SAHABAT maaf, mungkin selama ini aku bukanlah sahabat yang baik
maaf, mungkin selama ini ada bicaraku ada yang mengguris hati maaf,
mungkin selama ini aku sering tidak memahamimu
SAHABAT aku hanya HAMBA ALLAH yang penuh kelemahan ,
kerana kelemahanku itu,
maka sering aku panjatkan doa kepada Tuhan dikesempatan yang ada, mudah-mudahan ALLAH s.w.t selalu menyayangimu sahabatku kerana siapapun kamu,
kamu tetaplah sahabat terbaikku SAHABAT...
.
SAHABAT jika matamu berat untuk memandangku maka ringankanlah kakimu untuk pergi meninggalkan aku
jika bibirmu terpaksasenyum padaku
maka relakanlah wajahmu tuk berpaling dariku
jika susah untuk kamu melupakan kesalahanku
maka, senangkanlah lidahmu untuk menghinaku,
.
SAHABAT andai suatu hari nanti telingamu mendengar berita kematianku,
maka ikhlaskanlah tanganmu untuk mengusung jenazahku,
bahawa kamu telah memaafkanku,
dan semoga kalimat itu menjadi pelita dikamar gelapku serta menjadi bantal selama akhir hayatku
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”