Facebook larang Huawei guna aplikasi

Facebook larang Huawei guna aplikasi

SAN FRANCISCO: Facebook Inc tidak lagi membenarkan pemasangan aplikasi media sosial di dalam telefon pintar Huawei, tamparan terbaru untuk syarikat teknologi gergasi China itu.

Larangan itu dibuat ketika syarikat terbabit berusaha untuk mengekalkan perniagaannya di negara itu ketika berdepan dengan sekatan pembelian alat ganti dan perisian Amerika Syarikat.

Menurut Facebook, pengguna sedia ada telefon Huawei masih boleh menggunakan aplikasi dan menerima kemas kini, tetapi pelanggan baharu tidak lagi dapat menggunakan aplikasi Facebook, WhatsApp dan Instagram.

BHONLINE

Ikhlas

Ikhlas-Dato' Sri Siti Nurhaliza, Nissa Sabyan & Taufik Batisah


Sedingin salju

Selembut bayu
Menenangkan hatiku


Cahaya malam

Terangi alam
Memuji kebesaran

Saat gembira
Hari bahagia
Nikmat disyukuri bersama
Tabah berdoa
Mohon afwahNya
Moga dirahmati semua

Pelita hati yang terbuka
Sahut kemenangan akhirnya
Setelah ku harungi dugaanNya

Ikhlaskan jiwa dan setia
Ku laung namaNya dengan cinta
Bergema keagungan di dunia

Gema suara
Syahdu irama
mewarna suasana

Lautan rindu
Berombak pilu
Membawaku padaMu

Saat gembira
Hari bahagia
Nikmat disyukuri bersama

Tabah berdoa
Mohon afwahNya
Moga dirahmati semua

Pelita hati yang terbuka
Sahut kemenangan akhirnya
Setelah ku harungi dugaanNya
Ikhlaskan jiwa dan setia
Ku laung namaNya dengan cinta
Bergema keagungan di dunia

Ku yakin akan ada hikmah
Di sebalik segala resah
Ku besyukur atas nikmatMu Yang Esa

Pelita hati yang terbuka
Sahut kemenangan akhirnya
Setelah ku harungi dugaanNya
Ikhlaskan jiwa dan setia
Ku laung namaNya dengan cinta
Bergema keagungan di dunia


SINOPSIS OPOCOT THE MOVIE

SINOPSIS OPOCOT THE MOVIE


Seorang pemberita yang viral gara-gara melatah ketika melaporkan berita secara langsung kemudian ingin dipecat oleh majikannya. Pelbagai usaha dilakukan untuk mengagumkan bosnya kembali.


OPOCOT THE MOVIE disiarkan pada Sabtu, 8 Jun 2019, 6:00 petang di Astro Warna & Warna HD

Lakonan Ieda Moin, Nazia Mustafar, Roy Azman, PS Mansur, Din Latah, Ucop Cecupak, Amar Asyraf ...

Telefilem Wakaf Dosa Raya Ke 4 Di TV3


Telefilem Wakaf Dosa pada 8 Jun (Sabtu) pukul 9 malam di TV3.

Lakonan Dato Rosyam Nor, Izzue Islam, Farahdhiya, Sweet Qismina ...

Sinopsis Wakaf DosaBakri Zain merupakan seorang pelakon yang memenangi banyak anugerah dan rezekinya tidak pernah putus. Dalam masa yang sama Danial Muhaimin seorang pelakon terkenal yang mula mencemburui Bakri apabila sering dibanding-bandingkan. Daniel bertambah marah apabila festival filem terpaksa menarik keluar namanya dan memilih Bakri Zain sebagai calon untuk kategori pelakon lelaki terbaik. Sejak dari itu, hasad dengki mula muncul dalam diri Daniel.


SINOPSIS KAMPUNG ARENA PANGGANG

SINOPSIS KAMPUNG ARENA PANGGANG

Di dalam sebuah kampung, pasti terdapat perebutan kuasa. Siapakah yang bakal memegang jawatan tertinggi? Saksikan gelagat lucu mereka berentap untuk digelar ketua kampung.

Lakonan Kazar Saisi, Razak Ahmad, Amy Mastura, Ropie, Zalif Sidek, Razak Ahmad, Puteri Khareeza, Putri Jannah ...

Disiakan pada hari Jumaat, 7 Jun 2019, 6:00 petang di Astro Warna & Warna HD

03 SYAWAL

Assalamualaikum wbt ..
Salam buat yang dikasihi dan dirahmati ALLAH di pagi hari JUMAAT
*07 JUN 2019 | 03 SYAWAL 1440*

Ya ALLAH ya Rahman Ya Rahim, kami bermunajjat kepada mu kurniakanlah kepada kami dalam redho mu akan sentiasa :

# Dipanjangkan usia ...
# Dimurahkan rezeki ...
# Ditetapkan keimanan ...
# Dikurniakan pemikiran dan pertimbangan yang baik ...
# Kesihatan yang baik ...
# Berjaya di dunia dan akhirat ...
# Dilindungi dari dianiayai oleh sesama insan dan sentiasa mendapat rahmat dariNya ...

Semoga hubungan silaturahim yang telah kami bina selama ini akan terus berkekalan selamanya hingga ke jannah ...

Selawat dan salam ke atas junjungan Rasullulah SAW dan para sahabatnya ...

Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamiin ...

2 Syawal

Meriah tengok di muka buku sahabat semua menyambut raya Aidilfitri.

Berwarna-warna, cantik dan segak semuanya.

Sekejap saja syawal ke 2 berlalu.

Saya belum berkesempatan untuk beraya.

Kerja. Menjaga keselamatan tempat kerja.

Mesti ada yang senasib dengan saya kan?!

Gembira

Hai semua !

Saya nak umumkan berita gembira.Ya berita bahawa saya rasa gembira dan harap anda juga rasa gembira..
.
Gembira sangat sangat.Gembira dari pagi ini sampai esok hari.kita gembira kerana Kita berhak pilih gembira.Bukan orang lain..
.
Saya gembira sebab saya pilih gembira.Tidak perlu bayar apa apa.Ianya percuma.
.
Bagaimana nak rasa  gembira?
.
Tepuk dada tanya minda.

Rasakan dan lihat apa yang ada di sekeliling kita.

Gembira kerana Kita masih hidup lagi.Gembira kerana sudah sampai ke kampung halaman.Gembira kerana masih bersama orang tersayang.Gembira kerana ada anak anak di sisi.Pendek kata selagi ada kebaikan yang kita ada..wajar sungguh rasa gembira.
.
Jika belum ada apa apa,  apa kata bergembira kerana masih ada impian
.
Impian untuk kaya dan senang.Impian untuk ada jodoh yang saling mencintai.Impian untuk apa apa yang baik dan membahagiakan
.
Impian itu sendiri mengembirakan.
.
Benda boleh gembira buat apa mahu sedih.

Mrhanafidotcom

#kisahpenulis

TV RAYA

TV RAYA

Telefilem Derita Pia disiarkan pada raya ketiga (Jumaat, 7 Jun 2019) pukul 9 malam di TV3.

Lakonan Zara Zya, Alif Satar, Azira Shafinaz, Naim Daniel, Sheila Rusly 

SINOPSIS DERITA PIA _ Pia merestui perkahwinan Zafran dan Qis. Pia menderita tanpa Budi.

*******

Sepahtu Reunion Raya Gear 5 di saluran Astro Ria pada 1 Syawal hingga 5 Syawal ( 5-9 Jun 2019) pukul 9 malam di Astro Ria & Ria HD

Lakonan Jep, Shuib, Rahim, Ilya, Amy Mastura, Ebby Yus, Fiza Elite, Chiwan

SINOPSIS SEPAHTU REUNION RAYA GEAR 5 _ Dato Shuib tinggal bersama Rahim, bapanya yang nyanyuk. Disebabkan sibuk dengan perniagaan, bapanya sering kesunyian.

*******

Telefilem Samad Tedung akan ditayangkan pada Raya kedua (Khamis, 6 Jun 2019) pukul 11:00 pagi di TV3.

Lakonan Faizal Hussein, Watie Sadali, Amar Asyraf, Sweet Farhana, Marissa Yasmin, Syed Muhammad Irfan, Azam Pitt, Ali Reza, Fatin Nabila Mesya, Amirul Syafiq Yusof, Faha Azhar

SINOPSIS SAMAD TEDUNG _ Samad, digeruni oleh orang kampung kerana sikapnya yang bengis. Oleh itu, dia digelar 'Samad Tedung'. Malah anak-anaknya juga pasti dipukul walaupun hanya melakukan kesilapan yang kecil. Isterinya Rusmila sentiasa bersabar dengan sikapnya walaupun ahli keluarganya sering mendesak supaya dia meninggalkan Samad. Kehidupan Samad berubah apabila isterinya meninggal dunia. Anak-anak mula mengabaikan Samad kerana terkesan dengan sikap Samad ke atas mereka. Namun Samad merasai kasih sayang seorang kanak-kanak yang merupakan cucu kepada jirannya.

*******

Telefilem Cinta Praktikal pada malam raya (Selasa, 4 Jun 2019) pukul 8 malam di saluran Okey  (Astro 109 / Myfreeview 110).

Lakonan Nad Zainal, Shah Jaszle, Jasper Supayah, Aidit Noh, Ucop Cecupak, Rosnah Mat Aris.

SINOPSIS CINTA PRAKTIKAL _ Kartini yang ingin mencari calon suami, jatuh cinta dengan Amri tanpa menyedari Amri hanya ingin mengambil kesempatan terhadapnya. Nuar juga menaruh hati terhadap Kartini dan selalu membantunya.

*******

Sepahtu Reunion Al Raya 2019 menampilkan Mira Filzah, Atikah Suhaime dan Aida Khalida selaku selebriti jemputan. Bersiaran pada malam raya pukul 8:30 malam menerusi saluran Astro Warna (132) & Warna HD (124).

Sumber : MyInfoTaip

Remaja maut selepas main PUBG 6 jam tanpa henti

Remaja maut selepas main PUBG 6 jam tanpa henti


Ketagihan melampau seorang remaja lelaki berusia 16 tahun pada permainan PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) akhirnya mengundang padah apabila mangsa dilaporkan meninggal dunia selepas bermain PUBG selama enam jam. 

Hindustan Times melaporkan, mangsa, Furkhan Qureshi, 16, dari Madhya Pradesh, India, rebah selepas enam jam bermain PUBG pada Selasa lalu, terus dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia. 

Bapa mangsa, Harun Rashid Qureshi berkata, Furkhan mula bermain PUBG selepas waktu maka tengah hari dan berterusan selama enam jam. 

"Sebelum rebah, dia menjadi tertekan dan mula menengking pemain lain," katanya.

Pada waktu kejadian itu, adiknya, Fiza Qureshi yang duduk di sebelah mangsa memberitahu bagaimana abangnya melenting sehingga melemparkan telefon pintar dan fon kepala kerana tidak berpuas hati dengan salah seorang pemain yang juga rakannya. 

Mangsa kemudian rebah dan dikejarkan ke hospital, namun doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. 

Pakar Kardiologi, Dr Ashok Jain berkata, Furkhan dibawa ke hospital dalam keadaan tanpa denyutan nadi. 

"Kami cuba menyelamatkannya dengan melakukan renjatan dan menyuntik ubat, tetapi gagal. 

"Keghairahannya bermain PUBG mugkin menyebabkan adrenalinnya mengalir deras sehingga berlaku serangan jantung. 

"Saya merayu kepada generasi muda supaya mengelakkan daripada bermain PUBG seumpamanya kerana ia boleh menyebabkan serangan jantung," katanya. 

Sumber: Harian Metro

Sumber

13 Jenis Kod Kecemasan Hospital Di Malaysia

13 Jenis Kod Kecemasan Hospital Di Malaysia

“Code blue! Code blue!” teriak jururawat. Maka berpusu-pusulah segala anggota kesihatan meluru segera kearah jururawat tersebut sambil menolak troli kecemasan. Ada yang terus memulakan CPR, ada yang sedang menarik keluar IV Adrenaline, ada yang mengaktifkan monitor kecemasan.

Hanya dengan satu laungan sahaja, setiap anggota kesihatan disitu sudah tahu apa yang perlu dilakukan.

Emergency codes, atau kod-kod kecemasan adalah suatu sistem pengkelasan kecemasan yang dipraktikkan di setiap institusi kesihatan diseluruh dunia. Kod ini digunakan untuk memberi notifikasi kepada semua warga kesihatan berkenaan kes-kes kecemasan yang dialami.

Kod ini lazimnya diklasifikasi menggunakan spektrum warna yang pelbagai sebagai penanda bagi kes-kes kecemasan yang dinyatakan.

Artikel ini menerangkan tentang kod-kod yang lazim digunakan kakitangan kesihatan di hospital dan perlu diingatkan, setiap hospital mempunyai polisi dan warna kod kecemasan yang berbeza.

Thread ini adalah sebagai satu garis panduan ringkas dan hanya melibatkan hospital sahaja. Perbezaan kod antara hospital dan negara perlu dikenalpasti terlebih dahulu.

1. KOD MERAH (CODE RED)

Kod merah lazimnya digunakan untuk kes kecemasan yang melibatkan kebakaran, sama ada kebakaran harta, bangunan, kenderaan, alatan atau lain-lain perkara didalam kawasan institusi (hospital) terbabit.

Pemindahan pesakit, wargakerja dan alatan penting akan dilakukan mengikut latihan kebakaran yang telah ditetapkan. Notifikasi kepada pihak bomba dan penyelamat akan dilakukan serentak.

2. KOD BIRU (CODE BLUE)

Kod biru adalah kod yang diaktifkan apabila terdapat kecemasan pada individu yang melibatkan bidang perubatan (medical emergency), lazimnya berkenaan dengan cardiac arrest dan respiratory arrest.

Algorithm BLS dan ALS (cardiopulmonary resuscitation, defibrillation, dsb) akan dimulakan serta merta terhadap pesakit yang terlibat mengikut keperluan dan keadaan pesakit.

Setiap hospital telahpun mempunyai kumpulan tersendiri (mengikut tempat) yang bertanggungjawab menguruskan kod biru seandainya ianya terjadi diluar kawasan wad.

3. KOD JINGGA (CODE ORANGE)

Kod jingga pulang adalah kod yang digunakan untuk keselamatan orang awam tatkala berlaku bencana diluar atau didalam kawasan hospital, contohnya gempa bumi, banjir, kapal terbang terhempas, kemalangan besar jalan raya, dan sebagainya.

4. KOD PERANG (CODE BROWN)

Kod perang adalah kod yang dikeluarkan apabila terdapat sebarang tumpahan atau pendedahan bahan-bahan berhazad, tercemar dan radioaktif seperti gas, racun, merkuri dan lain-lain yang boleh menyebabkan jangkitan, keracunan, kecacatan malah kematian jika terdedah.

Kod ini juga barangkali melibatkan risiko bioterrorism dan hazmat.

5. KOD GREEN (CODE HIJAU)

Kod hijau digunakan sewaktu berlakunya kecemasan yang melibatkan keselamatan banyak nyawa dan memerlukan pemindahan semua wargakerja serta pesakit di kawasan hospital ke tempat yang lebih selamat.

6. KOD HITAM (CODE BLACK)

Kod hitam diaktifkan apabila terdapat sebarang tanda, amaran atau risiko yang melibatkan bahan letupan dan keganasan teroris, objek dikhuatiri bahaya atau lebih mudah, “bomb, terrorism and suspicious package threat”.

7. KOD PUTIH (CODE WHITE)

Kod putih pula adalah kod untuk kes kecemasan kekasaran yang melibatkan tebusan dihospital, sama ada melibatkan satu individu atau beberapa orang.

8. KOD PERAK (CODE SILVER)

Kod perak adalah kod untuk kes yang melibatkan kekasaran seseorang terhadap orang lain, lazimnya terhadap wargakerja hospital, yang kadangkala melibatkan senjata merbahaya seperti pisau, parang, pistol.

Kod ini diaktifkan untuk memberi perlindungan keselamatan (security) terhadap si mangsa.

9. KOD MERAH JAMBU (CODE PINK)

Kod merah jambu adalah kod yang diaktifkan apabila berlakunya kehilangan atau penculikan kanak-kanak atau bayi (missing infant or abduction).

10. KOD KUNING (CODE YELLOW)

Kod kuning ini diaktifkan apabila terdapat kes kehilangan pesakit di hospital, sama ada dengan niat melarikan diri, atau hilang disebabkan ketidakupayaan mental atau diculik, dibawa lari.

Kod ini akan menyebabkan pemeriksaan keluar masuk individu dari hospital dilakukan dan jika perlu, penutupan keluar masuk (lockdown) hospital akan dijalankan.

11. KOD AQUA (CODE AQUA)

Kod aqua hanya diaktifkan apabila berlakunya banjir didalam kawasan hospital sama ada secara semula jadi (hujan, banjir kilat, dll) atau kerosakan dalaman (paip pecah, kebocoran dll).

12. KOD KELABU (CODE GREY)

Kod kelabu ini diaktifkan apabila terdapat kerosakan teruk terhadap sistem, infrastruktur atau peralatan hospital secara besar-besaran yang menjejaskan fungsinya.

Kod ini juga digunakan untuk pengasingan udara (air exclusion) kawasan tertentu.

13. KOD JERNIH/SELESAI (CODE CLEAR)

Kod ini adalah kod yang digunakan selepas sesuatu kod yang dikeluarkan terlebih dahulu telahpun selesai atau dinyahaktifkan.

Semoga memberi manfaat.

Sumber

Mati Ketika Sedang Berzina Dalam Kemalangan Ngeri

"Astaghfirullah hal azim!!, masyaAllah!! apakah yang telah terjadi??? Selepas memeriksa dokumen pengenalan diri mayat2 tersebut, jelaslah bahawa wanita itu adalah ibu kepada kedua lelaki tersebut. Agama yang tertera dalamnya ialah islam dan nama-nama mereka didahului dengan mohd dan nur."

Mati Ketika Sedang Berzina Dalam Kemalangan Ngeri

Semalam sewaktu saya dalam perjalanan pulang, dalam kereta, saya dengar satu cerita yang sungguh dahsyat. Cerita ini diceritakan oleh seorang ahli bomba dari utara semenanjung. Ini kisah benar. Sama-sama kita renungi dan hayati kisah ini, jadikan pengajaran.

Satu hari beliau dan rakan-rakan telah menerima satu panggilan palsu berkenaan satu kemalangan yang telah berlaku di lebuhraya utara selatan. Oleh kerana untuk mengesahkannya maka beliau dan rakan2 telah ketempat yang dikatakan oleh pemanggil namun tiada apa yang terjadi disana. Dalam perjalanan pulang, waktu itu pukul satu pagi, hujan turun renyai-renyai.

Di satu persimpangan susur keluar dari lebuhraya, mereka ternampak sebuah mpv mewah yang terbalik dan remuk sekali kerana melanggar divider yang tajam. Mereka segera turun dan melihat kemalangan itu dengan niat ingin menolong kiranya ada yang terselamat. Tetapi apa yang mereka saksikan sungguh dahsyat dan menyayat hati. sesuatu yang tidak tergambarkan dahsyatnya.
Mereka jadi terkedu, tergamam, tiada sepatah perkataan pun yang dapat menggambarkan betapa dahsyatnya kejadian itu, semoga Allah melindungi kita semua dari kejadian yang seumpama ini. Pemandu mpv mewah itu telah pun mati terkulai di kerusi pemandu kerana kecederaan parah di kepala. MPV tersebut begitu remuk sehingga bumbungnya menghimpit kesemua pemandu dan penumpang di dalamnya.
Di bahagian belakang mpv mewah tersebut terdapat tiga susuk tubuh manusia. Seorang wanita dalam empat puluhan dan dua lelaki dalam dua puluhan. Tidak terdapat seurat benang pun pada tubuh mereka. bogel-sebogelnya. Wanita dan salah seorang lelaki itu dalam keadaan berpelukan kepala mereka pecah, darah menyembur di merata tempat, tulang rusuk mereka hancur dan tikam menikam antara satu sama lain, dahsyat sekali. tulang punggung wanita itu pula hancur.
Lebih dahsyat lagi dengan jelasnya mereka lihat zakar lelaki itu masih di dalam kemaluan wanita itu. Langsung mereka tidak dapat dipisahkan. Lelaki yang seorang lagi sedang dalam nazak dengan kecederaan parah di kepala, dan sayup-sayup kedengaran suaranya memanggil.. mummy…. mummy…. mummy…… Tangan pemuda yang melekat pada perempuan itu masih memegang zakar lelaki yang nazak itu.
Ahli bomba itu terjelepuk. tidak pernah dalam hidupnya terbayang akan boleh terjumpa keadaan seperti ini. Dengan semangat dari kawan-kawan, beliau segera bangun dan mengambil gergaji besi untuk memotong kenderaan yang remuk itu. Mereka mesti melakukannya secepat mungkin, sebelum kejadian yang memalukan itu dilihat oleh orang ramai.
Dalam kegelapan malam itu mereka bertungkus lumus membuat apa yang patut. Dalam kesibukan bekerja tiba tiba bulu roma ahli bomba itu meremang naik, badan nya menjadi seram sejuk dan dada berdebar kencang.
Sambil bekerja, dengan jelas dari sudut mata beliau kelibat satu makhluk hitam yang sungguh besar memegang pedang, dengan muka yang sungguh bengis dan berang, nafasnya mendengus radang, mundar mandir dan mengelilingi kawasan kemalangan dengan gaya orang yang tersangat marah. Dalam hati ahli bomba itu berkata, “Ya Allah, besarnya kekuasaan mu, mungkin inilah dia malaikat maut yang dikatakan itu”.
Mereka mengeluarkan mayat-mayat tersebut satu persatu kecuali mayat wanita dan lelaki yang tidak dapat dipisahkan itu. Pada leher wanita tersebut terkalung tasbih yang memancar apabila terkena cahaya. ahli bomba itu melihat dengan jelas terdapat ukiran salib pada setiap butiran tasbih tersebut akibat pancaran cahaya bulan.
Astaghfirullah hal azim!!, masyaAllah!! apakah yang telah terjadi??? Selepas memeriksa dokumen pengenalan diri mayat2 tersebut, jelaslah bahawa wanita itu adalah ibu kepada kedua lelaki tersebut. Agama yang tertera dalamnya ialah islam dan nama-nama mereka didahului dengan mohd dan nur.
Beginilah akibatnya orang yang telah melampaui batas melepasi garisan yang telah di tetapkan oleh Allah. Balasan Allah terlalu pantas sehingga kita tidak sedar ianya datang. Begitu juga orang yang menyebarkan dosa dan maksiat insan lain. Apa yang akan terjadi jika orang lain terpengaruh dengan apa yang dilihat? Mereka akan melakukan kemungkaran hasil pengaruh kita. Selagi mereka melakukannya selagi itu kita mendapat bahagian dari kemungkarannya itu.
Apakah akan terjadi jika mereka melahirkan anak luar nikah? itulah tanggungan kita hinggalah keakhir hayat mereka dan cucu cicit mereka. Akan datang apabila kita telah berumur, janganlah kita tanya mengapa musibah terjadi kepada kita, mengapa anakku cacat? Mengapa aku, anakku cucuku kena kanser?
Mengapa berlaku kemalangan yang dahsyat hingga mencacatkan aku, anakku dan ahli keluarga ku? Mengapa aku di tipu?, mengapa aku, anakku, ahli keluargaku dirompak, dirogol, dicederakan, mengapa ahli keluargaku melakukan jenayah, dipenjara dan dihukum? Sesungguhnya Allah itu maha adil. Dia akan membalas setiap apa yang kita lakukan secara sedar atau tidak.
Bertaubat dan kembalilah ke jalan yang diredai. Membuat dosa adalah fitrah manusia. Allah akan mengampunkan dosa kita kepadaNya walaupun sebesar mana sekalipun. Tetapi berbangga dengan dosa yang kita lakukan dan mempengaruhi manusia lain untuk sama membuat dosa adalah seburuk-buruk dosa dan hutang dosa ini bertambah selagi manusia yang kita pengaruhi itu membuatnya akibat kita.
Wallahualam.
Nauzubillah Min Zalik
Renungkanlah dan selamat beramal.
Sumber : Media Maklumat

Cipta Sejarah, Abdul Halim Anak Malaysia Pertama Dilantik Ketua Kompeni Kadet Di Amerika

Cipta Sejarah, Abdul Halim Anak Malaysia Pertama Dilantik Ketua Kompeni Kadet Di Amerika.



Mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Kompeni Kadet di Akademi Tentera Amerika Syarikat West Point, bukanlah tugas yang mudah bagi Abdul Halim Abdul Rahim.
Namun sifat kepimpinan anak muda berusia 23 tahun itu, berjaya mengetuai 120 anggota pasukannya dengan cemerlang, selain menonjolkan kemampuan beliau untuk menjadi pegawai tentera darat berkaliber dan mempunyai karisma tersendiri. _ Siakapkeli

Pantun raya


Pantun raya

Comel adik tue...

INDAHNYA RAYA – FAIRUZ MISRAN

INDAHNYA RAYA – FAIRUZ MISRAN

Pasang pelita di malam raya
Bermain bunga api bersama
Ada yang dari ke rumah ke rumah
Takbir bergema

Di pagi Syawal kian rasa
Baju melayu baju kebaya
Tersergam indah yang mempersona
Cantik dan lawa
Di hari raya sanak saudara
Berjabat tangan bermaafan
Sesama kita
Di hari raya pelbagai juadah
Tapi janganlah buat lupa
Hai duit raya
Terasa hati kepiluan
Pada yang sudah oh tiada
Sebak hati ku masih terasa
Sedih dan hiba
Kenangan bersama
Di hari raya sanak saudara
Berjabat tangan bermaafan
Sesama kita
Di hari raya pelbagai juadah
Tapi janganlah buat lupa
Hai duit raya
Terasa hati kepiluan
Pada yang sudah oh tiada
Sebak hati ku masih terasa
Sedih dan hiba
Kenangan bersama

BERSYUKUR SEADANYA – HAEL HUSAINI

BERSYUKUR SEADANYA – HAEL HUSAINI

Wahai semua insan
Takbir berkumandang akhir ramadhan
Siap sedia pulang ke desa menyambut raya
Wahai semua insan
Berjabat tangan bersama semua
Pinta ampun maaf pada mereka
Jernihkan sengketa
Hati gembira berjumpa semua
Sanak saudara pagi raya
Sedih terasa mengenang pada
Insan yang dulu kini tiada
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Sambut sederhana biarlah bersyukur seadanya
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Bahagiakan keluarga bersyukur seadanya
Wahai semua insan
Ingat ingat bila nak berbelanja
Sedikit tak apa berpada pada
Bersyukur nikmatnya
Hati gembira berjumpa semua
Sanak saudara pagi raya
Sedih terasa mengenang pada
Insan yang dulu kini tiada
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Sambut sederhana biarlah bersyukur seadanya
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Bahagiakan keluarga bersyukur seadanya
Selamat hari raya
Bersyukur seadanya
Selamat hari raya
Bersyukur seadanya

Selamat hari raya

Bersyukur seadanya
Selamat hari raya
Bersyukur seadanya
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Sambut sederhana biarlah bersyukur seadanya
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Selamat hari raya

Bahagiakan keluarga bersyukur seadanya
Bahagiakan keluarga bersyukur seadanya

Wadah Terkini