Ogos 26, 2018

Ada Kampung Orang Melayu Rupanya Di Pulau Cocos “Australia”

 Ada Kampung Orang Melayu Rupanya Di Pulau Cocos “Australia”


Sebuah pulau yang begitu terasing jauh dari negara jajahannya. Bagaikan anak yang terpisah jauh dari ibunya. Cocos Island yang terletak di Indian Ocean dan lebih tepat lagi berada jauh ke barat di antara pulau Sumatera dan pulau Jawa, dihuni hampir keseluruhannya orang Melayu yang asalnya dari Malaysia dan Indonesia beragama Islam berhijrah atau di bawa oleh British ke pulau tersebut bagi melakukan kerja-kerja penanaman, menjaga, memetik serta memperoses kelapa pada tahun 1880an dahulu.
Lebih 150 tahun yang lepas dan akhirnya menetap di kepulauan tersebut. Mereka kini sedang memperjuangkan hak mereka dari kerajaan Australia dan mahu diiktiraf sebagai penduduk asal atau ” Indigenous people” Kepulauan yang menyerupai Maldives dan mempunyai perairan yang cukup bersih dan terjaga.
Cocos Island memiliki 27 kepulauan dan penghuninya rata-rata berketurunan melayu Malaysia dan Indonesia dan generasinya masih mengekalkan budaya melayu yang kuat, berpakaian seperti orang melayu dan masih mengekalkan adat istiadat serta cara hidup yang lazimnya di huni oleh orang melayu.
Cuma ada sedikit pertembungan budaya Scottish yang diterapkan dalam kebudayaan seni mereka yang berkemungkinan hasil penjajahan British di kepulauan tersebut. Pada pengamatan tidak nampak sesuatu yang pelik dan terasa mereka seolah-olah berada di bumi Malaysia.
KINI Cocos Island berada di bawah jajahan Australia setelah British menjual kepulauan tersebut kepada kerajaan Australia. Namun rata-rata rakyat Australia tidak mengetahui akan kewujudan pulau Cocos yang begitu cantik lagi menakjubkan itu.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut