Drama Bersiri Kampung People , November Ini Di TV3

Laila dan keluarga berhijrah ke kampung dan menukar identiti mereka bagi mengelakkan diri daripada ancaman kumpulan gangster selepas ayahnya, Razif menjadi saksi terdapat satu kes jenayah.

Drama bersiri Kampung People di slot Lestary TV3. Akan ditayangkan pada bulan November nanti. 

Lakonan Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Kamarul Eqifshah, Namron, Razak Ahmad, Shah Kimin ...


Word 203

Word 203

"Tuan-tuan!! Salah satu sifat Allah adalah mendengar. Allah sentiasa mendengar rintihan hambanya"

"Mengadu lah kepada Allah. Banyak mana pun kita mengadu, Allah akan sentiasa mendengar."

"Tuan-tuan !! Kalau kita mengadu kepada manusia, kalau sekali takpa lagi. Kalau dua kali dah naik menyampah, kalau tiga kali 'Kau ni kenapa?', kalau empat kali ' Kau ni banyak masalah sungguh la, mat problem betui la.." . Tak pasal-pasal dapat gelaran  Mat problem pulak. "

"Tuan-tuan!! Allah tak kan cop kita Mat Problem dan block kita kalau selalu kita mengadu pada Nya, malah Allah lagi suka. Minta lah pada Allah nescaya Allah tunjukkan jalan keluar.."

Sekadar perkongsian

Telefilem 'DEMI MIRA’ 27 September 2019

Kisah dugaan yang dihadapi oleh seorang isteri apabila suaminya didapati bersalah terlibat dengan kegiatan jenayah. Dia tabah dan sabar ketika sisuami menjalani hukuman.

Sulaiman yang sedang mencari kerja ditawarkan bekerja oleh Joe di sebuah bengkel kereta. Mira bersyukur dengan rezeki suaminya dan dapat menampung persekolahan anak mereka, Anis.

Sulaiman sering disuruh membawa kenderaan tertentu tanpa mengetahui yang dia sebenarnya memandu kenderaan curi untuk satu sindiket. Beliau cuba berhenti setelah mengetahuinya namun gagal mencari kerja lain.

Akhirnya kerja haram yang dilakukan mereka tidak bertahan lama dan Sulaiman ditangkap. Sulaiman telah dijatuhkan hukuman manakala Mira mengambil keputusan untuk pulang ke kampung.

Mira meneruskan kehidupan dengan menjual kuih di warung ibunya. Anis mengharapkan untuk dipertemukan dengan ayahnya setelah rindu akibat lama terpisah.

Ketua sindiket pula mengarahkan ahlinya membunuh Sulaiman. Apakah nasib Sulaiman dan keluarganya?


Telefilem 'DEMI MIRA’ pada 27 September 2019, 9.30 malam di saluran TV2. 

Lakonan Ika Nabila, Rizz Amin, Jay Iswazir, Chekem Mirza ...


Drama bersiri Janji Arissa akan disiarkan di Unifi TV saluran HyppSensasi 116 bermula 25 September 2019

Perkahwinan Muhammad dan Siti tidak berkekalan apabila Muhammad mendapati Siti berlaku curang. Setelah bercerai, Siti telah melahirkan anak perempuan mereka bernama Arissa. Sebenarnya ini adalah perancangan jahat yang dilakukan oleh Abdul Rahman, pemilik syarikat AR Holdings. Apabila dewasa, Arissa menyimpan dendam terhadap ayahnya. Arissa berkomplot dengan Fendi untuk menjatuhkan Muhammad. Namun semakin Arissa mengenali Muhammad, Arissa semakin dalam dilema apabila mendapati Muhammad ialah seorang yang baik dan merupakan mangsa keadaan. Konflik demi konflik, namun bagaimanakah kesudahan dendam Arissa?

Drama bersiri Janji Arissa akan disiarkan di Unifi TV saluran HyppSensasi 116 bermula 25 September 2019, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 9 malam.

Lakonan Jann Nick, Jeffry Catz, Fir Rahman, Farhana M Noor, Wahyu Rahman, Yaya Hamid, Salif Hardie, Sharifah Shahora, Sani Hussein, A Mahady, Aric Hidir, Susila Devi ...

Petua Mudah Untuk Bangun Pagi

Petua Mudah Untuk Bangun Pagi

Bangun pagi yang dimaksudkan di sini bukan pagi yang dah nampak matahari.Bangun pagi yang sebetulnya sekitar jam 3 pagi sehingga 5 pagi. Dalam erti kata yang lain bangun pagi sebelum subuh.

Saya masih berusaha untuk bangun pagi. Saya harap pembaca lebih baik dari saya.Lebih awal dan lebih mudah.

Diakui bangun pagi punyai cabaran besar.Lebih besar cabaran apabila tidur di tempat yang sangat selesa, sejuk dan ada seseorang di sebelah.Orang solo atau single lain cerita la.

Saya tinggalkan cerita tersebut.Saya hendak kongsikan petua untuk mudah bangun pagi.Petua ini saya perolehi dalam buku The Monk Who Sold The Ferarri.Mari kita cuba dan usahakan.Doakan juga saya berjaya juga untuk mengikuti petua ini dengan sebaik yang mungkin.

1.Kurang makan

Bab makan saya boleh lepas walaupun kebiasaan saya makan dengan kerap dalam sehari.Saya makan dalam kuantiti yang sedikit sahaja.Lebihkan sayur-sayur dan buah-buahan.Nasi,daging dan ikan memang sangat minima sekali.

Saya pernah tidur ketika perut lapar namun liat juga nak bangkit pagi.Saya pernah juga tidur ketika perut kekenyangan namun masih liat juga nak bangun pagi.

Alahai.

Mengikut teori tersebut, orang yang kurang makan akan mudah untuk bangun pagi.Betul tak ?

2.Banyak membaca

Bagi mereka banyak membaca macam saya tidak juga mudah untuk bangun pagi.Membaca banyak menyebabkan otak semakin aktif dan tidak mudah dijinakkan untuk tidur.Akibatnya sukar tidur dan sukar bangun hehehe.

Untuk hal demikian saya perlu banyak lagi membaca.Gandakan usaha supaya dapat membaca lebih banyak bahan bertulis yang baik dan berkualiti supaya mudah untuk bangun pagi jika bersandarkan kepada teori tersebut.

-mrhanafidotcom-

PUSAKA DI PAWAGAM 31 OKTOBER INI !

Pusaka yang harus diwarisi! Adakah ia sebagai pelindung atau petaka? Apa yang terjadi pada keluarga mereka selepas ni, semuanya atas kau!

PUSAKA DI PAWAGAM 31 OKTOBER INI !

Lakonan Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Ahmad Daud, Faizal Hussein, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Sinopsis Anak Perjanjian Syaitan

Sinopsis Anak Perjanjian Syaitan

Anak Perjanjian Syaitan mengisahkan tentang Zaidy dan isterinya, Azlinda yang sudah tujuh tahun berkahwin tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata.

Mereka berdua sentiasa ditekan oleh ibu Zaidy iaitu Rahmah yang terlalu mendesak mereka untuk segera menimang cahaya mata.

Pasangan itu tinggal di rumah pusaka nenek Zaidy. Rumah pusaka yang terpencil dan menyeramkan itu dijaga oleh tukang kebun, Pak Man dan sudah tidak didiami selama lebih lima tahun.

Sejak berpindah ke rumah tersebut, Azlinda sering menerima gangguan berupa suara bayi dan kanak-kanak bermain yang sering menghantuinya sehingga dia histeria dan pengsan.

Apabila dibawa ke klinik, Azlinda telah disahkan hamil oleh doktor.

Bagaimanapun, setelah disahkan hamil, Azlinda masih sering diganggu lagi, mimpi yang aneh dan perutnya yang tiba-tiba membesar secara luar biasa.

Sehingga suatu hari semasa diganggu Azlinda berlari keluar dan hampir dilanggar oleh jirannya yang misteri.

Akan ditayangkan pada 24 Oktober 2019.

Lakonan Nadzmi Adhwa, Cha Cha Maembong, Jasmin Hamid, Badrul Muhayat ...

Sinopsis kolong

Sinopsis kolong

Hasrat Suri untuk menjadi seorang pelakon tidak kesampaian selepas wangnya dilarikan seorang ejen pelancongan. Dia kemudiannya berdepan masalah apabila menjadi buruan samseng yang ingin menuntut semula wang yang dipinjamnya. Hasratnya untuk mengambil geran tanah ibunya di kampung halaman dihalang oleh adiknya. Sebagai ganti, adik dan rakannya memberitahu bahawa terdapat sebuah banglo milik seorang lelaki buta yang memerlukan pembantu rumah. Namun, rumah itu dikatakan dihantui oleh roh isteri lelaki tersebut. Memikirkan bayaran yang tinggi dan berbekalkan pengalaman menjaga ibunya yang buta, Suri bersetuju untuk bekerja di rumah tersebut.

Akan ditayangkan pada 17 Oktober 2019

Lakonan Wan Raja, Luthya Sury Widjaja, Annie Arifin ...

Sinopsis Motif

Sinopsis Motif

Seorang detektif dari bandar, Inspektor Dewi, telah ditugaskan untuk menyiasat kes kehilangan seorang remaja perempuan, Anna, di sebuah pekan terpencil di Tanah Merah. Namun, dirinya tidak disukai oleh penduduk pekan itu, termasuk Inspektor Rizal, detektif yang ditugaskan bersamanya. Bapa kepada Anna, Hussein, tidak percaya bahawa Inspektor Dewi mampu menjalankan tugas dan mencari anaknya. Dalam cuba merungkai dalang di sebalik kehilangan Anna, Inspektor Dewi turut dihantui konflik yang melanda dirinya.

Akan ditayangkan pada 26 September 2019 di pawagam.

Lakonan Sharifah Amani, Rosyam Nor, Iedil Putra, Taqim Zaki ...

BIG STAGE 2019 (MUSIM KE 2)

BIG STAGE 2019 (MUSIM KE 2)

ADZRIN KUALA LUMPUR

KUCAIMARS NEGERI SEMBILAN

IRFAN HARIS JOHOR

SANTESH SELANGOR - TERSINGKIR MINGGU KE 7

AZIZ HARUN BRUNEI DARUSSALAM -  (TARIK DIRI MINGGU KE 3 / DINDA PERMATA TERSELAMAT DARI PENYINGKIRAN)

HAN BYUL KOREA SELATAN

CHALEEDA THAILAND - TERSINGKIR MINGGU KE 5

DINDA PERMATA INDONESIA

FIEYA JULIA SARAWAK

NEETA KEDAH

SHERYL SHAZWANIE SELANGOR - TERSINGKIR MINGGU KE 2

SYADA AMZAH KUALA LUMPUR - TERSINGKIR MINGGU KE 5


Senarai Penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular BH ke 32 (ABPBH 32)

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 32 (ABPBH 32) menobatkan Mira Filzah sebagai pemenang anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 32.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular BH ke 32 (ABPBH 32)

Artis Baharu Lelaki Popular – Adam Lee
Artis Baharu Wanita Popular – Haneesya Hanee
Pelakon Filem Lelaki Popular – Fattah Amin
Pelakon Filem Wanita Popular – Mira Filzah
Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa – Syafiq Kyle
Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa – Mira Filzah
Penyanyi Lelaki Popular DuitNow – Khai Bahar
Penyanyi Wanita Popular DuitNow – Siti Nordiana
Artis Kolaborasi / Duo Popular – Dayang Nurfaizah & Hael Hussaini
Artis Komedi Popular – Zizan Razak
Artis Versatil Popular – Janna Nick
Pengacara TV Popular – Siti Nordiana
Penyampai Radio Popular – DJ Lin
Artis Indonesia Popular – Laudya Cynthia Bella
Artis Korea Popular – BTS

Wadah Terkini