Lelaki Ini Kongsi Kisah Tentang Dukhon, Asap Tebal Yang Gelapkan Bumi Selama 40 Hari

Lelaki Ini Kongsi Kisah Tentang Dukhon, Asap Tebal Yang Gelapkan Bumi Selama 40 Hari

Telah jadi viral perkongsian seorang lelaki tentang dukhon iaitu asap tebal yang bakal gelapkan dunia ini akibat hentaman metor.

Perkongsian lelaki bernama Khairul Hudzaifah Khanis di laman Fb menjadi viral dan dikongsi oleh para netizen.

Ini perkongsiannya:

Tau tak apa itu #DUKHON?

Dukhon tu asap tebal yang menggelapkan bumi selama 40 hari. Disebabkan meteor menghentam bumi nanti. Jangkaannya adalah bulan puasa di waktu subuh. Gelap dia nanti macam gelap nabi yunus dalam perut ikan nun.

Bumi kita ni dah masuk sungai meteor. Anytime boleh kena hentam dengan mateor.

Masa tu, Semua elektrik2 teknologi ni padam buat selamanya.

Sebab meteor tu ada sejenis zat besi neutral apa ntah yang akan membuatkan daya tarikan besi2 lumpuh buat selamanya. Komputer kereta apa semua takleh pakai.

Sebab tu kena belajar memanah, berkuda, berenang dari sekarang .

Orang beriman makanan dia adalah ZIKIR. Masa bergelap tu nanti baca “lailahaillantasubhanakainnikuntuminazzalimin” banyak2.

Masa dukhon terjadi tu. Masuk rumah masing2. Masuk bilik masing2. Baca subhanalkuddus rabbunalkuddus.

Ingat pesan ini. Kalau kita sempat. Sebab kita dah di fasa 4. Fasa Dukhon. Fasa imam mahdi tak tahu sempat ke dak.

Kita ni fasa dukhon sebab kita fasa teknologi paling canggih. handset pun touch2 je sekarang ni.

Barat dah siap sedia nak hadap dukhon siap buat rumah bawah tanah lagi tu siap muatkan makanan selama setahun.

Untuk hadap dukhon dijangka akan berlaku ni. Korang rasa korang banyak masa lagi ke nak kejar jutawan bagai?

Nak hafal Quran ke apa ke baiknya lah sekarang.

Bekal untuk generasi muda andai kata kita pergi dulu lah. Kita tetap akan mati.

Check diri masing2. apa bekal yg kita bawa . ilmu sahaja tiada guna jika tiada amalnya. Sunnah apa yang kita buat, pakai dan ikut .

adakah semua kearah duniawi? isteri , anak2 dan waris kita. apa amalan yg mereka amal? ketat atau longgar pakaian mereka? beramal mereka kerana Allah atau manusia .

banyak lagi yg perlu kita ambil tahu. kerana kita sudah pun berada diakhir zaman . dimana pakaian sunnah dicemuh . pakaian yahudi diangkat dan dijulang . solat jika perlu. sunnah ditinggal. artis diangkat dan dikenali. ulama ditolak dan tidak lagi dikenali .

hebatkah kita ? jika kaki gagah melangkah ke serata dunia . tapi masjid sekampung tidak pernah dikunjungi . surau bagai rumah kosong tak berpenghuni .

setelah rezeki yg Allah limpahkan. kita tipu Allah. kita lupa Allah. dengan selesanya kita hidup dimuka bumi Allah. tanpa rasa malu .

bersediakah kita ?

jangan sesekali kata “kubur masing2”. ambil contoh . wanita pakaian ketat. tudung acah2 datin. dan seorang imam masjid berdiri ditepi pantai. datangnya tsunami. adakah imam tersebut tidak akan terkena walau setitik air laut ?

sama seperti dukhon. dia tidak mengenal siapa pun kita. tiada cahaya sikit pun waktu itu selain zikir kepada Allah.

ingatkan lah ini pada semua waris kita. baca dan kongsi untuk kita bersedia. jika baca tanpa sedetik rasa apa2. itu tanda kita akan terus lalai

“biarlah post ni”
“acah2 alim je ni”
“buat2 tak nampak je”

itu hak masing2. tapi ingat. dunia dah tersangat tua. andai dukhon ni tidak datang masa bulan puasa pun. yang pasti kiamat tu akan datang juga. dan setiap yg hidup akan mati.

INNALILLAHI WAINNAILAIHI ROOJIUN

(Peringatan. ini bukan cerita pasal kiamat. dan bukan ramalan kiamat. tapi bencana. sebagaimana pengkaji mengkaji bila masanya gunung2 berapai akan meletus. sekali lagi diingatkan bahawa dukhan bukan kiamat. sama seperti bencana)

Ini pula sedikit video tentang dukhon:

Melalui satu komen yang ditulis, ada seorang netizen yang berkongsi tentang kisah dhukon menerusi ayat Al-Quran.

Ini tulisnya:

Allah bgtau dalam surah ad dhukan , makna asap dtg membawa azab . ayat 10 11 12

فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ

Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat),

يَغْشَى النَّاسَ ۖ هَٰذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ

Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: “Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan”.

رَبَّنَا اكْشِفْ عَنَّا الْعَذَابَ إِنَّا مُؤْمِنُونَ

(Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!.

Sumber: FB Khairul Hudzaifah Khanis

Sumber Google 

Biodata ringkas Abby Abadi

Biodata ringkas Abby Abadi

Pemilik nama sebenar Arbaiyah binti Abdul Manan atau Abby Abadi (40 tahun) dilahirkan pada 1 Disember 1977 di Kuala Lumpur. Beliau mula bergiat aktif dalam industri hiburan pada tahun 1995. Beliau adalah ahli kumpulan Elite yang pernah popular dalam industri nyanyian suatu ketika dahulu. Beliau juga menjadi anggota asal Elite yang pertama keluar daripada kumpulan itu pada penghujung tahun 1997.

Abby juga pernah bergiat dalam bidang lakonan, antara yang memberi kesan ialah watak Inspektor Aleza menerusi drama bersiri Gerak Khas di RTM (TV2). Malah, beliau juga dikenali menerusi bidang pengacaraan, iaitu Roda Impian bergandingan dengan Halim Othman selama dua musim.

SumberGoogle

Kategori tidak layak memohon Bantuan Sara Hidup 2019

Berikut senarai penuh kategori tidak layak memohon Bantuan Sara Hidup tahun ini.

Pendapatan melebihi RM4,000 sebulanMenetap di luar negara.

Bujang berumur 59 tahun ke bawah.

Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak.

Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan.

Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal.

Memiliki Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT).

Pemegang saham / pengarah syarikat.

Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc.

Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc.

Memiliki motosikal melebihi 500cc.

Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000

BSH akan melakukan proses verifikasi melalui agensi-agensi seperti JPJ, JPN, SSM untuk urusan pengesahan butiran maklumat.

Sumber Google

Cover lagu finalis #AJL33 - Caliph Buskers

Cover lagu finalis #AJL33 - Caliph Buskers 

Cover lagu finalis #AJL33 - Caliph Buskers 

BUNGA - ARA JOHARI
DI MATAMU - SUFIAN SUHAIMI
HARAM - HAEL HUSAINI & DAYANG NURFAIZAH
NISAN CINTA - SITI NORDIANA & JACLYN VICTOR
JATUH BANGUN - HAQIEM RUSLI ft AMAN HA
LULUH - KHAI BAHAR
TAK PERNAH HILANG - AMYLEA & KAER
SEMAKIN - SITI SARAH
KAU PUN SAMA - SYAMEL
HAJAT - HAEL HUSAINI
BUNGA - DF FAM
SAMPAI BILA - MISHA OMAR








Awas buah limau Mandarin (Tangerine) mungkin beracun

Awas buah limau Mandarin (Tangerine) mungkin beracun



Buah limau mandarin dikatakan direndam dalam bahan kimia supaya tahan lama dan manis rasanya.  Akibat penggunaan bahan kimia yang keterlaluan ia menjadi beracun. Hati-hati kerana buah beracun akan menjejaskan kesihatan anda. _ InfoRakyatKini

Tutorial: Image Responsive

Image Responsive

Sebelum

Selepas



 Copy dan pastekan kode css berikut tepat di atas kode ]]></b:skin>.
  1. .separator a{margin-left:0px!important;margin-right:0px!important;}
  2. .post img{max-width:100%;height:auto;}
Lihat gambar di atas.

Mudahkan...

Kredit : Bakul Oreg


Aziz macam 'bunuh diri' kerana XX Ray 3

Aziz macam 'bunuh diri' kerana XX Ray 3


Pengarah Aziz M Osman mendedahkan dia seolah-olah membunuh diri apabila menyiapkan filem XX Ray 3 yang berisiko tinggi kurang diterima ramai atau dikecam.
Berbanding sesetengah penerbit, kata Aziz, mereka mungkin tidak berani mengeluarkan filem sains fiksyen seperti dihasilkannya kerana cenderung memilih ‘jalan lebih selamat.’
“Apabila buat sesuatu kelainan memang akan ada risiko tinggi. Mungkin ada sesetengah penerbit mahu play safe.
“Biasa filem macam ni produksi bajet besar seperti Hollywood saja nak buat kerana ia seakan-akan mahu bunuh diri,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Filem diarahkan Aziz itu dijangka menemui penonton di kira-kira 60 buah pawagam bermula 24 Jan tahun depan.
Sebelum XX Ray 3, Aziz pernah menghasilkan XX Ray dan XX Ray 2 yang diterbitkan pada 1992 dan 1995.
Trailer undang reaksi netizen
Bagaimanapun, karya terbaru Aziz itu tidak mempunyai kaitan dengan XX Ray mahupun XX Ray 2, sebaliknya ia mengetengahkan isu alam sekitar yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan manusia.
Filem itu dijayakan barisan pelakon antaranya Izzue Islam, Ardell Aryana, Adam John, Ashraf Muslim, Dazrin Kamarudin, Jalaludin Hassan.

Terdahulu, trailer XX Ray 3 bocor di atas talian dan mengundang reaksi pelbagai daripada netizen.
Sesetengahnya memberi pandangan bersifat kritikal malah membuat dakwaan jalan cerita XX Ray 3 mungkin tidak ubah seperti filem sains fiksyen yang sudah ketinggalan zaman.
Bagaimanapun, Aziz berkata trailer berkenaan bukan trailer rasmi XX Ray 3 sebaliknya ia hanyalah untuk tontonan dirinya secara peribadi.
Mengulas perkara itu Aziz, 56, berkata, dia menerima pandangan dilontarkan umum seadanya.
“Jika nak dibandingkan dengan Marvel memang tak mampu terlawan.
“Saya anggap perkara seperti ini secara tak langsung bagi saya perhatian kerana ia dibincangkan.
“Saya cuma duduk diam dan netizen yang bincangkan sesama sendiri,” katanya.


SINOPSIS FILEM XX RAY III

SINOPSIS MARYAM ELIANA

SINOPSIS MARYAM ELIANA 

Kisah Maryam yang tanpa rela terpaksa menerima hakikat dimadukan oleh suaminya Iskandar atas permintaan bapa mentuanya Haji Ismail. Ibu mentuanya, Hajah Siah tidak bersetuju namun terpaksa menerima permintaan suaminya atas alasan 10 tahun berkahwin namun mereka belum memiliki cucu.

Kehadiran Sofia sebagai madunya yang memiliki seorang anak bernama Sara diterima walau pahit oleh Maryam. Meskipun kedudukannnya sebagai isteri kedua namun Sofia sentiasa cemburukan Maryam apatahlagi bila Maryam disahkan mengandung. Iskandar gembira menerima berita itu namun Haji Ismail pula termakan hasutan Sofia mengatakan Iskandar mengabaikannya.

Satu hari Iskandar keracunan makanan dan disahkan meninggal dunia. Maryam difitnah oleh Sofia menyebabkan kematian suami mereka. Proses bedah siasat tidak dilakukan kerana desakkan Sofia yang kononnya tidak mahu mayat Iskandar terseksa sedangkan dia tidak mahu kesalahannya meracuni Iskandar terbongkar. Kemuncaknya Haji Ismail menghalau Maryam keluar dari rumah.

Dua puluh tahun berlalu. Maryam kini merupakan pengusaha akuakultur berjaya dan menjadi tenaga pengajar kursus akuakultur. Adam yang sudah dewasa kini membantu mempromosikan perniagaan ibunya menerusi lama blog sambil meneruskan pengajiannya di universiti.

Sementara itu Sofia yang menerajui syarikat beras Maju Trading kepunyaan Haji Ismail mengambil kesempatan menyeleweng wang syarikat. Haji Ismail merancang membuka cabang perniagaan lain iaitu bidang akuakultur dan menghantar Lini mengikuti kursus akuakultur. 

Syafiq, anak Sofia terus-terusan mengganggu Arissa teman sekuliahnya namun tidak pedulikan gadis itu. Sebaliknya Arissa melayan Adam dan mula sukakannya. Syafiq meminta bantuan kakaknya Sara untuk memikat Adam demi membuatkan Arissa lupakan Adam. 

Lini memberitahu Hajah Siah dia telah menemui Maryam dan membuatkan wanita itu teruja mahu menemui Maryam juga Adam demi menebus silap mereka. Adam terkejut diberitahu nenek dan datuknya masih ada. Adam membantu rakan seperniagaan ibunya iaitu Pak Cik Razif untuk memikat hati Maryam. 

Drama Maryam Eliana 13 episod disiarkan setiap Rabu dan Khamis, 8.30 malam di TV2 (RTM) bermula 24 Januari 2019.


Lakonan Nadiya Nisaa, Lia Natalia, Anis Al-Idrus, Lan Siro, Fathil Dhani, Nur Intan Suria, Atiq Azman, Carolina Binur, Ziha Salleh, Harris Alif dan ramai lagi.


Word 108

Word 108

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.  keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Di dalam al-Quran mengandungi 114 surah semuanya. Terdapat beberapa surah penting yang mempunyai kelebihan untuk diamalkan sebagai bacaan setiap hari. Antara surah tersebut adalah surah al-Waqiah. Surah al-Waqiah adalah surah yang ke 56 di dalam al-Quran yang mengandungi 96 ayat. Surah ini di turunkan di Makkah. Surah ini menjelaskan tentang kejadian hari kiamat, syurga dan neraka.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa ayat ke 13-14 yang berbunyi : “Segolongan besar dari orang-orang terdahulu dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian” dirasakan berat oleh para sahabat. Maka dari itu, turun ayat ke 39-40 yang berbunyi : “Segolongan besar dari orang-orang terdahulu dan segolongan besar pula dari orang-orang yang kemudian.” Dengan demikian, syurga akan seimbang antara orang yang terdahulu dan orang yang kemudian.

Surah al-Waqiah begitu jelas sekali menyuruh manusia supaya sedar bahawa manusia perlu meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan mempercayai rukun iman yang kelima iaitu mempercayai hari kiamat itu wujud. Pada hari kiamatlah di mana semua manusia seawal Nabi Adam sehinggalah ke akhir-akhir zaman manusia akan dihitung dan diberi ganjaran di atas setiap bentuk perbuatan mereka. Di hari itu nanti tidak akan ada seorang pun yang mampu menyembunyikan apa-apa jua serta mendustakan apa-apa jua melainkan semuanya sudah diketahui. 

Mereka yang tidak bertakwa akan diselubungi dengan seribu penyesalan yang sia-sia. Mereka kelak akan dihumban ke dalam api neraka dan diberi minum dari air yang mendidih dan diberi makan dari pohon zaqqun.

Beruntunglah orang-orang yang beriman dan membenarkan hukum Allah. Golongan ini akan mendapat kemenangan, kenikmatan dan kebahagiaan di dalam syurga. Nikmat syurga adalah nikmat yang abadi dan ianya sedikitpun belum pernah menyamai nikmat kebahagiaan di dunia. Sekiranya kita yang mengecapi nikmat kebahagiaan di dunia sudah merasa betapa besar pemberian Allah kepada kita, apatah lagi apabila berada di syurga kelak. Tidak dapat terjangkau oleh pemikiran kita. 

Subhanallah!

Setelah memahami serba sedikit tentang maksud ayat-ayat di dalam surah al-Waqiah,  marilah kita melihat dan mengetahui kelebihan-kelebihan tentang surah ini. Memang kita ketahui semua ayat al-Quran mempunyai kelebihan dan manafaat. Allah tidak membezakan atau melebihkan sesetengah ayat al-Quran berbanding yang lain sepertimana di dalam surah al-Anam ayat 38 yang bermaksud “Tiadalah kami alpakan sesuatu pun dalam al-kitab dan pada Tuhanlah mereka semua dihimpunkan.”
Sahabat yang dimuliakan,

Nabi S.A.W. juga tidak menyebut bahawa sesetengah ayat al-Quran itu mempunyai kelebihan dalam menyempurnakan sesuatu perkara. Oleh itu kita perlu beranggapan bahawa semua ayat di dalam al-Quran adalah sama rata kelebihannya. Dengan ini jelaslah bahawa sesiapa yang membaca al-Quran secara istiqamah dan sempurna tidak kira apa surah dan ayat sekalipun, insyaAllah, dia bakal menerima kebaikan di dunia dan akhirat.


Namun demikian Allah berfirman pula di dalam surah al-Baqarah ayat 269 yang bermaksud “Allah menganugerahkan hikmah iaitu kefahaman mengenai al-Quran dan sunah kepada siapa yang Dia kehendaki. Sesiapa yang menerima hikmah itu, dia benar-benar mendapat kurnia yang banyak.”
Di dalam mengharungi hidup manusia perlu bekerja untuk menyara hidup sendiri mahupun keluarga. Kestabilan ekonomi sesebuah keluarga perlu untuk menjamin kebahagiaan dan kemakmuran. Kebahagiaan itu akan memberikan kita ketenangan supaya kita dapat beribadat dengan selesa tanpa memikirkan kesusahan mencari rezeki. Untuk itu kita perlu melakukan ataupun mengamalkan perkara-perkara yang membolehkan kita mendapat rezeki.

Ramai yang mengetahui bahawa amalan surah al-Waqiah ini akan memberikan kekayaan serta rezeki yang melimpah ruah. Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Siapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. ”
(Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)


Kekuatan surah al-Waqiah juga ada dijelaskan di dalam ayat 89 hingga 91. Firman Allah S.W.T maksudnya : ” maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta syurga (yang penuh) kenikmatan. Dan adapun jika dia termasuk golongan kanan maka, “Salam bagimu (wahai) dari golongan kanan! (sambut malaikat)”
(Surah al-Waqiah ayat 89-91)


Ia menjelaskan bahawa sesiapa yang dekat kepada Allah, dia akan menemui kebaikan. Dan barang siapa yang mengingkari Allah, dia akan menemui kepedihan. Di dalam ayat 75 hingga 82 juga ada menyebut peringatan Allah bahawa semua yang berlaku adalah dalam ketetapanNya.

Firman Allah S.W.T maksudnya : “Lalu Aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang. Dan sesungguhnya itu benar-benar sumpah yang besar sekiranya kamu mengetahui dan (ini) sesungguhnya al-Quran yang sangat mulia, dan kitab yang terpelihara (Loh mahfuz) tidak ada yang menyentuhnya selain hamba-hamba yang disucikan. Diturunkan dari Tuhan seluruh alam. Apakah kamu menganggap remeh berita ini (al-Quran)?”
(Surah al-Waqiah ayat 75-82)


Termasuklah rezeki. Manusia boleh berdoa dan berusaha tetapi yang menentukan segalanya adalah Allah. Namun amalan surah ini mestilah disertakan dengan usaha dan kerajinan dalam melakukan kerja. Tidak boleh berpeluk tubuh saja. Tidak ada doa yang akan termakbul dengan sendiri tanpa usaha.

Doa dan usaha perlulah seimbang. Malah sesiapa yang berusaha serta mengamalkan pembacaan surah ini lalu disertakan juga amalan-amalan yang lain seperti solat sunat Duha, beramal soleh, solat sunat tahajud dan solat sunat hajat , sentasa berwuduk, menghubungkan silaturahim, menghormati ibu bapa, pasti akan memberi lebih keberkesanan lagi. Niat melakukan kerja juga memainkan peranan penting. Niat menambah rezeki mestilah kerana Allah dan untuk disalurkan ke jalan Allah. Jalan untuk melakukan kerja juga mestilah dengan cara yang halal.

Saranan bahawa surah al-Waqiah ini dibaca pada waktu malam dikuatkan dengan pembentangan surah al Muzammil ayat 20, firman Allah S.W.T maksudnya : “Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang tahajud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama seperduanya, dan selama sepertiganya dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu) padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang..”

Di dalam ayat-ayat al Quran itu Allah sering menyeru manusia supaya bangun beribadat di malam hari di ketika manusia-manusia lain sedang di alun mimpi. Di malam hari juga turunnya para malaikat dan Jibril dengan izin Allah bagi mengatur semua urusan.

Mengenai jumlah bacaan yang perlu dibaca, tidak dapat dipastikan. Tidak ada saranan supaya surah ini dibaca beberapa kali. Namun adalah elok sekira ianya dapat dibaca lebih dari sekali mengikut kemampuan. Kerana sekiranya ia dibaca sekali sahaja ianya kurang berkesan di hati lalu akan menjadi kurang mustajab. Membaca surah al-Waqiah, atau apa-apa surah sekali pun adalah ibarat kita mengingati Allah. Semakin banyak kita membacanya, semakin dekat kita dengan Allah. Jadi bacalah ia berkali-kali dengan khusyuk dan tawaduk.

Setelah segala usaha bersama doa yang dilakukan dengan khusyuk dan istiqamah bagi tujuan untuk mendapatkan rezeki, apa yang perlu dilakukan selepas itu adalah dengan berserah kepada Allah. Hanya Allah lah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Sekiranya Allah mengurniakan sesuatu yang tidak sesuai kepada hambanya, sesungguhnya Allah lebih mengetahui dan perlu diterima dengan hati yang reda. Perlu diingat bahawa Allah selalu menguji hamba-Nya bukan saja dengan kesulitan tetapi juga dengan kesenangan dan kenikmatan.

Dengan membaca surah al-Waqiah dalam aspek jiwa, jiwa akan menjadi lebih tenang. al-Quran dapat mengubah peribadi seseorang manusia daripada negatif kepada positif sekiranya diamalkan dengan cara istiqamah dan tawaduk. Surah al-Waqiah yang dibaca mampu merawat jiwa yang gelisah menjadi tenang, fikiran yang kacau menjadi rapi dan tersusun.

Kelebihan orang-orang yang membaca al-Quran secara khusuk dan istiqamah akan diberikan keberuntungan yang berlipat kali ganda oleh Allah. Tak kiralah samada dari segi kekayaan di dunia mahupun kesenangan di akhirat. Tetapi bagi mereka yang kufur dan menentang ajaran Allah, orang-orang ini akan dijauhkan nikmat-nikmat Allah dan rahmatNya. Pun begitu semuanya terserah bulat-bulat kepada Allah tentang siapa yang akan diberikan rahmat dan hidayatNya. Sepertimana disebutkan di dalam surah az Zumar ayat 52 yang membawa maksud ” Tidakkah mereka mengetahui Allah melapangkan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya itu adalah tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang beriman.”

Sahabat yang dimuliakan,

Kelak apabila hari kiamat berlaku, tiada siapa yg boleh menafikanya, ini untuk menolak dakwaan orang-orang kafir yang tidak percaya akan adanya hari kiamat. Mati dan hari kiamat adalah pasti. Fungsi mati dan hari kiamat ini ialah untuk menjatuhkan dan meninggikan darjat manusia. Nanti pada hari kiamat Allah akan merendahkan sebahagian kaum dan meninggikan sebahagian kaum, yang direndahkan akan ke neraka manakala yang ditinggikan darjatnya dimasukkan ke syurga. Seorang yang kaya raya tetapi kafir dan jahat pasti akan dijatuhkan manakala yang miskin tetapi beriman dan beramal soleh pasti akan ditinggikan.

Kelak bila terjadinya kiamat, bumi keseluruhannya bergoncang segoncang2nya menjadi gempa bumi yang sangat dahsyat, penghuninya menjadi hancur lebur selumat-lumatnya, binasa termasuk gunung-ganang menjadi debu berterbangan padahal satu ketika dulu tegak gagak berdiri.

Ketika itu manusia akan dikumpulkan menjadi tiga golongan:

1. Golongan kanan (ashabul yamin) dinamakan juga golongan bahagia (ashabul maimanah)
2. Golongan kiri (ashabul syimal) dinamakan juga golongan sengsara (ashabul masy’amah).
3. Golongan terdahulu (as-sabiqun) dinamai juga golongan dihampiri oleh Tuhan (al-muqarrabun).

Siapakah orang-orang yang ada dalam golongan ini?

1. Golongan kanan / golongan bahagia ialah mereka yg diberi kitab amalan daripada sebelah kanan, yang akan menjadi penghuni syurga, yang paling senang hidupnya di syurga.
2. Golongan kiri / golongan sengsara ialah orang-orang yang diberi kitab amalan masing-masing daripada sebelah kiri yang akan menjadi penghuni neraka yang kehidupan mereka amat sukar dan amat azab.
3. Golongan terdahulu / golongan dihampiri oleh Tuhan. Golongan ini, seumpama jika di dunia sekarang, orang panggil ‘Very Important Persons’. Mereka adalah orang yg sangat istimewa kerana merekalah yang terdahulu masuk Islam /beriman. Golongan ini pula kebanyakannya daripada orang-orang terdahulu dan sedikit daripada orang-orang yang kemudian.

Berkenaan siapakah orang-orang terdahulu dan orang-orang kemudian para pentafsir berbeza pendapat. Ada yang mengatakan yang terdahulu itu ialah orang yang lebih dahulu masuk syurga. Ada juga yang berpendapat orang-orang terdahulu ialah orang-orang yang lebih awal masuk Islam semasa zaman Rasulullah S.A.W, ada pula yg berpendapat pengikut Para Nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad S.A.W. Ada juga yang menyatakan bahawa pejuang-pejuang yang bersama-sama dengan Nabi-nabi dan Rasul-rasul sebelum dan semasa Nabi Muhammad S.A.W.

Menurut tafsir oleh Ahmad Sonhadji Mohamad ‘golongan terdahulu’ ini ialah golongan yang paling dahulu beriman, yang mendapat darjat paling tinggi dalam syurga. Mereka ini telah mendahului golongan yang lain untuk berbuat taat semasa berada di dunia. Ini kerana siapa yang cepat berbuat kebaikan merekalah yang paling dahulu layak mendapat penghormatan di akhirat. Golongan inilah yang paling hampir dengan Allah, berada di bawah lindungan Arasy dan ditempatkan di tempat yang mulia iaitu syurga Jannatun Na’im, tempat yang kekal untuk bersenang lenang.

Orang-orang yang hampir kepad Allah (al-muqarrabun) dan orang-orang yang paling dahulu (as-sabiqun), inilah merupakan kumpulan yang paling ramai, sebahagian besar daripada mereka terdiri daripada para Nabi kerana mereka adalah golongan orang terdahulu dan ramai pula orang yang beriman kepada ajaran Allah yang disampaikan oleh mereka, manakala orang-orang yang terkemudian amatlah sedikit. Kumpulan terdahulu yang ramai dan yang terkemudian yang sedikit ini berada dalam kebun kenikmatan syurga, terdapat pelbagai jenis buah-buahan, penghuni syurga semuanya berehat atas katil yang bertatahkan emas permata dengan berkeadaan berbaring dan bertelekan, berhadapan-hadapan serta dilayani anak-anak  muda yang berkhidmat sebagai khadam.

Anak-anak muda ini berseri-seri muka dan sentiasa muda. Mereka membawa hidangan berupa mangkuk-mangkuk, cerek-cerek yang berkilat dan gelas-gelas berisi arak yg apabila diminum tidak memabukkan. Mereka beroleh buah-buahan yang banyak dan pelbagai jenis.

Menurut Ibnu Abbas apabila seorang daripada tergerak inginkan daging burung, maka akan terbanglah seekor burung dan terhidanglah daging burung yg telahpun dimasak. Begitulah kenikmatan syurga terhadap orang-orang yang beriman yang menjadi penghuni syurga. Kata Ar-Razi, didahulukan buah-buahan daripada makanan kerana di syurga, penghuninya sentiasa kekenyangan, mereka makan hanya sebagai pencuci mulut. Di samping itu mereka disediakan bidadari-bidadari jelita untuk bersenang-senang dengan mereka, kulit bidadari-bidadari tersebut putih berseri-seri, berwajah manis seolah-olah permata (diumpamakan bagai berlian yg tersimpan lagi mengghairahkan) sebagai balasan terhadap amalan baik mereka.

Kemudian Allah mengkhabarkan bahawa di dalam syurga penghuni-penghuninya tidak pernah mendengar kata-kata yang sia-sia dan yang mendatangkan dosa. Yang ada hanyalah ucapan “selamat sejahtera!” yakni sebaran salam sesama mereka.

Golongan kanan ialah golongan yang hidup mewah dan berkedudukan tinggi dalam syurga. Mereka tinggal dalam perkebunan teratai yang tidak berduri, malahan setiap durinya ditumbuhi buah. Jika buah itu dikopek akan terbelah dua dan mempunyai 70 jenis rasa dan ada lagi buah-buahan lain yang tidak sama rasa dengannya.

Demikian menurut hadis al-Hakim dan al-Baihaqi. Terdapat perkebunan pisang yang tersusun buahnya, memenuhi tandan dari bawah terus ke atas. Mereka dilindungi di bawah lindungan yang terbentang luas, kekal sepanjang masa tidak terkena matahari kerana syurga suasananya sentiasa redup seperti yang disebut juga dalam ayat 13 surah  al-Insaan:

لَا يَرَوۡنَ فِيہَا شَمۡسً۬ا وَلَا زَمۡهَرِيرً۬ا (١٣

Maksudnya: “Mereka tidak melihat (merasakan teriknya) matahari dan tidak pula dingin yang berlebihan” (Surah al-Insan ayat 13)

Ada pula air yang tercurah sentiasa mengalir siang dan malam dan banyak pula buah-buahan yang berbuah tidak ikut musimnya dan tidak pula dilarang untuk mengambilnya. Terdapat pula tilam-tilam yang lembut yang boleh direndahkan dan ditinggikan.
Allah menyatakan di syurga Dia menciptakan para wanita dengan ciptaan yang ajaib, untuk ahli syurga diciptakan sentiasa baru dengan bentuk yg begitu indah lagi amat ajaib. Bahkan perempuan-perempuan yang tua semasa di dunia nanti akan dikembalikan muda dan yang hodoh akan dikembalikan cantik.

Allah menyatakan juga setiap wanita itu sentiasa gadis biarpun setelah disetubuhi oleh suami masing-masing, sifatnya sentiasa merindu dendam kepada suami, sentiasa cinta yang asyik kepada suami. Umur mereka pula sama sebaya.
Adalah diriwayatkan daripada Ummi Salamah r.ha katanya: Saya menanyakan Rasulullah S.A.W. tentang firman Allah,

إِنَّآ أَنشَأۡنَـٰهُنَّ إِنشَآءً۬ (٣٥) فَجَعَلۡنَـٰهُنَّ أَبۡكَارًا (٣٦) عُرُبًا أَتۡرَابً۬ا(٣٧

lalu dijawab oleh baginda: “Hai ummi Salamah merekalah wanita-wanita yang telah meninggal dunia berkeadaan tua, botak, rabun dan sakit mata, dibangkitkan Allah berkeadaan muda belia”
Dalam hadis at-Tirmizi disebutkan, bahawa seorang perempuan tua datang menemui Nabi Muhammad S.A.W. lalu memohon: “Wahai Rasulullah bermohonlah tuan kepada Allah agar saya dimasukkan ke dalam syurga”. Di jawab oleh Rasulullah S.A.W. : “Hai Ibu Polan, sesungguhnya syurga itu tiada dimasuki oleh orang-orang tua”. Maka orang tua itu beredar sambil menangis, lalu ujar baginda kepada para sahabat : “Khabarkan kepada perempuan tua itu, bahawasanya tidak masuk syurga dalam keadaan tua seperti yang dinyatakan dalam ayat di atas.”

Golongan kiri ialah golongan yang diberi kitab amalan pada tangan kiri mendapat balasan yang buruk, hidup dalam suasana udara dan angin yang panas yg ditiupkan dari neraka Samum yang sangat panas dan sangat busuk baunya. Mereka diletakkan di bawah lindungan asap yg hitam dan berbau busuk itu. Tiada pula naungan yg sejuk padahal dahulu semasa di dunia merekalah yang hidup paling senang dan sentiasa menurut nafsu syahwat dan berterusan membuat dosa dan menyekutukan Allah. Pada mereka peringatan tentang akhirat adalah omongan kosong. Mereka sesat dan di akhirat mereka diberi makanan daripada pohon zaqqum dan minuman berapa minuman mendidih. Meraka minum seperti unta yg sangat haus.

Dalam ayat 57 hingga 82, Allah mengemukakan alasan-alasan supaya mereka percayakan adanya akhirat.. yakni bila Allah sudah dapat menciptakan kehidupan sekarang mengapa pula Allah tidak boleh menciptakan kehidupan pada masa akan datang. Begitu juga Allah menciptakan manusia daripada setetes mani yang mengandungi berjuta-juta sperma, dan daripada satu persejuta titik sperma itulah asal kejadian seseorang.

Bila Allah sudah terbukti menciptakan manusia daripada sperma mengapa pula tidak mempercayai kehidupan selepas mati. Kemudian perhatikan pula setiap hari ribuan manusia yang mati dan ribuan pula yang lahir ke dunia. Ini juga menunjukan Allah S.W.T.  boleh menghidupkan setiap yang telah mati. Perhatikan pula tumbuh-tumbuhan, siapa pula yang menumbuhkannya, manusia hanya mampu mencangkul tanah, menggemburkan dan menabur benih, siapakah yang menumbuhkannya dan siapa pula yang menjadikan pelbagai bentuk tumbuh-tumbuhan dan pelbagai buah-buahan dan pelbagai warna dan rasa buah-buahan? Jadi begitulah juga Allah menghidupkan semula manusi yang telah mati.

Perhatikan juga pada air yang kita minum, siapakah yang mengangkatnya dari laut ke awan kemudian mengumpulkannya sebagai wap lalu menurunkannya sebagai hujan atupun embun ketika malam? Air laut rasanya masin sedangkan air hujan rasanya tawar, air hujan mengalir ke bumi menyuburkan tanaman sebagai makanan, bertakung ke tasik mengalir ke sungai-sungai, siapakah yang mengatur semuanya itu? Jika Allah memberi kita minum dan menjadikan tanam-tanaman subur daripada air itu mengapa pula Alllah tidak boleh menghidupkan semula makhluk yang telah mati?
Begitu juga perhatikan pula kepada api, siapakah yang menyalakannya sehingga manusia dapat gunakan untuk memasak, memanaskan badan di musim sejuk?

Kemudian Allah bersumpah di atas kemuliaan al-Quran dan ketinggian martabat-Nya, kerana Dialah Allah Yang Maha Perkasa lagi Bijaksana. Ungkapan kata-kata-Nya itu dikuatkan dengan  sumpah masa terbenam bintang-bintang, sumpahNya supaya manusia mengetahui betapa besar kudrat Allah dan kesempurnaan hikmatNya serta banyak rahmatNya, dan Dia tidak membiarkan hamba-hamba-Nya berkeadaan sia-sia Allah menurunkan al-Quran secara beransur-ansur Al-Quran adalah kitab yang terpelihara hanya disentuh oleh orang-orang yang suci, oleh itu tidak seharusnya manusi menanggap remeh akan pengajarannya.

Kematian yang dirasai ialah ketika nyawa sampai di kerongkongan, iaitu semasa menghadapi kesengsaraan maut (sakaratul maut) iaitu ketika roh dicabut oleh malaikat. Allah memberi amaran bahawa ketika nazak, sakitnya tidak terhingga, ketika tercungap-cungap kerana nyawa akan tercabut, Allah lebih dekat kepada mayat yang akan dicabut nyawa berbanding dengan pengetahuan manusia tentang kematian itu. Manusia tidak  dapat melihat malaikat-malaikat yang Allah utuskan untuk mencabut nyawa orang yang sedang nazak. Allah menempelak, Jadi jika manusia tidak dikuasai oleh Allah mengapa ketika orang itu sedang nazak manusia yang melihatnya tidak dapat mengembalikan nyawa orang yang sedang nazak dan tercabut nyawanya itu? Cubalah lakukan jika tidak percaya kepada hari Pembalasan. Jadi janganlah mendustakan ayat-ayat  al-Quran.

Orang-orang yang sedang nazak ini diberitahu oleh Allah jika mereka terdiri daripada golongan al-muqarrabin Allah dekatkan mereka di sisi-Nya dengan memperoleh kerehatan dan nikmat syurga. Jika mereka golongan kanan para malaikat akan menggembirakan mereka dengan ucapan selamat sejahtera. Jika mereka golongan yg mendustakan hari akhirat lagi sesat hidupnya, mereka disambut oleh para malaikat dengan hidangan pertama mereka ialah air yang panas mendidih menyebabkan muka mereka terbakar. Kemudian mereka dihumbankan ke neraka.

Sahabat yang dikasihi,

Marilah sama-sama kita menghayati pengajaran yang terdapat di dalam surah al-Waqiah ini, merupakan satu surah yang jelas menceritakan tentang kenikmatan hidup di syurga dan azab yang diterima akibat daripada mendustakan ayat-ayat Allah S.W.T. dan tidak meyakini akan kehidupan di hari akhirat.


Mudah-mudahan dengan membaca kisah yg digambarkan ini hati kita semakin gerun untuk berbuat maksiat. Marilah kita berusaha bersungguh membersihkan hati kita dan berdoa agar Allah bantu kita dalam beribadat kepadaNya.. Amiin.

sumber Abubasyer Blog

Kelebihan Limau Kasturi Untuk Diri

Kelebihan Limau Kasturi Untuk Diri

Limau kasturi adalah salah sejenis buah yang banyak digunakan dalam kegunaan masyarakat Asia Tenggara kerana setiap perahannya memberikan rasa yang sangat sedap dan segar samada didalam makanan mahupun minuman.Aromanya yang harum dan menyegarkan terasa tenang jika dihidu.  Ia juga mengandungi kandungan vitamin C  dan merupakan salah satu sumber antioksidan yang baik.

Mengandungi sebatian antibakteria yang bagus, limau kasturi berfungsi sebagai deodoran semula jadi kerana boleh menyelesaikan masalah bau badan dengan beberapa cara.

Ubat Kurus


Perah limau nipis dicampur bersama teh tanpa gula dan minum setiap hari.  Sebaik-baiknya biarlah teh itu suam.  Amalkan meminum air ini dan InsyaAllah perut yang buncit akan menjadi kempis.

Ubat Demam


Petik 2-4 genggam daun limau nipis, rebus dengan 2 hingga 4 gelas air.  Gunakan air rebusan itu untuk menuam pesakit yang demam dengan merendam kain dengan air rebusan dan diperah, lalu diletakkan didahi.

Ubat Hilang Bau Ketiak


Siapkan limau nipis yang telah dicampur dengan kapur sireh.  Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh.  Lakukan dengan kerap pagi dan petang.

Ubat Pening Kepala


Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit dibahagian atasnya.  Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga mengeluarkan air.  Pastikan anda menghalakan cecair itu kearah hidung semasa ia terpancut.

 Ubat Lelah


Ambil satu sudu madu (kalau boleh madu asli).  Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.  Anda boleh meminumnya bila-bila masa ketika mengalami lelah.  Cukuplah diamalkan seminggu 

Ubat Batuk

Campurkan limau, kicap dan garam.  Amalkan minum setiap pagi dan malam.

Sumber Google

Saman maksimum RM300

Pengguna jalan raya yang melakukan enam kesalahan utama sepanjang Op Selamat 14 2019 sempena Tahun Baharu Cina ini akan dikenakan saman maksimum RM300 serta-merta.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, saman mandatori itu akan mula dikuatkuasakan di seluruh negara pada 29 Januari hingga 12 Februari ini.

Enam kesalahan utama itu ialah memandu di lorong kecemasan, memotong di garis berkembar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, potong barisan, melanggar lampu isyarat dan memandu melebihi had laju.

Dalam pada itu, dua lorong kecemasan lebuh raya PLUS di negeri Perak akan dibuka sempena Op Selamat 14 ini iaitu laluan antara Simpang Pulai-Gopeng berdekatan Hentian Sebelah Simpang Pulai di antara kilometer(KM) 287 hingga 289.95 dan laluan dari Slim River menghala ke Sungkai di KM367. 3

Langkah itu dibuat bagi memastikan kelancaran jalan raya berikutan laluan berkenaan didapati antara yang mengalami kesesakan teruk setiap kali musim perayaan.

Selain itu, anggota polis juga akan ditempatkan di kedua-dua laluan itu bagi memastikan kelancaran jika berlaku kecemasan.

Kredit : https://www.vitdaily.com/saman-rm300-serta-merta-jika-langgar-6-kesalahan-ini/

Pemilik kenderaan guna lampu HID bakal dipenjara 6 bulan atau didenda RM2,000

Zaman teknologi kini semakin canggih, dari telefon pintar sehingga ke kenderaan yang dipandu. Semuannya canggih termasuklah dengan penggunaan lampu HID yang digunakan oleh kenderaan yang serba baru diatas jalan raya.

Namun, sebenarnya ramai yang menyatakan pemanduan mereka terganggu kerana penggunaan lampu HID ini. Lampu HID mempunyai kecerahan yang menyilaukan pandangan, malah lampu HID juga dua hingga tiga kali lebih cerah berbanding dengan lampu yang sebelum ini sudah tersedia pasang pada kenderaan.

Oleh kerana terlalu banyak aduan yang diterima yang memberitahu pemanduan mereka terganggu, perkara ini telah mendapat perhatian Mentei Pengangkutan, Anthony Loke yang kemudiannya telah mengumumkan larangan penggunaan lampu HID yang tidak mengikut peraturan dan spesifikasi yang ditetapkan.


Kebiasannya kita akan nampak lampu HID ini dipasang pada kereta-kereta mewah seperti BMW, Volkswagen dan Toyota jenis baru. Lampu HID sebenarnya memberikan pencahayaan yang lebih baik dan jelas kepada pemandu.

Tetapi yang menjadi risiko sekiranya pemandu dari arah belakang yang menggunakan lampu HID akan menyebabkan kenderaan lain yang berada di hadapan mereka sukar untuk melihat dengan jelas kerana terlalu silau.


Menteri Pengangkutan mengambil tindakan untuk mengharamkan penggunaan lampu HID pada semua jenis kenderaan tanpa ada sebarang pengecualian. Malah mereka yang didapati bersalah dan masih menggunakan lampu HID akan didenda sehingga RM2,000 dan boleh dipenjarakan selama 6 bulan.

sumber : OMM

SINOPSIS TAHYUL

SINOPSIS TAHYUL

Kisah mengenai penghuni sebuah apartment mewah yang moden, di mana mereka menghadapi perkara-perkara menyeramkan dan mereka dalam persoalan samada semua yang berlaku adalah kenyataan ataupun mistik.

Telefilem bertajuk Tahyul arahan Fairuz Loy akan disiarkan pada Sabtu, 26 Januari 2019, pukul 9 malam di slot Citra Exclusive saluran Astro Citra 131 & Citra HD 126

Lakonan Nazeera Sardi, Kristina Vinokree, Joyce Harn, Melanie Tan, Jesse Lim, Zain Alexander dan ramai lagi.

SINOPSIS PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH

SINOPSIS PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH

Aliah nekad pulang ke kampung bersama tiga orang anaknya untuk membina hidup baru setelah dicerai oleh suaminya, Hisyam. Di kampung, kisah rumah tangganya terbongkar apabila Pak Osman, ayah Aliah yang nyanyuk terlepas cerita kepada Talhah, teman sekampung Aliah sejak kecil. Khabar tentang Aliah yang diabaikan suami mengundang rasa simpati Talhah. Keikhlasan Talhah membantu akhirnya disambut baik oleh Aliah. Dalam diam cinta yang pernah berputik dalam hati Talhah kembali mekar. Namun, amaran daripada Hisyam menyedarkan Talhah tentang status Aliah.

Kerana cemburukan hubungan antara Aliah dengan Talhah, Hisyam berbohong dalam mahkamah bahawa dia tidak pernah melafazkan cerai taklik terhadap Aliah, menyebabkan status Aliah kini tergantung. Pelbagai onak dilalui Aliah sepanjang tempoh menyelesaikan kemelut perkahwinannya. 

Mampukah Aliah, wanita yang dianggap lemah ini bangkit merubah suratan? Ataupun terus tersungkur menyambut ketentuan? Bagaimana pula dengan Talhah? Apakah dia akan berdiam menyaksikan wanita yang dicintainya sepenuh hati terlepas buat kali kedua?

Drama adaptasi novel Patah Sayap Bertongkat Paruh karya Hana Ilhami yang akan disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria, pada Mac 2019 (14 episod)

Drama arahan Along Kamaluddin, terbitan Zeel Production Sdn Bhd.

Lakonan Aaron Aziz, Fasha Sandha, Zarul Husin, Jalil Hamid, Amelina, Jasper Supayah, Sofia Dendroff, Aman Aziz, Haziq MacQuistan, Amira Othman, Elly Mazlein, Jasmin Hamid, Cat Farish, Farzana Latif, Awang Hamyzan, Adib Haziem dan ramai lagi.

Anak Dah Bagi Tanda 40 Hari Sebelum Pergi, Ibu Ini Redha Dan Berserah

Anak Dah Bagi Tanda 40 Hari Sebelum Pergi, Ibu Ini Redha Dan Berserah.

Kecekalan dan kekuatan untuk melawan p3nyakit yang hadir membuatkan seseorang tabah untuk menghadapi kem4tian. Kisah perjalanan hidup anak syurga Nur Syifa Zara, 5 membuka mata ramai dengan kecekalannya bertarung nyawa kerana menghidapi Aplastik Anemia iaitu peny4kit sum-sum tulang dimana tidak boleh menghasilkan d4rah sendiri. Ibunya Saneeha Sulaiman yang senantiasa menemaninya sehingga ke penghujung berkongsikan mengenai 40 hari tanda yang ditunjukkan anaknya sebelum Zara pergi meningg4lkan mereka selamanya.

Tanda Pertama 40 Hari.

Pertama sekali, Zara menunjukkan tanda bahawa pusatnya seperti dicucuk benda tajam iaitu j4rum dan senantiasa memberitahu dia akan balik kampung walaupun sudah berada di rumah sendiri. Lama kelamaan, Umi Zara memahami perilaku anaknya.

Setiap Hari Dia Akan Kata.

15 Hari Sebelum Arwh Pergi

7 Hari Terakhir

Perubahan rutin tidur Zara j dan keinginnanya untuk dibacakan selawat lewat malam sehingga subuh untuk mengurangkan kes4kitan yang dirasakan menguatkan lagi tanda-tanda Zara sudah sedia untuk kembali kepada penciptanya.

Wangi Je Rambut, Mulut Dia.

Walaupun seminggu tak mandi, namun bau Zara sangat wangi menurut ibunya. Zara juga menceritakan keindahan taman-taman dan rakan-rakan yang bakal ditemui dan ditujunya.

Minta Saya Jangan Menangis.

Zara ingin berada dalam keadaan bersih dan cantik dan menyuruh ibunya membersihkan badannya. Ibu bapa Zara berp3luk4n dan menangis semahunya mendengar bicara anak mereka yang ingin pergi namun tetap tersenyum manis melihat mereka berdua.

Hari Jumaat Terakhir

Zara turut menyatakan bahawa hari Jumaat adalah Hari Raya dia dan inginkan kenduri pada hari Jumaat. Ternyata, Zara pergi pada hari Jumaat akhirnya.

Suami Berhenti Kerja.

Untuk bersama dan menjaga Zara, ayahnya telah berhenti kerja dan fokus menghabiskan hari-hari terakhir bersama anak perempuannya. Mereka sekeluarga juga redha akan pemergian dan menerima walaupun kesedihan yang hanya diketahui oleh ahli keluarga sahaja.

Antara komen netizen :

Niza Mohamed –Allahhu akbar😭😭…zara mmg ank terpilih utk diceritakan perjalanan dia pergi bertemu sang pencipta..dn perjlnan tu sungguh indah dn mengembirakan.. utk kami yg masih hidup diakhir zaman ne terima kasih zara…semoga zara bahagia dn gembira disana bersama
kwn2..sementara menanti ibu dn ayah zara…aamiin😭😭😭😭
#anksyurgaygbertuah😍😍😍

Nnorhaizana Hasan –Subhanallahh.. Allah huakbar. Insan terpilih yg akn mennti ibu ayahya dpintu syurga..

Sumber :Facebook Nur Sz

Kredit : http://edisimedia.com/2019/01/23/anak-dah-bagi-tanda-40-hari-sebelum-pergi-ibu-ini-redha-dan-berserah/

SINOPSIS BAYANG

SINOPSIS BAYANG

Kisah Pyan, seorang lulusan universiti jurusan medik tidak meneruskan kerja dalam bidang yang dipelajarinya demi menjaga ibunya yang sentiasa sakit dan adiknya yang masih bersekolah.

Telefilem khas sempena AJL 33 bertajuk Bayang akan disiarkan pada Sabtu, 22 Januari 2019, pukul 9 malam di TV3. 

Lakonan Sufian Suhaimi, Elisya Sandha, Aleza Shadan, Riena Diana, Idzham Ismail dan ramai lagi.

Jenis-jenis Bidara, Yang Mana Sebenarnya Mampu Menangkis Ilmu Sihir

Jenis-jenis Bidara, Yang Mana Sebenarnya Mampu Menangkis Ilmu Sihir

Ramai antara kita yang beranggapan penggunaan daun bidara (Ziziphus spina-christi) dalam perubatan Islam berasal dari kepercayaan dan penggunaanya secara tradisi dalam masyarakat Melayu. Sebenarnya penggunaan daun bidara adalah sunnah Rasulullah SAW. Pohon bidara (sidr) disebut sebanyak 2 kali dalam kitab suci Al Quran iaitu:

a) Surah Saba, Verse 16:

فَأَعْرَضُوا فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ سَيْلَ الْعَرِمِ وَبَدَّلْنَاهُم بِجَنَّتَيْهِمْ جَنَّتَيْنِ ذَوَاتَيْ أُكُلٍ خَمْطٍ وَأَثْلٍ وَشَيْءٍ مِّن سِدْرٍ قَلِيلٍ

Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara.

b) Surah Al-Waqia, Verse 28:

فِي سِدْرٍ مَّخْضُودٍ

Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.

Sebagaimana tumbuh tumbuhan lain yang disebut dalam Al-Quran pasti bidara mempunyai keistimewaan dan khasiatnya yang tersendiri. Tambahan lagi ia disebut sebagai salah satu daripada pohon di dalam syurga.

Daun bidara digunakan untuk memandikan jenazah. Jenazah dimandikan sebanyak 3 kali dan mandian yang pertama menggunakan air yang diramas dengan daun bidara didalamnya.

Hadits Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma tentang orang yang jatuh dari ontanya dan meninggal, Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam bersabda :

اغْسِلُوْهُ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ وَكَفِّنُوْهُ فِي ثَوْبَيْنِ.

“Mandikanlah dia dengan air dan daun bidara dan kafan dengan dua baju”. (HR. Bukhary-Muslim).

Hadits Ummu ‘Athiyah tatkala anak Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam meninggal, beliau bersabda :

اغْسِلْنَهَا ثَلاَثًا أَوْ خَمْسًا أَوْ سَبْعًا أَوْ أَكْثَرَ إِنْ رَأَيْتُنَّ ذَلِكَ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ

“Mandikanlah dia tiga kali atau lima atau tujuh atau lebih jika kalian melihatnya dengan air dan daun bidara”. (HR. Bukhary-Muslim).

Untuk wanita pula disunatkan menggunakan daunnya sebagai mandian ketika suci dari haid.

hadits ‘Aisyah bahwasanya Asma` bintu Syakal bertanya kepada Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam tentang mandi Haid, maka Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam menjawab :

تَأْخُذُ إِحْدَاكُنَّ مَاءَهَا وَسِدْرَهَا فَتَطَهَّرُ فَتُحْسِنُ الطُّهُوْرَ ثُمَّ تَصُبُّ عَلَى رَأْسِهَا فَتُدْلِكُهُ دَلْكًا شَدِيْدًا حَتَى يَبْلُغَ شُؤُوْنَ رَأْسِهَا ثُمَّ تَصُبُّ عَلَيْهَا الْمَاءَ ثُمَّ تَأْخُذُ فِرْصَةً مُمَسَّكَةً فَتَطَهَّرُ بِهَا. فَقَالَتْ أَسْمَاءُ : وَكَيْفَ

أَتَطَهَّرُ بِهَا ؟ فَقَالَ : سُبْحَانَ الله تَطَهَّرِيْنَ بِهَا. فَقَالَتْ عَائِشَةُ : كَأَنَّهَا تَخْفَى ذَلِكَ تَتَبَّعِيْنَ أَثَرَ الدَّمِ.

“Hendaklah salah seorang di antara kalian mengambil air dan daun bidara kemudian bersuci dengan sempurna kemudian menyiram kepalanya dan menyela-nyelanya dengan keras sampai ke dasar rambutnya kemudian menyiram kepalanya dengan air. Kemudian mengambil sepotong kain (atau yang semisalnya.) yang telah diberi wangi-wangian kemudian dia bersuci dengannya. Kemudian Asma` bertanya lagi : “Bagaimana saya bersuci dengannya?”. Nabi menjawab : “Subhanallah, bersuci dengannya”. Kata ‘Aisyah : “Seakan-akan Asma` tidak paham dengan yang demikian, maka ikutilah (cucilah) bekas-bekas darah (kemaluan)”. (HSR. Muslim)

Hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu yang diriwayatkan oleh Bukhary-Muslim tentang kisah Tsumamah bin Utsal radhiyallahu ‘anhu yang sengaja mandi kemudian menghadap kepada Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam untuk masuk Islam.

Hadits Qois bin A’shim radhiyallahu ‘anhu :

أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَسَلَّمَ أُرِيْدُ الإِسْلاَمَ فَأَمَرَنِيْ أَنْ أَغْتَسِلَ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ

“Saya mendatangi Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam untuk masuk Islam maka Nabi memerintahkan kepadaku untuk mandi dengan air dan daun bidara”. (HR. Ahmad 5/61, Abu Daud no. 355, An-Nasa`i 1/91, At-Tirmidzy no. 605 dan dishohihkan oleh Al-Albany dalam Shohih At-Tirmidzy 1/187

Beberapa jenis pokok dipanggil bidara dalam masyarakat kita. Namun yang mana satukah bidara yang disebut dalam Al Quran dan hadis? Antara jenis pokok yang dipanggil bidara ialah:

1. Bidara upas – Merremia mammosa

2. Bidara laut- Strychnos lucida

3. Bidara china – Ziziphus jujuba

4. Bidara epal atau epal india atau epal vietnam-Ziziphus mauritiana

5. Bidara kampung/bidara duri-Ziziphus spina-christi

Bidara sidr yang disebutkan didalam sunnah ialah bidara yang berduri. Ia.dikenali dengan nama bidara duri, bidara kampung atau bidara arab. Nama saintifik bidara sidr ialah Ziziphus spina-christi.Manakala bidara yang banyak di tanam di Malaysia adalah Bidara epal atau epal india atau epal vietnam-Ziziphus mauritiana

Sumber : https://www.google.com/amp/s/www.impiana.my/jenis-jenis-bidara-yang-mana-sebenarnya-mampu-menangkis-ilmu-sihir/amp/

Wadah Terkini