SRIKANDI CINTAKU - Dato' Awie & Mus May (Ost. Hantu Kak Limah)

SRIKANDI CINTAKU - Dato' Awie & Mus May (Ost. Hantu Kak Limah)


SRIKANDI CINTAKU - Dato' Awie & Mus May (Ost. Hantu Kak Limah)

Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Terciptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan

Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikan mu penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan

Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan tiada awal akhir

Perutusan berdarah ku terima
Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini kurasakan sepi
Terpaku pilu

Kan ku usung oh jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku
Selama pasti

Ku semaikan pepohon kemboja
Yang bunganya adalah hati ku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatku tetap bersamamu

Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi Srikandi Cintaku

Hantu Kak Limah catat rekod berganda

Hantu Kak Limah catat rekod berganda

Filem lakonan aktres Delimawati sebagai Kak Limah itu berjaya memperoleh kutipan sebanyak RM1.8 juta pada hari pembukaan semalam (10 Ogos 2018)


Filem tersebut turut memperoleh kutipan berjumlah RM650,000 pada hari tayangan awal atau sneak preview


Filem kerjasama Astro Shaw dan Infinitus Gold itu ditayangkan di 133 pawagam seluruh Malaysia membariskan pelakon seperti Datuk Awie, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Sharwani dan TJ Isa.



Filem tersebut turut menampilkan bintang undangan seperti Mus May, Jue Aziz, Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.



Srinivasa Kalyanam

Srinivasa Kalyanam


Ia berkisarkan tentang seorang lelaki bernama Srinivas bersama kakaknya Lakshmi yang kehilangan ibu bapa ketika mereka kecil lagi. Mereka kemudian diambil oleh pasangan suami isteri di sebuah bandar sebagai anak angkat. Srinivas bekerja keras dan melakukan banyak kerja termasuk menguruskan sekolah tarian di mana dia mengenali seorang wanita bernama Lalitha yang mencari kerja di sekolah tariannya. Kedua-dua mereka kemudian telah jatuh cinta.

Tarikh Tayangan: 11 Ogos 2018


Pelakon: Nithiin, Raashi Khanna, Nandita Swetha, Amani
Pengarah: Satish Vegesna

Word 21

Word 21

YA ALLAH HANYA ENGKAU YANG MAMPU MEMBERIKAN KESEMBUHAN BAGI SEMUA PENYAKIT. 

UNTUK ITU BERIKANLAH KESEMBUHAN PENYAKIT SAUDARAKU INI. 

AAMIIN. 

(DOAKU BUAT SEMUA #JMBELOG)

Kenapa isteri rasa malas nak sidai baju?

Kenapa isteri rasa malas nak sidai baju?

"Kenapa tidak bersidai lagi baju-baju ini? Sidai lah dulu"

Si suami mengeluh tatkala melalui lorong belakang rumah yang menempatkan mesin basuh pakaian. Banyak dah baju di basuh, berbakul-bakul. Tetapi sidainya tidak lagi.
Masa ini, si isteri akan menjawab dengan macam-macam alasan. Lagi pula dia sedang memasak di dapur. Habis dah berpeluh satu badan dek kerana bersilat menggoreng mee.

Lengan baju digulung sampai ke bahu. Baju pun sudah diikat ke pinggang. Penat memasak tak habis lagi.

"Hah, sudah siap menggoreng dah pun. Sidai lah baju kejap sementara budak-budak tengah bersiap tu" kata suami tidak habis-habis menggesa si isteri selesaikan menyidai pakaian di luar sana juga. Tolongnya tidak pula.

"Kejap lah bang. Saya penat ni. Berpeluh" si isteri mahu berehat.

"Alang-alang sudah berpeluh tu, pergi lah sidai baju. Biar semua peluh keluar. Exercise !" kata si suami melawak yang tidak pun kelakar. Bunyinya lebih kepada mengarah di telinga si isteri.

Kenapa isteri rasa malas hendak mengikut kata suami ketika itu? Pasti bersebab, kan?

Tak juga si isteri gerak.
Tak kuasa pula dia hendak menjawab.
Si isteri lagi sanggup dilabel malas saja.
Biarlah!

Apa tidaknya. Rupa-rupanya, punca sebenar hanyalah satu saja. Iaitu masalah penjagaan "AURAT".

Agaknya si suami faham atau tidak yang bahawa setiap kali si isteri hendak keluar menjemur baju, dia perlu memakai :

Baju labuh
Seluar labuh
Menutup pergelangan tangan
Memakai stoking
Pakai anak tudung
Pakai tudung labuh menutup dada?

Atau ada hokum yang mengatakan di laman rumah ini semua dikecualikan?

Kalau lah boleh keluar begitu saja tanpa pakai semua itu, pasti sambil menggoreng tadi si isteri sudah boleh menyidai juga. Perempuan kan boleh buat banyak kerja dalam satu masa. Tapi saat itu, si isterinya sudah berpeluh sakan. Kemudian, hendak di sarung segala kelengkapan. Bilik pula jauh di tingkat atas untuk ambil pakaian. Mana tidak malas jadinya si isteri bila mengenang kudrat yang diperlukan untuk completekan segala kelengkapan pakaian di seluruh tubuh badan.

Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki pula itu perlu ditutupkan. Tiada yang terkecuali melainkan muka dan tapak tangan!
Belakang rumah, sudah sah-sah ada Pak Leman dengan 3 orang anak lelakinya. Rajin pula pagi-pagi berkebun di belakang rumah. 

Kiri kanan rumah semuanya ada orang lelaki.

Lainlah kalau kita hidup jauh di tengah hutan. Bertahun-tahun, sekalipun tidak ada manusia yang masuk datang berjiran. Hah, itu mungkinlah boleh si isteri menyelinap keluar menyidai perlahan-lahan.

Boleh saja si isteri pakai ala kadar untuk menyidai pakaian. 

Dan hakikatnya begitulah orang kita. Duduk di bandar atau di kampung, dibuatnya macam duduk tengah hutan atau tinggi di atas gunung Everest sana. Konon tiada yang nampak masa keluar menyidai.

Wahai suami
Wahai ayah

Anak bini kita keluar dengan hanya meletakkan tuala di atas kepala. Namun, rambut masih terjuntai jua. Tak tahu pula di mana usaha menutup auratnya. Masa ini dada gebu ternampak jua.

Astaghfirullah!
Perasan kah kita?

Ini semua akan jadi bebanan untuk ke syurga. Setiap aurat yang ternampak oleh yang bukan Mahram isteri dan anak dara kita, akan dihitung dosanya. Hatta seurat rambut yang ternampak itu juga akan membawa dosa. Apatah lagi yang lain-lainnya.Kain batik pendek terselak nampak betis tidak sengaja. Masa menyidai pula  terangkat lengan di sini sana. Lalu terbongkok menonggeng pula tatkala mahu mengambil baju di baldi. 
Apa yang orang luar nampak pada isteri atau anak dara kita? 
Ya Allah!
Nauzubillah.
Astaghfirullah.

Kesian lah pada si isteri. Kesian juga pada anak dara kita kalau dia pun kena keluar menjemur pakaian juga.

Jangan tidak percaya pula jikalau dalam diam-diam, ada yang memeram rasa. Ada yang menyimpan rindu dendam sebab selalu skodeng isteri dan anak kita menyidai pakaian di luar sana. 

Oh, Ngeri!
Ini bukan hal kecil lagi. 
Ini isu besar yang selama ini di kecil-kecilkan.

Dekorlah! 
Uruskanlah ruang pengurusan pakaian keluargamu.

Wujudkanlah penghadang dinding, tirai mahupun apa saja dekorasi yang boleh dilakukan, asal dapat menutup pandangan mata liar orang sekeliling. 

Kali ni, dekor bukan kerana mahu cantikkan taman agar terhias di luar rumah. Tetapi ia wujud kerana mahu memelihara aurat ahli keluarga sendiri.

Bukan itu saja. 
Ia juga mampu menutup pandangan orang luar dari rupa pakaian satu keluarga. 
Kerana, jika menyidai secara terbuka, maka nampaklah setiap pakaian seisi keluarga. Orang mungkin dapat meneka itu baju tidur siapa. Itu pula pakaian dalam siapa.

Nauzubillah.

Elakkan fitnah. 
Wujudkan tabir.
Patahkan pandangan.

Aurat keluarga kita, kita yang jaga.

Sama ada ruang menyidai pakaian diuruskan di dalam rumah saja, pakai mesin pengering atau kita boleh usaha membuat laman rahsia keluarga kita, itu adalah satu usaha yang sangat dimuliakan oleh Allah swt. Kerana buatnya bersebab. Demi menjaga aurat yang tersayang.

Hadanglah pandangan luar dengan tembok batu. 
Boleh juga dengan tabir kayu. 

Tak pun buatlah taman rahsia yang menutupi lamanmu dengan pokok besar disekelilingnya.

"Sayang, jom lah makan goreng pisang panas yang abang beli ni hah" ajak si suami yang sedang makan goreng pisang panas sambil melihat isterinya menyidai pakaian.

Sambil itu dapatlah menikmati angin luar yang bertiup lembut sehingga masuk ke ruang tertutup mereka.

"Saya suka lah sidai baju sekarang ni bang. Tak payah saya hendak kena pakai tutup seluruh badan masa hendak menyidai. Eh, bagi satu goreng pisang tu" si isteri minta disuap satu goreng pisang ke mulutnya.

"Lah, tinggi tembok dia naikkan dah tu , abah" kata anak sulung Pak Leman sambil memuncungkan mulutnya menunjuk ke arah rumah belakangnya.

"Dah tu kenapa? Kecewa lah tu tak dapat skodeng lagi anak dara dia menyidai pakaian kan? Macam abah tak tahu!" kata Pak Leman. Jauh dalam sudut hati, dia juga agak kecewa. Semuanya sudah tidak lagi terhidang depan mata. Laman jiran belakang dah jadi laman rahsia.

Duhai suami,
peliharalah aurat ahli keluargamu.

Apabila kau mengambil berat akan hal ini, pasti kau akan berusaha melaksanakan satu cara. Yang pasti, dengan niat kau untuk memelihara, pasti Allah akan mudahkan cara.

Tatkala itu juga kedamaian terasa. Rumahmu tidak lagi membuatkan anak isterimu terseksa. Melangkah mereka dengan aman sentosa. 

Kini tembok yang dibina menjadi dekor luar biasa!
Lagi elok ia menjadi ikutan jiran tetangga. 
Kau juga dapat pahala kerana memulakannya.

Sumber Facebook Khairunnisa Hamzah

Pengantin cilik kini tinggal di hutan

Pengantin cilik kini tinggal di hutan

TIDAK tahan terus dihina dan dipinggirkan masyarakat setempat, peraih getah terpaksa memindahkan isterinya berusia 11 tahun di kawasan kebun getah di Gua Musang.
Dia berkata, isterinya dan ibu bapa mentuanya ditempatkan di sebuah rumah di kawasan pedalaman itu minggu lalu.
“Selepas perkahwinan kami tular, isteri saya bukan sahaja diejek dengan pelbagai panggilan oleh penduduk kampung, malah ada yang sanggup mengambil gambarnya sebelum menyebarkan kepada individu lain melalui aplikasi WhatsApp.
"Tidak tahan melihat mereka diperlakukan sedemikian rupa, saya memindahkan mereka ke kebun getah yang terletak di kawasan pedalaman," katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.
Bapa kepada empat anak berharap selepas ini tiada lagi gangguan dari masyarakat terhadap isteri dan keluarganya.
“Tempat tinggal mereka kini agak jauh di dalam hutan dan hampir setiap hari saya terpaksa berulang-alik untuk menghantar bekalan makanan serta perbelanjaan harian kepadanya.
“Biarkan terpaksa memandu berjam lamanya, pada saya kegembiraan dan keselamatan isteri dan keluarganya adalah yang utama buat masa ini," katanya.
Ditanya mengenai keengganan isterinya belajar di sekolah pondok, lelaki itu berkata, dia akan terus memujuk isteri mudanya itu.
“Saya tidak akan putus asa dan akan terus berdoa supaya satu hari nanti dibukakan pintu hatinya untuk belajar di sekolah pondok memandangkan dia tidak berminat meneruskan pelajaran dalam bidang akademik,” katanya.
Berita perkahwinan peraih getah itu dengan kanak-kanak itu tular di media sosial selepas isteri kedua lelaki itu memuat naik gambar perkahwinan mereka di laman Facebook pada bulan Jun lalu.
Mereka berkahwin di sebuah masjid di Kampung Padang Nyor di Munduk, Thailand pada 18 Jun.
Berikutan itu, peraih getah didenda sebanyak RM1,800 atas dua pertuduhan iaitu berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran di Mahkamah Rendah Syariah di Gua Musang pada bulan lalu.
Bulan lalu juga isteri mudanya dipanggil oleh Majlis Agama Islam Narathiwat untuk diambil keterangannya berhubung perkahwinan itu.

Sinopsis Bahagia Bukan Bidaan

Drama adaptasi novel terbaharu Bahagia Bukan Bidaan, akan datang di slot Samarinda TV3.

Sinopsis Bahagia Bukan Bidaan

Mengisahkan seorang wanita bernama Ain Farhana (Hana) isteri yang berjuang demi cinta mempertahankan rumahtangganya kecundang pada kelalaian...

Lakonan : Nora Danish,Zamarul Hisham, Adi Putra, Ika Nabila, Wan Sharmila, Arja lee ...

Adaptasi dari Novel Bahagia Bukan Bidaan oleh 
Selagi kita bernafas, selagi kita bersujud pada yang Satu, jangan pernah rasa putus asa untuk hidup.

Nama saya Nor Malaysia

Nama saya Nor Malaysia

“PEMILIHAN nama saya sebagai Nor Malaysia dibuat secara spontan kerana dilahirkan tiga jam sebelum pengisytiharan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963," kata Nor Malaysia Rose.
Nor Malaysia, 55, berkata, pada mulanya nama asal dipilih oleh arwah bapa dan ibunya, Rose Ahmad Ajar Akob adalah 'Normala' sahaja, namun ia bertukar ketika arwah bapanya ke Balai Polis Benta, Lipis untuk mendaftarkan kelahirannya.
“Arwah ayah yang juga pesara guru pernah bercerita kepada saya bahawa dia terlebih dahulu berbual dengan beberapa anggota polis di balai polis berkenaan berkaitan sejarah Tanah Melayu sebelum pendaftaran kelahiran dilakukan.
“Arwah ayah tertarik dengan nama Malaysia dan dia mengambil keputusan sendiri menamakan saya Nor Malaysia sebagai memperingati hari bersejarah itu dan arwah ibu pula tidak membantah malah memuji gabungan nama itu.
“Semangat patriotik dan cintakan tanah air membuatkan arwah ayah menamakan saya sebagai Nor Malaysia," katanya kepada NSTP ketika ditemui di Taman Kempadang Makmur, Kuantan, baru-baru ini.
Nor Malaysia yang juga pesara guru berkata, dia sering menjadi tumpuan kerana mempunyai nama yang unik sejak zaman kanak-kanak sehingga melanjutkan pengajian di maktab perguruan.
“Siapa dia Nor Malaysia, mana satu Nor Malaysia, dia ni rupanya Nor Malaysia. Itu ungkapan sama setiap kali saya menjejakkan kaki di sekolah baru dan terakhir di Maktab Perguruan Seri Kota, Kuala Lumpur.
“Memang pada peringkat awal dahulu saya malu apabila dipanggil 'Malaysia' terutama zaman kanak-kanak tetapi lama kelamaan menjadi seronok pula sebab nama itu membuatkan saya lebih senang dikenali dan diingati," katanya.
Katanya, sebagai 'pembawa' nama negara, pelbagai kisah menarik dilaluinya termasuk diraikan sebagai tetamu istimewa sempena sambutan ke-50 pembentukan Malaysia yang diadakan di Sabah pada 2013.
“Ramai pemilik nama berkaitan negara turut diundang dan kami menerima layanan istimewa sepanjang acara sambutan diadakan," katanya.
Nor Malaysia berkata, dia turut juga menjadi 'sasaran' anak muridnya ketika mengajar atau bercerita mengenai sejarah Tanah Melayu dan peristiwa pembentukan Malaysia.
“Anak murid secara tidak langsung menghafal tarikh itu sambil merujuk saya sebagai 'ingat Hari Malaysia... ingat Cikgu Nor Malaysia," kata bekas guru Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Soi itu.

Harian Metro

BACA AL-KAHFI MALAM JUMAAT

۞ بِسْـــــــﻢِ اللّهِ ﭐﻟﺮَّﺣۡـﻤَـٰﻦِ الرَّحِـــــــﻴﻢِ ۞

BACA AL-KAHFI MALAM JUMAAT

📖 Kita didedahkan dengan amalan membaca Surah Yaasin di malam Jumaat yang menjadi budaya turun temurun. Hakikatnya yang disyariatkan adalah membaca surah Al-Kahfi. Surah Al-Kahfi disyariatkan dibaca pada malam atau siang hari Jumaat. Waktu disunnahkan membaca surah Al-Kahfi ini dimulai dari tenggelamnya matahari pada hari Khamis hingga sesaat tenggelamnya matahari pada hari Jumaat. Membaca surah Al-Kahfi pada waktu disunnahkan merupakan satu amal ibadah khusus yang mempunyai kelebihan, keistimewaan serta mendapat pahala yang besar . Ini semua ada dinyatakan di dalam beberapa dalil shahih yang menyebutkan tentang perintah tersebut & keutamaannya.

🔷 Berikut di antara kelebihan membaca Surah Al-Kahfi di Malam / Hari Jumaat :

 ✨ 1. Dipancarkan cahaya pada dirinya di hari akhirat kelak.

  🔸 “Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”
( HR An Nasa'i & Al-Baihaqi )

  🔸 “Barangsiapa yang membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya dari kepala hingga kakinya & siapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”
( HR Ahmad )

  🔸 “Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul 'Atiq.”
( HR Al-Hakim )

  🔸 “Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jum’at, dia akan disinari cahaya antara dia & Ka’bah(Baitul 'Atiq).”
( HR. Ad Darimi )

✨ 2. Diampuni dosanya antara dua Jumaat
.
  🔸 “Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.”
( HR Ibnu Umar dalam At-Targhib Waal-Tarhib )

✨ 3. Diselamatkan dari fitnah Al Masih Dajjal

  🔸 Rasulullah ﷺ bersabda: “Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapati zaman Dajjal) hendaknya ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan Surah Al-Kahfi.”
( HR Imam Muslim )

  🔸 “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat dari permulaan Surah Al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.”
( HR Muslim )

  🔸 “Barangsiapa membaca sepuluh ayat dari permulaan surah al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.”
( HR Darimi )

  🔸 Imam Nawawi berkata: “Sebabnya, kerana pada awal-awal surah al-Kahfi itu tedapat atau berisi keajaiban-keajaiban & tanda-tanda kebesaran ALLAH. Maka orang yang merenungkan tidak akan tertipu dengan fitnah Dajjal."

💖 Demikian juga pada akhirnya, iaitu Firman ALLAH SWT: “Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku?”
( QS  Al-Kahfi : 102)

✒️ Akhir Qalam; ketahuilah begitu banyak sebenarnya manfaat dan kelebihan yang kita perolehi apabila membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat@malam jumaat. Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat mengembalikan apa yang disyariatkan sebagai amalam kita bersama. Semoga amalan kita ini mampu membolehkan kita menghafal Surah Al-Kahfi ini sepertimana kita menghafal Surah Yaasin..Insyaa Allah..

Aamiin..

والله تعالى اعلم بالصواب ...

™◈〔فَاسْتَبِقُواالْخَيْرَات…✎〕◈

#whatsappgroup 

Kita akan dijemput


Kita Akan Dijemput

Di dalam hidup kita seharian
Ada persamaan inginan
Mencari harta sebanyak mana
Masa terdaya

Bila mentari menyuluh bumi
Kita pun bangkit dari mimpi
Menyambung semula pencarian
Yang terhenti semalam

Kepuasan terpancar jelas
Bila yang dimimpi terbukti
Dengan kekayaan yang dimiliki
Masih tidak lagi mencukupi

Memang begitu sikap manusia
Tidak puas dengan yang ada
Seolah harta di dunia
Bisa bawa ke sana

Kita terlupa harta yang nak di bawa
Amalan seharian itu yang mesti harus di hati
Sudah terlewat bila tubuh terbujur kaku
Tidak berfungsi... di saat itulah
Terlihat semua di mana
Tempat kita...

Harus diingat... kita hanya musafir
Yang didatangkan... hanya sementara
Menghunikan alam
Dan pasti akan dijemput... untuk pulang
Di jemput pulang

Lelaki peluk Islam demi jaga isteri

Lelaki peluk Islam demi jaga isteri derita tulang belakang bengkok sejak 10 tahun lalu.

Keagungan cinta pasangan suami isteri ini bukan lakonan layar kaca televisyen namun benar-benar wujud.

Di mata Muhammad Jefri Abdullah, 43, isterinya, Roszanika Abdul Karim, 39, adalah bidadari sekalipun realitinya wanita itu menderita penyakit skoliosis hingga menyebabkan tulang belakangnya semakin hari semakin membengkok.

Muhammad Jefri bukan saja menerima seadanya segala kekurangan isterinya yang hanya terdaya mengiring setiap masa, malah sanggup memeluk Islam untuk menjaga suri hatinya itu seumur hidup.

Berita lanjut di. .. HARIAN METRO _09 OGOS 2018 _SETEMPAT _MUKA SURAT 2

SINOPSIS ARAFAH

SINOPSIS ARAFAH

Kisah bermula di mana, Arafah bersama anaknya yang berusia 2 tahun duduk di bangku di sebuah stesyen kereta api. Seorang gadis remaja berusia 18 tahun, muncul dan kemudian duduk disisinya.

WAKTU SIARAN : Sabtu, 11 Ogos 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Raja Mukhriz
TERBITAN : Country Universal Sdn Bhd
PELAKON : Nabila Huda, Keisha Laila, Luqman Hafidz, Ucop, Ku Faridah, Jasmin Hamid, Eizlan Yusof 

Rainy Days and Mondays

Rainy Days and Mondays

Talkin' to myself and feelin' old
Sometimes I'd like to quit
Nothin' ever seems to fit
Hangin' around
Nothin' to do but frown
Rainy days and Mondays always get me down

What I've got they used to call the blues
Nothin' is really wrong
Feelin' like I don't belong
Walkin' around
Some kind of lonely clown
Rainy days and Mondays always get me down

Funny, but it seems I always wind up here with you
Nice to know somebody loves me
Funny, but it seems that it's the only thing to do
Run and find the one who loves me (the one who loves me)

What I feel has come and gone before
No need to talk it out (talk it out)
We know what it's all about
Hangin' around (hangin' around)
Nothin' to do but frown
Rainy days and Mondays always get me down

Funny, but it seems that it's the only thing to do (only thing to do)
Run and find the one who loves me

What I feel has come and gone before
No need to talk it out
We know what it's all about
Hangin' around (hangin' around)
Nothin' to do but frown 
Rainy days and Mondays always get me down
Hangin' around (hangin' around)
Nothin' to do but frown
Rainy days and Mondays always get
Me down

Pencipta lagu: Paul H. Williams / Roger S. Nichols

Credit

9 PERKARA SEORANG AYAH TAK PERNAH BERITAHU KITA

9 PERKARA SEORANG AYAH TAK PERNAH BERITAHU KITA

Berikut adalah beberapa perkara yang tak pernah ayah beritahu kita, walaupun mereka dalam keadaan susah sekalipun.

1. AYAH TAK CUKUP DUIT

Setiap bulan, mereka akan memikirkan keperluan rumah, keperluan dapur, anak-anak, isteri, dan akhir sekali barulah keperluan mereka. Kita mungkin tak tahu, dalam poket ayah cuma ada RM10 sewaktu kita telefon minta wang semasa di universiti.

Bila awal bulan, memang seronok dapat gaji. Tapi bila ditolak-tolak kesemuanya, semua harapan untuk membeli apa saja kemahuan mereka terpaksa ditunda lagi. Hinggalah mereka melupakan terus hasrat tersebut sampai ke hari ini.

2. AYAH KECEWA BILA TAK DAPAT BELIKAN MAINAN YANG KITA MINTA

Ayah mahu gembirakan kita. Kalau boleh, satu kedai mainan mahu diberikan kepada kita. Tapi tentulah ada masanya dia perlu mendidik kita.

Ada masanya pula, kewangan tak mengizinkan. Ayah rasa bersalah sangat bila tak dapat bawa balik mainan yang diminta oleh kita adik-beradik. Kalau dapat duit lebih, benda itulah yang pertama sekali ayah nak beli. Bukan barang lain.

3. AYAH MAHU DEKAT DENGAN KITA

Ayah mungkin nampak kekok apabila berbual dengan kita. Tapi sebenarnya mereka mahu hadir dalam hati kita. Kalau boleh, mereka mahu menghentikan masa supaya mereka dapat sentiasa ada dengan anak-anak dan melihat semua seperti apa yang dilihat oleh mata ibu – langkah pertama kita, perkataan pertama kita, dan berkongsi detik gembira dengan kita.

4. AYAH DAH CUBA SEHABIS BAIK UNTUK KELUARGA

Kita mungkin tak perasan, ayah buat ‘overtime’ sebab mahu cukupkan belanja rumah atau beli barang yang kita asyik sebutkan. Walaupun mereka sibuk bekerja, percayalah dalam hati mereka kerja tersebut adalah diniatkan untuk mencukupkan keperluan keluarga, termasuklah kita.

Tapi sebagai manusia, ayah juga pernah tersalah langkah. Mungkin ia menyebabkan kita berdendam, terutamanya kalau ada janji mereka yang tidak ditepati. Entah kenapa, kita rasa ayah tak boleh buat silap. Sedangkan, mereka dah cuba sedaya-upaya, tapi segala ketentuan bukanlah di tangan mereka. Kalau kita sedih, apatah lagi mereka.

5. AYAH PENAT

Ayah penat. Kadang-kadang ayah sibuk ambil dan hantar anak ke sekolah sampai lupa makan tengahari. Ayah jamah saja apa yang sempat. Masalah ayah, kita tak jarang tanya. Sebab kalau tanya pun, mesti ayah kata tak ada. Lama-lama, kita pun lupa nak tanya lagi.

Bagaimana ayah dapat lakukan rutin ini setiap hari, itu rahsia dia. Dengan kudrat itulah ayah membesarkan kita hingga hari ini. Ya, hari ini. Walaupun kita dah kahwin dan berkeluarga, ayah masih tanya sama ada kita cukup makan pakai.

6. AYAH MAHU KITA JADI LEBIH BAIK BERBANDING DIRINYA

Bila dah dewasa dan bekerja, baru kita tahu tekanan itu datang dari mana. Tapi seingat kita, ayah selalu nampak tenang dan ayah tak pernah mengeluh. Ayah hebat.

Tapi, dia tak mahu kita jadi seperti mereka. Dia mahu kita jadi lebih baik berbanding dirinya.

7. AYAH MAHU KITA BOLEH HIDUP TANPANYA SUATU HARI NANTI

Apa yang ayah larang selama ini ada sebabnya yang tersendiri. Apa yang ayah suruh buat pun samalah juga. Pokok pangkalnya, dia mahu kita boleh berdikari. Mereka tahu kita perlu hidup tanpa mereka satu hari nanti.

Jadi, diharapkan ilmu dan didikan yang diberikan kepada kita dapat menjadikan kita berfikir. Mungkin kita tak faham pada waktu itu, tapi kita akan faham nanti. Apa yang kita nak kata, katalah. Ayah tak risau tanggapan kita walaupun ada masanya dia berkecil hati.

Sebenarnya, bukan dia tak peduli perasaan kita. Tapi ayah berpandangan jauh dan cuba menunaikan tanggungjawab mereka sebaik mungkin.

8. AYAH TAK MENYESAL KORBANKAN SEMUANYA UNTUK KITA

Apabila ayah semakin tua, ayah lega tengok anak-anak berjaya. Tapi sebenarnya, yang kurang menyerlah pun, ayah sayang juga. Tak ada lebih, tak ada kurang. Kita saja yang menuduh ayah yang bukan-bukan.

Apa pun, ayah tak jemu mendoakan kita setiap hari untuk menampung kekurangan mereka terhadap kita. Ayah tak pernah menyesal berkorban untuk kita walaupun ada masanya kita tidak menjadi seperti apa yang mereka harapkan.

9. AYAH SAYANGKAN KITA

Tiada kata yang dapat menerangkan bagaimana ayah menyayangi kita. Mereka tak pandai menyusun ayat, mereka tak pandai meyakinkan kita melalui kata-kata. Hanya Tuhan yang mampu menilai semua pengorbanan ayah terhadap kita.

ITULAH PENGORBANAN AYAH!

Kadang-kadang kita memang tak nampak semua perkara ini hinggalah kita dewasa.

Begitu banyak beban dan pengorbanan ayah tidak mungkin terucap dengan kata-kata kerana cintanya terhadap kita. Jadi, hargailah ayah kita walau apa pun sejarah kita dengan mereka. Ayah tidak pernah meminta masa yang lebih....tapi hanya sekelumit masa bersamanya dah cukup.

Ya Allah,
Berikan Syurga yang indah Buat Ayah.
Aamiin.

Meskipun Kau Tahu – Projector Band

Meskipun Kau Tahu – Projector Band
Sering diriku dihantui bayangmu
Sering diriku merasakan kau disini
Sampai bila ku yang harus diganggu
Sampai bila kau yang harus kurindu
Mengapa pergi kau hancurkan hati ini
Mengapa masih ku menunggu
Mengapa masih kau disitu
Jika untuk menyakitiku
Pergi kau jauh dariku
Mengapa tidak kau selami
Tulus hatiku mencintamu
Lemah nadiku melihat dirimu
Bersamanya … ooh ooh
Meski kau pun tahu ku kekasihmu
Sampai hati kau mengkhianati jiwaku
Kau hancurkan cinta
Kau leburkan semua

Surah Az-Zumar Ayat 8

Surah Az-Zumar Ayat 8
 
Dan apabila manusia itu ditimpa kemudharatan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya; kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-Nya kepadanya lupalah dia akan kemudharatan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) untuk (menghilangkannya) sebelum itu, dan dia mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah: "Bersenang-senanglah dengan kekafiranmu itu sementara waktu; sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka". (Surah Az-Zumar Ayat 8) 

SINOPSIS FORMULA CINTA

SINOPSIS FORMULA CINTA

Anisya and Nonis adiknya dalam diam menyukai lelaki yang sama iaitu Izhan. Mereka cuba untuk menarik perhatian Izhan. Dalam masa yang sama Syafiq seorang photographer sering menjengkelkan Anisya.
 
WAKTU SIARAN : Ahad, 5 Ogos 2018, 8:30 malam
SIARAN TV : Slot Luna (ntv7)
PENULIS SKRIP : MF Kencana
PENGARAH : Azmi Hata
TERBITAN : 1Big Green 3 Sdn Bhd
PELAKON : Aprena Manrose, Isa Khan, Asfan Shah, Riena Diana, Azhar Osman
 


Nasib orang miskin

Nasib orang miskin 

nasib orang miskin
tiada yang macarin
tersiksa rasanya
ku gak kawin-kawin

mak kenapa aku umur dah tua
nggak laku-laku
ku bosan hidup sendiri
ku pengen punya seorang kekasih hati

yang putih, boleh
yang hitam, boleh
yang gendut, boleh
asal sholeh

nasib orang miskin menderita batin
dicela dihina selalu disakitin
nasib orang miskin tiada yang macarin
tersiksa rasanya ku gak kawin-kawin

mak kenapa aku umur dah tua nggak laku-laku
ku bosan hidup sendiri
ku pengen punya seorang kekasih hati

yang putih, boleh, yang hitam, boleh
yang gendut, boleh, asal sholeh

nasib orang miskin menderita batin
dicela dihina selalu disakitin
nasib orang miskin tiada yang macarin
tersiksa rasanya ku gak kawin-kawin

nasib orang miskin menderita batin
dicela dihina selalu disakitin
nasib orang miskin tiada yang macarin
tersiksa rasanya ku gak kawin-kawin

Word 19

Word 19


LIFE is Beautiful
One Day 
One Hour 
One Minute 
It's Not Come Again 
So Please
Avoid Fight 
Avoid Angry 
Speak Lovely and
Spread Your SMILE 

I AM LIVING IN THE WORLD 

Word 18

Word 18

F - Follow

O - One

C - Course

U - Until

S - Successful

KITA PUNYA MALAYSIA - BUNKFACE (Lagu Tema Hari Kebangsaan 2018)

KITA PUNYA MALAYSIA - BUNKFACE (Lagu Tema Hari Kebangsaan 2018)

31 Bulan 8,57
Perjuangkan pertahankan tanah airku
Impian aku gemilang baru
Satu suara laungkan (Merdeka!)
Bangkit semua demi negara 
Selamanya...

Kita Merdeka 
Sayangi Malaysiaku 
Sayangi Malaysiaku 
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)

Jangan lemah bangunlah 
Buat baru semula 
Percayalah hari ini 
Kita punya 
impian aku gemilang baru
Satu suara laungkan (Merdeka!)
Bangkit semua demi Negara 
Selamanya...

Kita Merdeka 
Sayangi Malaysiaku 
Sayangi Malaysiaku 
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)

Merdeka x3 

Kita Merdeka 
Sayangi Malaysiaku 
Sayangi Malaysiaku 
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)

Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)
Ini Kita Punya

Wadah Terkini