"Pernah tak awak tanya pada diri sendiri? Mesti pernah kan, saat awak mula berubah ke arah kebaikan, rasa seolah-olah tiada siapa yang menemani awak dalam perjalanan hijrah itu? Mesti pernah kan, awak rasa keseorangan, walaupun hati sendiri kadang kala lemah, tak cukup kuat untuk menanggung ujian-Nya? Tapi ingat, walaupun kawan² awak menjauhi diri awak, mungkin itu cara Allah menyelamatkan awak, menjauhkan awak daripada mereka yang mengajak ke arah kemaksiatan. Jangan biarkan diri awak bersedih, kerana dalam sepi itu, Allah sentiasa ada bersama awak. Awak kuat, walaupun kadang rasa tak mampu, Allah tahu apa yang terbaik. Jika awak sudah sampai sejauh ini, itu semua kerana kasih sayang Allah yang tak pernah tinggalkan awak. Dia sentiasa bersama, memberi kekuatan yang tak pernah terbayang oleh hati awak".
~ ukhtyftihahh
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”