Pages

Ogos 29, 2018

Kalau pemberian wang tunai "BR1M" itu sogokan, hentikan juga ‘bonus’ dan ‘duit raya’ untuk kakitangan awam

Kalau pemberian wang tunai "BR1M" itu sogokan, hentikan juga ‘bonus’ dan ‘duit raya’ untuk kakitangan awam


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang membantah sebarang pengurangan atau pemansuhan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), sebaliknya mencadangkan penambahbaikan bantuan rakyat itu.
Beliau juga menyifatkan kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang beranggapan BR1M sebagai bentuk sogokan, adalah dangkal.
“Pemberian wang tunai satu dasar yang diamalkan oleh banyak negara lain. Ia sangat membantu menanggung beban sara hidup bagi golongan pendapatan rendah B40.
“Kalau pemberian wang tunai itu sogokan, hentikan juga ‘bonus’ dan ‘duit raya’ untuk kakitangan awam. Konsisten.
“Saya bantah pengurangan atau pemansuhan BR1M. Alasan @AzminAli sangat dangkal. BR1M boleh dikukuh dari segi pengesahan penerima yang layak dan perbelanjaan bersyarat iaitu hanya boleh guna untuk beli barangan tertentu saja,” katanya menerusi status yang dimuatnaik di laman Twitter.
Sebelum ini, Azmin berpendapat langkah kerajaan untuk menghapuskan BR1M tidak memberi kesan negatif kepada rakyat.
Malah, kerajaan beranggapan sebarang bentuk sogokan tunai untuk mendapat sokongan politik perlu dihentikan kerana ia mempunyai unsur rasuah.
Sementara itu di Marang, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengekalkan BR1M serta terus membantu golongan berpendapatan rendah dan miskin negara.
Katanya, konsep membantu rakyat miskin termasuk pemberian BR1M hasil inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini perlu dikekalkan menggunakan kaedah yang lebih sistematik.
"Jangan mansuhkan BR1M, kerajaan perlu terus berusaha menyelesaikan masalah kemiskinan rakyat dan ini BR1M adalah satu daripadanya yang boleh dilakukan kerajaan," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran program unjam di Jeti Pelancongan Marang, di sini, hari ini. _ www.bharian.com.my

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!