Resepi Pisang Goreng Crispy
Tak berminyak. Tak melekat time goreng dan sangat rangup.
Bahan-bahan untuk bancuhan tepung untuk 2 sikat pisang :
1 cawan tepung jagung cap bintang
1 cawan tepung gandum cap bunga raya
1 cawan tepung beras
1 biji telur (mana-mana gred pun ok)
2 sudu besar planta pelangi
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil yis (ta payah bancuh)
1 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil pewarna kuning telur
1 1/2 cawan air sejuk dari peti sejuk
Cara Buat :
1. Campurkan semua bahan sekaligus dan kacau hingga sebati.
2. Biarkan tepung rest sat sambil kita potong pisang.
3. Pisang belah 3 tau.
4. Lepas tu celup pisang dalam tepung dan goreng menggunakan minyak yang sederhana banyak dan panas.
Selamat mencuba.👍👍
Kredit : Wisy Madani

0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”