Macintosh
Macintosh
Macintosh (disebut /ˈmækɨntɒʃ/ MAK-in-tosh), atau Mac, ialah satu siri bagi beberapa barisan komputer peribadi yang direka, dibangun, dan dipasarkan oleh Apple Inc. Macintosh sulung telah diperkenalkan pada 24 Januari 1984; ia merupakan komputer peribadi yang berjaya dipasarkan dengan menampilkan sebuah tetikus dan antara muka grafik pengguna, berbanding antara muka baris perintah. Apple Inc. terus berjaya dengan barisan produk ini sehingga penggal kedua 1980-an, namun menghilang pada 1990-an kerana pasaran komputer peribadi beralih arah kepada pelantar "Wintel": mesin serasi IBM PC yang menjalankan MS-DOS dan Microsoft Windows.
Tutorial: Sitechecker.pro
Sitechecker.pro
Get Free Website SEO Score Online
Improve your SEO rating with the best website checker
SINOPSIS CINTA BUKAN KRISTAL
SINOPSIS CINTA BUKAN KRISTAL
Kisah mengenai Aryana (Ayda Jebat), gadis kampung yang tekad untuk mengubah nasib diri dengan berkahwin dengan lelaki kaya. Aryana mula mencari pekerjaan di Kuala Lumpur dan mengubah penampilan diri. Dia bertemu dengan Adrian Hilman (Sharnaaz Ahmad) semasa bekerja sebagai setiausaha Dato Manan (Esma Daniel). Terpikat dengan paras rupa serta, kesempurnaan hidup yang dimiliki oleh Adrian Hilman, Aryana tekad untuk mendekati lelaki itu biarpun dia tahu yang Adrian Hilman sudah bekeluarga. Adrian suami yang sangat baik kepada isterinya, Sofea Darlina (Nina Iskandar) dan bapa yang penyayang kepada Danisya (Farzana Latiff) dan Hakim (Syed Muhammad Irfan). Sofea dapat menghidu yang suaminya sedang bermain cinta dengan gadis muda. Namun, dia tidak cepat melatah. Atas pelbagai kejadian yang terjadi, Adrian mula tawar hati dengan Aryana dan dia sedar betapa ikhlasnya Sofea, namun dia hanya ada beberapa hari sebelum hari pertunangan mereka. Aryana diselebungi rasa bersalah, dan tekad meninggalkan Adrian. Adrian pula tenang dan menerima keputusan Aryana. Adrian kini sedar silapnya dan betapa tulusnya kasih Sofea, seorang isteri solehah yang tidak patut dilukainya.
JUMLAH EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 8 Ogos 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Anina Sahal, Nana Khalil, Shuhdatul Ain, Siti Solehah
PENGARAH : Shuhaimi Zulkefli
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Ayda Jebat, Nina Iskandar, Raja Afiq, Ayu Raudhah, Dayana Roza, Nazrief Nazri, Noniswara, Esma Dainal, Doria Rachel Jolly, Hazman Al-Idrus, Fauziah Nawi, Farzana Latiff, Syed Muhammad Irfan, Amanda Misbun, Bella Nazari, Wan Nor Azlin, Siti Chubby, Azzahra Ahmad, Fathil Dani, Ramli Salleh
TARIKH TAYANGAN : 8 Ogos 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Anina Sahal, Nana Khalil, Shuhdatul Ain, Siti Solehah
PENGARAH : Shuhaimi Zulkefli
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Ayda Jebat, Nina Iskandar, Raja Afiq, Ayu Raudhah, Dayana Roza, Nazrief Nazri, Noniswara, Esma Dainal, Doria Rachel Jolly, Hazman Al-Idrus, Fauziah Nawi, Farzana Latiff, Syed Muhammad Irfan, Amanda Misbun, Bella Nazari, Wan Nor Azlin, Siti Chubby, Azzahra Ahmad, Fathil Dani, Ramli Salleh
Skuad B-23 tewas kepada Jepun
Skuad B-23 tewas kepada Jepun
Perjalanan skuad bawah 23 tahun negara (B-23) di Sukan Asia 2018 terhenti di pusingan kalah mati selepas tewas 0-1 ketika pertemuan menentang Jepun di Stadium Patriot Chandrabhaga, Bekasi, dekat sini sebentar tadi.
Jaringan penalti Ayase Ueda pada penghujung perlawanan meranapkan impian skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee untuk mara ke suku akhir.
I Can See Your Voice Malaysia
I Can See Your Voice Malaysia
Menggunakan konsep dan format rancangan asal dari Korea Selatan oleh CJ E&M, muncul I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) versi Bahasa Malaysia yang akan menggandingkan Syuk Sahar dan Alvin Chong sebagai hos serta turut menampilkan artis jemputan yang pastinya akan menghangatkan malam Sabtu anda!
Program ini akan menampilkan tiga penyiasat tetap iaitu Jihan Muse, Mark Adam dan Seelan Paul serta seorang artis jemputan dan dua orang penyiasat jemputan. Wow!
Tugas para penyiasat adalah untuk membantu artis jemputan mendedahkan siapakah agaknya penyanyi misteri yang mereka rasa adalah penyamar bersuara sumbang.
Enam orang penyanyi misteri akan diperkenalkan, dan artis-artis jemputan perlu menyingkirkan penyanyi misteri yang mereka rasa adalah penyamar bersuara sumbang pada setiap pusingan.
Setiap penyanyi misteri yang disingkirkan akan ke pentas penentuan di mana mereka akan memperdengarkan suara sebenar mereka. Dan, sekiranya penyanyi misteri yang terakhir merupakan penyanyi sebenar, beliau secara automatik akan menyertai Showcase ICSYVMY. Namun, jika penyanyimisteri terakhir merupakan penyamar, beliau akan membawa pulang RM3, 000.
Ingin ketahui siapa penyanyi sebenar dan penyamar bersuara sumbang? Saksikan ICSYVMY yang bakal menemui penonton bermula 4 Ogos 2018 pada setiap hari Sabtu, pukul 8.30 – 10.00 malam hanya di saluran ntv7!
Anda juga boleh ikuti rancangan ICSYVMY melalui portal video tonton di www.tonton.com.my
Hukum Mencukur Janggut Lelaki Dan Pandangan Semua Mazhab
Hukum Mencukur Janggut Lelaki Dan Pandangan Semua Mazhab
Mereka ( lelaki ) yang sering dengan sengaja mencukur janggut sebenarnya mereka cuba nak jadi muda padahal mereka sendiri tak sedar bahawa mereka MODIFIED wajah mereka menjadi jelita & anggun seperti wanita.
Lelaki yang berjanggut jauh lebih manis dan tampan .berbanding lelaki yang bermisai dan berdagu licin selembut salju. Berkata Imam Ibn Hazm al-Andalusi : "Telah sepakat para imam, bahawa mencukur janggut adalah perbuatan keji, tidak dibolehkan" (al-Muhalla )
Dari Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Janganlah kamu menyerupai orang-orang musyrikin, peliharalah janggut kamu dan nipiskan misai kamu." (HR Bukhari & Muslim)
Dari Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Peliharalah janggut kamu dan cukurlah misai kamu, jangan kamu menyerupai Yahudi dan Nasrani."
( HR Ahmad )
Dari Ibn Umar RA berkata bahawa Kami telah diperintahkan supaya memelihara janggut. ( HR Muslim )
MAZHAB HANAFI
Menurut mazhab Hanafi bahawa “Dilarang (diharamkan) bagi lelaki mencukur janggutnya… iaitu memotong janggut kurang dari segenggam. Mencukur janggut sepenuhnya telah dilakukan oleh Yahudi dan Majusi.” (Durr al-Mukhtar)
Allamah Ibn Abidin rahimahullah berkata; “Diharamkan bagi lelaki mencukur janggutnya.” (Radd al-Mukhtar)
MAZHAB MALIKI
Ulama Maliki menyatakan bahawa “Mencukur janggut adalah diharamkan kerana mencukurnya adalah perbuatan keji. Tapi jika ia semakin besar, dan jika memotong tidak dilihat sebagai mencukurnya, maka ia boleh dipotong (trim), tapi ia dikira makruh dan bertentangan dengan apa yang lebih baik.” (Sharh al-Risalah)
Al-‘Adwi rahimahullah berkata; “Diriwayatkan dari Imam Malik rahimahullah bahawa beliau tidak menyukai perbuatan mencukur apa-apa yang di bawah rahang, sehingga ia berkata, ‘Ia adalah perbuatan Majusi.’ Dan diharamkan mencukur helaian-helaian janggut” (ibid)
Ibn ‘Abd al-Barr rahimahullah berkata; “Diharamkan mencukur janggut, ia tidak dilakukan melainkan lelaki yang menyerupai perempuan.” (At-Tahmid)
MAZHAB SYAFI'I
Imam Syafi’i rahimahullah dalam kitab al-Umm menegaskan bahawa, “Mencukur janggut adalah haram hukumnya tanpa ‘illah (iaitu pengharamannya tanpa dalih-dalih lagi).”
Berkata Ibn Rif’ah rahimahullah dalam Hasyiah al-Kaafiyah “Sesungguhnya Imam as-Syafi’i rahimahullah telah menjelaskan dalam al-Umm keharaman mencukur janggut.”
Menurut fatwa Imam al-Ghazali dan Imam Nawawi rahimahullah bahawa “Mencukur janggut itu perbuatan mungkar dan dosa besar (kerana mencukurnya adalah perbuatan haram).”
MAZHAB HAMBALI
Mazhab Hambali bersetuju tanpa kecuali bahawa diharam mencukur janggut (Al-Insaf, Sharh al-Muntaha).
Ibn Taimiyyah rahimahullah menyebutkan; “Diharamkan mencukur janggut.” Beliau menambah “Disebabkan hadis-hadis yang sahih, diharamkan mencukur janggut dan tidak ada siapa yang pernah membenarkannya.”
As-Saffarini rahimahullah berkata; “Adalah disepakati dalam mazhab kami ( Hambali) bahawa diharamkan mencukur janggut.” (Ghitha al-Albab)
Drama
Drama
Drama (Yunani Purba δράμα) ialah satu bentuk kesusasteraan yang mempunyai bahagian yang dilakonkan (mimesis). Ia berasal daripada perkataan bahasa Greek yang bermakna "tindakan" (Greek Klasik: δρᾶμα, drama), yang berasal daripada kata kerja "membuat" atau "melakukan" (Greek Klasik: δράω, draō).
Penggunaan kata "drama" dalam erti kata yang khusus pada hari ini merujuk pada lakonan pentas sejak abad ke-19.
Bagaimana Menjadi Seorang Penulis yang Baik (Dan Memberi Inspirasi)
Bagaimana Menjadi Seorang Penulis yang Baik (Dan Memberi Inspirasi)
Sebenarnya semua orang adalah penulis.
Ini adalah fakta.
Bila difikirkan kembali tentang tabiat menulis, sebenarnya kita semua secara sedar tidak sedar, suka atau tidak suka.. kita memang telah melakukannya setiap hari.
Kita menulis emel, membalas whatsapp, kita post sesuatu status di facebook, Twitter, Instagram dan kita juga meninggalkan komen pada blog.
Bukankah setiap post yang kita buat itu secara tidak langsung membuatkan diri kita seorang penulis?
Menulis adalah satu aspek yang kita selalu lakukan dalam hidup kita– samalah seperti kita menaiki tangga, berulang-ulang setiap waktu dan pada setiap hari.
Penulisan boleh membuatkan kita kelihatan bijak dan sebaliknya juga boleh membuatkan kita kelihatan bodoh.
Ia melambangkan mentaliti kita.
Ia boleh menggambarkan imej kita sebagai seorang yang periang, baik, matang dan boleh dipercayai.
Tetapi ia juga boleh jadi sebaliknya, mencerminkan kita sebagai seorang yang bosan, tidak mesra dan ego serta kurang cerdik.
Pembaca kita bukan bodoh.
Mereka boleh menilai kita dari gaya penulisan.
Jadi, yang bagaimanakah yang anda mahu digambarkan?
Bagaimana menjadi penulis yang hebat?
Dalam kehidupan kita, kebanyakkan orang percaya bahawa;
Kebolehan untuk menulis dengan baik dan hebat, adalah satu ‘keistimewaan’ hanya yang dianugerahkan kepada orang tertentu sahaja..
Bukan semua orang dapat anugerah ini.
Kebolehan menulis dengan baik dianggap sebagai suatu seni, terhubungkait dengan kehebatan luar biasa dan suatu anugerah tuhan untuk sesetengah orang sahaja.
Dahulu hampir sepanjang hidup, saya juga berfikiran begitu.
I thought writing was an art. Something special. For talented people only.
Bagi saya penulis adalah seseorang yang sangat menarik.
Mereka dilahirkan dengan bakat yang hebat untuk menarik perhatian orang dengan karya mereka. Memberi inspirasi kepada orang lain.
Itulah yang saya fikirkan.
Pemikiran sebegini menjadikan kita beranggapan bahawa dalam dunia ini terdapat dua golongan orang:
- Iaitu orang yang memang dilahirkan dengan bakat menulis
- Mereka yang malang, iaitu mereka yang tiada harapan untuk menulis dengan baik, hopeless struggle. – Ibarat cuba untuk mengukir batu marmar dengan sebilah pisau lipat.
Hakikatnya semua orang bukan dilahirkan untuk menulis dan bukanlah juga untuk menjadi malang.
Malah, mereka yang merasakan bahawa mereka boleh menulis (dan juga mereka yang merasa tidak boleh), selalunya tersilap!
Semua orang boleh menulis, dan skill ini boleh dipelajari.
Kunci untuk menjadikan penulisan kita meningkat & menjadi semakin baik, daripada batu kepada permata, adalah dengan menulis setiap hari.
Ya, menulis adalah rutin, bukannya suatu seni.
Ia harus dilatih dan diamalkan dari masa ke semasa.
Jadikan penulisan kita untuk menyebar kebaikan, untuk memberi inspirasi
Di dalam dunia realiti, kebanyakkan daripada kita adalah berada dalam kategori pertengahan;
Di dalam dunia realiti, kebanyakkan daripada kita adalah berada dalam kategori pertengahan;
– iaitu berkebolehan untuk menapis keluar penulisan yang cincai untuk menjadikan sesuatu itu lebih berinspirasi dan disenangi orang lain.
Mampu untuk berkomunikasi dengan baik dalam penulisan bukan sahaja menjadi sesuatu yang anugerah; tetapi ia adalah satu kemestian.
Dan selalunya perkara ini dipandang secara tidak serius oleh anda semua.
Apa yang penting adalah kita betulkan niat kita, kerana dengan penulisan juga kita boleh berdakwah, menyebarkan kebaikan dan mengispirasikan orang lain.
Penulisan kita tidak semestinya perlu ditulis panjang-panjang.
Tulisan yang pendek dan padat juga mampu untuk menyentuh hati orang lain.
Cuba lihat contoh penulisan di blog seth godin, tulisan beliau pendek tetapi sangat memberi inspirasi. Lagi? Cuba lihat status facebook Puan Ainon Ahmad, ringkas tapi padat.
Jadi bagaimana untuk menjadi seperti mereka diatas?
Fake it until you make it…
If you want to be a writer you must do two things above all others: read a lot and write a lot.”
– Stephen King.
Dalam dunia kita sekarang ini, kita telah sedia menulis dan membaca dengan banyak pada setiap hari. Anda memang dilahirkan untuk menjadi penulis.
Cuma skillnya sahaja yang perlu dilatih.
Sebenarnya otak kita mempunyai kebolehan yang mengagumkan untuk sentiasa belajar kemahiran baru.
Jadi perkara mudah yang anda boleh buat adalah, cuba-cuba tiru gaya penulisan orang lain yang memberi inspirasi, gaya penulisan yang kita suka.. dan kita akan dapat idea selepas itu.
Just fake it until you make it.
Ini adalah salah satu cara untuk kita menjadi kreatif.
SINOPSIS LELAKI KIRIMAN TUHAN
SINOPSIS LELAKI KIRIMAN TUHAN
Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama.
Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira.
Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza.
Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya?
Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat?
TARIKH TAYANGAN : Oktober 2018
WAKTU SIARAN : Isnin, 9 malam
SIARAN TV : Astro Oasis & Maya HD
PENULIS NOVEL : Umie Nadzimah
PENGARAH : Rashid Sibir
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Remy Ishak, Mira Filzah, Isyariana, Kartina Aziz, Uyaina Arshad, Mak Jah, Jesse Lim, PU Azman
Makin lama kahwin, rasa makin jauh
Makin lama kahwin, rasa makin jauh
Satu perkara yang saya percaya dilalui oleh ramai orang dan pernah melintas dalam fikiran kebanyakan pasangan, tidak kira lelaki atau perempuan ialah dilema untuk kita berasa semakin lama kita berkahwin, semakin sukar pula untuk kita memahami pasangan. Ini kenyataan.
Dan kita juga mungkin akan dapati dalam tempoh yang semakin lama itu, semakin banyak perbezaan wujud antara kita dengan pasangan.
Isu yang seperti ini, jika tidak ditangani secara hati-hati boleh membawa kepada masalah yang serius.
Daripada hal yang sekecil-kecilnya, masing-masing akan berasa jauh hati. Daripada jauh hati, akan membawa kepada jauh body dan apabila sudah jauh body, hubungan akan semakin renggang. Yang renggang akan semakin berjurang.
Sukar untuk menentukan siapa yang bersalah, siapa yang jadi punca tetapi apabila sudah berlaku hal yang semacam ini, jika tidak segera dicari jalan keluar, ia akan membawa kepada masalah yang besar.
Sudah lumrah bahawa dalam setiap hubungan, apabila pasangan menghadapi sesuatu masalah, harus ada dalam hati masing-masing kesedaran untuk bermuhasabah secara ikhlas, termasuk dalam konflik pseudo. Jika tidak, ia pasti akan melarat.
Biarlah andai ada yang berasa tidak begitu bersalah pun, mengaku dan meminta maaf tidak akan mebawa sebarang kerugian sebaliknya boleh menyelamatkan hubungan yang sudah dijalin selama bertahun-tahun.
Sudah jadi kebiasaan, apabila hidup aman damai, kadang kala kita sendiri berasa jauh hati. Ditanya apa masalah, kita pun tak tahu nak jawab tetapi dalam hati, seperti ada masalah.
Apabila tekanan dalaman itu tidak dapat dibendung dan terzahir kepada pasangan, pihak yang di sebelah sana pula terasa hati. Itulah yang dikatakan daripada hal yang sekecil-kecilnya, isu yang remeh temeh jika tidak ditangani segera, boleh jadi punca masalah. Boleh jadi punca berbalah, silap-silap hari bulan, kena sumpah mubahalah.
Memang pelik, memang rumit tetapi itulah yang berlaku dalam hidup kita, atau orang yang hampir dengan kita. Sepatutnya dalam tempoh yang semakin lama, kita akan jadi semakin memahami. Tetapi kurang pemahaman itu boleh berlaku atas banyak sebab.
Mungkin daya tarikan fizikal yang kurang mencengkam, atau perhatian yang semakin hambar kita dapat daripada pasangan.
Lumrahnya, kita jadi mudah kecewa kerana kita sentiasa mengharapkan pemahaman yang mantap daripada pasangan, ataupun kerana terlalu mengharapkan pasangan yang ideal untuk kita.
Keinginan dan harapan yang seperti ini jika tidak dipenuhi, akan menambah tekanan dalam diri hingga membuat mereka yang mengalaminya berasa jauh hati. Ada juga yang mencari jalan keluar atau kalau tidak dicari pun, 'jalan keluar' itu yang datang menyerah diri.
Maksudnya, mungkin akan datang orang lain yang menunjukkan pemahaman dan perhatian yang dicari-cari. Kerana itu, di pihak pasangan, jangan dibiarkan jika mendapati pasangan anda dalam keadaan seperti itu. Harus ada tindakan segera untuk menutup apa yang kurang atau sekurang-kurangnya ajak berbincang.
Bagaimanapun, dalam hubungan yang benar-benar ikhlas, kita harus bersikap terbuka untuk menerima sebarang konflik yang mungkin berlaku. Jangan berasa rendah diri, merajuk atau malu hingga terdorong untuk memulakan kesilapan yang lebih besar iaitu menjauhkan diri daripada orang lain lantaran masalah yang dihadapi.
Kita harus menerima bahawa masalah kita itu adalah lumrah, sesuatu yang biasa dalam setiap hubungan dan berlaku kepada orang lain juga, malah berjuta pasangan di seluruh dunia. Tanyalah sesiapa sahaja yang rapat dengan kita, bohong kalau mereka kata tidak pernah alami seperti apa yang anda sedang lalui.
Dengan pasangan pula, sikap yang paling baik ialah menerima perbezaan kita dengannya, dengan hati yang terbuka. Selain itu, kita juga harus memahami hakikat dunia bahawa lelaki dan wanita sememangnya dijadikan berbeza dalam banyak perkara iaitu fizikal, emosi dan sebagainya.
Apabila hati dibuka untuk terima perbezaan, kita akan lebih saling memaafkan dan akhirnya, kita sendiri akan dapati bahawa perbezaan antara kita dengan dia, adalah sangat unik dan menarik. Kerana itu, perbezaan harus dijalin untuk meyatukan setiap ruang yang berbeza itu dengan ikatan hati yang ikhlas. Itulah cinta sejati yang seharusnya jadi hak semua orang untuk nikmati. Selamat bercinta dan menjalani kehidupan yang 'hot' setiap saat, di mana jua anda berada.
WAKTU FISIOLOGI TUBUH BERFUNGSI
WAKTU FISIOLOGI TUBUH BERFUNGSI
🕔5 - 7 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri utk *buang air besar* dalam waktu ini. Jika tak, penyakit akan berkumpul.
🕖7 - 9 pagi
Wajibkan diri utk *bersarapan* . Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang2 orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!
🕘9 - 11 pagi
Organ limpa bekerja.
*Elakkan makan* dalam waktu ini.
🕚11 - 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. *Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika* . Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.
🕐1 - 3 petang
Usus kecil bekerja. *Sebaiknya buang air besar kali kedua* dalam waktu ini.
🕒3 - 5 petang
Pundi kencing bekerja. *Sebaiknya buang air kecil* dalam waktu ini.
🕔5 - 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. *Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air* dalam waktu ini.
🕖7 - 9 malam
Perikardium bekerja. *Elakkan makan makanan yang berat* pada waktu ini.
🕘9 - 11 malam
*Waktu terbaik utk berehat dan tidur* .
🕚11 - 1 pagi
Hempedu bekerja. *Elakkan makan* , berat badan akan naik mendadak.
🕐1 - 3 pagi
Hati bekerja utk singkirkan toksik. *Elakkan berjaga* . Sering berjaga pada waktu ini berpotensi utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk deep sleep.
🕒3 - 5 pagi
Peparu bekerja.
Bagi pesakit asma, *elok amalkan bangun* pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan waktu ini.
#jmbelog #whatsappgroup
🕔5 - 7 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri utk *buang air besar* dalam waktu ini. Jika tak, penyakit akan berkumpul.
🕖7 - 9 pagi
Wajibkan diri utk *bersarapan* . Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang2 orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!
🕘9 - 11 pagi
Organ limpa bekerja.
*Elakkan makan* dalam waktu ini.
🕚11 - 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. *Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika* . Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.
🕐1 - 3 petang
Usus kecil bekerja. *Sebaiknya buang air besar kali kedua* dalam waktu ini.
🕒3 - 5 petang
Pundi kencing bekerja. *Sebaiknya buang air kecil* dalam waktu ini.
🕔5 - 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. *Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air* dalam waktu ini.
🕖7 - 9 malam
Perikardium bekerja. *Elakkan makan makanan yang berat* pada waktu ini.
🕘9 - 11 malam
*Waktu terbaik utk berehat dan tidur* .
🕚11 - 1 pagi
Hempedu bekerja. *Elakkan makan* , berat badan akan naik mendadak.
🕐1 - 3 pagi
Hati bekerja utk singkirkan toksik. *Elakkan berjaga* . Sering berjaga pada waktu ini berpotensi utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk deep sleep.
🕒3 - 5 pagi
Peparu bekerja.
Bagi pesakit asma, *elok amalkan bangun* pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan waktu ini.
#jmbelog #whatsappgroup
Benda paling suami terlepas pandang
Benda paling suami terlepas pandang
HUTANG NAFKAH. Sebab apa rezeki selalu tak cukup? Sebab apa dapat banyak pon tak cukup?
Duit habis tapi tak nampak spend untuk apa? Hati kusut.. Tanya isteri anda,tanya dari hati ke hati.
Adakah dia redha untuk segala nafkah suami terhadap isteri.
Tanya isteri,adakah dia betul2 halalkan segala hutang nafkah yang suami berhutang tu?
Percayalah,isteri ni sebenarnya banyak benda dia pendam tapi dia takkan luahkan sebab menjaga hati.. kedua sebab nak elakkan pergaduhan.
JANGAN KEDEKUT dengan isteri.. perasan tak pasangan yang bahagia selalunya suami tak kedekut dengan isteri.. Perasan tak?
Makan isteri berkira,sampai isteri kena keluarkan duit sendiri.. dalam tak sedar,kita suami dah BERHUTANG dengan isteri.. Kite tengok isteri tak kisah,kita tahu ke dalam hati dia?
Mak Ayah dia lepaskan dia untuk menjadi isteri kamu untuk dijaga macam diorang jaga.. bukan kamu nkerah tenaga dia macam BABU.
Bukan untuk kamu kerah kudrat dia siang,malam 24jam tanpa rehat.. Bukan untuk kamu lukakan hati dia sedangkan hati kamu,kamu nak dia jaga..
Kalau dia tahu layanan kamu terhadap anak dia agak2 dia akan bagi tak kahwin?
Kahwin ni bukan untuk SEDAP semata.. tapi banyak TANGGUNGJAWAB yang kena pikul.. Atas dunia boleh kite ngelat,tapi kita kena ingat Allah Azza Wajalla Maha Melihat.. Kita akan dipersoalkan kat akhirat esok2.
Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri. Jagalah perasaan isteri. Isteri lah punca rezeki suami makin bertambah.
Semoga kita terus bahagia dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Aamiin.
#jmbelog
#whatsappgroup
Pungutan pingat Sukan Asia 2018 (23 Ogos 2018)
Pungutan pingat Sukan Asia 2018 (23 Ogos 2018)
Pungutan pingat Sukan Asia 2018 (23 Ogos 2018)
Mentaati Perintah Allah SWT Selari dengan Sunnah Nabi SAW
Mentaati Perintah Allah SWT Selari dengan Sunnah Nabi SAW
Pengajaran Hadith :
- Allah SWT pencipta seluruh makhluk dan berkuasa atas segala-galanya. Setiap ciptaan-Nya tidak dapat mendatangkan sesuatu kebaikan ataupun keburukan kecuali dengan keizinan dan kehendak-Nya jua.
- Setiap Muslim hendaklah mentaati segala perintah Allah SWT selari dengan petunjuk Sunnah Nabi SAW. Perlu difahami bahawa antara perintah tersebut dihukumkan sebagai wajib, sunat, makruh, haram dan harus berdasarkan kaedah-kaedah hukum yang telah disepakati oleh ulama. Contohnya perbuatan mencium hajar aswad. Para sahabat Nabi SAW mengikuti amalan tersebut sebagai ittiba’ (ikutan sunnah) tanpa banyak persoalan kerana mereka melihat amalan tersebut dilakukan oleh Nabi SAW. Berdasarkan perbuatan Baginda Nabi SAW tersebut maka mazhab al-Syafie menghukumkan mencium hajar aswad adalah sunat bukannya wajib.
- Allah SWT jua yang Maha Mengetahui hikmah dan kepentingan disebalik sesuatu pensyariatan. Justeru, sebagai seorang hamba-Nya yang Muslim, maka wajiblah setiap perintah-Nya dilaksanakan manakala setiap larangan-Nya hendaklah dijauhi mengikut kemampuan tanpa perlu dipersoalkan kenapa ianya disyariatkan.
Sumber Rujukan :
- Kitab Sahih al-Bukhari
- Kitab Sahih Muslim
- Kitab Sunan Abu Dawud
- Kitab Jami’e at-Tirmizi
- Kitab Sunan An-Nasaie
- Kitab Sunan Ibn Majah
- Kitab Musnad Ahmad
- Kitab Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari Li Ibn Hajar al-Asqolani
- Kitab Sahih Muslim Bisyarhi al-Nawawi
BAYARAN LEBIH MASA
BAYARAN LEBIH MASA
1. Apakah yang dimaksudkan dengan kerja lebih masa?
Kerja lebih masa adalah kerja-kerja rasmi / hakiki seseorang pegawai atau Jabatan yang dijalankan atas arahan Ketua Jabatan di luar waktu bekerja biasa yang telah ditetapkan, atau pada hari rehat mingguan atau pada hari kelepasan am.
2. Siapakah yang layak diberi Bayaran Lebih Masa?
Semua pegawai dalam Kumpulan Sokongan layak dibayar Bayaran Lebih Masa kecuali pegawai dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Penjara, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia.
3. Adakah pegawai yang berkelayakan diberi Bayaran Lebih Masa boleh memilih untuk ditukar dengan Cuti Gantian?
Ya. Pegawai yang berkelayakan boleh memilih untuk diberi Bayaran Lebih Masa atau Cuti Gantian. Jika pegawai memilih untuk mendapatkan Cuti Gantian, pegawai perlu mempunyai 9 jam kerja lebih masa untuk melayakkan diberi 1 hari Cuti Gantian.
4. Adakah pegawai yang menjalankan kerja lebih masa di luar kawasan ibu pejabat boleh menuntut Bayaran Lebih Masa dan Elaun Bertugas Rasmi di Luar Ibu Pejabat?
Ya. Pegawai yang diarah menjalankan kerja lebih masa di luar kawasan ibu pejabat adalah layak menuntut Bayaran Lebih Masa dan juga elaun bertugas rasmi seperti Elaun Makan, Bayaran Sewa Hotel dan Elaun Perjalanan Kenderaan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003 dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 8 Tahun 2010.
5. Adakah pegawai yang menjadi peserta kursus / seminar / bengkel yang diadakan di luar waktu bekerja boleh dibayar Bayaran Lebih Masa?
Tidak. Pegawai yang menjadi peserta kursus / seminar / bengkel tidak layak dibayar Bayaran Lebih Masa atau Cuti Gantian kecuali pegawai yang menjadi urusetia yang mengendalikan kursus / seminar / bengkel tersebut.
FILEM 'SIMPLE' JUGA BERINTELEK - HANTU KAK LIMAH
FILEM 'SIMPLE' JUGA BERINTELEK - HANTU KAK LIMAH
Tiga rekod yang berjaya dipecahkan dalam tempoh itu, termasuk menempa sejarah sebagai filem tempatan pertama mencecah kutipan RM20 juta, membuktikan filem arahan Mamat Khalid itu bukan calang-calang.
Filem terbitan bersama Astro Shaw dan Infinitus Gold itu telah mencatat rekod tersendiri apabila menerima kutipan lebih RM650,000 pada hari pembukaan (sneak preview) pada 8 Ogos lalu, selain mengukir kejayaan dengan kutipan mencecah RM1.8 juta pada hari pertama tayangan.
Namun elemen simplicity yang diketengahkan mengundang rasa tidak puas hati pihak-pihak tertentu yang merasakan ada filem lain yang lebih layak mencatatkan kutipan sedemikian.
Apa yang kita terlepas pandang adalah penilaian sesebuah hasil seni tidak semudah itu kerana sebuah hasil seni merupakan satu bahan kompleks yang memerlukan pemerhatian yang teliti dalam segenap aspek.
Bagi Penerbit Eksekutif filem Hantu Kak Limah, Datuk Khairul Anwar Salleh, dakwaan filem ringkas tidak berintelektual sebenarnya tidak boleh diguna pakai.
"Orang cakap filem ini mengarut, tetapi kita lupa tentang tukang karut dalam dikir barat. Istilah tukang karut itu kita boleh gunakan untuk menggambarkan ia satu aspek humor yang sinonim dengan masyarakat Melayu.
"Saya anggap lawak mengarut itu satu genre baharu dalam industri perfileman kita. Sudah sampai masanya kita didik pihak-pihak berintelek ini agar memahami yang ada genre sebegini dalam perfileman dan ia bukan sesuatu untuk diperlekehkan,"katanya
Berpendapat faktor pengaruh netizen dan laman sosial sebagai salah satu elemen yang membantu mempromosi filem ini, resepi kejayaan Hantu Kak Limah juga terletak kepada garapan Mamat yang bijak mengadun pelbagai elemen, bersesuaian dengan kehendak penonton di negara ini.
"Itu kelebihan Mamat Khalid. Subjeknya ringkas, iaitu penduduk di sebuah kampung. Segalanya serba sederhana. Tetapi dia sertakan juga sindiran halus, namun 'sampai' kepada masyarakat.
"Kita perlu faham yang masyarakat di negara ini bersifat pelbagai. Kerana itu, kita memerlukan hasil karya yang pelbagai juga. Pembikin filem perlu faham kepelbagaian ini dan secara tidak langsung, mereka menjadi wakil kepada golongan-golongan yang pelbagai ini," ujar Khairul.
Ciri unik Malaysia adalah sesuatu yang mampu dijual kepada masyarakat luar, dengan mengambil contoh genre komedi seram yang diketengahkan dalam Hantu Kak Limah.
Bagaimanapun, cabaran utama dalam menghasilkan filem berkualiti bukan sahaja terletak di bahu pengarah, sebaliknya perlu dipikul secara kolektif, termasuk oleh penonton.
"Kita bertuah kerana mempunyai pengarah seperti Mamat Khalid, Chiu Keng Guan, Ghaz Abu Bakar dan U-Wei Hj Saari yang mampu menghasilkan karya yang mampu memenuhi kehendak masyarakat kita.
"Apa yang kurang adalah pengurusan hasil karya itu kerana bukan mudah mahu menyeragamkan kehendak penonton dengan keinginan pengarah untuk berkreatif.
"Selain itu, kita perlu juga memikirkan dari aspek perniagaan, dimana kita perlu membuat perkiraan tentang kos, untung dan rugi. Jadi ia bukan satu isu yang mudah untuk dibahaskan," jelasnya.
Dalam pada itu, Khairul berpendapat, tidak ada salahnya untuk filem tempatan menjadi 'jaguh kampung' kerana untuk berjaya di pasaran luar, satu landasan perlu dibina terlebih dahulu di pasaran tempatan.
"Macam atlet sukan. Mereka perlu dapat pingat emas dan pecah rekod dalam negara, barulah dia boleh dibawa bertanding di peringkat antarabangsa.
"Betul, kejayaan di dalam negara bukan penentu sepenuhnya. Tetapi saya percaya, tidak salah menjadi jaguh di halaman sendiri terlebih dahulu, kemudian barulah kita fikirkan bagaimana mahu tawan pasaran luar," luahnya.
Khairul yang juga Naib Presiden dan Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro, melihat ciri unik Malaysia adalah sesuatu yang mampu dijual kepada masyarakat luar, dengan mengambil contoh genre komedi seram yang diketengahkan dalam Hantu Kak Limah.
"Sebagai contoh, filem Pengabdi Setan adalah filem paling tinggi kutipan di Indonesia. Elemen seramnya juga terbaik. Tetapi apabila diberitahu tentang genre komedi seram, mereka terkejut dan tidak tahu ada genre sebegitu.
"Tetapi itu kelebihan untuk kita kerana kita sudah faham dengan genre itu. Jadi mungkin ini sesuatu yang kita boleh bawa keluar, sekurang-kurangnya di rantau Nusantara di mana budaya dan bahasa kita hampir sama," katanya sambil memaklumkan Mamat Khalid kini sedang dalam proses merangka sekuel terbaharu filem Zombi Kampung Pisang.
"Kita merancang filem zombi yang lebih sofistikated, memandangkan teknologi sekarang juga sudah semakin canggih. Tetapi tentu sekali kita tidak akan lupakan elemen kesederhanaan yang menjadi identiti filem Mamat Khalid selama ini,"tambahnya berkongsi keterujaan.
-Awani
