Doa Rasulullah setiap pagi

Assalamualaikum ibu
Salam Jumaat
Allahummashollialamuhammad
Bismillahirrahmanirrahim

*Doa Rasulullah setiap pagi*

Ya Allah, sungguh kami mohon kepada Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amal yang diterima.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin

Silent is the best

 


Silence is the best answer for all questions, Smiling is the best reaction in every situation.

Penyesalan Besar: Meninggalkan Solat

Penyesalan Besar: Meninggalkan Solat

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati. Hari ini saya ingin berkongsi satu nasihat penting yang sering kali kita abaikan dalam kehidupan seharian – kepentingan solat. Solat bukan sahaja kewajipan, tetapi juga tiang agama yang meneguhkan iman dan memberikan ketenangan dalam hidup.

“Penyesalan besar dalam hidup adalah bila kita tinggalkan solat. Bukan kehidupan dunia sahaja tidak keruan, kehidupan akhirat juga merana. Jauh pula daripada Syurga.”

Kita semua pernah mengalami saat-saat di mana kita terlalu sibuk dengan urusan dunia sehingga solat terabai.

Mungkin ada yang berfikir, "Nanti boleh qada' solat," atau "Saya terlalu penat sekarang, nanti saja."

Namun, pernahkah kita terfikir tentang akibat meninggalkan solat, bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat?

Saya teringat satu pengalaman sewaktu saya mula-mula bekerja. Kehidupan di bandar besar memang sibuk, dengan jadual kerja yang padat dan perjalanan yang memenatkan. Pada satu ketika, saya begitu tertekan dengan tugasan yang menimbun sehingga solat sering kali terlewat atau terlepas.

Suatu malam, saya pulang ke kampung dan seperti biasa, ibu menyambut saya dengan senyuman. "Macam mana kerja, nak? Sibuk ya?" tanya ibu sambil menyediakan makan malam.

"Sibuk sangat, ibu. Sampai kadang-kadang tak sempat nak solat," saya mengeluh.

Ibu berhenti sejenak, memandang saya dengan penuh kasih sayang tetapi juga kebimbangan.

"Nak, janganlah kita tinggalkan solat. Ibu tahu kerja itu penting, tapi solat itu lebih penting. Hidup kita akan jadi lebih tenang kalau kita jaga solat."

Kata-kata ibu menusuk ke dalam hati saya. Malam itu, selepas solat Isyak, saya duduk merenung. Benar, sejak saya mula mengabaikan solat, hidup saya rasa tidak tenang. Saya sering kali merasa tertekan dan resah. Keesokan harinya, saya bertekad untuk memperbaiki diri. Saya mula menetapkan waktu solat sebagai keutamaan dan mengatur jadual kerja saya agar tidak mengganggu waktu solat.

Perlahan-lahan, saya merasakan perubahan besar dalam hidup saya. Solat menjadi sumber kekuatan dan ketenangan. Setiap kali saya menghadapi kesukaran, saya akan mengadu kepada Allah SWT dalam solat. Saya mula merasakan ketenangan yang selama ini hilang.

Kepada semua pembaca yang saya kasihi, ingatlah bahawa solat adalah tiang agama dan sumber kekuatan kita. Janganlah kita abaikan solat kerana kesibukan dunia. Solatlah yang memberikan kita ketenangan, keberkatan, dan kekuatan untuk menghadapi segala cabaran hidup.

Jika anda ada sebarang pengalaman atau cerita yang ingin dikongsi, tinggalkan komen di bawah. Mari kita sama-sama berkongsi dan saling memberi semangat. Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga kita semua diberkati dan dipermudahkan dalam menjaga solat kita. Amin.


Spesies lalat

Lalat rumah

(Musca domestica)

Lalat rumah adalah pembawa utama berbagai macam penyakit berbahaya bagi manusia, dan dapat menginfestasi segala tipe bangunan. Mereka tertarik dengan segala macam makanan, termasuk makanan manusia, makanan hewan peliharaan, sisa atau limbah makanan, dan bahkan kotoran.

Melihat lalat rumah dewasa biasanya merupakan tanda aktivitas dan potensi masalah yang paling umum. Larva lalat rumah dapat terlihat saat mereka merangkak keluar dari tempat pengembangbiakan untuk menjadi kepompong.


Lalat hijau

(Calliphora vomitoria)


Lalat hijau merupakan salah satu spesies lalat yang seringkali terlihat terbang di sekitar tempat sampah, kotoran hewan peliharaan dan hewan mati. Mereka membawa berbagai macam penyakit berbahaya untuk manusia, seperti disentri dan salmonellosis melalui kontaminasi pada makanan atau minuman.


Lalat pasir

(Spiriverpa Lunulata)

Lalat pasir dewasa dapat dilihat dari bulan April hingga September. Mereka hidup di tepi sungai berpasir dengan habitat terbuka yang bebas dari pepohonan yang rindang.

Lalat pasir betina lebih suka bertelur di atas tanah lembab atau air.


Lalat buah

(Drosophila species)


Lalat buah umumnya ditemukan terbang diatas buah yang telah matang atau melayang di sekitar sisa-sisa fermentasi yang ditemukan di kebun buah, lahan sayuran dan pabrik.


Lalat limbah

(Psychodidae)


Lalat limbah seringkali dihubungkan dengan tempat pembuangan sampah atau limbah, dimana larva memakan bahan organik seperti lumpur. Mereka juga dikenal dengan beberapa nama lain seperti: lalat pembuangan dan lalat ngengat.


Lalat daging

(Sarcophagidae)


Lalat daging atau nama latin lalat daging adalah sarcophagidae mendapatkan nama mereka dari kebiasaan meletakan larva yang matang dalam daging yang telah rusak atau membusuk. Jenis lalat ini juga diketahui dapat berkembang biak di bangkai hewan.


Lalat kuda

(Family tabanidae)


Lalat kuda merupakan hama khusus yang ada pada hewan ternak. Serangan gigitan tanpa henti dari lalat betina dapat menyebabkan penurunan berat badan pada beberapa hewan.


Lalat kuda jantan merupakan pemakan nektar dan serbuk sari serta paling aktif saat siang hari. Gigitan lalat kuda juga dapat sangat menyakitkan bagi manusia. Mereka mempunyai bagian mulut yang berkerja seperti pisau kecil digunakan untuk membuka kulit dengan gerakan seperti menggunting.

Google

SUPER 30 Cikgu Anand Kumar Sebuah kisah benar.

SUPER 30
Cikgu Anand Kumar Sebuah  kisah benar.

Kisah yang digarap semula tentang Anand, genius matematik yang korbankan hidup dan kemewahan semata2 nak ajar 30 budak genius yang super miskin papa kedana.
Duit tak cukup, sekolah da rupe setinggan, makan kena catu, demi impian nak masuk IIT.

Tak cukup susah lagi, kena kacau pulak dengan kepala gangster. Korang rasa boleh survive ke belajar dalam keadaan tu? Dalam filem dia tunjuk macam mana ahli2 politik guna pendidikan untuk mentekedarah duit orang2 kaya. Yang miskin? Mimpi jelah nak belajar tinggi2.

Tema paling aku suka bila cikgu Anand ni pecahkan mindset anak2 murid dia yang English bukan tembok siapa bodoh siapa pandai, bagi Anand English cuma bahasa, bukan alat nak tunjuk kau pandai.

Thumbs up untuk Hritik Roshan, banyak moment2 touching dalam filem ni, yang akan buat korang rasa bersyukur dapat pergi sekolah hari2 dulu.

Sumber fb: Albudi Alsagoff




Berakhirnya Karier 4 Lagenda badminton dunia

Berakhirnya Karier 4 Lagenda badminton dunia

Lin Dan (36 tahun)
Bersara 2020 
666 menang, 128 kalah, 66 kali Juara dan pertama kali ranking No. 1 dunia pada 26 February 2004

Lee Chong Wei (37 tahun)
Bersara 2019
713 menang , 135 kalah, 69 kali Juara dan pertama kali ranking No. 1 dunia pada 29 June 2006

Taufik Hidayat (38 tahun)
Bersara 2014
413 menang, 138 kalah dan pertama kali ranking No. 1 dunia pada 1998 sewaktu baru berusia 17 tahun

Peter Gade Christensen (43 tahun)
Bersara 2012
517 menang , 155 kalah dan pertama kali ranking No. 1 dunia pada 22 June 2006









Bermula dari kita

Baru-baru ini saya dan isteri ke rumah kawan kami.

Sampai di rumahnya, kami berborak macam-macam cerita. Maklumlah lama tak berjumpa.

Dah lama lepas itu, isteri kawan saya cakap pada suaminya “Ha bang, bolehlah ambil makanan di dapur tu. Karang berborak sampai lupa pula nak ajak makan”,
Dia orang berdua pergilah ke dapur.

Bila dia pergi, baru saya perasan anak-anak dia ada 5 orang dan kecil belaka since anak dia jarak umur setahun dan dua tahun sahaja.

Anak dia elok je duduk mendengar kami berborak. Adalah yang main, tapi tidaklah terlalu bising dan tak mengganggu kami langsung.

Masa nak makan, kawan saya ajak semua anak-anak dia makan sekali dengan kami. Elok je anak-anak dia datang, cukup beradab.

Anak-anak dia bagi laluan pada kami tetamu dahulu untuk ambil makanan. Saya ada suruh anak dia ambil dulu, si abang dan kakak tersenyum, kemudian si abang berkata “Tak apa, pakcik ambil dulu”.

Mak dan ayah dia tersenyum.

Selepas itu kami pun makanlah bersama. Cukup meriah, suasana ceria dan sudah pasti kami ralit memandang kepada anak-anaknya yang sedang makan. Beradab sungguh.

Habis makan, saya cakap kepada kawan saya “Bagus betul anak-anak kau ni. Baik belaka”.

Dia senyum, kemudian berkata “Itulah Wan. Aku dan isteri didik dari kecil, ramai-ramai ni. Tetapi semua tu bermula dari kita jugak”.

Kemudian dia menyambung cerita bagaimana dia mendidik anak-anaknya. Antara yang dikongsikannya:

1. Katanya, anak dia dulu suka cakap kuat-kuat. Puas dia nasihat kepada anak dia, bila bercakap jangan bersuara kuat.

Anak dia membalas, katanya abah dan mama pun cakap kuat-kuat. Lepas pada itu, dia orang cakap tak kuat dah. Kalau anak cakap kuat lepas tu, kenalah tegurlah.

2. Anak dia bergaduh depan dia. Bila dileraikan dan minta mereka diam, pernahlah si abang membalas “Abah tu bergaduh dengan mama boleh pula? Siap jawab-jawab lagi”.

Terkedu juga dia kata bila kena begitu. Selepas itu bila ada perselisihan antara dia dan isteri, mereka selesaikan di tempat tertutup tanpa pengetahuan anak-anak dan tak tunjuk dah depan anak-anak.

Anak-anak yang bergaduh pula selepas tu, siaplah dendanya. Tetapi tidak menyakitkan badan mereka. Kena hafaz surah yang banyaknya.

3. Semasa makan, memang dulu huru hara dia kata. Ya lah, umur pun tak jauh jarak bezanya. Macam-macam ragam.

Jadi dia buat peraturan, selagi tak duduk sama-sama, selagi itulah semua tak dapat makan. Alhamdulillah katanya, anak-anak dia cukup berdisiplin semasa makan.
Bawa pergi tempat kenduri pun terikut-ikut cara di rumah.

4. Dia kata, cara dia dan isteri muhasabah diri dalam mendidik anak-anak adalah dengan cara melihat wajah anak-anak mereka ketika anak-anak sedang tidur.

Semasa mereka tidur katanya, wajah anak-anak kita comel sungguh dan menyentuh perasaan kita. Semasa itulah, dia dan isteri kenangkan kembali apa yang telah berlaku seharian.

Jika ada yang kena marah, kena tegur, dia orang semak kembali betul ke tak betul caranya.

Jika ada yang jarang berborak hari itu, esoknya akan mereka akan ajak berborak dengan anak-anak lebih dari hari semalam. Begitulah cara kawan saya dalam mendidik anak-anak mereka.

Waktu kami nak balik, anak-anaknya hantar kami sampai ke luar. Berdiri elok sama-sama dengan mak dan ayah dia orang. Siap lambai semua, sejuk hati saya tengok.

Kredit : WS Adli W Muhammad



Lirik Lagu Sekecewa Itu - Angga Candra

Kurang apa diriku
Tlah ku berikan
Semuanya unutkmu

Teganya kau ingkari
Rasa cinta ini
Sampai ku sakit hati

Kini ku sadar cintaku ini
Tak berarti untukmu
Kau buat luka isi hatiku
Kau buatku sekecewa itu

Dimana letak hatimu yang dulu
Kau duakan ku, kau memilih dia
Kini kau ingin
Kembali seperti dulu
Maafkan hatiku
Tak ada lagi untukmu

(sekecewa itu)
(kau buatku jatuh)
(sekecewa itu)

Kini ku sadar cintaku ini
Tak berarti untukmu
(kau buat luka hati ini)
Kau buat luka isi hatiku
(dan aku tak percaya lagi)
Kau buatku sekecewa itu

Oh dimana letak hatimu yang dulu
Kau duakan ku, kau memilih dia
Kini kau ingin
Kembali seperti dulu
Maafkan aku
Tak ada lagi untukmu

Kau lukai..
kau sakitiku..
(kau sakiti aku)
O.. ooo..

Dimana letak hatimu yang dulu
Kau duakan ku, kau memilih dia
Kini kau ingin
Kembali seperti dulu..
Maafkan aku
Tak ada lagi untukmu

Wadah Terkini