simbolik bagi menyediakan Gulai Kuning iaitu santan, cili padi kampung (capsicum frutescens) serta kunyit hidup yang menjadikan masakan berwarna kuning sekali gus menjadikan Gulai Kuning berbeza dengan masakan negeri lain.
4. Bunga Lada
Bunga Lada atau Lado di dalam sebutan masyarakat Negeri Sembilan adalah bunga yang boleh melambangkan keunikan yang terdapat di Negeri Sembilan.
Bunga ini juga membawa maksud dan lambang tersendiri iaitu Daun melambangkan rakyat Negeri Sembilan, lima kelopak bunga melambangkan lima Rukun Islam dan Rukun Negara, Stamen (Benang Sari) Undang Yang Empat (Undang Sungai Ujong, Undang Jelebu, Undang Johol, Undang Rembau) dan Tuanku Besar Tampin dan Stigma melambangkan Yang di-Pertuan Besar.
5. Gasing Negeri Sembilan & Dam Harimau
Untuk permainan tradisional, Negeri Sembilan memperkenalkan dua identiti iaitu Gasing Negeri Sembilan (outdoor) dan Dam Harimau (indoor).
Permainan gasing dipercayai sudah dimainkan oleh masyarakat Negeri Sembilan sebelum merdeka lagi untuk melahirkan semangat silaturahim masyarakat.
Dam Harimau pula adalah permainan popular kanak-kanak dan dewasa satu ketika dahulu. Permainan ini mudah dimainkan dengan penyediaan papan dam yang boleh dilukis sendiri serta buah dam/tir adalah daripada kayu atau tudung botol diwarnakan dalam dua warna untuk membezakan pemain.
6. Caklempong
Bagi kategori muzik, Caklempong dikenali juga sebagai telempong oleh orang Minangkabau tergolong dalam kumpulan Idiofon iaitu kategori alat muzik yang dibuat daripada bahan kayu, buluh dan tempurung.
Caklempong boleh dimainkan secara berdiri dan duduk Caklempong pacik digunakan untuk mengiringi perarakan tetamu dimainkan sambil berjalan.
Muzik caklempong turut mengiringi pencak silat, tarian lilin, tarian piring, dan tarian inai.
7. Tarian Piring Lambung
Tarian Piring Lambung menjadi identiti tarian masyarakat Negeri Sembilan.
Setiap setiap gerak tari tarian piring lambung ini melambangkan kehidupan masyarakat Negeri Sembilan.
8. Enam lagu terbitan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS)
Berlatar belakangkan Negeri Sembilan, lagu Moh Dogheh (Aishah), Orang Kito (Ito), Lambaian Negeri (Aishah), Pepatah Petitih (Ewal), Nogori (Waghih) dan Dirgahayu Yang di-Pertuan Besar (Fitri) diangkat sebagai lagu identiti untuk Negeri Sembilan.
Enam lagu yang beridentitikan Negeri Sembilan dan menggunakan loghat Negeri Sembilan digubah dibawah projek yang diterajui oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan dan diterbitkan LPNS.
9. Busana tradisional
Untuk kategori busana tradisional, ia terbahagi kepada dua iaitu busana tradisional lelaki dan Wanita.
Untuk busana tradisional lelaki, identiti bajunya adalah Baju Melayu Cekak Musang iaitu pakaian yang mempunyai kolar baju bercekak tinggi berdiri iaitu setinggi 2.5 sentemeter (cm) yang melingkari leher.
Pakaian ini juga mempunyai pesak, berkekek dan berpoket tiga serta terdapat lima buah kancing di leher yang melambangkan Rukun Islam.
Manakala untuk busana tradisional Wanita pula ialah Baju Kurung Ibu Soko, baju Kebaya Setengah Tiang dan baju kurung Pengantin Negeri Sembilan.
Menariknya, ketiga-tiga busana ini mempunyai ciri-ciri yang unik. Baju kurung Ibu Soko ia mempunyai leher Telok Belanga Jahitan Tulang Belut dan mempunyai ikatan tindih kasih serta potongannya berbentuk kembang payung, berpesak dan berkekek.
Baju Kebaya Setengah Tiang pula biasanya dipadankan dengan penggunaan kain batik sarung dan mempunyai kain potongan sembilan, berpesak dan berkekek serta panjang kelabuhan baju ini bawah dari punggung dan atas dari lutut.
Teringat satu pesanan seorang murabbi,
Teringat satu pesanan seorang murabbi,
."Jangan terlalu yakin, apa yang kita miliki hari ini akan terus dimiliki masa depan.
.
Jangan terlalu yakin, apa yang kita cintai hari ini akan terus berkekalan masa depan.
.
Dan, jangan pula terlalu khuatir, takut dan risau memikirkan apa yang kita tidak ada pada hari ini.
.
Kerana setiap yang kita punya, hanyalah pinjaman.
.
Kerana setiap yang belum ada, boleh jadi akan dianugerahkan."
.
Jangan terlalu.
.
Takut dan berharaplah pada Allah SWT.
Itu tauhid yang menenangkan.
.
Dalam takut, tetap terus berharap pada Tuhan.
.
Dalam harapan, tetap rasa takut (takwa) kepada Tuhan.
.
Letakkan begitu, maka kita takkan mudah pandang buruk pada sisi "buruk" hidup orang lain.
.
Takkan mudah putus asa bila kehilangan. Takkan mudah sombong dengan apa yang dipinjamkan.
.
Halawatul Islam.
Keindahan tak dapat digambarkan dengan hati.
TELADAN YG SANGAT BERGUNA
Sedikit sekali di antara hamba-Ku yang bersyukur...
Firman Allah SWT mahfumnya: "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Surah ar-Rahman, ayat 13). Ayat ini jelas menuntut semua hamba-Nya untuk mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT. Dan janganlah apabila nikmat itu ditarik balik baru kita mencari di mana kesyukuran dalam diri. Pepatah Melayu mengatakan 'sudah terhantuk baru terngadah'. Tokoh ilmuwan Islam ada berpesan: "Jalan yang lurus ialah syukur kerana syukur adalah maqam yang tinggi."
Bangkitlah daripada gelora rengekan dan selimut keluhan dan beralih kepada norma peradaban mensyukuri nikmat Allah SWT.
Signifikan bersyukur
Perlu diingat sesungguhnya tidak akan ada sesuatu perkara yang terjadi di muka bumi ini tanpa keizinan-Nya. Oleh itu, kita sebagai hamba-Nya mestillah sentiasa menanam sifat syukur dalam diri dan menzahirkannya pada Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan apa sahaja nikmat yang ada pada kamu, maka daripada Allahlah ia datang." (Surah an-Nahl, ayat 53)
Ramai umat akhir zaman hari ini hanya bersyukur apabila mendapat nikmat, tetapi mengecam apabila mendapat musibah. Allah SWT berfirman: "Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-Ku yang bersyukur." (Surah As-Saba': ayat 13).
Iblis sentiasa berusaha menyesatkan manusia agar manusia tidak mensyukuri nikmat Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Iblis menjawab: 'Kerana Engkau menghukum aku tersesat, maka aku benar-benar akan menghalang mereka daripada jalan Engkau yang lurus.'" (Surah al-A'raf, ayat 16)
Bersyukur adalah sifat orang yang bertakwa. Firman Allah SWT mafhumnya: "Kerana itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya." (Surah ali-Imran, ayat 123)
Dalam melaksanakan amanah harian, kita dituntut memanjatkan syukur seawal pagi sejurus bangun tidur seperti yang diajarkan baginda Rasulullah SAW kepada kita untuk berdoa: "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mati (membangunkan kami daripada tidur) dan hanya kepada-Nya kami dikembalikan."
Kemudian kita mengerjakan solat Subuh yang dimulakan dengan surah al-Fatihah dan di dalamnya kita memuji Allah SWT dengan permualaan ayat Alhamdulillah.
Indahnya bersyukur
Bersyukur adalah hal yang selalu disebutkan dalam al-Quran. Dengan bersyukur tentunya kita semakin ikhlas dan dekat kepada Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam al-Quran ertinya: "Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhan kalian memaklumatkan, 'Sesungguhnya jika kalian bersyukur (atas nikmat-Ku), pasti Kami akan menambah (nikmat) kepada kalian; dan jika kalian mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7)
Rasulullah SAW selalu solat sehingga kakinya bengkak. Apabila ditanya mengapa baginda solat sebegitu sedangkan baginda dijanjikan syurga: "Tidakkah patut aku menjadi hamba yang bersyukur?" (Riwayat Bukhari)
Firman Allah SWT dalam al-Quran mafhumnya: "Dan sesungguhnya kami telah memberi kepada Lukman, hikmah kebijaksanaan (serta kami perintahkan kepadanya): 'Bersyukur kepada Allah (akan segala nikmat-Nya kepada mu). Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji." (Surah al-Lukman, ayat 12)
Ini jelas membuktikan sifat syukur memberikan tenaga spiritual yang amat positif yang tiada tolok bandingnya. Malah bersyukur juga amat diperlukan untuk mengatasi segala onak duri dalam kehidupan. Ketika senang, kita bersyukur dan ia akan menjadikan kita terinspirasi. Ketika ditimpa musibah, kita bersyukur dan kita akan dapat mengatasi situasi yang getir.
Bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan Allah SWT. Dia masih ingin mendengar segala rintihan kita. Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat (as-Sami' dan al-Bashir). Jika kita menjengah ke dunia luar, ramai yang mengimpikan kehidupan kita sebagai kehidupan mereka. Ramai yang menginginkan kebahagiaan yang kita kecapi kerana mereka telah menghadapi musibah yang lebih perit daripada kita. Maka syukuri segala pemberian yang diberikan oleh-Nya kerana setiap musibah turun dengan seribu hikmah di sebaliknya.
Cara bersyukur
Memuji dan berterima kasih kepada Ilahi. Sebelum berdoa, pujilah dan berterima kasihlah kepada Allah SWT atas setiap pemberian yang diberikan dengan melafazkan kalimah 'alhamdulillah'. Ini membawa kepada pengiktirafan kesyukuran dalam hati dan lafaz pada lisan.
Ucap terima kasih kepada manusia lain. Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang telah ditolong dan berkata kepada mereka yang menolongnya, 'jazakallahu khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan)' telah melakukan yang secukupnya untuk membalasnya." (Riwayat Tirmizi)
Renungkan rezeki yang kita peroleh. Kita tidak akan pernah dapat menghitung setiap rezeki yang diberikan oleh Allah SWT. Ini secara tidak langsung melahirkan rasa syukur dalam hati. Firman Allah SWT mafhumnya: "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. (Surah al-Baqarah, ayat 34)
Meminta bantuan Allah SWT untuk istiqamah bersyukur. Doa yang diajarkan Rasulullah SAW selepas solat, seperti dinyatakan dalam hadis daripada Muaz bin Jabal RA: "Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan Menyembah-Mu dengan sebaiknya" (Riwayat Abu Daud)
Bersyukur adalah diperintahkan Allah SWT. Allah SWT berfirman: "Bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata." (Surah An-Nahl, ayat 114)
Penulis Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Disiarkan pada: January 27, 2021 @ 6:00am
Berikut adalah beberapa tanda bahawa anda (atau seseorang yang anda kenali) mungkin seorang yang introvert.
Berikut adalah beberapa tanda bahawa anda (atau seseorang yang anda kenali) mungkin seorang yang introvert.
- Terlalu Banyak Bersosial Melemahkan Anda. ...
- Anda Memerlukan Banyak Masa untuk Diri Sendiri. ...
- Orang Mungkin Sukar Mengenali Anda. ...
- Anda Mempunyai Sekumpulan Kecil Rakan Karib. ...
- Anda Lebih Suka Bekerja Sendirian
INTROVERT merupakan ciri peribadi seseorang yang bersifat instropektif atau lebih gemar menyimpan sesuatu untuk diri sendiri.
Introvert dan extrovert sering dipandang sebagai dua kutub berbeza tetapi sebenarnya tiada orang yang benar-benar memiliki salah satu keperibadian itu.
Dianggarkan 25 ke 40 peratus daripada populasi dunia mempunyai ciri-ciri introvert namun masih ramai orang yang tidak menyedari atau memahami keperibadian itu.
Biasanya orang yang pemalu atau tidak pandai bersosial sering dilabel sebagai introvert. Dalam psikologi, ciri-ciri introvert ini adalah di mana seseorang lebih fokus kepada diri sendiri dalam soal pemikiran, perasaan, berbanding berkongsi dengan dunia luar.
Mereka lebih cenderung berdiam diri daripada berkongsi apa yang dirasakan dengan orang lain. Berikut adalah beberapa tanda individu dengan keperibadian introvert.
1. Rasa 'penat' dalam keramaian
Individu introvert biasanya lebih mudah berasa penat apabila berada dalam sesuatu majlis sosial apatah lagi apabila berada di tempat di mana tiada orang yang dikenalinya.
2. Lebih gemar bersendiri
Sebagai seorang introvert, mereka lebih gemar menghabiskan masa bersendirian dan melakukan perkara yang mereka sukai dalam meningkatkan kembali mood mereka.
Bagaimanapun itu bukan bererti mereka tidak suka dengan kehadiran orang lain tetapi biasanya mereka akan mencari ketenangan sendiri selepas berada dalam kelompok yang ramai.
3. Kelompok kecil kawan
Golongan ini dianggap tidak suka berkawan tetapi sebenarnya mereka lebih gemar mengehadkan kelompok rakan-rakan dalam bilangan yang kecil.
4. Dianggap pendiam dan sukar didekati
Golongan ini biasanya dianggap pendiam dan sukar didekati namun sebenarnya mereka tidak gemar membuang tenaga dengan bercakap perkara tidak penting.
5. Suka memerhati
Introvert lebih suka belajar melalui proses pemerhatian dengan melihat sesuatu tugas dilakukan dan meniru cara tersebut.
Word 344
Oscar
Semua definisi OSCAR
Seperti yang dinyatakan di atas, anda akan melihat semua makna OSCAR dalam jadual berikut. Sila ketahui bahawa semua definisi disenaraikan dalam susunan abjad.Anda boleh mengklik pautan di sebelah kanan untuk melihat maklumat terperinci setiap definisi, termasuk definisi dalam bahasa Inggeris dan bahasa setempat anda.| Acronym | Definisi |
|---|---|
| OSCAR | Anak-anak kita yang kecil pada asas risiko |
| OSCAR | Iaitu latar satelit yang membawa Radio Amatur |
| OSCAR | Imbasan dalam talian dan capaian |
| OSCAR | Kabel di luar pemulihan |
| OSCAR | Kaji selidik dalam talian dan pensijilan dan sistem pelaporan |
| OSCAR | Kawalan keselamatan di tapak dan kajian Audit |
| OSCAR | Kawalan tekanan operasi dan kesediaan |
| OSCAR | Keperluan sistem avionik teras sistem terbuka |
| OSCAR | Kolam halaman klasifikasi dan penyelidikan |
| OSCAR | Komponen perisian operasi untuk lanjutan robotik |
| OSCAR | Komputer pelajar dalam talian bantuan pendaftaran |
| OSCAR | Laporan perakaunan kos operasi sokongan |
| OSCAR | Main semula Audio Mampat storan optik |
| OSCAR | Menawarkan sokongan kepada anak-anak dan saudara-mara |
| OSCAR | Objektif penawaran keupayaan penyesuaian Reka bentuk semula |
| OSCAR | Optik selam komunikasi oleh penyampai Aeroangkasa |
| OSCAR | Ordnance Survey Pusat penjajaran jalan |
| OSCAR | Pekerjaan dan kemahiran penyelidik berbantukan komputer |
| OSCAR | Pelajar OFW perundingan dan penyelidikan |
| OSCAR | Pelajar yang cemerlang di wilayah pentadbiran Cordillera |
| OSCAR | Pencarian dan pengumpulan storan optik |
| OSCAR | Penjagaan sekolah dan rekreasi |
| OSCAR | Perkhidmatan dalam talian bagi kurikulum dan kajian artikulasi |
| OSCAR | Persatuan County Osceola Realtors |
| OSCAR | Piawaian terbuka untuk bekas/kandungan yang membolehkan guna semula |
| OSCAR | Pusat sokongan dalam talian bagi Arcos |
| OSCAR | Sistem atas talian bagi Clerkship permohonan dan semakan |
| OSCAR | Sistem pakar yang optimum bagi menjalankan penilaian alam sekitar trafik jalan bandar |
| OSCAR | Sistem terbuka bagi komunikasi dalam masa nyata |
| OSCAR | Skrin konfigurasi dan pelaporan aktiviti |
| OSCAR | Sumber-sumber permohonan kelompok sumber terbuka |
Lirik Lagu Rayuan Perempuan Gila Lagu - Nadin Amizah
Menurutmu, apa yang bisa terjadi dalam sewindu?
Bukan apa, hanya bersiap, tak ada yang tahu, aku takut
Tak pernah ada yang lama menungguku sejak dulu
Semua orang takut padaku, wo-oh-oh
Mencintai diri ini
Namun, aku berjanji
Akan mereda, wo-oh-oh, seperti semestinya
Menurutmu, apa yang bisa dicinta dari diriku?
Bukan apa, hanya bersiap, tak ada yang tahu, aku takut
Tak pernah ada yang lama menungguku sejak dulu
Semua orang takut padaku, wo-oh-oh
Perempuan gila
Hantu berkepala
Keji membunuh kasihnya
Di dalam jiwanya
Sambil penuh cinta
Diam-diam berusaha
Akan ditinggalkan
Namun, demi Tuhan
Aku berusaha
Mencintai diri ini
Namun, aku berjanji
Akan mereda seperti semestinya, uh-hu-uh







