Aplikasi Whatsapp tidak lagi boleh digunakan pada beberapa telefon pintar lama bermula 1 Januari 2025

Aplikasi Whatsapp tidak lagi boleh digunakan pada beberapa telefon pintar lama bermula 1 Januari ini, lapor Metro UK.

Meta, syarikat induk WhatsApp mengumumkan bahawa perubahan ini adalah sebahagian daripada kemas kini berkala yang dijalankan pihaknya.

Ia bagi memastikan aplikasi permesejan berkenaan kekal selamat, selain berfungsi dengan baik pada telefon pintar yang lebih baharu.

Menerusi kemas kini berkenaan, Meta berkata sokongan Whatsapp akan dihentikan untuk semua telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android Kitkat dan sebelumnya.

Bagaimanapun, pengguna telefon pintar dengan Android KitKat masih boleh menggunakan aplikasi tersebut sekiranya peranti mereka boleh dikemas kini ke sistem operasi lebih baharu.

Namun, situasi berbeza untuk telefon pintar yang menggunakan sistem operasi lebih lama kerana naik taraf mungkin tidak lagi dibenarkan.

Model-model android yang terjejas adalah Samsung (Galaxy S3, Galaxy Note 2, Galaxy Ace 3, Galaxy S4 Mini), Motorola (Moto G (1st Gen), Razr HD, Moto E 2014) dan HTC (One X, One X+, Desire 500, Desire 601).

Selain itu, peranti lain yang terlibat adalah LG (Optimus G, Nexus 4, G2 Mini, L90) dan Sony (Xperia Z, Xperia SP, Xperia T, Xperia V).

Metro UK berkata, aplikasi ini juga akan menghentikan sokongan untuk model iPhone yang lebih lama ataupun pada versi iOS bawah 15.1 bermula 5 Mei 2025.

Walaupun sesetengah pengguna iPhone dan iOS lama boleh mengemas kini telefon mereka, namun beberapa model lama Apple hanya boleh dikemas kini sehingga iOS 12.5.7.

Antara model telefon yang tidak boleh menggunakan aplikasi Whatsapp selepas ini adalah iPhone 5s, iPhone 6, dan iPhone 6 Plus.

Selain aplikasi Whatsapp biasa, perubahan ini juga dijangka turut menjejaskan aplikasi Whatsapp Bussiness kerana mempunyai keperluan sistem yang sama.

Sumber:Metro UK | SiakapKeli

SUNNAH NABI ITU MEMANG SUPER

SUNNAH NABI ITU MEMANG SUPER

1. B.A.B duduk, beresiko tinggi terkena wasir/ambeien. BAB jongkok lebih bersih dan menyehatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

2.Kencing berdiri beresiko prostat dan batu ginjal. Kencing jongkok lebih bersih dan menyehatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

3. Enzim di tangan membantu makanan lebih mudah dicerna. Dibanding dengan besi, kayu, atau plastik, makan dengan tangan lebih bersih, fitrah dan menyehatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

4. Makan dan minum berdiri dpt mengganggu perncernaan. Dengan duduk lebih santun dan menyehatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

5. Makan di kursi, masih kurang menyehatkan. Dengan duduk di lantai, tubuh akan membagi perut menjadi 3 ruang: udara, makanan dan air, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

6. Makan buah setelah makan (cuci mulut) kurang bagus bagi lambung, karena ada reaksi asam. Yang sehat adalah makan buah sebelum makan, membantu melicinkan saluran pencernaan dan membuatnya lebih siap, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

7. Tidur tengkurep tidak bagus untuk kesehatan, bahkan itu tidurnya syetan. Tidur menghadap kanan lebih menyehatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

8. Banyak Rahasia Sunnah yg telah diteliti para pakar, dari segi hikmah, manfaat, dan kesehatan. Benarlah yg dikatakan: di balik sunnah ada kejayaan. Bagi kita, jika misalnya belum tahu manfaatnya, terus saja semangat mengikuti adab dan tuntunan Rasul. Manfaat itu efek samping, motivasi utamanya adalah mengikuti adab dan tuntunan Rasul.

9. Seorang dokter Eropa berkata: jika semua manusia mengamalkan 3 sunnah saja (sunnah makan, sunnah di Kamar Mandi, dan sunnah tidur), maka harusnya saya berhenti jadi dokter karena tidak ada pasien

Masya Allah....

Cintailah sunnah Nabi, tidak hanya adab2 sehari tapi seluruh apa yang telah Rasullah tetapkan dalam Dien Islam .. "Mau yg disukai atau tidak".

بَارَكَ اللهُ فِيْك

Sumber : Berita Islami



Islam Itu Indah

PUASA: Lafaz Niat Ganti Puasa Ramadan (Qadha’ Puasa Ganti)

Lafaz Niat Ganti Puasa Ramadan (Qadha’ Puasa Ganti)


Lafaz niat ganti puasa Ramadan dalam bahasa Arab serta maksudnya adalah seperti berikut :


 نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءٍ فَرْضَ رَمَضَانً ِللهِ تَعَالَى


Maksudnya : “Sahaja aku berpuasa pada esok hari kerana menggantikan daripada fardhu Ramadhan kerana Allah Taala”


Waktu Untuk Niat Ganti Puasa

Menerusi perkongsian daripada Mufti Wilayah Persekutuan, untuk puasa Ramadan dan puasa wajib, seseorang perlulah berniat pada malam hari sebelumnya selaras dengan sabda Rasulullah SAW :


مَنْ لَمْ يُبَيِّتِ الصِّيَامَ مِن اللَيْلِ فَلَا صِيَامَ لَهُ


Maksudnya: Sesiapa yang tidak berniat untuk berpuasa (keesokan harinya) di malam hari, maka tidak sah puasanya.

Riwayat al-Nasaie (2334)


PUASA: Lafaz Niat Puasa Ayyamul Bidh (Puasa Hari Putih)

Lafaz Niat Puasa Ayyamul Bidh (Puasa Hari Putih)

LAFAZ NIAT PUASA HARI PUTIH


نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ اْلبِيْضِ سُنَّةً لِلهِ تَعَالَى


Nawaitu sauma ayyamal bidh sunnatan lillahi taala


Maksudnya: Sahaja aku berpuasa sunat hari putih kerana Allah taala


*Nota: Bagi puasa sunat, anda masih boleh berpuasa sekiranya terlupa untuk niat pada malam harinya atau keesokan harinya sebelum Subuh. Anda masih boleh berniat sebelum tergelincir matahari dengan syarat anda tidak makan dan minum juga tidak melakukan apa-apa perkara yang membatalkan puasa antara waktu masuknya waktu Subuh hingga tergelincirnya matahari.

https://ecentral.my/puasa-sunat-rejab/

PUASA: Niat Puasa Sunat Bulan Rejab

Niat Puasa Sunat Bulan Rejab


Anda boleh bacakan niat puasa Rejab ini untuk puasa pada mana-mana hari dalam bulan Rejab :

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ فِى شَهْرِ رَجَبِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى

Nawaitu sauma ghadin fi syahri rojabi sunnatan lillahi ta’ala

Ertinya : “Sahaja aku berpuasa sunat pada esok hari di bulan Rejab kerana Allah ta’ala”


PUASA: JADUAL TARIKH PENTING PUASA SUNAT REJAB 2025

JADUAL TARIKH PENTING PUASA SUNAT REJAB 2025 :

  • 1 Januari 2025 (Rabu) – 1 Rejab
  • 02 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Khamis & Puasa Sunat Rejab)
  • 06 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Isnin & Puasa Sunat Rejab)
  • 09 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Khamis & Puasa Sunat Rejab)
  • 13 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Isnin, Puasa Sunat Rejab & Puasa Hari Putih / Ayyamul Bidh)
  • 14 Januari 2025 (Selasa) – Puasa Sunat Rejab & Puasa Hari Putih / Ayyamul Bidh
  • 15 Januari 2025 (Rabu) – Puasa Sunat Rejab & Puasa Hari Putih / Ayyamul Bidh
  • 16 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Khamis & Puasa Sunat Rejab)
  • 20 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Isnin & Puasa Sunat Rejab)
  • 23 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Khamis & Puasa Sunat Rejab)
  • 27 Januari 2025 – *Israk Mikraj 27 Rejab (Puasa Sunat Hari Isnin & Puasa Sunat Rejab)
  • 30 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Khamis & Puasa Sunat Rejab)

https://ecentral.my/puasa-sunat-rejab/

Face verification! verify oleh manusia, bukan apps!!!

Guys, kalau kamu buat face verification dekat mana-mana apps, walaupun arahan dia cuma suruh letak muka dekat frame, sebenarnya dia tetap ambil gambar selfie menyeluruh termasuk kepala dan badan. Gambar tu semua akan di verify oleh manusia, bukan apps. Maksudnya ada orang lain yang akan tengok gambar selfie kamu untuk tujuan verification (diorang kerja periksa gambar sama ada sepadan atau tidak dengan IC). 

Jadi tolong la pakai baju, jangan sekadar bersinglet atau langsung tiada benang di badan, terutama para wanita. Yang Muslimah pun jangan lupa bertudung. Sebab ramai ya, buat face verification dengan tanggapan benda tu cuma diperiksa robot. Jadi dia ambil gambar laju2, dalam keadaan santai di rumah sambil fikir tiada siapa yang akan nampak badan dia.

Kredit : Nordin







Waktu istimewa yang dianugerahkan oleh Allah SWT untuk hamba-Nya


Subhanallah! 

Ini adalah waktu istimewa yang dianugerahkan oleh Allah SWT untuk hamba-Nya memperbanyakkan munajat, memohon keampunan, dan mendekatkan diri kepada-Nya.

Jangan lepaskan peluang untuk berdoa dengan sepenuh hati, memohon rahmat, kesejahteraan dan keberkatan dalam hidup. Bismillah! 🤲🏻✨

Bersikap terbuka

Jika hati awak tak tenang dan rasa berat saat ada orang memberi nasihat kat awak . sedarlah bahawa di hati awak tu ada kesombongan dan hati awak telah mati untuk mendengar nasihat orang .

jadi ,

Cuba belajar untuk menerima nasihat orang lain dengan lapang hati , tidak marah , tidak benci .

Keep istiqomah 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آل سَيِّدِنَا مُحمَّـــدْ 

Pencipta PS

"Sony Kena Scam Dengan Nintendo, Tapi Sony Balas Dengan PlayStation?"

Semua orang kenal PlayStation. Ramai diantara kita yang membesar dengan PlayStation. 

Mesti ramai yang pernah main PS2. Tapi tak ramai yang tahu siapa yang cipta PlayStation ni. 

Perkenalkan, Ken Kutaragi!




Pernah tak awak tanya pada diri sendiri?

"Pernah tak awak tanya pada diri sendiri? Mesti pernah kan, saat awak mula berubah ke arah kebaikan, rasa seolah-olah tiada siapa yang menemani awak dalam perjalanan hijrah itu? Mesti pernah kan, awak rasa keseorangan, walaupun hati sendiri kadang kala lemah, tak cukup kuat untuk menanggung ujian-Nya? Tapi ingat, walaupun kawan² awak menjauhi diri awak, mungkin itu cara Allah menyelamatkan awak, menjauhkan awak daripada mereka yang mengajak ke arah kemaksiatan. Jangan biarkan diri awak bersedih, kerana dalam sepi itu, Allah sentiasa ada bersama awak. Awak kuat, walaupun kadang rasa tak mampu, Allah tahu apa yang terbaik. Jika awak sudah sampai sejauh ini, itu semua kerana kasih sayang Allah yang tak pernah tinggalkan awak. Dia sentiasa bersama, memberi kekuatan yang tak pernah terbayang oleh hati awak".

~ ukhtyftihahh

Kesan paracetamol secara berlebihan

Pengambilan paracetamol secara berlebihan boleh menyebabkan gejala dos berlebihan seperti sakit perut, mual, muntah, gangguan hati, kekejangan dan koma. Individu yang mengambil ubat itu secara berlebihan juga berisiko mengalami kegagalan hati dan buah pinggang dalam tempoh dua ke empat hari.




Wadah Terkini