Disember 27, 2024

SURAH AL-KAHFI (RUMI) & TERJEMAHAN



1. Alhamdu lillaahil lazeee anzala ‘alaa ‘abdihil kitaaba wa lam yaj’al lahoo ‘iwajaa

Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong)


2. Qaiyimal liyunzira baasan shadeedam mil ladunhu wa yubashshiral mu’mineenal lazeena ya’maloonas saalihaati anna lahum ajran hasanaa

(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.


3. Maakiseena feehi abadaa

Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.


4. Wa yunziral lazeena qaalut takhazal laahu waladaa

Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:” Allah mempunyai anak”.


5. Maa lahum bihee min ‘ilminw wa laa li aabaaa’ihim; kaburat kalimatan takhruju min afwaahihim; iny yaqooloona illaa kazibaa

(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.


6. Fala’allaka baakhi’un nafsaka ‘alaaa aasaarihim illam yu;minoo bihaazal hadeesi asafaa

Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu diseba8k((bkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.


7. Innaa ja’alnaa ma ‘alal ardi zeenatal lahaa linabluwahum ayyuhum ahsanu ‘amalaa

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.


8. Wa innaa lajaa ‘iloona maa ‘alaihaa sa’aeedan juruzaa

Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.


9. Am hasibta anna Ashaabal Kahfi war Raqeemi kaanoo min Aayaatinaa ‘ajabaa

Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?


10. Iz awal fityatu ilal Kahfi faqaaloo Rabbanaaa aatinaa mil ladunka rahmatanw wa haiyi’ lanaa min amrinaa rashadaa

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa:

“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut