Pages

Ogos 26, 2018

Tahukah anda sebenarnya pemain bola terkaya di dunia merupakan seorang lelaki Melayu ?

Tahukah anda sebenarnya pemain bola terkaya di dunia merupakan seorang lelaki Melayu ?
Menurut laporan rasmi, Christiano Ronaldo merupakan pemain bola yang paling kaya di dunia dengan jumlah kekayaan dilaporkan sekitar RM1.3 billion dan diikuti oleh Lionel Messi pada tangga kedua dengan jumlah kekayaan sekitar 1.2 billion.
Namun tahukah anda sebenarnya pemain bola terkaya di dunia merupakan seorang lelaki Melayu yang dikenali sebagai Faiq Bolkiah?
Meskipun tidaklah memiliki populariti setanding dengan pemain-pemain berstatus jutawan yang lain, namun Faiq dikatakan 27 kali ganda lebih kaya berbanding Christiano Ronaldo dan 33 kali ganda lebih kaya berbanding Lionel Messi.
Faiq merupakan kerabat diraja Brunei. Bapanya, Pengiran Muda Jefri Bolkiah merupakan adik bongsu kepada Sultan Brunei sekarang.
Bapanya sebelum ini pernah menjadi perhatian masyarakat antarabangsa setelah dilaporkan memiliki sebanyak 2,300 buah kereta mewah termasuk jenama Bentley, Ferarri dan juga Rolls-Royce.
Pemain bola yang baru berusia 19 tahun itu merupakan pemain Kelab Liga Perdana Inggeris, Leicester City dikatakan memiliki kekayaan berjumlah RM80 billion.
Faiq yang dilahirkan di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 9 May 1998 pernah bermain untuk negaranya dan mewakili Brunei sebanyak sembilan kali dengan sekali jaringan gol.
Beliau memulakan kerjayanya sebagai pemain bola antarabangsa apabila beliau ditawarkan oleh Southampton untuk menyertai akademi mereka.
Beliau kemudiannya menyertai kelab Arsenal pada tahun 2013 dan berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan Piala Lion City.
Chelsea juga pernah memberi tawaran kepadanya selama dua tahun namun selepas setahun menyertainya, beliau memutuskan untuk menyertai Leicester untuk kontrak tiga tahun.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!