Langkau ke kandungan utama

Makin lama kahwin, rasa makin jauh

Makin lama kahwin, rasa makin jauh

Satu perkara yang saya percaya dilalui oleh ramai orang dan pernah melintas dalam fikiran kebanyakan pasangan, tidak kira lelaki atau perempuan ialah dilema untuk kita berasa semakin lama kita berkahwin, semakin sukar pula untuk kita memahami pasangan. Ini kenyataan.

Dan kita juga mungkin akan dapati dalam tempoh yang semakin lama itu, semakin banyak perbezaan wujud antara kita dengan pasangan.

Isu yang seperti ini, jika tidak ditangani secara hati-hati boleh membawa kepada masalah yang serius.

Daripada hal yang sekecil-kecilnya, masing-masing akan berasa jauh hati. Daripada jauh hati, akan membawa kepada jauh body dan apabila sudah jauh body, hubungan akan semakin renggang. Yang renggang akan semakin berjurang.


Sukar untuk menentukan siapa yang bersalah, siapa yang jadi punca tetapi apabila sudah berlaku hal yang semacam ini, jika tidak segera dicari jalan keluar, ia akan membawa kepada masalah yang besar.


Sudah lumrah bahawa dalam setiap hubungan, apabila pasangan menghadapi sesuatu masalah, harus ada dalam hati masing-masing kesedaran untuk bermuhasabah secara ikhlas, termasuk dalam konflik pseudo. Jika tidak, ia pasti akan melarat.

Biarlah andai ada yang berasa tidak begitu bersalah pun, mengaku dan meminta maaf tidak akan mebawa sebarang kerugian sebaliknya boleh menyelamatkan hubungan yang sudah dijalin selama bertahun-tahun.

Sudah jadi kebiasaan, apabila hidup aman damai, kadang kala kita sendiri berasa jauh hati. Ditanya apa masalah, kita pun tak tahu nak jawab tetapi dalam hati, seperti ada masalah.

Apabila tekanan dalaman itu tidak dapat dibendung dan terzahir kepada pasangan, pihak yang di sebelah sana pula terasa hati. Itulah yang dikatakan daripada hal yang sekecil-kecilnya, isu yang remeh temeh jika tidak ditangani segera, boleh jadi punca masalah. Boleh jadi punca berbalah, silap-silap hari bulan, kena sumpah mubahalah.

Memang pelik, memang rumit tetapi itulah yang berlaku dalam hidup kita, atau orang yang hampir dengan kita. Sepatutnya dalam tempoh yang semakin lama, kita akan jadi semakin memahami. Tetapi kurang pemahaman itu boleh berlaku atas banyak sebab.

Mungkin daya tarikan fizikal yang kurang mencengkam, atau perhatian yang semakin hambar kita dapat daripada pasangan.

Lumrahnya, kita jadi mudah kecewa kerana kita sentiasa mengharapkan pemahaman yang mantap daripada pasangan, ataupun kerana terlalu mengharapkan pasangan yang ideal untuk kita.


Keinginan dan harapan yang seperti ini jika tidak dipenuhi, akan menambah tekanan dalam diri hingga membuat mereka yang mengalaminya berasa jauh hati. Ada juga yang mencari jalan keluar atau kalau tidak dicari pun, 'jalan keluar' itu yang datang menyerah diri.

Maksudnya, mungkin akan datang orang lain yang menunjukkan pemahaman dan perhatian yang dicari-cari. Kerana itu, di pihak pasangan, jangan dibiarkan jika mendapati pasangan anda dalam keadaan seperti itu. Harus ada tindakan segera untuk menutup apa yang kurang atau sekurang-kurangnya ajak berbincang.

Bagaimanapun, dalam hubungan yang benar-benar ikhlas, kita harus bersikap terbuka untuk menerima sebarang konflik yang mungkin berlaku. Jangan berasa rendah diri, merajuk atau malu hingga terdorong untuk memulakan kesilapan yang lebih besar iaitu menjauhkan diri daripada orang lain lantaran masalah yang dihadapi.



Kita harus menerima bahawa masalah kita itu adalah lumrah, sesuatu yang biasa dalam setiap hubungan dan berlaku kepada orang lain juga, malah berjuta pasangan di seluruh dunia. Tanyalah sesiapa sahaja yang rapat dengan kita, bohong kalau mereka kata tidak pernah alami seperti apa yang anda sedang lalui.

Dengan pasangan pula, sikap yang paling baik ialah menerima perbezaan kita dengannya, dengan hati yang terbuka. Selain itu, kita juga harus memahami hakikat dunia bahawa lelaki dan wanita sememangnya dijadikan berbeza dalam banyak perkara iaitu fizikal, emosi dan sebagainya.

Apabila hati dibuka untuk terima perbezaan, kita akan lebih saling memaafkan dan akhirnya, kita sendiri akan dapati bahawa perbezaan antara kita dengan dia, adalah sangat unik dan menarik. Kerana itu, perbezaan harus dijalin untuk meyatukan setiap ruang yang berbeza itu dengan ikatan hati yang ikhlas. Itulah cinta sejati yang seharusnya jadi hak semua orang untuk nikmati. Selamat bercinta dan menjalani kehidupan yang 'hot' setiap saat, di mana jua anda berada.


Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

Ulasan

Ayah Tinggalkan Anak 20 Tahun, Kembali Hanya Untuk Meminta Maaf – Kisah Yang Menyentuh Hati

Ayah Tinggalkan Anak 20 Tahun, Kembali Hanya Untuk Meminta Maaf – Kisah Yang Menyentuh Hati Ayah pergi membeli roti. Ketika itu, Aiman masih kecil. Dia berdiri di hadapan rumah sambil melambai tangan. Dalam fikirannya yang polos, ayah pasti akan pulang seperti biasa. Namun roti tidak sampai. Dan ayah juga tidak kembali. Hari bertukar minggu. Minggu bertukar bulan. Bulan bertukar tahun. Akhirnya dua puluh tahun berlalu tanpa khabar yang benar-benar mengubat kehilangan. Sepanjang tempoh itu, ibulah yang menjadi tulang belakang keluarga. Setiap hari beliau bekerja membersihkan pejabat dengan gaji yang kecil. Ada masa-masanya, beliau terpaksa memilih antara membeli beras untuk makan malam atau membeli buku teks untuk pendidikan anaknya. Namun seorang ibu jarang mengalah. Beliau memilih untuk terus berjuang. Hasil pengorbanan itu, Aiman berjaya menamatkan pelajaran dan menjadi seorang arkitek yang dihormati. Kejayaan pertama yang ingin dikongsi bukanlah kereta mewah atau kehidupan yang serb...

Siapa Pencipta Mesin ATM? Kisah Sebenar ATM Pertama Di Dunia Dan Sejarah Bank Pertama

Siapa Pencipta Mesin ATM? Kisah Sebenar ATM Pertama Di Dunia Dan Sejarah Bank Pertama Hari ini, mesin ATM menjadi antara teknologi yang paling dekat dengan kehidupan manusia. Daripada pengeluaran wang sehinggalah kepada pemindahan dana, semuanya boleh dilakukan dalam beberapa minit sahaja. Namun di sebalik kemudahan ini, terdapat sejarah panjang yang ramai tidak tahu. Siapa Pencipta Mesin ATM? Mesin ATM moden pertama diperkenalkan pada 27 Jun 1967 di London, England. Pencipta yang sering dikreditkan dalam pembangunan ATM moden ialah John Shepherd-Barron , seorang jurutera yang bekerja dengan syarikat De La Rue. Mesin tersebut dipasang di sebuah cawangan Barclays Bank di Enfield, London dan dianggap sebagai ATM pertama yang digunakan oleh orang awam. Ciptaan ini mengubah cara manusia mengakses wang mereka tanpa perlu berurusan di kaunter bank. Menurut sejarah, idea ATM tercetus apabila John Shepherd-Barron memikirkan satu cara untuk membolehkan pelanggan mengeluarkan...

Rokok, Vape & Shisha: Analisis Hukum Islam, Kesihatan Awam dan Dinamika Ketagihan Moden

Rokok, Vape & Shisha: Analisis Hukum, Kesihatan dan Ketagihan Moden #JMBELOG • Journal Article • Islamic Studies • Public Health Rokok, Vape & Shisha: Analisis Hukum Islam, Kesihatan Awam dan Dinamika Ketagihan Moden Ditulis dalam gaya jurnal reflektif #JMBELOG • Disediakan untuk blog akademik & kesedaran masyarakat Abstrak Artikel ini membincangkan analisis menyeluruh terhadap rokok, vape dan shisha dari sudut hukum Islam kontemporari serta kesihatan awam moden. Perbincangan ini turut meneliti evolusi fatwa, perubahan pandangan ulama, serta faktor psikologi ketagihan yang menjadikan ketiga-tiga bahan ini sukar ditinggalkan oleh pengguna. Kajian ini menggunakan pendekatan gabungan fiqh maqasid, data kesihatan global, serta teori ketagihan moden. 1. Pengenalan Rokok, vape dan shisha merupakan fenomena global yang bukan sahaja berkait dengan gaya hidup, tetapi juga dengan kesihatan, ekonomi dan spiritual manusia. Dalam konteks Islam, isu ini berkembang...

AKU LILIN – Catatan Seorang Pejuang Kanser Tahap 4 Yang Terus Memberi Cahaya

AKU LILIN – Catatan Seorang Pejuang Kanser Tahap 4 Yang Terus Memberi Cahaya Sumber Asal: TikTok Azuan Wan Aku lilin... Membakar diri untuk bercahaya, menerangi jalan yang gelita, walau setiap titis yang jatuh adalah sebahagian daripada usia. Aku lilin... Mencair perlahan tanpa suara, namun tetap berdiri setia, hingga akhirnya padam di hujung waktu yang telah ditentukan-Nya. Aku lilin... Mata semakin kabur memandang dunia, langkah semakin pendek dan letih, nafas semakin sempit mencari ruang, dan malam terasa semakin dekat. Adakah ini petanda gelap? Aku tidak tahu. Namun jika suatu hari nanti cahaya ini tidak lagi menyala, jangan tunggu aku datang, jangan tunggu aku kembali. Kerana hidupmu masih panjang, sedang perjalananmu masih jauh. Teruslah berjuang. Kejarlah akhirat tanpa melupakan dunia. Carilah rezeki, tetapi jangan lupa bersedekah. Hidupkan hati sebelum jasad berhenti. Jagalah adab sebelum kata-kata melukai. Tuntutlah...

Terima Kasih Kerana Pernah Singgah – Sebuah Kenangan Buat #JMBELOG

Terima Kasih Kerana Pernah Singgah – Sebuah Kenangan Buat #JMBELOG Kadang-kadang kita membuka Google untuk mencari sesuatu. Kadang-kadang pula, Google menemukan kita dengan sesuatu yang sudah lama kita lupakan. Ketika berjalan-jalan di Google dan membuat carian menggunakan kata kunci #JMBELOG , JM menemukan satu entri yang cukup istimewa . Entri tersebut merupakan ulasan mengenai blog JM yang ditulis oleh seorang rakan blogger, Aerill, pada bulan April 2018. Sudah bertahun-tahun berlalu. Namun tulisan itu masih tersimpan kemas di alam maya, seolah-olah menunggu untuk ditemui semula. Ulasan blog #JMBELOG yang ditemui semula melalui carian Google. Sebuah Ulasan Yang Masih Kekal Dalam Ingatan Apabila membaca semula ulasan tersebut, JM tersenyum sendiri. Aerill menulis mengenai blog JM dengan caranya yang tersendiri. Beliau mengulas tentang tema warna merah yang digunakan ketika itu, saiz header blog, susunan widget, saiz tulisan dan beberapa cadangan penambahbaikan ...