Baby (kucing jalanan) juara dunia di World Winner 2024.

Bertuah! Baby, seekor kucing betina berusia sembilan tahun yang asalnya hidup di jalanan, kini berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan merangkul gelaran juara dunia di World Winner 2024.

Tak sangka seekor kucing jalanan dari Malaysia bernama Baby mencipta sejarah apabila berjaya dinobatkan sebagai juara dunia dalam Pertunjukan Kucing Antarabangsa, atau secara rasmi dikenali sebagai World Winner Show 2024, yang diadakan di Oslo, Norway pada 3 November lepas.

Cipta Sejarah, Kucing Jalanan Malaysia Kini Bergelar Juara Dunia 2024

Baby, seekor kucing betina yang dimiliki oleh pasangan Shaharudin Shuib dan Rooaida Mohd Darus, berjaya meraih kemenangan besar dengan menewaskan ribuan pesaing dari pelbagai negara, menjadikannya ikon kebanggaan Malaysia.

Dengan kejinakan dan sifat manja, Baby berjaya memikat hati juri dalam Pertunjukan Kucing Antarabangsa anjuran FIFe! Keperibadian Baby yang tenang dan bersahaja sepanjang sesi penilaian membuatkan dia menonjol, malah mendapat perhatian besar daripada semua yang hadir.

Difahamkan, penjagaan rapi yang diberikan oleh pemiliknya, Shaharudin Shuib dan Rooaida Mohd Darus, juga memainkan peranan penting—bulu Baby sentiasa nampak kemas dan berkilau, menyerlahkan lagi kecantikannya di pentas pertandingan.

Lebih mengagumkan, Baby yang sudah berusia sembilan tahun ini turut bersaing di peringkat akhir bersama seekor lagi kucing jantan milik pasangan tersebut, menjadikan pentas akhir benar-benar milik Malaysia!

Kucing lain turut dibawa untuk wakili Malaysia di Oslo
Selain Baby, beberapa lagi ekor kucing dari pelbagai baka turut dibawa hasil inisiatif Kelab Kucing Malaysia (KKM) untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan berkenaan antaranya:

Empat ekor kucing baka British Short Hair.
Tiga ekor kucing jalanan dan Seekor kucing Bengal.

“Penyertaan kali kedua ini membuahkan hasil apabila juri tertarik dengan perwatakan Baby selain piawaian lain yang memenuhi spesifikasi pemarkahan.

“Ini merupakan kali kedua Baby menyertai FIFe World Cat Show, selepas kali pertama bertanding pada 2017 di Amsterdam, Belanda, di mana Baby berjaya melangkah ke pentas final untuk pencalonan World Winner.

“Ini adalah penghargaan yang tinggi diterima kerana Baby perlu bersaing sengit dengan 1,500 ekor kucing lain yang turut menyertai pertunjukkan ini,” jelas Rooaida, dipetik Kosmo.

Selain pasangan itu, Timbalan Presiden KKM iaitu Habil Hussain serta Setiausaha Agong, Muhammad Hasbullah Ibrahim turut mengiringi kontinjen dari Malaysia ini ke Oslo untuk pertandingan tersebut.

Menurut Rooaida, dia dan suaminya memberikan pendedahan awal kepada Baby dengan sering membawanya menyertai pertunjukan kucing di dalam negara. Langkah ini bertujuan membantu Baby menyesuaikan diri dengan suasana yang terbuka dan ramai orang.

“Pendedahan ini penting supaya Baby terbiasa dengan orang ramai, sekali gus memupuk sifat jinak dan manjanya,” jelas Rooaida.

“Baby hanyalah kucing baka biasa. Kami ambil dia dari jalanan dan pelihara dengan penuh kasih sayang sehingga dia menjadi seperti sekarang.”

Sumber: The Official Site of Kelab Kucing Malaysia (KKM) | KELUARGA

Keputusan Akhir The Chosen One 2024

Keputusan Akhir The Chosen One 2024

Juara : Kiki Fateha - coach Aepul Roza

Naib Juara : Akhil Mikhail - coach Tomok

Ketiga : Atikah Rose - coach Adira Suhaimi

Keempat : Azry Sabri - coach  FAHIMI & FIRDAUS RAHMAT

Resepi IKAN REBUS VERSI THAILAND

Resepi IKAN REBUS VERSI THAILAND

CARA PENYEDIAAN:

1.Untuk 15-20 ekor ikan selayang. Masukkan 2 ketul nise kerek, 6 batang serai, 1/2 sudu garam, 6 ulas bawang putih, asam keping segenggam  dan daun limau purut 15 helai ke dalam periuk.

2.Masukkan ikan, nak letak cili pun boleh. Masukkan air sama paras dengan ketinggian ikan

3.Rebus selama setengah jam dan buka api kecil je. Cuba rasa kuah tu, kalau masin atau manis sangat tambahkan air panas. Ikan rebus ni makin lama simpan dlm peti makin sedap. 

Kredit: Vi Ibi Haji Ariffin

Dia lebih dekat daripada urat nadimu



Mulai sekarang, marilah kita lebih banyak mengingati Allah SWT agar kita juga diingati olehNya. Lebih-lebih lagi apabila kita sujud kepadaNya pada bahagian ketiga malam dan memberitahu dia semua kesedihan kita. 

Percayalah bahawa timbunan masalah itu akan terbayar, kerana Allah SWT tidak pernah tidur. Kuncinya, jangan pernah tinggalkan Tuhan, kerana Dia lebih dekat daripada urat nadimu.

Subhanallah! 

RESEPI MEE KICAP HOMEMADE

RESEPI MEE KICAP HOMEMADE

Bahan-bahan :
Mee wantan, sya guna Mee Kering @ Dried Noodles. 
Bawang putih tumbuk halus
Lada sulah
Sos tiram
Minyak bijan
Kicap pekat
Garam / Gula
Tepung jagung
Mee kering dan sayur sawi celor sekejap
ayam di perap dgn kicap masin, kicap manis & lada sulah pastu goreng.. 
daun bawang sebagai hiasan
Cara-cara :
1.Tumis bawang putih sehingga kekuningan titiskan sedikit minyak bijan, air, sos tiram, lada sulah & kicap pekat... Kemudian perasakan garam, gula dan secukup rasa last sekali masukkan tepung jagung,  kuahnya  biar agak² pekat yea. masak sehingga kuah menidih padam api... 
2.Mee yg telah di tos tdi masukkan dlm bekas gaul²kan dgn sedikit kuah kicap then tuang dlm mangkuk,  pastu ayam yg di goreng td hiris nipis susun atas miee bersama sayur,  last tuang sedikit kuah kicap tdi,  hias sedikit daun bawang siap.. 
3.Simple sja.
 
Kredit: Naura Aisya Aryan




Tutup Aurat: Mengikut Perintah, Bukan Tunggu Hidayah



Tutup Aurat: Mengikut Perintah, Bukan Tunggu Hidayah

Seperti yang kita semua tahu, bila nak memandu di jalan raya, lesen adalah wajib. Bukan sebab suka-suka pihak berwajib letak undang-undang, tetapi kerana nak jaga keselamatan kita sendiri dan orang lain. Kita patuh, sebab kita tahu ia adalah arahan yang ada akibat kalau diabaikan.

Begitu jugalah dengan soal menutup aurat. Ia bukan perkara remeh atau soal "tunggu hidayah." Arahan Allah SWT dalam al-Quran jelas dan tegas mengenai kewajipan menutup aurat, terutamanya bagi lelaki dan wanita Muslim. Allah SWT berfirman dalam Surah an-Nur, ayat 31:

"Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, supaya mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya..."

Ayat ini adalah bukti bahawa Allah memerintahkan kita menjaga aurat, sama seperti arahan-arahan lain dalam agama kita yang wajib dipatuhi.

Dalil-Dalil Lain: Mengapa Menutup Aurat Itu Wajib

Sebenarnya, ada hadis yang sangat mendalam dalam hal ini. Rasulullah SAW bersabda:

"Setiap agama ada akhlaknya, dan akhlak Islam adalah rasa malu." (Riwayat Ibnu Majah)

Menutup aurat adalah sebahagian daripada menjaga rasa malu dan maruah sebagai seorang Muslim. Ia adalah tanda keimanan dan penghormatan kepada diri sendiri. Bukan sebab orang lain atau sebab tekanan sosial, tetapi sebab ia adalah arahan Allah. Tunduk kepada perintah Allah tanpa soal, sama seperti kita patuh kepada arahan pihak berwajib.

Pandangan Ulama: Arahan Ini Bukan Untuk Dipersoal

Ramai ulama menekankan bahawa kewajipan menutup aurat bukanlah perkara yang perlu ditunggu-tunggu dengan alasan "belum sampai seru" atau "tunggu hidayah." Ustaz-ustaz dan ulama sering menjelaskan bahawa, sebagaimana kita patuh kepada peraturan dunia yang kita faham akibatnya, begitu juga kita patut patuh kepada peraturan agama, yang datang daripada Allah yang Maha Mengetahui.

Imam al-Ghazali pernah berkata, "Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mentaati Allah dalam semua perintah-Nya."

Hidayah bukan datang secara misteri tanpa usaha. Usaha patuh kepada perintah Allah adalah sebahagian daripada perjalanan mencari hidayah itu sendiri. Sebagaimana kita mempersiapkan diri dengan ilmu untuk memandu dengan selamat, begitu juga menutup aurat adalah usaha kita mencari redha dan kasih sayang Allah.

Kesimpulan: Patuh Kepada Arahan Allah Adalah Keinsafan

Apabila kita memahami bahawa arahan menutup aurat adalah perintah dari Allah, bukan sekadar adat atau budaya, kita mula melihatnya sebagai sebahagian daripada cara kita menunjukkan ketaatan. Jangan tunggu, jangan tangguh, sebab Allah sudah arahkan. Setiap kali kita melangkah keluar, ingatlah: aurat kita adalah tanggungjawab kita, dan perintah Allah adalah sesuatu yang tidak sepatutnya kita pertikaikan.

Semoga Allah mempermudahkan jalan kita untuk sentiasa taat kepada-Nya, dan semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan-Nya.

Wordless Wednesday November 06 2024

 

Zaman Handphone tanpa > WIFI...

Paling 'Win' Model Nokia 3310.. 

Bateri caj sampai 2 hari pon boleh tahan. ..

Tan Sri Vincent Tan dan U Mobile (48.3% milik Singapura)

1. Persoalan ini sekarang sedang bermain di minda rakyat. Macam-macam dikupas.

2. Sejak dua hari lepas apabila tular pengesahan di media bahawa U Mobile telah diberikan tanggungjawab membangun rangkaian 5G kedua Malaysia.

3. Digital Nasional Berhad (DNB) anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang diberi mandat penuh oleh Kerajaan Malaysia untuk menjadi
pihak neutral tunggal bagi melaksanakan infrastruktur dan rangkaian 5G ke seluruh Negara menganggar kos prasarana keseluruhan adalah RM16.5 Bilion.

4. Media arus perdana serta media atas talian lain telah mula memuat naik pelbagai cerita. Ada juga yang kurang enak melihat kepada penama seperti syarikat yang ada kaitan dengan tabung pelaburan dan dana mahsul Kerajaan Singapura.

5. Carian terkini akan menunjuk 48.3% syarikat U Mobile dimiliki Straits Mobile Investments Pte Ltd. Ya, syarikat Singapura.

6. U Mobile kini umum hendak kurangkan milikan asing. Pagi ini kita dimaklum begitu. Persoalannya kenapa sekarang? Berapa keuntungan yang syarikat asing ini akan dapat? Kalau nilai kontrak RM16.5 bilion berapa untung melepaskan hampir 28% saham dari U Mobile? Pelepasan ini sudah lama dirancang atau hanya selepas peroleh lantikan? Kalau selepas bukankah saham makin bernilai? Bukankah syarikat Singapura makan untung percuma selepas dapat kontrak mega?

7. Maxis. CelcomDigi. Telekom. Ini semua syarikat Malaysia. Milik orang-orang Malaysia. Kalau adapun saham orang asing, majoriti milik orang Malaysia. Kenapa boleh terfikir beri tugasan terkait bidang komunikasi dan data serta prasarana strategik pada syarikat yang majoriti milikan asing?

8. Tidak dapat disangkal isu ini membawa pelbagai persoalan apatah lagi dahulunya Kerajaan nekad untuk pastikan rangakain 5G ini menyeluruh dan terbaik. Maka ada logiknya bila pemain industri mempersoal lantikan ini. Difahamkan Maxis dan CelcomDigi akan berurusan dengan SKMM untuk beberapa persoalan.

9. Bagaimana pula dengan kelonggaran tambahan dimana SKMM juga, secara bersyarat, boleh melulus keperluan U Mobile berkolaborasi dengan operator telco lain bagi pelaksanaan projek ini. Bukankah ianya seolah membenar U Mobile pegang konsesi utama, makan atas angin, kalau ikut terma orang-orang berniaga.

10. Begitu juga dengan nama Tan Sri Vincent Tan yang dilihat antara orang kuat dalam U Mobile serta kaitan dengan Berjaya Group. Dikaitkan pula hubungan perniagaan dengan individu-individu lain.

11. Persoalan yang sama juga akan bermain di kalangan pengurus-pengurus dana dalam dan luar negara. Malah CIMB Securities juga menyatakan keputusan SKMM adalah mengejutkan bukan sahaja kepada firma itu tetapi kepada pasaran keseluruhannya.

12. Rakyat melihat Maxis dan Celcom Digi membina rangkaian sendiri di seluruh negaradan punyai jauh lebih ramai pengguna serta kekuatan dalam kutipan hasilnya dalam bidang telco. Mengapa U Mobile, itu persoalan yang sedang ditanya.

13. Perkembangan sebegini juga bakal dipersoal oleh pelabur-pelabur luar negara yang akan melihat seolah-olah perlu ada ‘kabel’ dalam mendapat awad-awad bagi kerja-kerja sebegini. Adakah ianya benar?

14. Persoalan-persoalan ini adalah soalan-soalan yang mungkin kita semua kurang selesa untuk bertanya. Tetapi sebagai rakyat yang akhirnya akan terkesan ianya persoalan yang mesti ditanya.

15. Maka kepada Ketua Polis Negara dan Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan, adakah apa-apa diskusi mengenai U Mobile ini akan melawan 3R?

16. Persoalan-persoalan ini juga mesti dibangkit di Dewan Rakyat. Di era melawan penyakau, golongan mahakaya dan elit, tentu sekali Kerajaan akan beri jawapan.

17. Rakyat menanti…

MalaysiaToday

Jangan pernah berhenti berdoa ya?



Kita sebagai seorang yang beriman perlulah sentiasa berdoa kepada Allah SWT kerana insan ini sifatnya lemah dan sentiasa mengharapkan kepada sang Penciptanya dalam setiap keadaan dan masa. 

Justeru itu, banyak doa-doa yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada kita untuk digunakan dalam kehidupan seharian. 

Jangan pernah berhenti berdoa ya? 
In sha Allah 


Sebelum hilangnya malam...



Sebelum hilangnya malam...

Sunnah yang kian pupus; bertasbih, bertahmid dan bertakbir sebanyak 33 kali selepas solat. Sedangkan para sahabat dahulu berlumba-lumba melakukan sunnah ini. 

In sha Allah, jom sama-sama kita amalkan ya 

Resepi Kek Coklat

Kek Coklat

Bahan:
Bahan A:(ayak bahan bertanda🌺)
190 g gula kastor
1/2 sk garam
155 g tepung gandum🌺
70 g serbuk koko🌺
1 sk baking powder🌺
1 sk bikarbonat soda🌺
Bahan B:
175 g susu pekat
210 g susu cair
190 g minyak
3 biji telur
Choc Ganache:
300 g dark choc atau 250g dark choc + 50
115 g susu full cream
1 1/2 sb butter
Cara:
1. Ayak bahan kering bertanda🌺
Kemudian, satukan dengan garam dan gula ke dalam bowl. Kacau rata. Buat lubang kat tengah.
Masukkan bahan B.
*Telur sya masukkan kemudian sebab lupa nak masukkan sekali🤭
2. Kacau perlahan guna whisk/spatula sampai sebati dan tiada ketulan tepung..tapi jangan over mix ye. *Tips:kacau dari dinding bowl supaya bahan basah mudah meresap pada tepung. Dan proses nak kacau tu tak lama supaya tak over mix.
3. Sediakan loyang yg dilapik baking paper. Tuang adunan kek coklat ke dalam loyang. Bakar pada suhu 150° selama 1 jam/sampai masak. Bila kek dah masak..
terbalikkan atas redai dan biar sejuk. Baking paper jangn buang nanti nak guna lagi.
4. Sementara tunggu kek sejuk boleh lah buat ganache. Masukkan susu dalam pan..panaskan sampai berbuih pada tepi pan dan matikan api. Masukkan choc dan butter..kacau sampai cair sebati. Biar sejuk.
5. Bila kek dah sejuk..masukkan kembali baking paper dalam loyang. Masukkan kek juga tapi bahagian atas kek berada di bawah..maksudnya kek tu terbalik sebab nak dapatkan permukaan yg rata di atas. Faham kan? Hihi..
6. Tuangkan choc ganache pada kek. Simpan dalam peti sejuk at least 5 jam. Kemudian, boleh la dipotong dan dihidang😋 *Cara potong:rendam pisau dalam air panas kemudian lap. Potong dan tarik pisau keluar ke tepi..jangan tarik ke atas nanti tak kemas.
Selamat Mencuba..




Doa Untuk Saudara Kita di Palestina

Doa  Untuk  Saudara  Kita  di  Palestina


اللَّهُمَّ أَعِز َّالْإِسْلَامَا وَ الْمُسلِمِين

اللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَاننَاَ الْمُسلِمِين المُجَاهِدِينَ فِي فِلِسْطِين

اللَّهُمَّ ثَبِّتْ ايمَانَهُمْ وَأَ نْزِلِ السَّكِينَةَ عَلَى قُلُوبِهِم وَ وَحِّدْ صُفُوفَهُمْ

اللَّهُمَّ أَهْلِكِ الْكَفَرَةَ وَ المُشْرِكِينَ اللَّهُمَّ دَمِّرِ لْيَهُودا وَ إِسْرَآئِل

وَشَتِّتْ شَمْلَهُم وَ فَرِّقْ جَمْعَهُمْ اللَّهُمَّ انْصُرْ عَلَى المُجَاهِدِينَ أَعْدَائِنَا وَ أَ عْدَاءَ الدِّين

بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّحِمِينَ وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى النَّبِيِّ مُحَمَّدٍ


Allahumma ‘a-izzal islama wal muslimina

Allahummanshur ikhwananal musliminal mujahidina fi filistin

Allahumma tsabbit imanahum wa anzilis-sakinata ‘ala qulubihim wa wahhid shufufahum

Allahumma ahlikil kafarata wal musyrikina Allahumma dammiril yahuda wa israila

Wa syattit syamlahum wa farriq jam’ahum, Allahummanshur ‘alal mujahidina a’daa-ana wa a’daa-addin

Birahmatika ya arhamar-rahimin wa shallallahu ‘alan-nabiy Muhammad


“Ya Allah, muliakanlah Islam dan kaum Muslimin. Ya Allah, tolonglah kaum Muslimin dan Mujahidin di Palestina. Ya Allah, teguhkanlah Iman mereka dan turunkanlah ketenteraman di dalam hati mereka dan satukanlah barisan mereka. Ya Allah, hancurkanlah kaum kuffar dan kaum musyrikin. Ya Allah, binasakanlah kaum Yahudi dan pasukan Israel dan cerai-beraikanlah kesatuan mereka. Ya Allah, menangkanlah kaum Mujahidin atas musuh kami musuh agama dengan RahmatMu, Wahai Yang Maha Pengasih. Dan sampaikanlah Sholawat kami kepada Nabi Muhammad.”

MALAM TAHLIL SUHAILA BALIK

SINOPSIS MALAM TAHLIL SUHAILA BALIK

Dalam pada menanggung perit kematian Suhaila, suaminya berdepan dengan masalah yang tak disangka-sangka apabila mayat isterinya kembali ke rumah pada salah satu malam tahlilnya. Telah disiarkan pada 12 Oktober 2019


Mengisahkan tentang sebuah keluarga yang ada sumpahan 7 keturunan, dilarang berkahwin dengan orang luar yang tiada ikatan keluarga. Namun pada tahun 90an yang sudah moden, sumpahan itu tidak lagi dihiraukan.

Suhaila yang bekerja di KL bertemu jodohnya dan mereka berkahwin. Takdirnya beliau meninggal awal. Tiba tiba pada malam tahlilnya, mayat Suhailah jatuh gedebam dari atas loteng rumah jatuh pas pas depan suaminya.

Suaminya hendaklah memikul semula Suhaila ke kuburan dengan memikul belakang mayat di atas belakangnya. Mayat itu dikatakan ringan seperti kapas.

Akan tetapi, satu persatu rahsia yang tersimpan disebalik keluarga Suhaila terbongkar. Wujud Suhaila yang hadir untuk merungkai segala kejahatan yang tersimpan!

Siapakah dalang dalam semua kejahatan ini?
Mampukah Qayyum menghantar kembali mayat arwah isterinya ke kubur?

Memberi tanpa mencari pengakuan

Memberi tanpa mencari pengakuan

“Acts of Kindness“
Di Jerman, sebuah tindakan belas kasih yang luar biasa sedang berlangsung secara diam-diam - kantong-kantong makanan digantung di tempat umum untuk orang miskin, yang membutuhkan, dan yang lapar. Tidak ada kamera, tidak ada publisitas, hanya cinta dan niat baik yang murni. Tindakan sederhana namun kuat ini mengingatkan kita semua tentang pentingnya merawat mereka yang membutuhkan tanpa mencari pengakuan. Mari kita sebarkan kesadaran tentang tindakan kebaikan yang mengharukan ini dan menginspirasi lebih banyak komunitas untuk membantu orang lain secara diam-diam.




Sinopsis Tuyul part 1 (Film horor indonesia terbaru 2024 full movie)

Daniel dan Mia pindah rumah. Daniel mendapat tugas dari kantornya untuk mengurusi perkebunan teh di daerah pegunungan. Mia masih tidak rela pindah ke rumah itu, tetapi ia menyadari bahwa mereka tidak punya pilihan lain. Mereka harus menghemat pengeluaran untuk kelahiran anak pertama mereka. Terlebih rumah itu merupakan peninggalan terakhir dari orangtua Mia yang sudah meninggal.

Pada suatu hari Daniel menemukan botol misterius di salah satu kamar dan menyimpannya. Sejak penemuan botol itu, Mia mengalami banyak kejadian misterius dan sering mendengar suara-suara aneh. Mia ketakutan dan khawatir akan bayi yang dikandungnya. Mia berusaha mencari tahu mahluk apa yang mengikuti dan menerornya selama ini. Mahluk itu adalah Tuyul.


PISANG GORENG RANGUP (RESEPI HOTEL)

PISANG GORENG RANGUP (RESEPI HOTEL)

2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan (santan kotak)
1/2 sudu besar baking powder (jenama Royal)
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (pewarna)
1 biji telur

air secukupnya
2 sudu besar marjerin - dipanaskan hingga cair dan disejukkan.

CARA PENYEDIAAN

1. Satukan semua bahan kecuali air dan marjerin cair.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan agak pekat - adun guna tangan bkn sudu.
3. Masukkan marjerin cair juga gaul dengan tangan.
4. celup pisang dan goreng dalam minyak yang panas.

*adunan ini sesuai digunakan untuk menggoreng cendawan, keledek, cempedak, roti, tempe dll



Wadah Terkini