Telefilem Renjana kisah isteri abai rumah tangga apabila tertarik kepada jurulatih peribadi.
Konflik berlaku dalam keluarga Iqbal dan isterinya Nora serta anak lelaki mereka Adib.
Iqbal sebagai suami menjalankan tanggungjawab dengan baik dan Nora bahagia hidup di sampingnya.
Bagaimanapun campur tangan kawan baik Nora bernama Izyan, hampir-hampir merosakkan rumah tangga pasangan ini.
Iqbal mempunyai kerjaya yang baik. Dia mahu membina keluarganya sendiri dengan mengajak Nora tinggal jauh berasingan dari keluarganya.
Dia meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Nora untuk menguruskan rumah tangga.
Nora pula ingin kelihatan cantik di mata suami hingga termakan ajakan Izyan yang meyuruhnya masuk gim bagi menjaga bentuk badan sedangkan Iqbal menerima Nora seadanya.
Nantikan kisah sepenuhnya akan menemui penonton di ntv7 pada 26 Ogos 2018 jam 8.30 malam.
Lakonan Amelia Henderson (Nora), Ungku Ismail (Iqbal), Aidid Noh (Mikaad), Adeline Tsen (Izyan), dan Nik Adam Mika (Adib).
Arahan Suhaimi Lua , skrip Syed Taufiq...
HARIAN METRO _RAP _OGOS 16 2018 KHAMIS _ MUKA SURAT R64 / R65. ..
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”