Langkau ke kandungan utama

Benda paling suami terlepas pandang


Benda paling suami terlepas pandang

HUTANG NAFKAH. Sebab apa rezeki selalu tak cukup? Sebab apa dapat banyak pon tak cukup?

Duit habis tapi tak nampak spend untuk apa? Hati kusut.. Tanya isteri anda,tanya dari hati ke hati.

Adakah dia redha untuk segala nafkah suami terhadap isteri.

Tanya isteri,adakah dia betul2 halalkan segala hutang nafkah yang suami berhutang tu?

Percayalah,isteri ni sebenarnya banyak benda dia pendam tapi dia takkan luahkan sebab menjaga hati.. kedua sebab nak elakkan pergaduhan.

JANGAN KEDEKUT dengan isteri.. perasan tak pasangan yang bahagia selalunya suami tak kedekut dengan isteri.. Perasan tak?

Makan isteri berkira,sampai isteri kena keluarkan duit sendiri.. dalam tak sedar,kita suami dah BERHUTANG dengan isteri.. Kite tengok isteri tak kisah,kita tahu ke dalam hati dia?

Mak Ayah dia lepaskan dia untuk menjadi isteri kamu untuk dijaga macam diorang jaga.. bukan kamu nkerah tenaga dia macam BABU.

Bukan untuk kamu kerah kudrat dia siang,malam 24jam tanpa rehat.. Bukan untuk kamu lukakan hati dia sedangkan hati kamu,kamu nak dia jaga..
Kalau dia tahu layanan kamu terhadap anak dia agak2 dia akan bagi tak kahwin?

Kahwin ni bukan untuk SEDAP semata.. tapi banyak TANGGUNGJAWAB yang kena pikul.. Atas dunia boleh kite ngelat,tapi kita kena ingat Allah Azza Wajalla Maha Melihat.. Kita akan dipersoalkan kat akhirat esok2.

Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri. Jagalah perasaan isteri. Isteri lah punca rezeki suami makin bertambah.

Semoga kita terus bahagia dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Aamiin.

#jmbelog
#whatsappgroup


Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

Ulasan

Ayah Tinggalkan Anak 20 Tahun, Kembali Hanya Untuk Meminta Maaf – Kisah Yang Menyentuh Hati

Ayah Tinggalkan Anak 20 Tahun, Kembali Hanya Untuk Meminta Maaf – Kisah Yang Menyentuh Hati Ayah pergi membeli roti. Ketika itu, Aiman masih kecil. Dia berdiri di hadapan rumah sambil melambai tangan. Dalam fikirannya yang polos, ayah pasti akan pulang seperti biasa. Namun roti tidak sampai. Dan ayah juga tidak kembali. Hari bertukar minggu. Minggu bertukar bulan. Bulan bertukar tahun. Akhirnya dua puluh tahun berlalu tanpa khabar yang benar-benar mengubat kehilangan. Sepanjang tempoh itu, ibulah yang menjadi tulang belakang keluarga. Setiap hari beliau bekerja membersihkan pejabat dengan gaji yang kecil. Ada masa-masanya, beliau terpaksa memilih antara membeli beras untuk makan malam atau membeli buku teks untuk pendidikan anaknya. Namun seorang ibu jarang mengalah. Beliau memilih untuk terus berjuang. Hasil pengorbanan itu, Aiman berjaya menamatkan pelajaran dan menjadi seorang arkitek yang dihormati. Kejayaan pertama yang ingin dikongsi bukanlah kereta mewah atau kehidupan yang serb...

Siapa Pencipta Mesin ATM? Kisah Sebenar ATM Pertama Di Dunia Dan Sejarah Bank Pertama

Siapa Pencipta Mesin ATM? Kisah Sebenar ATM Pertama Di Dunia Dan Sejarah Bank Pertama Hari ini, mesin ATM menjadi antara teknologi yang paling dekat dengan kehidupan manusia. Daripada pengeluaran wang sehinggalah kepada pemindahan dana, semuanya boleh dilakukan dalam beberapa minit sahaja. Namun di sebalik kemudahan ini, terdapat sejarah panjang yang ramai tidak tahu. Siapa Pencipta Mesin ATM? Mesin ATM moden pertama diperkenalkan pada 27 Jun 1967 di London, England. Pencipta yang sering dikreditkan dalam pembangunan ATM moden ialah John Shepherd-Barron , seorang jurutera yang bekerja dengan syarikat De La Rue. Mesin tersebut dipasang di sebuah cawangan Barclays Bank di Enfield, London dan dianggap sebagai ATM pertama yang digunakan oleh orang awam. Ciptaan ini mengubah cara manusia mengakses wang mereka tanpa perlu berurusan di kaunter bank. Menurut sejarah, idea ATM tercetus apabila John Shepherd-Barron memikirkan satu cara untuk membolehkan pelanggan mengeluarkan...

Rokok, Vape & Shisha: Analisis Hukum Islam, Kesihatan Awam dan Dinamika Ketagihan Moden

Rokok, Vape & Shisha: Analisis Hukum, Kesihatan dan Ketagihan Moden #JMBELOG • Journal Article • Islamic Studies • Public Health Rokok, Vape & Shisha: Analisis Hukum Islam, Kesihatan Awam dan Dinamika Ketagihan Moden Ditulis dalam gaya jurnal reflektif #JMBELOG • Disediakan untuk blog akademik & kesedaran masyarakat Abstrak Artikel ini membincangkan analisis menyeluruh terhadap rokok, vape dan shisha dari sudut hukum Islam kontemporari serta kesihatan awam moden. Perbincangan ini turut meneliti evolusi fatwa, perubahan pandangan ulama, serta faktor psikologi ketagihan yang menjadikan ketiga-tiga bahan ini sukar ditinggalkan oleh pengguna. Kajian ini menggunakan pendekatan gabungan fiqh maqasid, data kesihatan global, serta teori ketagihan moden. 1. Pengenalan Rokok, vape dan shisha merupakan fenomena global yang bukan sahaja berkait dengan gaya hidup, tetapi juga dengan kesihatan, ekonomi dan spiritual manusia. Dalam konteks Islam, isu ini berkembang...

AKU LILIN – Catatan Seorang Pejuang Kanser Tahap 4 Yang Terus Memberi Cahaya

AKU LILIN – Catatan Seorang Pejuang Kanser Tahap 4 Yang Terus Memberi Cahaya Sumber Asal: TikTok Azuan Wan Aku lilin... Membakar diri untuk bercahaya, menerangi jalan yang gelita, walau setiap titis yang jatuh adalah sebahagian daripada usia. Aku lilin... Mencair perlahan tanpa suara, namun tetap berdiri setia, hingga akhirnya padam di hujung waktu yang telah ditentukan-Nya. Aku lilin... Mata semakin kabur memandang dunia, langkah semakin pendek dan letih, nafas semakin sempit mencari ruang, dan malam terasa semakin dekat. Adakah ini petanda gelap? Aku tidak tahu. Namun jika suatu hari nanti cahaya ini tidak lagi menyala, jangan tunggu aku datang, jangan tunggu aku kembali. Kerana hidupmu masih panjang, sedang perjalananmu masih jauh. Teruslah berjuang. Kejarlah akhirat tanpa melupakan dunia. Carilah rezeki, tetapi jangan lupa bersedekah. Hidupkan hati sebelum jasad berhenti. Jagalah adab sebelum kata-kata melukai. Tuntutlah...

Terima Kasih Kerana Pernah Singgah – Sebuah Kenangan Buat #JMBELOG

Terima Kasih Kerana Pernah Singgah – Sebuah Kenangan Buat #JMBELOG Kadang-kadang kita membuka Google untuk mencari sesuatu. Kadang-kadang pula, Google menemukan kita dengan sesuatu yang sudah lama kita lupakan. Ketika berjalan-jalan di Google dan membuat carian menggunakan kata kunci #JMBELOG , JM menemukan satu entri yang cukup istimewa . Entri tersebut merupakan ulasan mengenai blog JM yang ditulis oleh seorang rakan blogger, Aerill, pada bulan April 2018. Sudah bertahun-tahun berlalu. Namun tulisan itu masih tersimpan kemas di alam maya, seolah-olah menunggu untuk ditemui semula. Ulasan blog #JMBELOG yang ditemui semula melalui carian Google. Sebuah Ulasan Yang Masih Kekal Dalam Ingatan Apabila membaca semula ulasan tersebut, JM tersenyum sendiri. Aerill menulis mengenai blog JM dengan caranya yang tersendiri. Beliau mengulas tentang tema warna merah yang digunakan ketika itu, saiz header blog, susunan widget, saiz tulisan dan beberapa cadangan penambahbaikan ...