Langkau ke kandungan utama

BAYARAN LEBIH MASA

BAYARAN LEBIH MASA

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kerja lebih masa?
Kerja lebih masa adalah kerja-kerja rasmi / hakiki seseorang pegawai atau Jabatan yang dijalankan atas arahan Ketua Jabatan di luar waktu bekerja biasa yang telah ditetapkan, atau pada hari rehat mingguan atau pada hari kelepasan am.

2. Siapakah yang layak diberi Bayaran Lebih Masa?
Semua pegawai dalam Kumpulan Sokongan layak dibayar Bayaran Lebih Masa kecuali pegawai dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Penjara, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia.

3. Adakah pegawai yang berkelayakan diberi Bayaran Lebih Masa boleh memilih untuk ditukar dengan Cuti Gantian?
Ya. Pegawai yang berkelayakan boleh memilih untuk diberi Bayaran Lebih Masa atau Cuti Gantian. Jika pegawai memilih untuk mendapatkan Cuti Gantian, pegawai perlu mempunyai 9 jam kerja lebih masa untuk melayakkan diberi 1 hari Cuti Gantian.

4. Adakah pegawai yang menjalankan kerja lebih masa di luar kawasan ibu pejabat boleh menuntut Bayaran Lebih Masa dan Elaun Bertugas Rasmi di Luar Ibu Pejabat?
Ya. Pegawai yang diarah menjalankan kerja lebih masa di luar kawasan ibu pejabat adalah layak menuntut Bayaran Lebih Masa dan juga elaun bertugas rasmi seperti Elaun Makan, Bayaran Sewa Hotel dan Elaun Perjalanan Kenderaan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003 dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 8 Tahun 2010.

5. Adakah pegawai yang menjadi peserta kursus / seminar / bengkel yang diadakan di luar waktu bekerja boleh dibayar Bayaran Lebih Masa?
Tidak. Pegawai yang menjadi peserta kursus / seminar / bengkel tidak layak dibayar Bayaran Lebih Masa atau Cuti Gantian kecuali pegawai yang menjadi urusetia yang mengendalikan kursus / seminar / bengkel tersebut.


Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

Ulasan

Ayah Tinggalkan Anak 20 Tahun, Kembali Hanya Untuk Meminta Maaf – Kisah Yang Menyentuh Hati

Ayah Tinggalkan Anak 20 Tahun, Kembali Hanya Untuk Meminta Maaf – Kisah Yang Menyentuh Hati Ayah pergi membeli roti. Ketika itu, Aiman masih kecil. Dia berdiri di hadapan rumah sambil melambai tangan. Dalam fikirannya yang polos, ayah pasti akan pulang seperti biasa. Namun roti tidak sampai. Dan ayah juga tidak kembali. Hari bertukar minggu. Minggu bertukar bulan. Bulan bertukar tahun. Akhirnya dua puluh tahun berlalu tanpa khabar yang benar-benar mengubat kehilangan. Sepanjang tempoh itu, ibulah yang menjadi tulang belakang keluarga. Setiap hari beliau bekerja membersihkan pejabat dengan gaji yang kecil. Ada masa-masanya, beliau terpaksa memilih antara membeli beras untuk makan malam atau membeli buku teks untuk pendidikan anaknya. Namun seorang ibu jarang mengalah. Beliau memilih untuk terus berjuang. Hasil pengorbanan itu, Aiman berjaya menamatkan pelajaran dan menjadi seorang arkitek yang dihormati. Kejayaan pertama yang ingin dikongsi bukanlah kereta mewah atau kehidupan yang serb...

Siapa Pencipta Mesin ATM? Kisah Sebenar ATM Pertama Di Dunia Dan Sejarah Bank Pertama

Siapa Pencipta Mesin ATM? Kisah Sebenar ATM Pertama Di Dunia Dan Sejarah Bank Pertama Hari ini, mesin ATM menjadi antara teknologi yang paling dekat dengan kehidupan manusia. Daripada pengeluaran wang sehinggalah kepada pemindahan dana, semuanya boleh dilakukan dalam beberapa minit sahaja. Namun di sebalik kemudahan ini, terdapat sejarah panjang yang ramai tidak tahu. Siapa Pencipta Mesin ATM? Mesin ATM moden pertama diperkenalkan pada 27 Jun 1967 di London, England. Pencipta yang sering dikreditkan dalam pembangunan ATM moden ialah John Shepherd-Barron , seorang jurutera yang bekerja dengan syarikat De La Rue. Mesin tersebut dipasang di sebuah cawangan Barclays Bank di Enfield, London dan dianggap sebagai ATM pertama yang digunakan oleh orang awam. Ciptaan ini mengubah cara manusia mengakses wang mereka tanpa perlu berurusan di kaunter bank. Menurut sejarah, idea ATM tercetus apabila John Shepherd-Barron memikirkan satu cara untuk membolehkan pelanggan mengeluarkan...

Rokok, Vape & Shisha: Analisis Hukum Islam, Kesihatan Awam dan Dinamika Ketagihan Moden

Rokok, Vape & Shisha: Analisis Hukum, Kesihatan dan Ketagihan Moden #JMBELOG • Journal Article • Islamic Studies • Public Health Rokok, Vape & Shisha: Analisis Hukum Islam, Kesihatan Awam dan Dinamika Ketagihan Moden Ditulis dalam gaya jurnal reflektif #JMBELOG • Disediakan untuk blog akademik & kesedaran masyarakat Abstrak Artikel ini membincangkan analisis menyeluruh terhadap rokok, vape dan shisha dari sudut hukum Islam kontemporari serta kesihatan awam moden. Perbincangan ini turut meneliti evolusi fatwa, perubahan pandangan ulama, serta faktor psikologi ketagihan yang menjadikan ketiga-tiga bahan ini sukar ditinggalkan oleh pengguna. Kajian ini menggunakan pendekatan gabungan fiqh maqasid, data kesihatan global, serta teori ketagihan moden. 1. Pengenalan Rokok, vape dan shisha merupakan fenomena global yang bukan sahaja berkait dengan gaya hidup, tetapi juga dengan kesihatan, ekonomi dan spiritual manusia. Dalam konteks Islam, isu ini berkembang...

AKU LILIN – Catatan Seorang Pejuang Kanser Tahap 4 Yang Terus Memberi Cahaya

AKU LILIN – Catatan Seorang Pejuang Kanser Tahap 4 Yang Terus Memberi Cahaya Sumber Asal: TikTok Azuan Wan Aku lilin... Membakar diri untuk bercahaya, menerangi jalan yang gelita, walau setiap titis yang jatuh adalah sebahagian daripada usia. Aku lilin... Mencair perlahan tanpa suara, namun tetap berdiri setia, hingga akhirnya padam di hujung waktu yang telah ditentukan-Nya. Aku lilin... Mata semakin kabur memandang dunia, langkah semakin pendek dan letih, nafas semakin sempit mencari ruang, dan malam terasa semakin dekat. Adakah ini petanda gelap? Aku tidak tahu. Namun jika suatu hari nanti cahaya ini tidak lagi menyala, jangan tunggu aku datang, jangan tunggu aku kembali. Kerana hidupmu masih panjang, sedang perjalananmu masih jauh. Teruslah berjuang. Kejarlah akhirat tanpa melupakan dunia. Carilah rezeki, tetapi jangan lupa bersedekah. Hidupkan hati sebelum jasad berhenti. Jagalah adab sebelum kata-kata melukai. Tuntutlah...

Terima Kasih Kerana Pernah Singgah – Sebuah Kenangan Buat #JMBELOG

Terima Kasih Kerana Pernah Singgah – Sebuah Kenangan Buat #JMBELOG Kadang-kadang kita membuka Google untuk mencari sesuatu. Kadang-kadang pula, Google menemukan kita dengan sesuatu yang sudah lama kita lupakan. Ketika berjalan-jalan di Google dan membuat carian menggunakan kata kunci #JMBELOG , JM menemukan satu entri yang cukup istimewa . Entri tersebut merupakan ulasan mengenai blog JM yang ditulis oleh seorang rakan blogger, Aerill, pada bulan April 2018. Sudah bertahun-tahun berlalu. Namun tulisan itu masih tersimpan kemas di alam maya, seolah-olah menunggu untuk ditemui semula. Ulasan blog #JMBELOG yang ditemui semula melalui carian Google. Sebuah Ulasan Yang Masih Kekal Dalam Ingatan Apabila membaca semula ulasan tersebut, JM tersenyum sendiri. Aerill menulis mengenai blog JM dengan caranya yang tersendiri. Beliau mengulas tentang tema warna merah yang digunakan ketika itu, saiz header blog, susunan widget, saiz tulisan dan beberapa cadangan penambahbaikan ...