MALAM TAHLIL SUHAILA BALIK

SINOPSIS MALAM TAHLIL SUHAILA BALIK

Dalam pada menanggung perit kematian Suhaila, suaminya berdepan dengan masalah yang tak disangka-sangka apabila mayat isterinya kembali ke rumah pada salah satu malam tahlilnya. Telah disiarkan pada 12 Oktober 2019


Mengisahkan tentang sebuah keluarga yang ada sumpahan 7 keturunan, dilarang berkahwin dengan orang luar yang tiada ikatan keluarga. Namun pada tahun 90an yang sudah moden, sumpahan itu tidak lagi dihiraukan.

Suhaila yang bekerja di KL bertemu jodohnya dan mereka berkahwin. Takdirnya beliau meninggal awal. Tiba tiba pada malam tahlilnya, mayat Suhailah jatuh gedebam dari atas loteng rumah jatuh pas pas depan suaminya.

Suaminya hendaklah memikul semula Suhaila ke kuburan dengan memikul belakang mayat di atas belakangnya. Mayat itu dikatakan ringan seperti kapas.

Akan tetapi, satu persatu rahsia yang tersimpan disebalik keluarga Suhaila terbongkar. Wujud Suhaila yang hadir untuk merungkai segala kejahatan yang tersimpan!

Siapakah dalang dalam semua kejahatan ini?
Mampukah Qayyum menghantar kembali mayat arwah isterinya ke kubur?

Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

1 ulasan:

  1. Best pulak sinopsis cerita ni... lama dh tp x pernah pun tgk

    BalasPadam

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”