Kerana aku hamba-Nya / Tiny Azleen Yahaya
Kerana aku hamba-NYA
Setiap detik hanya bergantung harap pada-NYA. Kerana aku hamba-NYAPercaya itu sentiasa ada. Kerana aku hamba-NYASungguh aku sedar, seluruh isi dunia ini hanya sementara.Jasad ini sementara. Akal ini sementara.Tiba masa, semua akan kembali pada-NYA. Seluruh amal kami, hanya untuk-MU.Hidup dan mati kami, hanya kerana-MU.Setiap luah cinta kami, semoga sampai kepada-MU. Ini luahan rasa penulis dan secebis pengalamannya, yang sering membuatkan beliau membuka mata terhadap kasih sayang Tuhan. Semua itu juga membuatkan beliau sedar yang kita semua cuma insan kerdil dan hamba Tuhan. “Orang mungkin lupa apa yang mereka dengar. Orang mungkin lupa apa yang mereka lihat. Tetapi, orang akan ingat apa yang mereka rasa. Orang akan ingat apa yang mereka baca.”
Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.
👁️ Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat →
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”